| Oleh |
Tuala Wanita Pakai Buang - Ancaman Kesihatan Dalam Diam |
|
diniey
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 04-02-10 12:17
Salam ukhwah fillah.. Ingin berkongsi dengan antum semua...mungkin ramai yang dah tahu tentang perkara ni...hanya untuk memperingatkan semua...
'Tuala Wanita' merupakan perkara yang sangt penting bagi setiap wanita yang mencapai akil baligh..Seawal usia 12 tahun 'wanita' telah terbiasa dengan pemakaian tuala wanita.
Namun sedarkah kita disebalik PUTIH 'tulen' dan bersih tuala wanita yang menjadi kegunaan kita berdekad lamanyamerupakan salah satu penyebab kanser...fibroid..kemandulan dan pelbagai sakit puan yang lain
Tahukah anda, tuala wanita serbuk kayu pulpa, kotak, kertas terbuang yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur yang berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu DIOKSIN. Lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita diselurruh dunia pada tahun 1970 hingga sekarang.
BAGAIMANA DIOKSIN BOLEH MERESAP KEDALAM RAHIM DAN MENYEBABKAN KANSER?
Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Sejenis gas toksik yang dinamakan Dioksin terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan meresap ke dalam uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiub fallopian.
Jadi, kita harus berhati hati dalam memilih tuala wanita, pantiliner atau tampon.
Walaupun tuala wanita dianggap sangat penting dan menjadi penyelamat wanita daripada kebocoran semasa datang haid atau lelehan keputihan yang keterlaluan, ia sebenarnya boleh memudaratkan secara diam sekiranya wanita menggunakan tuala wanita bermutu rendah.
APA ALTERNATIF YANG KITA ADA? 1) Menggunakan kain kapas alternatif guna semula 2) Menggunakan Tuala wanita kain kapas 3) Menggunakan Tuala wanita kain kapas organik 4) Menggunakan Tuala wanita berherba yang berasaskan kapas
BERHATI-HATI!! Ramai antara kita keliru dalam memastikan tuala wanita yang digunakan adalah daripada kapas atau tidak. Kebanyakan wanita terpedaya dengan slogan' selembut kapas' yang tertera pada pembungkus tuala wanita. 'selembut kapas' tak bermakna diperbuat daripada kapas. Biasanya tuala wanita daripada kapas ni agak mahal sedikit berbanding tuala wanita daripada pulpa dan kertas terbuang....
wallahua'lam...
|
|
cta_zie
WARGA RASMI Menyertai: 21.08.2007 Ahli No: 7800
Posting: 3
|
Posting pada: 18-02-10 20:59
tema kasih untuk nasihat ini.. jadi apa yang sesuai d gunakan untuk wanita semasa haid.. thank you
|
|
diniey
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 20-02-10 11:50
Ada beberapa jenama tuala wanita kat pasaran yang dapat dijadikan alternatif....Tapi saya sendiri lebih selesa gunakan FC Biosanitary Pad...Tuala Wanita berherba...selain rasa nyaman waktu pakai ianya dapat mengatasi masalah senggugut dan sakit puan dan harga berpatutan....Ada juga jenama lain seperti Anion....tetapi harga agak tinggi....
|
|
myway
WARGA 5 BINTANG Menyertai: 19.06.2006 Ahli No: 6655
Posting: 417
Dari: on the earth
|
Posting pada: 21-02-10 22:54
elakkan guna pad dr pagi sampai petang. begitu juga dengan mlm. limit for only 4hrs max, then tukar.
|
|
ct_amz
WARGA RASMI Menyertai: 23.02.2010 Ahli No: 11920
Posting: 1
|
Posting pada: 23-02-10 08:31
 .... Saya baru kat sini. saya juga ada menggunakan pad herba tu. Dia ada 3 jenis, pad siang, pad malam dan pantiliner. Pantiliner ni untuk kegunaan semua tak kira lelaki ke perempuan, kanak-kanak pun boleh. Boleh menghilangkan kembung perut dan demam untuk kanak-kanak, sakit kepala, sakit gigi, sakit kaki, sakit pinggang dan sebagainya. just renjiskan sedikit air di permukaan pad dan tampalkan pada tempat yang sakit. yang penting ianya selesa dipakai. sesiapa yang berminat boleh juga dapatkan dr saya.
|
|
diniey
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 03.12.2008 Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu
|
Posting pada: 24-02-10 11:25
ct_amz: bagus lah...dah join ahli.....
saya kenal produk ini secara tak sengaja...kebetulan terputus bekalan...then pinjam kawan punya...walaupun 1st time guna memang rasa selesa...senggugut pun ok..tu yang saya join...member...
|
|
limah
::PENGURUS AKTIVITI:: Menyertai: 20.08.2009 Ahli No: 11210
Posting: 366
Dari: shah alam
|
Posting pada: 08-03-10 07:56
 semua...sebut pasal pad kak limah nak tanya ada sesiapa tak punya pengalaman. dalam dua bulan ni kak limah guna pad dan panties herba. pas tu masuk bulan kedua haid kak limah selang 2 minggu datang pas tu kali ke 4 dia datang banyak sangat. pas tu kak limah tak boleh bersama dengan suami. bila bersama selang 2 hari haid datang. adakah tu disebab pad atau sebab lain. bulan ogos tahun lepas dah buat pepsmail. doktor kata ok tak apa-apa.
|