Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya dengar, saya terlupa; saya lihat, saya ingat; saya melakukan, barulah saya faham

-- Confucius

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 19
Ahli: 0
Jumlah: 19




  Dari Galeri
a'kum...

salam perkenalan dr saya.

-asma-

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 7 jam, 10 minit yang lalu


Warisan Kita
Topik: Bangga tak akhawat2 semua jadi org M


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Warisan Kita
    »» Bangga tak akhawat2 semua jadi org M

Please Mendaftar To Post


Oleh Bangga tak akhawat2 semua jadi org M

Helwi
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 1340
Posting: 44
Dari: Bumi Anbiya'

syria   avatar


posticon Posting pada: 05-06-03 19:34


Assalamualaikum.....

Dah jd tabiat manusia ,apa yg ada dia tak syukuri,yg takde tulah yg sibuk dia kejar...Mcm tu jugak ngan org m'sia yg sibuk2 nak jd org putih,habis rambut diwarnakan,mata warna biru & kalau bab pakaian pulak,kalahkan org Putih lg.....

Dulu ,ana tak kisah sgt psl nie,tapi,bila dah mula b'campur ngan b'bagai2 bangsa nie ,mulalah terasa untung jugak jd org M'sia nie..Sbbnya org kat sini kebanyakkannya sanjung org M'sia sbb kita ada nilai kesopanan yg tinggi,bersih,kemas & tenang& lain2.

Ada jugak org kata yg org M'sia nie kreatif & berseni sbb dlm b'zikir pun kita boleh b'nasyid.Walaupun bg kita itu perkara remeh,tapi,ada org yg pandang tinggi dlm bab2 camni.

Bukan nak masuk bakul ,angkat sendiri,tapi,itulah yg org cakapkan pasal kita..

Ada sorang sahabat ana dr Russia yg teringin sgt nak jadi org M'sia.Dia untung betul org yg lahir kat M'sia nie sbb rg M'sia ada kecantinkan yg tersendiri & Yg bestnya lg,kita kat M'sia nie hampir segala2nya diajar dgn nasyid.Dr Asmaul Husna,Surah2 Quran,Sifat2 Allah,nama2 nabi & lain2 lg.

Pernah s'kali ana pergi ziarah satu masjid kat Iran tu,tak tahu pulak yg tak boleh bawak kamera masuk masjid.cuak jugak kalau kena rampas kamera,tapi,bila diorang tahu yg kitorang nie dr M'sia,takde masalah pun,terus dia kasi masuk,rasa cam VIP le pulak. Camtu sekali ,org sanjung kita,tapi ada jugak org yg tak b'syukur bila jd org M'sia nie,pelik kan??

Dlm hakikat mmglah ,tak semua org kita yg baik2,ada jugak dikalangan kita yg perompak ,pembunuh,penipu cam bangsa2 lain jugak....Mcm tulah jugak ana balas bila org angkat2 sgt org M'sia nie.Tapi,diorang akan balas,itu normallah sbb dlm tiap2 masyarakat mesti ada yg baik & yg jahat.

So,cuba akhawat2 semua pikir2kan,bangga tak akhawat dilahirkan sbg org M'sia ataupun ada org yg malu sbb jadi org M'sia?????????Berlakulah jujur dgn diri sendiri!!!!!!!!!



Bookmark and Share




  Member Information For HelwiProfil   Hantar PM kepada Helwi   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 01:38


assalamualaikum...

bagi ana, ana bangga dilahirkan seb org islam....dan lebih bangga lg kalau dpt mati dlm islam......insyaAllah.....
tp bangga gak jadi rakyat m'sia nih......

-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

nilamSarah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 556
Posting: 273
Dari: presint 9,putrajaya

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-06-03 17:01


mesti lah... i'm malaysian!!

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For nilamSarahProfil   Hantar PM kepada nilamSarah   Quote dan BalasQuote

mardhiah12
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 568
Posting: 197

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-06-03 14:49


assalamu`alaikum

kita terlupa dgn nikmat yg tuhan kurniakan..kerana kita belum pernah merasa menjadi minoriti dan hidup di negara asing lain

-bersyukur dilahirkan Islam & moga dikembalikan kepada-Nya dlm keadaan Islam-


Bookmark and Share




  Member Information For mardhiah12Profil   Hantar PM kepada mardhiah12   Quote dan BalasQuote

baiduri_aiman
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 979
Posting: 116
Dari: yan,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-03 00:40


syukur alhamdulillah,dilahirkan sbg islam dan dibesarkan dlm negara yg aman damai..tapi tu la,mcm kata sahabiah sumer,sedih klau tgk org melayu hari ni,terutamanya yg perempuan tu.mmg dah jadi terlebih omputeh drpd omputeh sendiri..kononnya trend.isk isk...minta2lah mereka ni sedar dan bertaubat..nauzubillah...


Bookmark and Share




  Member Information For baiduri_aimanProfil   Hantar PM kepada baiduri_aiman   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 25-05-09 15:54


Assalamualaikum

tak ada lah bangga mendabik dada..
tapi bersyukur sebab masih diberi nikmat hidup yang tak putus-putus..
alangkah beruntungnya aku di bumi malaysia..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

nawwal
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 7
Posting: 121
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-05-09 16:47


Assalamualaikum

Ye, saya bangga menjadi warga MALAYSIA ;-)

Sebab orang Malaysia ni biasanya (biasanya) dikenali sebagai orang-orang yang bersopan-santun dan lemah-lembut..tak ganas hehe :-D

Sekadar berkongsi pendapat 8-)

wassalam..


Bookmark and Share




  Member Information For nawwalProfil   Hantar PM kepada nawwal   Pergi ke nawwal's Website   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 26-05-09 01:11


salamun alaik..

baguslah topik ini..
ana sebagai anak rantauan berbangga jadi rakyat malaysia terutama jika dibandingkn dengan kmajuan tempat yang ana duduki sekarang..
banyak yang boleh dibanggakn jadi anak Malaysia..
cumanya yang ana malu jadi rkyat Malaysia ialah budi bahasa yang sangat kurang terhadap sesama kita..kalau sesama tourist pandai pula nak berbudi bahasa..hipokrit...
maafla kalau ana cakap begini..
kalau di indonesia ini tak kira anda adalah org tempatan or tourist memang mereka bersopan sntun dan berbudi bahasa..
yang paling ana geram dengan kakitangan imigresen Malaysia..
dengan org Malaysia sendiri tarik muka 14 dan layan kasar..
kalau di imigresen indonesia mereka layan baik-baik walopun kita ada masalah dengan visa or apa-apa..
memang terasa sangat perbezaan di indonesia dan Malaysia dari segi budi bahasa..
cuba anti bayangkan..kalau di indonesia ini kalau kita p bank,pak guard dia siap tolong bkakn dan tutupkn pintu kereta lagi..
kat Malaysia ada ke?dan macam-macam lagi..kadang-kadang ana jadi malu juga jadi org Malaysia sebab terlalu mju sampai xpndai nak berbudi bahasa sesama sendiri..
wallahuallam..
:oops:
[ Telah diedit oleh: nurzatul pada 26-05-09 01:13 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

naswafa
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 22.05.2009
Ahli No: 10600
Posting: 49

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-05-09 15:07


Bangga jadi rakyat malaysia...tapi makin rimas bila banyak sangat pendatang..macam-macam bangsa..macam-macam gaya...kalau tak di kawal lama-lama rakyat malaysia dah bercampur aduk dengan kaum pendatang sama ada secara sah atau tidak..


Bookmark and Share




  Member Information For naswafaProfil   Hantar PM kepada naswafa   Quote dan BalasQuote

Yoyoy
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 23.07.2009
Ahli No: 11000
Posting: 53
Dari: www.yoyoyspa.com

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-01-10 18:45


Alhamdulillah lahir sebagai org Melayu Islam. Orang Melayu kaya dengan budaya dan ilmu pengetahuan yang tersendiri.

Bangsa Melayu

Bangsa ini ditakluk dan dinaungi oleh pelbagai bangsa yang lebih gagah dari mereka.Saya tidak mahu menyentuh era purba tetapi cukuplah semasa bangsa ini memilih Kepulauan Melayu dan Asia Tenggara sebagai 'rumah' mereka yang kekal.Bangsa ini lebih kuat dari bangsa hebat dalam sejarah seperti Assyria,Media atau Babylon kerana tetap bertahan dalam pelbagai peperangan dan pengaruh sama ada dari Tamadun India (Raja Chola sekadar menyebutkan satu contoh),Empirium Cina,Emperialis Eropah yang bersilih ganti sehinggalah penjajahan budaya oleh Yahudi-Amerika.Bangsa ini tidak pupus sepenuhnya budaya dan ciri bangsa seperti mana bangsa-bangsa pribumi lain yang dijajah seperti bangsa Qibti,Assyria,Parsi yang dijajah oleh Arab atau pun bangsa Hawaii,pribumi Australia,pribumi Meso-Amerika (Aztek,Maya,Toltek) serta bangsa Filipina yang dijajah Sepanyol.India jika tidak kerana ia pusat agama Hindu dan Buddha serta memiliki penduduk yang ramai sudah tentu sudah terhapus.

Sesungguhnya bangsa Melayu telah lama menganut agama Buddha lama sebelum bangsa Cina mengenal siapakah Amitabha dan Avalokitesvara lagi.Malah ramai bikkhu dan rahib Buddha Cina belajar dari pendita-pendita Melayu berkenaan agama Buddha dan rahsia Lapan Jalan Utama di universiti-universiti Buddha seluruh Nusantara terutamanya di ketika era gemilang Srivijaya.Hindu?Anda silap jika mengatakan bangsa ini tidak mengenal Brahma dan Siva.Bangsa ini lebih faham hakikat Samadhi dan Karma dari sesetengah orang India.Lihat sahaja candi-candi di Tanah Jawa.

Beribu tahun bangsa ini menganut agama Hindu dan mengetahui rahsia tahap tinggi Yoga sebelum orang-orang Barat baru terpisat-pisat hendak mempelajari kaedah pernafasan asas dalam Yoga dan berbangga-bangga pula walaupun sekadar menahan nafas terutamanya golongan New Age.Tetapi setelah bertemu dengan kebenaran Islam,bangsa ini berhenti di sini setelah mengalami pengembaraan mistik mencari hakikat spiritual yang sebenar yang berusia beribu-ribu tahun.Tidak ada lagi pencarian mistik yang lain setelah menemui cahaya Islam.Bangsa Melayu adalah bangsa terakhir yang memeluk Islam secara beramai-ramai.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For YoyoyProfil   Hantar PM kepada Yoyoy   Pergi ke Yoyoy's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-01-10 20:18


bila membandingkan diri ini dengan saudara mara yang masih berada disingapura........

sesungguhnya saya amat bersyukur lahir dengan IC lambang malaysia ;)


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-01-10 07:47


kalau bab kemajuan memang akak bangga jadi rakyat malaysia. tapi kalau bab sosial akak kurang sikitlah.Kenapa???hehehe tengok dan fikir sendiri.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

SatuPerjuangan2009
WARGA RASMI
Menyertai: 24.12.2009
Ahli No: 11743
Posting: 3

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-01-10 19:51


Assalamua'laikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Salam persaudaraan, salam persahabatan,

Salam sejahtera kepada muslimah sekalian,

Pada pendapat saya, kita mesti berbangga menjadi rakyat Malaysia dan bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala, kerana, Malaysia adalah majoriti daripada rakyatnya beragama Islam dan kita sebagai umat Islam boleh mengamalkan ajaran agama Islam tanpa ketidakpuashatian dan campur tangan orang bukan Islam yang ingin menindas. Jadi kena banyak berdu'a kepada Allah supaya kita dilindungi-Nya serta bersyukur kepada Allah Subhanahu Wataala dengan ni'mat yang diberikan-Nya ini.

Jadi saya ada satu persoalan yang hendak diutarakan kepada muslimah sekalian, pada pendapat saudara, apa yang patut kita lakukan sebagai usaha untuk mengawal masalah sosial dan gejala-gejala maksiat yang semakin berleluasa di Malaysia. Sekurang-kurangnya, dimana untuk bermula? Mungkin ulasan mengenai langkah-langkah yang telah pun diambil, atau mungkin cara-cara baru yang saudara ingin luahkan?


Bookmark and Share




  Member Information For SatuPerjuangan2009Profil   Hantar PM kepada SatuPerjuangan2009   Quote dan BalasQuote

zeti
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 13.06.2009
Ahli No: 10753
Posting: 56

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-01-10 17:13


salam semua

saya amat bangga menjadi rakyat malaysia tercinta ini

secara realiti kalau dilihat dengan mata kasar, malaysia sebuah negara yang amat tanpa ada sebarang masalah negara yang serius

tetapi apa yang tersirat.ketenteraman di malaysia lah ni tergugat oleh beberapa isu yang amat sensitif yang muslimat semua sudah mengetahuinya

diharap kita semua rakyat malaysia terutama para pemimpin segera mengambil langkah yang secepatnya bagi mengatasi kekeliruan ini

sekadar pendapat 8-)


Bookmark and Share




  Member Information For zetiProfil   Hantar PM kepada zeti   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.072133 saat. Lajunya....