Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 16-11-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Sufiahadnan74
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13717

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Dari Galeri
Assalamualaikum....salam ikhlas penuh ukhuwwah, buat sahabat seperjuangan, gambar kenangan di concord , sepang.......

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 11 jam, 8 minit yang lalu


Muslimah Pelajar
Topik: Khidmat Terjemahan BM - Eng / Proofread / Transcribe (Tukar Audio & Video > Teks) / Buat Subtitle


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, simpLe_sHida
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Pelajar
    »» Khidmat Terjemahan BM - Eng / Proofread / Transcribe (Tukar Audio & Video > Teks) / Buat Subtitle

Please Mendaftar To Post


Oleh Khidmat Terjemahan BM - Eng / Proofread / Transcribe (Tukar Audio & Video > Teks) / Buat Subtitle

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-09-18 19:43


1. http://www.MyCambridge.blogspot.My >> Kelas Bahasa Inggeris Dewasa & Tuisyen MUeT / iELTs

2. http://www.Mudah2u.Co.Vu ...

- Khidmat Proofread & Terjemahan Melayu - English > Buku / Jurnal / Tesis / Abstrak / Assignment / Speech / Artikel

- Service Transcribe - tukar audio / video / buku fizikal ke >> Microsoft Words Text

- Servis Membuat Subtitle English / Sarikata BM - untuk Montage / Klip Video / Filem / Dokumentari / dan lain-lain

- Kursus membuat Subtitle (Private course @ Shah Alam / Putrajaya / Seremban)



Prosedur Tempahan :

a. Emelkan ke >> [email protected] :

- Dokumen yang ingin diterjemah / proofread
- ATAU Audio / Video yang perlu di buat Subtitle / Transcribe

b. Kami akan reply dengan "Quote Harga" serta akaun pembayaran.
c. Hantar deposit ke akaun pembayaran dan kerja akan dimulakan.
d. Hasil kerja yang telah siap akan dihantar selepas baki dijelaskan.


*Sijil Penterjemah dan Surat Pengesahan ada disediakan.
**Resit juga tersedia untuk tujuan claim.



Antara pelanggan yang mengunakan khidmat kami:

1. Senior research fellow, Social Security Research Centre, University of Malaya

2. Jabatan Geografi & Alam Sekitar, Fakulti Sains Kemanusiaan Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

3. Research Management Center , Faculty of Medicine, University of Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia




#Diskaun untuk UM, UPSI, UPM, UiTM, UKM, UTM, UTeM, UNIMAS, UMS, UMP, UUM, UNIMAP, UMK, UniSZA, UPNM, umat, USAS, UTHM , etc.



*****Share INFO ini dengan rakan Anda !


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-09-18 19:44


http://www.Mudah2u.Co.Vu , services :


1. Transcribe Service (Convert Audio / Video recording to Microsoft Words Text)

2. Create English / Malay Subtitle for Video Clips / Montage / Presentation

3. Proofreading & Translation Service (Bahasa Melayu - English) - Abstract / Thesis / Book / Journal / Articles



Booking Procedure:

1. Email the Documents / Audio / Video you want to Proofread / Translate / Transcribe / Subtitle to >> [email protected]

2. We will reply with "Price Quotation" and payment details.

3. Make a deposit and we will start on the work immediately.

4. Completed work will be emailed when payment balance has been cleared.


* Certificate of Authenticity and Letter of Authentication are provided upon request.
* Receipts are also available for claim purposes.




Previous Clients who acquired us:

1. Senior research fellow, Social Security Research Center, University of Malaya

2. Department of Geography & Environment, Faculty of Humanities, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

3. Research Management Center, Faculty of Medicine, University of Malaya 50603, Kuala Lumpur, Malaysia


#Discount for UM, UPSI, UPM, UiTM, UKM, UTM, UTeM, UNIMAS, UMS, UMP, UUM, UNIMAP, UMK, UniSZA, UPNM, umat, USAS, UTHM , etc.




*****Share this INFO with your friends!


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 02-10-18 11:52


Tips habis thesis awal - bahagian 2


Keenam - Tulis serentak


Setelah menulis isi yang anda baca dengan teknik write while u read, siapkan semua chapter serentak, bukan chapter by chapter dan susun mengikut chronology dan sintesis apa yang anda tulis. Ingat, expectation pembaca adalah tinggi kerana anda adalah pelajar PhD. Apa yang ingin disintesis?


Chapter 1 - sintesis bagi menggambarkan latar belakang secara ringkas semua keywords supaya readers mengetahui apa yang sedang berlaku dan mengapa anda perlu menjalankan kajian ini.


Chapter 2 - sintesis perkembangan pengetahuan tentang fokus kajian anda, perkembangan teori, conceptual framework yang menjadi nadi kajian anda serta IV dan DV.


Chapter 3 - sintesis kajian lepas yang strengten kajian anda


Tulis dengan satu ingatan - tidak ada satu ayatpun yang anda tulis tanpa anda sedari maksudnya terhadap kajian anda


Ketujuh - Read and write... dont stop !


Thesis tak bertambah jika anda tak tulis. Jika tak bertambah macamana nak habis awal. Tukar kebiasaan anda membuat highlighted dalam artikel anda dengan pen kepada terus menulis idea yang anda baca ke dalam zero draft anda - now and then ! Saya telah sarankan dalam bengkel saya supaya anda menulis bilangan perkataan yang anda tulis disatu white board.... dengan target mencapai 70,000 perkataan.


Adakah anda akan habis awal jika anda hanya menulis 500 dalam tempuh sebulan? Jika anda menulis 1000 sebulan, anda perlukan 70 bulan.... bila nak habis? Jadi anda perlu menulis beribu-ribu perkataan sebulan..... yang kemudiannya anda akan edit, buang dll tetapi target anda mencapai 70 ribu akan segera tercapai....


Ingat.... mereka yang menulis lambat, kononnya nak mendapat idea yang terbaik, belum tentu mendapat idea tersebut, berbanding dengan anda yang tulis ribu2 perkataan, pasti anda akan terjumpa idea tersebut....


Kelapan - The sense of urgency


Anda perlu ada perasaan the sense of urgency.... bagi menggantikan the sense of "last minute". Perasaan the sense of urgency akan mengarahkan otak anda membuat sesuatu seperti anda akan mati esok hari.... tu dia! Perasaan ini menyebabkan anda merasa sangat bergantung kepada keperluan menyiapkan tesis dengan cepat.... sementara the sense of last minute cuba memberikan anda justifikasi.... lambat2 pun siap juga.... macam orang lain juga. Percayalah...anda tak layak membuat thesis jika ada tak ada perasaan the sense of urgency ini...memang tak layak.... sebab PhD tak sesuai untuk mereka yang kaki lengah, kaki malas, dan kaki kena suap baru nak buat...atau kaki tergedik2....kaki fesbuk yang kalau tak buka tiap jam rasa macam nak pengsan.....


Saya teringat kata-kata Pak Cik haji Aziz Hasan, salah seorang peserta bengkel saya dan activist fesbuk DSG bahawa bisness family hanya boleh bertahan 3 generasi sahaja. Saya tak sempat nak tanya Kenapa? Tapi saya jangkakan bahawa generasi ke3 telah berada dalam comfort zone dah tak ada lagi perasaan sense of urgency untuk majukan bisness.... mereka mengabihkan beras saja.... dan serah semua urusan pada orang lain...yang kemudiannya take over the bisness....padan muka !!


Kesembilan - Kena berlagak!


jangan bro.... tak baik berlagak tau..... kena humble.....


Nak cepat siap mestilah kena berlagak sikit.... tapi dengan tujuan baik. Bukan berlagak tong kosong bro....


Masukkan dalam fesbuk dan beritahu kawan-kawan anda yang anda telahpun siap sekian2 ribu perkataan.......untuk semua chapters......dan dah mula nak collect data.....dah buat sekian2.......sebagai satu trick anda memaksa diri anda meningkatkan apa yang anda dah capai.


Bila dan capai sasaran... war2 lagi sasaran baru..... biar anda ada sedikit pressure.... dan biar kawan-kawan anda terlopong kehairanan melihat cepatnya progress anda!


Contohnya (agak extreme supaya sampai mesej....jangan tiru.... gunakan bahasa yang sopan dalam fesbuk)


"Hello bro.... wa dah siap tulis draf LR 15 pages dalam 10 hari.... cayalah....wa akan habiskan lagi 10 pages dalam 5 hari... he he.. wa mahu kasi wa punya SV terkezut !!
Lagi 5 hari bro.... nanti wa announce dalam fesbuk bagi lu orang jeles sama wa.....wa dah siap LR 20 pages.... terbaik bro....kaw-kaw punya...cincai2 wa tak main....semua siap dalam 15 hari bro.... bukan 15 tahun.... wa tak mahu jadi kura2.... tapi kalau anda nak jadi jugak....wa tak boleh larang...."


Kesepuluh - Jatuh cinta buat kedua kali....


Buat PhD kena jatuh cinta dengan PhD. Apa rasa bila jatuh cinta? Baru 5 minit hantar sms kat dia tu....rasa macam 5 hari tak hantar sms. Betul tak. Baru 1 jam hantar email... tanganpun gatal tak sabar2 nak hantar email lagi. Satu email bukan 1 paragaraph bro.... 10 paragraph tuuu....


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-10-18 11:30


Tips habis thesis awal - bahagian 1

Pertama: Kemahiran asas


Persiapkan diri dengan 3 kemahiran asas - document map, LR dan analisis data.


Document map - susun idea dengan heading dan subheading


LR - penulisan paragraph, analysis dan kritis


Analisis data - SPSS dan qualitative (ATLAS, NVIVO, etnography etc)


Kemahiran ini tak ada di fakulti anda, jadi ikuti bengkel yang banyak dijalankan di IPTA..... Jika tak faham sekali (katakan bengkel NVIVO), ikutlah 2, 3 kali dan praktiskan selepas bengkel.


Juga lengkapkan diri dengan skill lain seperti skill mencari artikel, skill membuat bibliografi dll


Tanpa kemahiran ini, anda memang memiliki tips....tapi tips bagi orang yang akan lambat dan berhempas pulas menyiapkan thesis.


Kedua: Tentukan target


Jika anda ada 3 tahun, proposal sepatutnya dihantar 6 bulan pertama. Data collection semester 3... dan 2 semester lagi analisis data dan penulisan. Semuanya 2.5 semester. Reserve 1 semester untuk hal-hal yang tak disangka berlaku...


Tanpa target, anda sebenarnya menggunakan tips pasrah dan menyerah. Ikut sahaja angin.... jika kencang cepatlah anda siap....jika sepoi2 bahasa.... maka begitulah penulisan anda. Lazimnya angin sekadar sepoi2 bahasa.... ribut jika melandapun cekali cekala cahaja !!


Ketiga: Be realistic


Tesis anda bukan segala-galanya. Tesis anda tidak akan dapat mengubah dunia. Dapatkan tajuk dan kajian yang mencapai tahap PhD / Master tetapi jangan melampaui kemampuan anda sendiri. Jika PhD, gunakan advanced statistik mulai MLR hinggalah yang lebih tinggi termasuklah SEM. Pilih IV dan DV yang tidak terlalu sukar diperolehi datanya. jangan kaji IV dan DV yang terlalu abstract.....


Jika boleh, dapatkan data interval / ratio. Dengan data ini, banyak persoalan dan kemuyskilan berkaitan analisis dan assumption statistik dapat dibereskan dengan mudah. Cuba baca kajian2 yang gunakan data interval / ratio ini. Jika viva nanti, data pada skala interval / nominal perlu dipertahankan dan akan mengundang banyak songel dari ahli panel.


Buat PhD bukanlah SENANG tetapi janganlah sengaja cari tajuk yang SUSAH !


Saya ulang...


Buat PhD bukanlah SENANG tetapi janganlah sengaja cari tajuk yang SUSAH !!


Tajuk yang sukar dan pelik-pelik tidak menjamin thesis anda lebih baik dari orang lain..... silap haribulan anda yang jadi pelik !!


Pelik bagaimana bro?


Orang lain habis 4 tahun..... anda pulak tak habis-habis.....


Anda mungkin idealistic.... nak pastikan semua perrrrfecttt. Komputer mesti canggih. SV mesti supportive. Articles mesti ada terkini. Tajuk mesti dasyat. Namun... idealistic selalunya lebih mudah wujud dalam angan2....dari realiti.....


Keempat: Blok masa membaca dan menulis


Blok masa yang mencukupi untuk menulis. Saya cadangkan anda luangkan masa contohnya satu hari 6 jam straight membaca dan menulis bukannya 2 jam untuk 3 hari atau sehari satu jam....


Contohnya anda sibuk.... maka selesaikan urusan anda dahulu, katakan Isnin sampai Rabu. So pastikan hari khamis anda benar-benar free untuk berada di library atau dimana sahaja yang conducive untuk 6 jam. Tidor awal, pastikan anda ceria dan bersemangat, minta pasangan anda uruskan anak-anak dll untuk hari tersebut.


Anda bermula katakan 8 am. Anda boleh gunakan 6 jam tersebut untuk mengumpul articles sahaja... then the next day for another 6 hours for read and write only. Ini bagi memastikan anda dapat satu kuantiti penulisan yang lebih komprehensif dan flow.... berbanding 2 jam tak 3 kali, yang terencat2... tapi jk anda memang free sokmo sebab full time student....buatlah hari2....insyaAllah anda dalam landasan yang betul untuk menyiapkan tesis anda.






Alasannya, jika 6 jam straight, anda akan lebih mudah mengaitkan idea2 yang anda baca ... EUREKA !! I found it !!


Kelima: Reward diri sendiri


Anda boleh reward diri sendiri setelah berjaya menulis dalam kuantiti yang signifikan.... jangan kisah dulu pasal kualiti penulisan anda, sebab TAK ADA manusia yang tiba-tiba pandai menulis.....anda akan sentiasa improve apabila anda semakin banyak menulis....dengan amalkan panduan yang anda dapat dr bengkel Dr OT ataupun mana-mana kursus yang anda pernah hadiri.


Katakan anda berjaya menulis 2000 words dalam tempuh 6 jam dan seminggu 20000 words.... nak reward apa tu terserah pada anda.....atau pakat dengan suami.... jika berjaya tulis 50000, suami belanja pergi SPA, manjakan diri.....


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 27-11-18 10:17


Berapa lama anda perlukan untuk kembangkan proposal anda menjadikan thesis?

4,5,6...tahun? Phew.....

Jika anda berada didepan computer, di library yang dingin dan nyaman, mencari artikel dalam journal yang berkaitan dalam bidang anda?..yang di subscribe oleh library?.just click..click..click... berapa lama anda boleh kumpulkan 20 journal?

Dengan menggunakan skill operasi Boolean dan advanced search?..(sila baca entry blog saya teknik ini) anda sebenarnya perlukan tidak lebih 2 jam sahaja untuk dapatkan 20 (malah mungkin lebih) artikel dengan satu syarat...


Jgn tab fesbuk dalam standby mood utk dibuka.... dan simpan hp dengan mode silence dalam bag anda. Jangan biarkan fesbuk dan sms mengganggu date anda dengan artikel anda !!

Apabila anda telah downloaded 20 artikel tersebut, anda boleh lah mula membaca secara skimmed bagi mendapatkan idea keseluruhan asas dalam bidang kajian anda. Satu kaedah skimmed adalah dengan menggunakan hujung jari. Letakkan jari telunjuk anda ditengah2 artikel dan gerakkan perlahan2 dalam satu garisan lurus vertical ke bawah teks sambil membaca..... bukan gerakkan mengikut baris demi bari secara horizontal. Ini akan mempercepatkan anda scan isi penting. Bila terjumpa teori atau isi yang penting, barulah anda baca secara horizontal, then terus taip point tersebut dalam komputer anda.

Berapa lama anda perlukan untuk skimmed 20 journal dengan 10 - 15 pages? Jika satu journal 20 - 30 minit, maka 20 journal memerlukan tidak lebih 3 hari sahaja untuk anda selesai membacanya?.


Sekali lagi...Jgn tab fesbuk dalam standby mood utk dibuka.... dan simpan hp dengan mode silence dalam bag anda !!


Lebih baik membaca dengan wikipedia standby utk explore perkataan yang maybe sukar anda fahami buat kali pertama. Anda tak perlu faham keseluruhan artikel, esp. perbincangan detail tentang analisis data.... just scan the theory, methodology and conclusion.

Setelah mendapat idea asas tentang kajian anda?. Anda boleh mula membina thesis structure anda dengan doc map / navigation pane dengan MW Word di computer anda yang anggun dan canggih manggih yang sedondong dengan warna tudung anda. Anda hanya perlu katakan 2 jam untuk menyiapkan struktur thesis anda bagi bab 1, 2 dan 3. (Ingat..dalam bengkel saya bagi masa 15 minit sahaja dan anda berjaya membinanya wpun belum proper .... yang penting ADA !!)

Diiringkaskan cerita? anda hanya perlukan dalam 2 - 3 hari sahaja untuk memulakan asas penulisan thesis anda bagi chapter 1,2 dan 3 dan bukannya 2 - 3 semester !! Ini perbezaan masa ibarat antara langit dan bumi..... antara kapchai dan Harley Davidson... dengan nasihat:


Jangan terlalu skema sangat untuk ikut segala schedule fakulti anda yang perlukan anda mula menulis selepas abis mengambil coursework atau selepas menamakan comittee dll..... anda redah jer..... sebab yang rebah nanti bukan orang lain.... anda juga....


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 22-01-19 15:36


THESIS BUKAN SURATKHABAR LAMA

calon PhD dan master mestilah merujuk hanya kepada refereed publications atau peer-reviewed articles. Hampir kesemua artikel dalam journal established berada dalam kategori ini. Thesis dan dissertasi juga considered refereed kerana disemak dengan ketat oleh committee dan external examiners serta melalui proses pembentangan dan viva.

Namun begitu, terdapat artikel seperti artikel prosiding atau projek tahun akhir tidak temasuk dalam kategori refereed materials. Sayugia dinasihatkan supaya anda jangan memetik atau merujuk kepada sumber sebegini. Ini akan merendahkan nilai thesis anda. Jadi ketahuilah bahan yang anda rujuk utk tesis anda.




Kalau anda tak faham matematik Tingkatan 5, takkan anda rujuk buku Tingkatan 3. Anda boleh rujuk buku Tingkatan 5 yang lain, ataupun buku yang lebih tinggi yang juga bincangkan konsep yang sama. Samalah dengan artikel bukan refereed mempunyai makam yang lebih rendah?. Maklumlah proceeding articles selalunya tidak melalui proses peer-reviewed.

Sebagai contoh, mungkin terdapat artikel yang dikeluarkan oleh jurnal dari sesebuah IPTA dalam mahupun luar negara, yang tidak menjalankan proses peer-reviewed secara yang sewajarnya. Banyak artikel pelajar tahun akhir misalnya dimuatkan dalam jurnal tersebut yang hanya disemak oleh seorang supervisor sahaja. Jadi berhati2 bila merujuk kepada artikel sebegini.


Namun begitu, artikel prosiding sesuai dijadikan bacaan tambahan bagi mengetahui perkembangan terkini dalam bidang kajian anda, supaya anda lebih jelas position kajian anda.

Selain prosiding, anda juga cuba elakkan petikan dari suratkhabar?. atau majalah?. yang hanya akan merendahkan credibility penulisan anda. Kedua2 ini dikategorikan sebagai sumber ?bukan akademik?. Ini termasuk juga artikel2 umum dalam internet, termasuklah WIKIPEDIA.

Bayangkan jika pernyataan masalah anda hanya berdasarkan isu yang dipetik dalam akhbar tempatan?. seperti isu pembuangan bayi, rasuah dll? sedangkan isu tersebut mungkin disensasikan, bukan dari satu kajian yang mendalam, atau hanya diwar2kan dari kacamata ahli politik atau NGO.


Pastikan anda telah membaca kajian2 lepas dan kajian2 inilah yang patutnya dikupas bagi menunjukkan adanya isu yang masih perlu dikaji. Nanti bukan saja isu tu jadi isu yang hanya tersimpan dalam suratkhabar lama..... thesis andapun jadi suratkhabar lama.....tak sapa nak rujukpun....

Ingat, kajian PhD bukan tujuan UTAMANYA untuk menyelesaikan masalah masyarakat dalam konteks praktikalnya?. tetapi sebagai bukti ilmiah anda telah menyumbang sesuatu kepada bidang pengetahuan anda? menjadikan anda seseorang yang mendalami dan mengembangkan pengetahuan dalam bidang kajian anda. Kajian PhD bukan kajian PERTAMA dan TERAKHIR?..

Ingat?. thesis yang baik akan terus berkembang dan thesis bukanlah permulaan dan pengakhiran bagi sesuatu isu atau masalah. Oleh itu, jgn libatkan diri dengan isu sensasi dalam membuat thesis.

Nasihat saya yang kerdil ini, cubalah berada dibarisan paling hadapan dalam bidang kajian anda, tetapi jangan melampaui sempadan, takut anda kehilangan punca atau terjebat dalam banyak ketakpastian.




Contohnya anda mengkaji bidang 3D dalam persembahan multimedia pendidikan sains. Carilah kajian yang menyentuh aspek terkini dalam implimentasi 3D yang masih luas belum diterokai dan bukan melampauinya seperti menguji keberkesanan persembahan 4D yang terlalu baru dan hanya diimplimentasikan secara terhad dalam panggung2 wayang yang terkawal sahaja.


Apa tidaknya, tak ada kajian lagi dibuat dalam persekitaran 4D untuk tujuan pendidikan dan anda akan teraba2? faham kan?


Maklumat lanjut >> http://www.Mudah2u.co.vu







.


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 05-03-19 09:44


Thesis yang menyiksa pelajar ?

Tajuk kali ini lain macam bunyinya?

Mungin juga.... tapi bila didapati majoriti pelajar yang buat thesis berasa begitu tension dan tertekan untuk menyiapkan penulisan thesis mereka, tajuk ini dapat menggambarkan situasi tersebut...

Iya tak ya juga..... ramai yang mengeluh...termasuklah saya hu hu

Menulis thesis adalah satu pengalaman baru?anda cenderung terikut2 dengan cara org lain yang diwarisi secara tidak rasmi dari bekas calon PhD, yang kemudiannya mungkin menjadi SV anda dan menurunkannya pada anda dan seterusnya anda menurunkannya kepada generasi baru?... Jadi ikut2an ini seperti berterusan.....sehingga menyakinkan anda bahawa menulis thesis adalah sesuatu yang menyiksakan!


Ini semacam satu tradisi.....

Ada kalanya anda tersiksa kerana kealpaan dan kemalasan anda sendiri, tetapi saya percaya.... ada sesuatu yang selama ini tidak disedari.... sekurang2nya dari sudut pandangan saya....

Jadi buat thesis ni sepatutnya relex ker.....

Taklah relex bro..... nak relex jangan buat thesis..... buat tak tahu jer...

Abis?

Sebab itulah saya cube memberi satu persepsi yang berbeza dalam entry2 saya yang lepas dan bahawa bukanlah sukar utk menyiapkan proposal dan menulis thesis sebab hampir SEMUANYA TELAH TERSEDIA dihadapan anda ? artikel on-line, buku, fesbuk, email, hp, artikel pdf, wikipedia dll. berbanding dengan zaman saya dahulu. Jadi sepatutnya menulis thesis semakin mudah, secara relatif berbanding10 tahun lepas. Ini tak.... asyik susah semacam jer....


Ya tak yer jugak.... betullah bro....

Abis kenapa kesusahan ini seperti tidak berkesudahan dan masih berterusan...terus diwarisi.....dan ditangisi....

Betul juga cakap bro tu.... emmm...

Jika saya mendapat mandate?.. saya akan ubah cara membuat thesis yang selama ini membuatkan pelajar tertekan secara tak lansung. Ini pendapat saya?. mungkin semua tak setuju, termasuklah pakar2?.tetapi saya percaya pendapat tidak salah dikemukakan....

Wussss..... apa tu bro.... takut pulak gua....

Saya berpendapat, thesis perlu di mulakan dengan SOROTAN LITERATUR terlebih dahulu dalam Bab 1, barulah diikuti dengan permasalahan kajian, objektif, persoalan kajian / hipotesis dan signfikan kajian dalam Bab 2, BUKAN SEBALIKNYA seperti amalan turun temurun.

Menulis SOROTAN LITERATUR terlebih dahulu akan membuka minda pelajar akan keseluruhan aspek yang ingin dikaji sebelum contohnya pelajar dapat mengemukakan gap dalam persoalan kajian secara mantap dan seterusnya menjustifikasikan RQ dengan analisis data.


Alamak betullah lu cakap bro.... patutlah wa fening tak sudah2 bila SV kata mana gap saya..... sebab saya tak bacapun lagi secara komprehensif....

Sebab itulah pada hemat saya yang kecil lagi kerdil ini bahawa pelajar master /PhD sentiasa gelisah dan resah, tak tahu apa nak tulis, hilang punca dan tertekan jiwa dan raga serta teraba2 dalam terang kerana mereka tidak menguasai secara komprehensif apa yang ingin dikaji tetapi telah diminta menulis objektif, permasalahan kajian, serta persoalan kajian atau hipotesis secara spesific serta signifikan kajian. Mana mungkin pelajar dapat merangka semua ini jika tidak mantap pengetahuan LR mereka.

Setuju?


Ya... ya.... wa setuju dengan lu bro... logik jugak tu bro....

Bayangkan, menulis hipotesis yang detail tu perlukan kejelasan idea, penguasaan IV dan DV, serta kerangka teori dan konsepsi dan pemahaman analisis data, bukannya menulis sambil meraba2??tak tahu apa yang bakal menjelma! Mana mungkin mereka tidak merasa tertekan.....lebih2 lagi bila disergah SV!!


Betullah bro....wa fobia bila tiap kali jumpa SV sure kena sergah bro... nasib tak terkencing jer...


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-04-19 10:23


Rahsia Menulis Thesis - 3

Idea anda walau sehebat manapun tak akan ada nilainya untuk meng?graduate?kan anda jika idea tersebut tidak tertulis sebagai tesis.

Banyak kes, kawan2 anda menjalankan kajian yang dasyat pada peringkat awalnya?. kajian masterpiece?.siap dengan data yang lengkap?..tetapi tak sampai ke mana kerana gagal menyiapkan tesis.

Tak siapa kisah idea dan data2 anda tersebut?. percayalah?. kecuali jika ianya tertulis dalam tesis.

Dengan tertulisnya tesis yang lengkap, katakan Chapter One, Two and Three (ini pentingnya zero draft dan dokumen map) walaupun masih belum refine, masih carca-marba, masih berkucalana (kalau tak tahu tanya mek klate maksud perkataan ini), masih belum ada data dll kekurangan, TETAPI anda masih dapat melihat perspektif kajian anda dengan lebih luas? mulai pendahuluan sehinggalah ke kemungkinan dapatan anda.

Anda berpeluang memahami kajian anda secara menyeluruh dari semua aspek serentak dalam semua Chapters yang anda telah siapkan. Anda boleh semak method anda dengan persoalan kajian. Anda boleh semak kajian lepas dengan kerangka teori anda. Anda boleh bandingkan beberapa teori yang berbeza yang telah anda tulis dll lagi.

Memahami tesis secara overall sangat penting bagi anda memilih secara selective artikel2 baru yang anda ingin baca dan analisis. Ini akan memberikan lebih fokus dan memudahkan anda.

Dan yang paling penting?. SV anda boleh memberi komen yang lebih komprehensif kepada tesis anda, berbanding jika anda hanya hantar chapter by chapter.

Walaupun SV selalu minta Chapter One dulu, tetapi anda sepatutnya serahkan juga Chapter Two and Three. Then bila SV tanya itu dan ini, anda telah bersedia dengan jawapan yang meyakinkan. SV anda juga patut menerima dan membaca keseluruhan idea anda, bukan sahaja Chapter One. Tentu lebih mudah SV anda lihat hala tuju kajian anda dengan membaca beberapa Chapter serentak.

Anda juga boleh membuat correction dan editing di sana sini ? sambil membetulkan pemahaman anda serentak. Dengan kemahiran penulisan, kerja2 editing bukanlah satu isu yang sangat besar?. semuanya boleh dibuat dengan beberapa klik sahaja



>> http://www.Mudah2u.Co.Vu >> Khidmat Terjemahan BM - English (Sijil,Jurnal,Abstrak,Tesis) & Proofread / Servis Buat RESUME & CV





tq.


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 21-05-19 10:27



    
Cara nak Lulus Temuduga Kerajaan TANPA "KABEL" ATAU "ORANG DALAM" !?



Berdasarkan statistik yang dikeluarkan pada tahun 2014 oleh Setiausaha Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA); Datuk Ramli Juhari, hampir 2.5 JUTA PERMOHONAN kerja telah diterima untuk menyertai perkhidmatan awam.

Permohonan ini adalah untuk mengisi jangkaan 80,000 kekosongan jawatan dalam sektor awam yang jelas menunjukkan persaingan yang sangat kompetitif di kalangan pemohon untuk memilih berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Bermakna...
Hanya 3.2% Sahaja Yang Akan Dipilih!

Jadi, ia sememangnya satu persaingan yang amat sengit dan ia memerlukan lebih dari sekadar "NASIB!".

Anda perlu betul-betul bersedia dan perlu memastikan bahawa anda betul-betul LAYAK untuk dipiih sebagai penjawat awam berbanding calon-calon yang lain!


5 Sebab Utama Kegagalan!

Ini adalah fakta penting yang anda perlu tahu tentang calon-calon penemuduga!

1. Lebih 90% calon tidak membuat sebarang persedian. Ianya adalah disebabkan mereka tidak tahu apakah persediaan yang perlu dilakukan. Malahan, ada juga calon yang hadir ke sesi temuduga hanya secara sambil lewa sahaja!

2. Tiada sebarang pengalaman dan kurang pendedahan. Masalah ini paling ketara bagi calon yang pertama kali menghadiri sesi temuduga kerajaan. Jadi, pastikan anda mempunyai sedikit pendedahan tentang situasi dan soalan-soalan yang mungkin ditanyakan oleh pihak penemuduga.

3. Komunikasi yang kurang lancar. Punca utama adalah disebabkan calon terlalu gementar dan terkesima dengan soalan-soalan yang diterima! Mereka tiada idea langsung tentang apa yang hendak dijawab!

4. Penampilan yang tidak tepat. Ramai calon tidak mengenakan pakaian dengan etika pemakaian yang betul sewaktu hadir ke sesi temuduga.

5. Over Confident! Terlalu yakin!. Kesilapan ini sering dilakukan oleh calon-calon yang mempunyai keputusan akademik yang cemerlang.

Adakah anda pernah melakukan kesilapan-kesilapan ini?

Teruskan bacaan anda, saya akan bongkarkan kepada anda cara-cara untuk mengatasi semua kesilapan tersebut!




MAKLUMAT LANJUT >> https://mycambridge.blogspot.com/2019/05/cara-nak-lulus-temuduga-kerajaan-tanpa.html



.


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-06-19 10:54


Cara Bagaimana Berniaga Di Shopee ? - Jana 40 Ribu sebulan !



Mungkin anda juga pernah beli barang di Shopee tu!

Tapi, rugilah kalau asyik keluar duit sahaja bila masuk dan guna apps Shopee tu!

Apa kata kita tukar dan buat duit pula dengan apps Shopee tu?

Caranya... Dengan kita jual barang dan jadi peniaga pula disitu! Website Shopee
Apa Yang Best Jual Barang Kat Shopee?.

Shopee ni lebih kurang sama je macam ebay, lelong dan juga lazada.

Ianya sebuah website marketplace! Iaitu tempat orang ramai boleh menjual dan membeli barang!

Bahasa mudahnya.. Shopee ini adalah sebuah PASAR! Tetapi secara online!


Kalau nak cerita apa yang best jual barang kat shopee ni! Memang banyak sangat kelebihan dan keistimewaannya!


Lebih-lebih lagi kalau sebelum ini, anda pernah menjual di FB atau Instagram serta menggunakan Whatsapp untuk Close Sale! Memang leceh sikit kalau guna cara tu!


Nak kena layan satu-satu customer untuk dapatkan sale!

Tapi kat Shopee, proses jualan itu jadi lebih mudah!

Tak perlu dah nak layan satu demi satu customer!


Hanya perlu letak gambar produk, letak maklumat produk dan letak harga! Siap!

Kalau ada orang beli! Nanti akan dapat notification dari pihak Shopee!

Tak perlu dah 24 jam tenung handphone dan berbalas mesej di Whatsapp sebab dok layan customer yang belum tentu pun nak beli!


Apa yang paling menarik! Di Shopee ni, pelawatnya ramai! Ramai giler! Secara kasar! Bilangan pelawatnya dianggarkan seramai 21 juta orang sebulan!.. Iaitu kira-kira 700,000 orang sehari!

shopee traffic

Ramai giler kan? Kalau anda buka kedai kat KLCC pun belum tentu boleh dapat pengunjung/pelawat seramai itu!


Apa yang lagi-lagi-lagi best pasal shopee ni! Pelawat-pelawat kat website/apps Shopee ini!

Mereka adalah golongan yang mempunyai keinginan membeli yang tinggi!

Sebab itulah mereka masuk/buka apps Shopee! Sebab nak beli barang!


Tidak seperti di Facebook atau Instagram.

Di Facebook & Instagram.. kebanyakkan orang.. buka/ masuk apps tersebut adalah untuk bersosial sahaja! Cuma segelintir kecil je yang masuk ke FB & Instagram untuk cari dan beli barang! Sebab tu kalau nak jual barang kat FB & Insta payah sikit.. nak kena pujuk dan belai dulu customer kat whatsapp.. barulah mereka akan beli!


Eh! Banyak lagilah kelebihan berniaga di Shopee ini!


Kalau nak tahu lebih details pasal kelebihan berniaga di Shopee ni!


KLIK >> DISINI >> https://mycambridge.blogspot.com/2019/06/cara-bagaimana-berniaga-di-shopee-jana.html






.


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-07-19 13:27


Tajuk thesis yang menjerut leher sendiri

Saya mencoret lagi kepada masalah pemilihan tajuk master / PhD. Saya telahpun kupas bab pemilihan tajuk yang baik dalam beberapa entri sebelum ini.


Habis kenapa nak tulis lagi?


Sebabnya ramai yang ambil remeh..... dan akhirnya menjerut leher sendiri..... khususnya kengkawan yang buat secara part-time atau yang buat full-time tapi macam part-time atau yang buat part-time secara part-time atau yang paling sadis yang buat part-time then buat derk jer!


Tajuk kajian yang dipilihkan menentukan apa yang akan anda buat sepanjang anda menjadi pelajar master atau PhD. Sekali tajuk dipilih, proposal lulus, sukar untuk patah kebelakang.....kecuali apabila anda tertinggal kunci kereta di restoran mamak.


Terdapat banyak element yang menjadikan tajuk kajian yang baik termasuklah tajuk mesti researchable, significant dll. Namun dari pengalaman saya yang sedikit ini terdapat 3 element dalam pemilihan tajuk yang jika anda tidak ambil kira secara SERIUS, akan mendatang kesukaran pada anda kelak..... iaitu :


1. Anda mesti ada preknowledge / pengetahuan tentang tajuk


Terdapat SV yang mencadangkan tajuk, atas sebab2 tertentu. Misalnya anda kelihatan "blank" tak tahu aper2 atau SV anda ingin latih anda menjadi pakar sepertinya. Malangnya anda tidak mempunyai pengetahuan yang khusus dalam tajuk tersebut, tapi malu nak menolak tajuk SV anda atau takut nak berbuat demikian.


Jadi.....


Apabila SV pakar dalam tajuk anda dan anda lansung tak tahu apa2.....apa sahaja yang anda tulis, pasti tidak sebaik pemahaman SV anda....dan andapun mula takut untuk menulis. Nak short-cut tang manapun SV anda tahu....jadi berkemungkinan akan berlaku conflict dan inferiority complex yang lebih complex dari mana2 shopping complex atau over expectation dari SV anda .....dan akhirnya anda tidak perform.... anda akan sentiasa tertekan......macam paku tekan....


Walaupun tak semua pelajar menghadapi masalah begini, eloklah anda berfikir dan berbincang dengan SV anda semasak2nya sebelum menerima tajuk yang disyorkan kerana yang buat kajian andalah ANDA !!


Juga anda perlu berhati2 dengan perkara baru yang muncul dan kontrovesi untuk dibuat tajuk kajian, kerana anda mungkin tiada pengetahuan dan pengalaman untuk membuat kajian.



2. Personal interest / minat terhadap tajuk


Anda mungkin membaca beberapa bacaan dan terus memilih tajuk sedangkan tajuk tersebut bukanlah minat anda. Anda sendiripun tak pasti apa yang anda minat. Jadi anda belasah aje tajuk yang anda fikir OK....Apa yang berlaku, anda mungkin kehilangan minat untuk teruskan pembacaan, selalu konfius, dan akhirnya terbakar macam fius. Bila ini berlaku, anda kehilangan momentum dalam diri anda.....


3. Sokongan LR


Tajuk anda mestilah tajuk mainstream dalam bidang kajian anda. Bila mainstream maksudnya banyaklah rujukan yang boleh anda perolehi dalam penyediaan LR. Jika tajuk anda sekadar dipinggiran, sampai meraba2 anda mencari LR, dibimbangi minat yang mendalam akan lama2 luntur.... kendur lalu perlahan2 anda akan berundur.....


Saya cadangkan anda berfikir terbalik, cari LR dengan membaca secara intensif dahulu..... baru pilih tajuk yang menepati minat anda, bukan sebaliknya.


Saya analogikan dengan diri saya sendiri..... bagi mudah cerita.
Kajian saya bertajuk:


COMPUTER-ANIMATED INSTRUCTION (CAnI) AND STUDENTS' CONCEPTUAL CHANGE IN ELECTROCHEMISTRY


1. Ini tajuk saya sendiri sebab saya ada latarbelakang mengajar electrochemistry. Saya ada pengalaman 15 tahun ajar benda tu. Bak kata orang.... semua kat ujung jari....


2. Tapi saya tak ada pengetahuan dalam animasi, sekadar mengikuti bengkel tetapi ada minat yang sangat mendalam....tak terkata dalamnya....Akhirnya dengan minat tersebut, saya berjaya bangunkan satu prototaip CAnI, dalam tempuh yang singkat sehingga memenangi anugerah dalam satu pameran. Saya bina animasi dengan penuh ghairah.....dan bernafsu.....sehingga.....hilang nafsu makan dan minum....dan lebih kurang sebulan jer siaplah draf animasi saya. Sehingga kini saya telah terlibat dalam 3 research melibatkan animasi dan telah mengumpul 3 medals !!


3. Saya mendapati artikel animasi tidak banyak ketika tahun 2003 terutama dalam pendidikan, tetapi artikel conceptual-change berada dalam mainstream Chemistry Education, yang menjadi teori dalam tesis saya. So saya ambil masa 3 bulan sahaja untuk siapakan proposal dan terus menulis untuk memulakan kajian saya, sudah pastilah dengan bantuan document map dan zero draft!


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-08-19 11:28


JGN BUAT kajian Thesis jika boleh jawab ?SO WHAT? ?

Kajian diperlukan bila ada isu / fenomena / argument yang menarik perhatian. Bagi memahmi isu tersebut, data diperlukan supaya penjelasan dapat diperolehi yang membawa kepada:

a. ?contribute to knowledge in that particular issue?
b. ?add something to knowledge relevance to the issue?
c. ?advanced the knowledge related to the issue?
lalu terus mengundang keperluan kajian2 lanjut.

Perhatikan contoh kajian berikut. Kajian pertama sampai ketiga tidak boleh menjawab "So What" dan mengundang kajian lanjut.. sambil adanya contribution to knowledge.
Kajian empat... tidak sesuai utk kajian sebab boleh dijangka jawapan "So What"... dan tak jelas contribution kepada knowledge.

Sila baca betul2.....

Kajian Pertama:
Keberkesanan inquiry-based learning strategy dalam pengajaran maths
.
Contribution to knowledge:
Kajian menunjukkan inqury-based strategy memberi kesan positif kepada kumpulan pelajar high achiever berbanding dgn low achiever.

So what?
Strategy ini perlu dijalankan dgn mengambilkiran latar belakang akademik pelajar... maka kajian lanjut diperlukan utk mencari jalan bagaimana pula teori strategy ini berpotensi pula utk kumpulan2 pelajar ? berbeza gender, motivasi, lokasi, berbeza topic pengajaran dll lalu memberikan lebih pemahaman kepada teori yang berkaitan.

Kajian Kedua:
Pembinaan qnaire utk mengukur tahap ketagihan FB dalam kalangan PG?

Contribution:
1. New instrument yang dibina berasaskan construct A, B, C dan D
2. Menunjukkan 4 faktor utama menyumbang kepada ketagihan PG terhadap FB

So What?
Kajian akan datang boleh menggunakan instrument tersebut utk mendapat pendetailan berdasarkan PG dengan demografi yg berbeza pula yang menumbang kepada pemahaman lanjut dari teori yang digunakan utk membina instrument

Mendalami 4 faktor tersebut secara qualitative pula

Kajian ketiga:
Kajian penggunaan combinasi beberapa catalyst P, Q, R dalam meningkatkan keberkesanan combustion buangan kelapa sawit

Contribution:
1. Mendapatkan evident ciri-ciri dan ratio catalyst dan kombinasi yang berpotensi meningkatkan efficiency combustion kepada alam sekitar melalui pembinaan combustion simulation berdasarkan theory effective combusion

So What?
Kajian lanjut perlu dilakukan utk mendalami aspek perubahan fizikal dan manupulasi variable lain spt pressure dan temperature mengunakan kombinasi dgn ratio yang berbeza bagi meningkatkan lagi cost effective combustion simulation?



Kajian Keempat:
Contoh isu Smart School (yang sedikit masa dulu yang mengundang perlbagai kajian)
Kajian keberkesanan SS dalam meningkatkan kompetensi guru menggunakan ICT.

Contribution yg boleh dijangka yanpa perlu kajian:
Menyenaraikan 4 faktor utama dalam memastikan perlaksanaan SS disekolah iaitu
a. menyediakan makmal computer yang lengkap disetiap sekolah
b. menyediakan sokongan teknikal / teknisyen
c. membekalkan software setiap subjek
d. menyediakan latihan guru yang berterusan

Persoalan:
Adakah dapatan di atas satu contribution kepada knowledge?
Adakah dapatan di atas tidak boleh dijangka sehingga memerlukan kajian PhD?
Adakah pihak KPM tidak mampu mengkaji / dptkan feedback / berfikir akan 4 faktor di atas?
Adakah pelajar akan declare bahawa SS tak berjaya dan patut dimansuhkan sahaja?

So what?
KPM perlulah bekalkan makmal, technical support, software dan latihan guru? tu jer? tak payah ler nak buat kajian lanjut?.
Jadi kajian spt ini tidak sesuai sebab boleh dijangka dan tidak menambah kepada teori secara signifikan....

Kesimpulan:
Simpulkanlah sendiri?.. jgn terbelit tangan dan kaki?. tak tahu apa yang dikaji?. lantas memakan diri .. dan menghakis motivasi !!



...servis Terjemahan Thesis, Proofread Jurnal & Transcribe Audio ke Teks -> http://www.MyCambridge.blogspot.com






.


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-09-19 08:58


Tajuk 1435 : Research context dan discussion of findings..

1. Masih ada yg tanya lagi.... knp mesti tulis mcm ni?

"Findings of the study indicated that ?. thus this finding is in line with that highlighted in X (2012) study. This finding is also supported by other research, such as that by Y (2009) who reported ?"


2. Research Context (RC)?
RC adalah semua aspek yg berkaitan dgn kajian spt persekitaran social.. budaya... amalan.. lokasi / setting dan reka bentuk kajian. Dapatan dari kajian yg bbeza... dlm konteks yg bbeza mmberikn interpretasi berbeza, lebih2 lagi dlm kajian social science. Menggunakan instrumen dan sample yg bbeza dari kajian anda juga mbawa interpretasi yg berbeza.

3. Maka... bukan satu keperluan mjadikan dapatan kajian2 lepas sbg 'menyokong' atau tidak dapatan kajian anda ... sdgkn kajian2 tsbut blaku dlm konteks yg berbeza.

4. Kajian obersi misalnya terus2an dibandingkn dgn dapatan kajian sendiri sdg konteksnya mungkin saja jauh berbeza.

5. Apa yg lebih utama adalah mengupas dapatan kajian anda sendiri yg dikaitkan dgn data yg diperolehi serta theoretical dan conceptual framework yg mjadi asas kajian (quantitative) anda.


Upah menaip Thesis/Jurnal (EXpress - Kaedah REWRITE/PARAPHRASE) -> http://www.MyCambridge.blogspot.com



.


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-09-19 11:17


10 ciri-ciri issue / problem yang sesuai utk master / PhD utk difikirkan...



1. Evidence of novelty (something "new" in order to contribute / extent the knowledge)

2. Not necessarily unique but significant to the scholars in the same area

3. Crucial, urgency and important to international community / readers in the same field

4. Availability of references, instrument

5. Doable in a given period of time

6. A good theoretical background which student can determine the functional relationships between variables and support multiple perspectives.

7. Address an issue / problem related to student as a practitioner (if applicable)

8. Researchable - be able to collect data to answer the RQ

9. Maximize the potential of student as an independent researcher


Ciri-ciri inilah yang perlu difikirkan sebelum finalized isu / problem yang ingin dikaji... tak perlu pening2 nk kena explain gap....



...Khidmat Terjemahan BM - English (Sijil,Jurnal,Abstrak,Tesis) / Proofread / Transkripsi >> http://MyCambridge.blogspot.com





.


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 15-10-19 11:09


Macam mana hari ini aku boleh bukan setakat bercakap, bahkan menulis dalam Bahasa Inggeris?

Aku ini asal tak pandai pandai cakap orang putih. Di sekolah pun, kelas hujung-hujung aja. Cikgu sampai menangis sebab kami nakal.
HYPE

Ingat lagi waktu aku kelas Bahasa Inggeris, cikgu sampai panggil aku ke hadapan suruh aku eja perkataan ?which? sebab aku asyik tulis ?wich?.

Dengan yakinnya aku jawab ?wich?. Dua tiga kali dia ulang tanya, aku jawab benda sama, terpancar sinar kesedihan di mata dia.

Bapa aku memang pandai ?speaking?. Daripada beliaulah aku bina keyakinan yang aku juga boleh bercakap gaya ?British born?.

Masuk UiTM, kelas BEL 100 (Basic English Learning) aku suka tapi memanglah aku tak boleh nak pandai.

Sebab enjoy sangat kehidupan, kawan-kawan semua cakap Melayu maka aku lupa sekejap cita-cita murni tadi.

Sampailah aku jadi minat pada rakan sekelas asal PJ. Budak sekolah Sri Aman, cakap English berhabuk.

Tapi aku tak dapat cara lagi. Macam mana nak ?klik? dengan dia. At a point, rasa ?she is out of my league?.

Pendek cerita, aku berkenalan dengan geng debat. Sebab English aku teruk maka aku pasrahkan masuk pasukan Bahasa Melayu.

Tajuk pertama aku bahas adalah ?Melayu adalah Bangsa Yang Layu?. Terkesima aku sekejap. Jadah apa benda aku nak hujah ni.

Lepas sesi, geng debat English cucuk jarum, mereka berjaya buat aku rasa boleh masuk dengan otak mereka.

Paling penting, mereka buat aku yakin bahawa debat Bahasa Inggeris bukanlah hanya milik orang yang sedia pandai berbahasa itu.

Motion pertama aku masuk adalah ?Green is an unhealthy colour?, aku partner dengan Sir Nazim, lawan aku adalah Iqbal Hafiedz Edzral Armin dan (arwah) Edzuan Zakaria.

Nazim jadi 1st speaker dan whip. Aku jadi 2nd speaker. Aku berdiri tak sampai 4 minit, aku bercakap tak sampai 2 minit rasanya.

Dan ya, sebab paling kuat dorong aku redah juga benda ini adalah aku nak jadi pandai barbahasa penjajah ini sebab aku nak ngorat wanita PJ tadi.

Dan akhirnya memang aku jadi pandai.


....Kelas English Dewasa (MUET / iELTS / Kerja) >> http://MyCambridge.blogspot.com



Tidaklah sampai berslanga ala James Bond tetapi sekurang-kurangnya kalau kau campak aku tengah orang putih aku tak takut.

Nasib baik mak bapak aku sempoi. Mereka sokong dengan cara benarkan aku hadir ke segala latihan dan pertandingan di mana sahaja. Izin tu yang mahal bhai.

Pertandingan debat dunia, Asia dan Australasia aku sampai. Wakil SIFE Malaysia ke Barcelona (ranked top 6 in the world), dan program pertukaran pelajar ke Amerika juga aku merasa.

Dan itu dikecapi selepas beratus-ratus sesi ?memalukan diri? depan kawan-kawan, di khalayak ramai dan pergi tournament sepatah haram tak faham apa orang kata sebab mereka cakap laju sangat.

Paling aku bangga ? pernah dipanggil ?ahli neraka? sebab bertutur bahasa ini di gerai makan dalam kampus.

Ada juga kes, budak yang kutuk aku poyo datang menyembah di bilik minta aku tolong dia siapkan assignment essay.

Entah macam mana aku boleh jadi Presiden Persatuan Bahasa Inggeris UiTM Arau pula.

Perkara utama aku nak sampaikan di sini adalah, lingkungan rakan yang kau sertai akan membentuk kau.

Dan lingkungan itu takkan selalu ada. Edzuan yang memang banyak bantu aku, kini dah pergi menghadap ilahi.

Ingat wanita Sri Aman tu? Beliau juga baru sahaja pulang kepada Sang Pencipta.

Ingatlah. Peluang itu selalu hadir, tinggal kau sahaja nak rangkul atau tidak.

Bila ia berlalu pergi, jangan lagi kau ratapi. Itu adalah akibat kebodohan dan kemalasan diri kau sendiri.



....Kelas English Dewasa (MUET / iELTS / Kerja) >> http://MyCambridge.blogspot.com




.


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 531

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-10-19 10:32


Correlation / Regression ? Ape kebendenyer maksud R2 tu?

Sebaik sahaja aku ingin melabuhkan punggungku di atas kerusi empok?. Tiba-tiba hp Samsung S2 aku bordering dengan lagu Lamunan Terhenti

Apa lagi?.kompom....lamunan aku terhenti seketika?..

Assalamualaikum bro?. boleh wa tanya satu soalan tak bro?

Pagi yang hening?.. otak pentium IV aku ni tiba-tiba ingin diuji lagi.

Apa hal?.. aper yang ko nak tanya?

Wa buat kajian korelasi dan regressi bro?hubungan IQ dan EQ?..boleh ke wa kata?..

If R2=0.60 (R square = 0.60), then 60% of the variance in IQ can be explained by variation in EQ..or 60% of the variance in IQ can be explained by the variation in EQ. R2 is the percent of the variance in IQ, explained by the EQ.

Perrfect?. Just perfect !!

Tapi bro?. wa masih confused ler? Lu kata dalam linear regression, kita tak boleh buktkan apa2 causation, abis apa maksud ?60% of the variance in IQ can be explained by variation in EQ? ?. Wa betul-betul tak faham?.

Apa yang ko tak faham?.

Jika dah 60% variance bagi IQ boleh ?diterangkan? oleh variance dalam IQ?. Bukankah itu bukti adalah causal relation antara IQ dan EQ !!

Bukan ko jer yang tak faham?. Wa pun masa ikut kelas statisik dulupun tak faham?.. bertahun2 tak faham?. Main tulis jer?.

Macam tu ker bro..abis?



Nilai R2 (R square) atau dipanggil ?coefficient of determination? membawa maksud ?bila IQ berubah (variance ler tu) maka EQ juga berubah (variance jugak ler tu). Maka R2 membawa maksud IQ dan EQ sama2 berubah dalam satu bentuk atau corak yang sama atau sistematik dengan berkongsi 60% persamaan perubahan tersebut.

Ini menunjukkan adanya hubungan (korelasi) antara corak perubahan IQ yang dapat dijelaskan sebanyak 60% oleh perubahan corak EQ. 40% lagi variance antara IQ dan EQ dijelaskan oleh faktor2 yang lain ler....Jika dalam gambarah venn boleh dilukis sebagai:

    


Jadi tak timbul persoalan IQ menyebabkan sesuatu kesan kepada EQ atau sebaliknya. Kedua2nya hanya berkongsi satu corak variance yang sama secara sistematik sebanyak 60 %.... itu sahaja.... jgn ko nak lebeh2 tafsir ler pula. Atau ko boleh faham macam.....ada sebanyak 60% skor IQ meningkat, sama juga ada 60% skor EQ meningkat (bukan skor IQ yg menyebabkan skor EQ meningkat.....atau sebaliknya tapi masa2 meningkat......). Makin besar peratusan ini, makin kuat salah satu variable tersebut menjadi predictor kepada yang satu lagi....Ingat...kalau dah ada corak perubahan yang sama, bolehlah salah satu jadi peramal.....wa cakap lu.....peramal.. yang baik kepada yang satu lagi... bukan penyebab....

Macam tu ka bro?abis camana nak tahu samada IQ mempengaruhi EQ?

Kalau nak tahu perkara tersebut, lu kena buat kajian eksperimental....bagi mengetahui kesan IQ terhadap EQ. Jika sekadar kajian correlation / regression bukannya reka bentuk experiment?.lu hanya mengetahui kekuatan dan arah hubungan antara kedua predictor tersebut...bukannya causal relationship!!


....Upah buat thesis ->> www.MyCambridge.blogspot.com




.


-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia


Bookmark and Share




  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.080324 saat. Lajunya....