| Oleh |
Pasangan pelajar agama ditangkap khalwat |
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 846
Dari: Johor
|
Posting pada: 21-01-10 11:58
Pasangan pelajar agama dicekup khalwat DI HOTEL inilah tempat sepasang kekasih dari sebuah kolej agama di Selangor ditahan berkhalwat Isnin lalu. SEREMBAN - Sepasang kekasih dari sebuah kolej agama swasta di Selangor yang menginap di sebuah hotel tiga bintang di sini terbongkar apabila mereka dicekup oleh Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS) Isnin lalu. Pasangan masing-masing berusia 20 tahun merupakan pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah di kolej tersebut. Mereka ditahan pada pukul 1.30 pagi ketika berada berdua-duaan di dalam bilik hotel itu. Difahamkan pasangan itu mendaftar masuk ke hotel tersebut pada pukul 8 malam sebaik sampai ke bandar ini dari kolej mereka. Jurucakap JAINS berkata, pasangan itu ditahan dalam satu pemeriksaan rutin selepas membuat semakan di buku pendaftaran dan mendapati ada satu pasangan beragama Islam yang bermalam di situ. ----------------- 
|
|
zeti
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 13.06.2009 Ahli No: 10753
Posting: 56
|
Posting pada: 24-01-10 17:06
salam semua tak dapat nak kata pa geleng pala saja 
|
|
tokcik
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 09.06.2009 Ahli No: 10712
Posting: 129
Dari: perlis
|
Posting pada: 25-01-10 22:18
Budak sekolah tokcik pun kena tangkap khalwat pagi tadi. Dia ponteng sekolah dan dicekup masa berdua-duaan dengan lelaki di sebuah rumah. Mak bapak ingat datang sekolah, rupanya dia ponteng. Kasihan mak bapak dia sebab anak tu baru tingkatan dua...  ----------------- 
|
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 366
Dari: shah alam
|
Posting pada: 27-01-10 07:35
 betulah ummi, zeti dan tokcik. kak limah risau sangat bila tengok cerita-cerita begini dikeratan akhbar. nak salahkan sapa pun tak tau. sebenarnya akak rasa mereka ni terikut-ikut sangat dengan cerita dalam tv tu. kat tv tu drama2 bukannya cerita yang senonoh.cerita inggeris dah lah tentu ni cerita melayu. mlm tadi kak limah tengok cerita tari tirana entah apa-apa tah. menari teliang liuk macam padi dengan lelaki pulak tu. kak limah tengok cerita tu tak ada objektif yang nak disampaikan. dulu kat tempat kak limah kerja ni kami ambil orang-orang dari timur bekerja. masa tu tahun 2000 adoi macam hal dia buat.pukul 2 dan 3 pagi kena bangun pergi asrama mereka. sedih-sedih. ibu bapa kena kerja keras nak pantau perkara ini.tapi macam mana ya?
|
|
ummimq
::KAUNSELOR:: Menyertai: 16.06.2003 Ahli No: 1731
Posting: 846
Dari: Johor
|
Posting pada: 28-01-10 23:29
memang mengerikan jadi banyaklah berdoa dan amalkan puasa serta tambah ilmu agar iman tidak mudah tergadai begitu saja. WA ----------------- 
|
|
inun
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 31.01.2008 Ahli No: 8250
Posting: 36
Dari: Kelantan
|
Posting pada: 30-01-10 11:43
buat malu saja... macam-macam dah berlaku sekarang... lebih memalukan lagi, kedua-duanya tahu hukum hakam agama.. moga-moga jadi iktibar untuk semua... "Ya ALLAH... jauhkan aku dari perbuatan maksiat... amin..."
|
|
tokcik
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 09.06.2009 Ahli No: 10712
Posting: 129
Dari: perlis
|
Posting pada: 31-01-10 14:19
Dalam berita my metro 30/1/10 ada kisah seorang ustaz berkhalwat dan hampir berzina. Begini kisahnya....Akibat tidak tahan godaan syaitan, seorang ustaz didakwa tergamak menggoda seorang gadis bawah umur dengan tayangan video lucah melalui komputer riba miliknya. Rangsangan video lucah terbabit menyebabkan ‘kekasihnya’ itu berahi sebelum mereka meneruskan adegan ‘panas’ dalam sebuah kereta di tempat sunyi. Namun, adegan asmara itu hanya mampu bertahan beberapa minit apabila pasangan terbabit dicekup sepasukan ahli Skim Rondaan Sukarela (SRS) (berita lanjut lihat blog tokcik http://lamanshaniza2u.blogspot.com/ ) Ustaz tu dah memalukan golongan 'ustaz' dan agama kerana seorang ustaz sekolah agama mestilah telah belajar dan tahu selok belok agama. Dunia nak kiamat...  ----------------- 
|
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 366
Dari: shah alam
|
Posting pada: 11-02-10 14:52
masalahnya tokcik dan ummi kat negara kita terlalu banyak tempat boleh buat pekara2 maksiat ni. tak percaya bila mlm pergi lah kat tasik2. limah pernah pergi lah bawa anak-anak ambil angin kat tasik shah alam seksyen 7. separuh tempat terang yang selebihnya gelap apa lagi lah faham-faham saja lah.
tapi tokcik dan ummi kak limah bila nampak perkara sumbang macam ni kak limah terus sound direct saja. masa tu kat tempat tu lah. pasangan ni dari jauh kak limah pandang saja dari 2 badan jadi 1 badan. apa lagi kak limah pergi dekat-dekat sound habis. suami dah lari dulu dia takut.
apa lagi bila kena sound mereka tunduk saja. rasanyakan kita juga kena main kan peranan bila nampak macam ni kita kena tegur agar tak berterusan.
|
|
Qamarina
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 23.01.2010 Ahli No: 11845
Posting: 29
Dari: Kajang
|
Posting pada: 12-02-10 01:24
Q Nak tanya kedua pasangan ni nanti,susu apa dia mnum waktu kecil.Mungkin dapat jawapan agaknya...agaknya
|
|
srikandijilbab
WARGA RASMI Menyertai: 18.05.2003 Ahli No: 1341
Posting: 19
Dari: Kelantan+Kuala Lumpur
|
Posting pada: 17-02-10 12:32
"Pelajar jurusan al-Quran, Sunnah dan Syariah"....rasa nak menangis baca ayat tu  Kiri-kanan, depan belakang, peluru-peluru maksiat datang bertubi-tubi dari pelbagai saluran-tv, radio, majalah,etc...siapa yang boleh tolong orang-orang muda ini berhadapan dengan peluru-peluru tersebut? Semoga mereka mendapat pahala seperti yang Allah janjikan untuk orang-orang muda yang bermati-matian bermujahadah menentang fitnah yang mengganas di sekeliling mereka, amin  ----------------- Mari Susuri Jalan Ke Syurga
|