| Oleh |
PETUA MENAMBAT HATI SUAMI |
|
Qamarina
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 23.01.2010 Ahli No: 11845
Posting: 29
Dari: Kajang
|
Posting pada: 08-02-10 15:31
Assalamualaykum........AL kisah.....toyyib
Petua menambat hati suami
1) Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi kita.
2) Bila suami balik dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum kita membuat kerja-kerja lain.
3) Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai)
4) Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5) Jangan tergesa-gesa untuk menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.
6) Ruangkan masa yang betul-betul “berkualiti” sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.
7) Tanya ibu mentua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.
8)Masak resipi Ibu mentua(kegemaran suami)sekali sekala
9) Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian, kesederhanaan dan seumpamanya).
10) Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati.
11) Minta bantuan suami hanya jika sesuai pada masa, tempat dan jenis profesionnya.
12) Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.
13) Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu.
14) Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen (sesungguhnya Allah sangat gembira perbuatan yang demikian).
15) Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya dua kali sehari.
16) Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.
17) Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan. (jika boleh).
18) Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai dua atau tiga kali.
19) Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.
20) Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.
21) Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting atau kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya . 22) Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.
23) Jika suami marah, jangan sekali-kali menjawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.
24) Bila meminta bantuan suami : terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja-kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh, gunakan perkataan yang sesuai dan lemah lembut.
25) Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.
|
|
nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}- Menyertai: 26.11.2008 Ahli No: 9438
Posting: 455
Dari: cheras
|
Posting pada: 08-02-10 21:06
salam... sila selak2 di topik2 lama sebelum membuat posting key..... seingat saya dah ada dah topik ni... ----------------- berminat dengan key chain sulam? klik sini 
|
|
Qamarina
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 23.01.2010 Ahli No: 11845
Posting: 29
Dari: Kajang
|
Posting pada: 08-02-10 22:11
salam...... niat nak membantu saja...kita refresh balik memorikan baik untuk kita,insan yang selalu lupa ,apapun terima kasih atas peringatan
|
|
maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 3361
Posting: 112
Dari: Pahang~Sel~Dubai
|
Posting pada: 09-02-10 17:45
salam
terima kasih Qamarina kerana mengingatkan kembali.. memang kita ini mudah lupa... insyaAllah akan sentiasa perbaiki diri untuk kesejahteraan suami isteri..
|
|
Qamarina
WARGA 1 BINTANG Menyertai: 23.01.2010 Ahli No: 11845
Posting: 29
Dari: Kajang
|
Posting pada: 09-02-10 19:05
salam.. Ini lah semangat yang kita cari.....saling ingat mengingati semoga rumahtangga kita berkekalan hingga ke akhir hayat.Insyallah
|
|
sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 14.03.2009 Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris
|
Posting pada: 17-06-10 17:29
insya Allah... semoga kita melakukan yang sebaiknya untuk suami tercinta
----------------- setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita
|
|
maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG Menyertai: 03.03.2004 Ahli No: 3361
Posting: 112
Dari: Pahang~Sel~Dubai
|
Posting pada: 20-06-10 12:41
betul tu Qamarina.. kalau nak selak2 post yang lama takut tak berjumpa saja..maklumlah nak godek sana sini kadang tak punya masa.. kalau ada info bermanafaat sharelah ya..
|
|
dee_nadya
WARGA 2 BINTANG Menyertai: 01.04.2009 Ahli No: 10306
Posting: 58
Dari: pantai dalam
|
Posting pada: 20-06-10 19:25
bagus info ini..terima kasih kerana berkongsi..huhhhuhu..
----------------- luaran tidak mencerminkan hati yang sebenar..
|