Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-09-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kekikiran adalah malu, sifat pengecut adalah cacat, kemiskinan menggagalkan lelaki cergas membela dirinya, orang melarat adalah orang asing di kotanya sendiri
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: lysazae
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13715

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 45
Ahli: 0
Jumlah: 45




  Dari Galeri
assalamualaikum..salam ukhwah bt smua :)..smoga hubungan kita sesama ISLAM akan kekal Selamanya

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 8 jam, 26 minit yang lalu
uzmawahida: 8 hari yang lalu
fayyzah: 20 hari yang lalu
bintanghatee: 27 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: boleh ker..??keliru...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» boleh ker..??keliru...

Please Mendaftar To Post


Oleh boleh ker..??keliru...

-sakura-
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 1213
Posting: 43
Dari: sg.buloh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-03 14:40


assalamualaikum semua....
saya nak minta tolong siapa yg tau pasal ni....
nak tanya.. apa hukumnya kalau kita, muslimah bercakap dgn muslimin kat dlm telefon....
tak kisahla.. ada hal ptg ke.. atau suka2 ker... boleh ker...???

-----------------

~wAnItA hIaSaN dUnIa, SeInDaH hIaSaN aDaLaH wAnItA sOlEhAh~

::jaga diri hiasi peribadi::


Bookmark and Share




  Member Information For -sakura-Profil   Hantar PM kepada -sakura-   Send ICQ Meesage To -sakura-   -sakura-'s MSNM Number Is iena_sampj@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

-sakura-
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 1213
Posting: 43
Dari: sg.buloh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-03 17:46


tak ada yg nak beri pendapat ker... hmm..

-----------------

~wAnItA hIaSaN dUnIa, SeInDaH hIaSaN aDaLaH wAnItA sOlEhAh~

::jaga diri hiasi peribadi::


Bookmark and Share




  Member Information For -sakura-Profil   Hantar PM kepada -sakura-   Send ICQ Meesage To -sakura-   -sakura-'s MSNM Number Is iena_sampj@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 17.06.2003
Ahli No: 1740
Posting: 56
Dari: jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 20-06-03 00:01


wsalam...saya tak tau nak bagi pendapat cam mana....sbb kurang ilmu bab2 cam nih.lagipun kita takboleh nak letakkan sesuatu hukum selagi kita sendiri tak kyakin dan adalah lebih penting kalau kita tanya mereka yg berpengetahuan luas ttg nih....


Bookmark and Share




  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

alluring_lady
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 807
Posting: 75

singapore   avatar


posticon Posting pada: 23-06-03 16:07


salam alaik...
emm...ana pun tak seberapa tahu ttg ni...maaf ye...
tapi ana rasa kalau ckp pasal benda yg mustahak boleh, tapi kalau saja nak berborak da jadi buang masa... lebih baik gunakan masa itu utk melakukan pekara yg berfaedah... entah la, ana cuma beri pandangan je... kalau silap tolong tegurkan.
kpd sakura, kita tunggu je pendapat org yg lebih berpengetahuan...
wassalam.


Bookmark and Share




  Member Information For alluring_ladyProfil   Hantar PM kepada alluring_lady   Quote dan BalasQuote

ida01
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 11
Posting: 330
Dari: SeGaMaT^jOhOr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-06-03 16:47


hmm nih pendapat ida.
kalo nak bercakap tuh jgn menggunakan suara terlalu lembut hingga membolehkan lelaki tuh aper org kater cair.
dan jgn menggunakan suara terlalu keras kerna kiter pompuan dan semestinya kene jaga sumer tuh.

-----------------
Bicara Syahadah Menusuk Kalbu
Hati Nan Damai Terasa Rindu.
Ukhuwah Mahabbah Terjalin Selalu
Moga Kekal Bersama Menuju






Bookmark and Share




  Member Information For ida01Profil   Hantar PM kepada ida01   Quote dan BalasQuote

-sakura-
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 1213
Posting: 43
Dari: sg.buloh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 25-06-03 13:00


thanks... saya menunggu pendapat dari ahli yg lain..

-----------------

~wAnItA hIaSaN dUnIa, SeInDaH hIaSaN aDaLaH wAnItA sOlEhAh~

::jaga diri hiasi peribadi::


Bookmark and Share




  Member Information For -sakura-Profil   Hantar PM kepada -sakura-   Send ICQ Meesage To -sakura-   -sakura-'s MSNM Number Is iena_sampj@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

hajidah_aiman
{ SRIKANDI }
Menyertai: 02.05.2003
Ahli No: 875
Posting: 253
Dari: Perlis Indera Kayangan

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 26-06-03 12:52


Assalamu'alaikum...
Ana pun tak berapa arif dgn hal-hal mcm ni...
Bagi ana, kalau ada perkara penting ok...kalau tak...cuba la elak-elakkan...insyaAllah kalau ada yg tersalah harap dibetulkan yer...syukran

-----------------
[b][i]Tiada cinta di hatinya Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang hanyalah pada ibu ayah[/b][/i]


Bookmark and Share




  Member Information For hajidah_aimanProfil   Hantar PM kepada hajidah_aiman   Pergi ke hajidah_aiman's Website   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 26-06-03 15:12


Sila rujuk artikel Fatwa mengenai wanita..

-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 26-06-03 15:20




Di sini diterangkan batasan-batasan wanita menurut syarak. Moga artikel ini memberi serba sedikit panduan dalam muslimat bermuamalah dengan kaum yang bukan mahram.....

"Fatwa-fatwa as-Syeikh Soleh bin Fauzan

Untuk menjaga syariat ini pada semua tujuannya, syariat Islam telah
mengharamkan zina yang boleh menuju ke kemuncak kerosakan sesuatu
kehormatan, sehingga syariat Islam telah melarang dan menutup semua
punca yang akan mendorong kepada perzinaan dan menegah semua
perantaraan yang mengajak kepada perbuatan maksiat.

Untuk tujuan itu, syariat Islam telah mengharamkan kepada setiap
perempuan melembutkan suaranya bila berbicara dengan lelaki ajnabi
sekalipun kerana hajat yang disyarakkkan seperti berjual beli,
meminta fatwa, menjawab soalan lelaki ajnabi dari sebalik pintu,
menjawab percakapan lelaki ajnabi melalui telefon dan seumpamanya.
Perempuan tidak boleh berbicara kecuali dengan kadar yang diperlukan
dan menggunakan suara yang bersikap takut serta sopan.

Mahram ialah setiap lelaki yang diharamkan berkahwin dengan seseorang
perempuan dengan hukum haramnya yang selama-lamanya seperti bapa,
anak lelaki, saudara lelaki, bapa saudara dan seterusnya. Oleh itu,
lelaki yang dihalalkan berkahwin dengan seseorang perempuan itu
(melainkan suami) adalah dianggap sebagai lelaki ajnabi sekalipun
lelaki itu ada hubungan kekeluargaan dengan perempuan itu seperti
sepupu lelaki, suami saudara perempuan (ipar lelaki) dan lainnya.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32,
"Maka janganlah kamu tunduk (berbicara dengan sikap yang menimbulkan
keberanian orang bertindak yang tidak baik terhadap seseorang
perempuan) dalam berbicara sehingga orang yang ada penyakit di dalam
hatinya ada berkeinginan (orang yang mempunyai niat berbuat serong
dengan seseorang perempuan). Dan ucapkanlah perkataan yang baik."

1) Imam Ibnu Jarir at-Tabari RA dalam tafsirnya mengatakan, seseorang
perempuan itu janganlah melembutkan suaranya kepada seseorang lelaki
yang boleh mendorong orang yang mempunyai niat tidak baik melakukan
perbuatan serong kepada perempuan itu. Kemudian, beliau menukilkan
hadis dengan sanad yang bersambung kepada Ibnu Abbas RA berkata,
"Seseorang perempuan janganlah menurunkan bicaranya dan melembutkan
ungkapannya."

Beliau juga menukilkan hadis yang sanadnya bersambung kepada Ibnu
Zaid berkata,
"Menundukkan suara ialah suara yang dibenci yang diluahkan oleh
seseorang perempuan kepada lelaki ajnabi, yang boleh menusuk ke dalam
jiwa lelaki."

Perkataan yang makruf ialah ungkapan yang sopan, baik dan terkenal
dengan kebaikan.

2) Imam Qadhi Abu Bakar ibnu al-Arabi berkata di dalam kitabnya
Akamul Qur'an mengenai firman Allah SWT dalam Surah al-Ahzab ayat 32
itu, Allah SWT telah memerintahkan kepada seseorang perempuan agar
ungkapannya keras dan perkataannya terbatas. Tidak boleh menurutkan
gaya perbicaraan di dalam hati dihubungkan dengan apa yang diluahkan
menggunakan suara lembut, di mana pendengar lelaki boleh berkeinginan
untuk berbicara lebih panjang. Seseorang sewajarnya memulakan
bicaranya dengan baik dan keras. Seseorang perempuan diperintahkan
mendatarkan perkataannya. Dimaksudkan dengan makruf ialah
dikembalikan kepada syarak menurut apa yang diperintahkan untuk
menyampaikannya atau sekadar hajat yang diperlukan oleh manusia.

3) Imam al-Qurtubi berkata di dalam tafsirnya al-Jamik Li Ahkam al-
Qur'an,seseorang perempuan tidak boleh melembutkan suaranya. Allah
memerintahkan kepada seseorang perempuan agar perkataannya keras dan
perkataannya terbatas. Mereka tidak boleh meluahkan bicaranya
menurutkan gaya seperti yang ada di dalam hatinya yang lembut.
Sebagaimana halnya perempuan Arab yang bercakap dengan orang lelaki
menggunakan suara yang halus dan lembut seperti ungkapan orang yang
meragukan dan menggodakan. Syarak melarang perempuan melakukan
seperti itu. Ibnu Abbas berkata, seseorang perempuan hendaklah
menyuruh perkara kebaikan dan melarang perkara kejahatan. Seseorang
perempuan, bila bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi, begitu juga
dengan lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan melalui
persemendaan dengannya seperti suami saudara perempuannya (ipar
lelaki) dan sepupu lelaki, hendaklah mengeraskan perkataannya tanpa
mengangkat suaranya. Seseorang perempuan diperintahkan mendatarkan
suaranya. Oleh itu, ungkapan yang makruf ialah perkataan yang tidak
diingkari oleh syarak dan jiwa."

4) Imam Abu Bakar ar-Razi yang dikenali dengan al-Jasas berkata di
dalam kitabnya Ahkam al-Qur'an, seseorang perempuan tidak boleh
melembutkan suaranya kepada lelaki-lelaki ajnabi dengan gaya yang
boleh diingini oleh lelaki yang meragukan niatnya. Ini menunjukkan
bahawa hukum itu diumumkan kepada semua perempuan dalam tegahannya
berbicara dengan lelaki ajnabi. Adalah lebih baik, seseorang
perempuan tidak mengangkat suaranya yang boleh didengari oleh lelaki
ajnabi.

5) Imam Ibnu Kathir berkata di dalam tafsirnya, menukilkan perkataan
as-Sudi, maksud firman Allah Taala, seseorang perempuan tidak boleh
menundukkan suarannya ialah menggunakan suara yang halus, lembut dan
lunak ketika berbicara dengan lelaki ajnabi.
Ibnu Zaid berkata, perkataan baik, sopan dan terkenal dengan kebaikan
bermakna seseorang perempuan ketika berbicara dengan lelaki ajnabi
tidak menggunakan perkataan yang halus dan merdu, iaitu seseorang
perempuan tidak berbicara dengan lelaki ajnabi seperti dia berbicara
dengan suaminya.

6) Imam al-Baidhawi berkata, seseorang perempuan tidak boleh
meluahkan bicaranya dengan lembut dan halus seperti ungkapan
perempuan yang meragukan. Berkatalah dengan perkataan yang makruf
ialah perkataan yang baik dan tidak meragukan.

7) Asy-Syahid Sayyed Qutub berkata di dalam kitabnya Fi Zilal al-
Qur'an, syarak Islam melarang seseorang perempuan ketika mereka
bercakap-cakap dengan lelaki ajnabi dengan menggunakan suara yang
nyaring, menundukkan suara dan lembut. Gaya ini boleh membangkitkan
nafsu syahwat lelaki, menggetarkan keinginannya, lelaki yang tidak
baik naitnya akan teringin dan menggerakkan kehendaknya.

Siapakah yang telah dilarang oleh Allah dengan tegahan ini? Mereka
adalah para isteri Nabi SAW dan Ummahatul Mukminin yang tidak
diinginkan oleh lelaki yang jahat, yang tidak menggoyangkan bayangan
lelaki yang tidak baik, apa yang jelas oleh pemikiran kita sekali
imbas. Pada zaman bilakah larangan ini disuarakan? ianya adalah pada
zaman Nabi SAW, pada zaman manusia yang baik-baik dan terpilih dari
semua zaman. Tetapi, Allah yang menjadikan lelaki dan perempuan Maha
Mengetahui bahawa suara perempuan ketika ditundukkan ungkapannya dan
dilunakkan lafaznya akan membangkitkan syahwat lelaki yang tidak baik
dan menggerakkan godaan di dalam hati lelaki. Hati-hati lelaki yang
tidak baik sentiasa wujud pada setiap zaman dan pada setiap suasana.
Mereka sentiasa memberikan tumpuannya kepada setiap perempuan
sekalipun perempuan itu para isteri Nabi SAW dan Ummul Mukminin.
Setiap masa tidak akan bersih dari kekotoran dan tidak akan hilang
najisnya sehinggakan tertegah beberapa sebab yang mendorong dari
dasarnya.
Itu pada zaman kenabian.

Bagaimana dengan masyarakat kita yang kita hidup pada hari ini, pada
masa kita ini yang dipenuhi dengan kekotoran yang melemahkan, yang
sentiasa membangkitkan fitnah, di dalamnya sentiasa memberontakkan
syahwat dan di dalamnya sentiasa menggerakkan keinginan nafsu?!
Bagaimana dengan kita pada suasana ini yang pada setiap detik
membangkitkan fitnah, menggerakkan nafsu syahwat, melonjakkan
kemahuan jiwa dan membangkitkan gerakan seks yang beracun?? Bagaimana
dengan kita dalam masyarakat ini, dalam masa ini, dalam suasana ini,
perempuan-perempuannya yang melenggangkan suara mereka, melemahkan
suara mereka, mengumpulkan semua godaan mereka, setiap getaran seks,
setiap kemuncaknya syahwat, kemudian mereka meluahkannya dalam
gegaran suaranya dan dendangannya. Seperti inikah mereka dianggap
sebagai perempuan yang suci?? Bagaimana mungkin kesucian boleh
terbayang dalam suasana yang mengotorkan, sedangkan diri-diri
perempuan-perempuannya, gerakan lenggangnya dan getaran suaranya
membisikkan bicara keji yang Allah sendiri hendak menghapuskannya
dari para hambaNya yang terpilih??!!

Berkatalah dengan ungkapan yang baik. Sebelumnya, Allah sentiasa
melarang seseorang perempuan dari nyaringan suara lembut dan gaya
bahasa yang melemahkan jiwa lelaki. Dalam masalah ini, Allah
memerintahkan kepada mereka agar perbicaraan mereka dalam perkara
yang diketahui, bukannya jarang berlaku. Tajuk perbicaraan kadang-
kadang menggerakkan syahwat seperti juga gaya bahasa yang diluahkan
oleh mereka. Oleh itu, antara perempuan ajnabiah dan lelaki ajnabi
tidak sewajarnya mengungkapkan bicara yang bergetar, tidak bersenda
gurau, tidak meluahkan ungkapan yang mentertawakan, tidak bermain-
main, berjenaka agar segala ungkapan ini tidak dijadikan sebagai
jalan masuk kepada perkara lain di sebaliknya sama ada dalam masa
terdekat atau dalam jangka masa panjang.


-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

alluring_lady
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 807
Posting: 75

singapore   avatar


posticon Posting pada: 26-06-03 19:56


salam alaik...
syukran jazillan... kak afiza_ahmad...


Bookmark and Share




  Member Information For alluring_ladyProfil   Hantar PM kepada alluring_lady   Quote dan BalasQuote

-sakura-
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 1213
Posting: 43
Dari: sg.buloh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 29-06-03 09:08


terima kasih bebyk.. thanks a lot..syukran jazillan..
persoalan saya terjawab kini...

THANKS AGAIN..!!

-----------------

~wAnItA hIaSaN dUnIa, SeInDaH hIaSaN aDaLaH wAnItA sOlEhAh~

::jaga diri hiasi peribadi::


Bookmark and Share




  Member Information For -sakura-Profil   Hantar PM kepada -sakura-   Send ICQ Meesage To -sakura-   -sakura-'s MSNM Number Is iena_sampj@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

ida01
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 11
Posting: 330
Dari: SeGaMaT^jOhOr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 19-07-03 00:14


syukran jazilan kak fizah.

-----------------
Bicara Syahadah Menusuk Kalbu
Hati Nan Damai Terasa Rindu.
Ukhuwah Mahabbah Terjalin Selalu
Moga Kekal Bersama Menuju






Bookmark and Share




  Member Information For ida01Profil   Hantar PM kepada ida01   Quote dan BalasQuote

Tulipz
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 12.07.2003
Ahli No: 1979
Posting: 28
Dari: -= Temasik =-

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-08-03 09:26


suara wanita tu mmg power silap haribulan susah dibuatnya anak orang , klau bleh tu kawal sedikit nada suara kita agar tidak terlalu mendayu..


Bookmark and Share




  Member Information For TulipzProfil   Hantar PM kepada Tulipz   Quote dan BalasQuote

-sakura-
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.05.2003
Ahli No: 1213
Posting: 43
Dari: sg.buloh

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-09-03 12:17


tu yg payah tu..

-----------------

~wAnItA hIaSaN dUnIa, SeInDaH hIaSaN aDaLaH wAnItA sOlEhAh~

::jaga diri hiasi peribadi::


Bookmark and Share




  Member Information For -sakura-Profil   Hantar PM kepada -sakura-   Send ICQ Meesage To -sakura-   -sakura-'s MSNM Number Is iena_sampj@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

nurmujahida
WARGA RASMI
Menyertai: 07.05.2003
Ahli No: 1037
Posting: 14
Dari: kl

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-09-03 16:22


assalamu'alaikum...

bagus ada pendapat2 dan info yg amat bermanfaat..tp kalo kita fikir secara lojik sbg seorang Islam memadailah bercakap dlm telefon utk hal yang mustahak atau untuk hal pelajaran..kalo cakap gelak sana, gelak sini, bisik sana bisik sini atau cakap buang2 masa tak perlula

tp ada satu2 hal tu dibolehkan..contohnya dalam situasi mencari calon zauj (suami) atau zaujah (isteri) kdg2 kena pakai telefon jugak utk memudahkan urusan perkenalan utk masa depan...ana rasa kita bole fikir sendiri sama ada perlu atau tidak sesuatu hal utk dibicarakan dlm telefon...kalo bakal suami kita call kita nak tanya kabar dan tanya psl barang2 tak salah...jgnla sampai bergayut berjam2 takde apa nak cakap mmgla dah salah, membazir pulak tu...kiranya cakap ada purpose la...matlamat...bkn sekadar borak2 kosong..

-----------------

.:: jadilah rahib di malam hari dan singa di siang hari ::.



Bookmark and Share




  Member Information For nurmujahidaProfil   Hantar PM kepada nurmujahida   Pergi ke nurmujahida's Website   Quote dan BalasQuote

fayyzah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 6029
Posting: 155
Dari: Johor-HomeSweet Home-Depan PC

japan  


posticon Posting pada: 30-08-06 04:14


jkalau benda yang teramat penting saja... tu pun ukhti kena jaga suara...cakap terus apa perkara yang nak disampaikan dan jangan dipanjang-panjangkan...


Bookmark and Share




  Member Information For fayyzahProfil   Hantar PM kepada fayyzah   Pergi ke fayyzah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.080749 saat. Lajunya....