Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-11-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: zahirahruslan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13718

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password

[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 35
Ahli: 0
Jumlah: 35

  Dari Galeri
Ira di Majlis Konvokesyen Kolej Poly Tech Mara Kuala Lumpur (Dip Sc.Comp.)

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 8 jam, 2 minit yang lalu

Isu Semasa
Topik: Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE

Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Isu Semasa
    »» Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 4 Of 4

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4  
Jump To Page:

Oleh Kelas B.Inggeris (Dewasa / MUET / SPM) KLang, Shah Alam,Seremban,Putrajaya,ONLINE

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 533

blank   avatar

posticon Posting pada: 20-08-19 11:23

Kepada calon-calon yang akan menduduki peperiksaan MUET. Adakah anda kini sedang berada di dalam keadaan rungsing memikirkan tentang peperiksaan MUET yang akan hadapi tidak lama lagi?

Maklumlah, peperiksaan MUET ini mungkin salah satu perkara yang terpenting di dalam hidup anda. Ianya akan menentukan sama ada anda akan berjaya untuk menyambung pelajaran ke IPT atau tidak?, atau ia juga akan menjadi tanda penentu bahawa sama ada anda layak atau tidak untuk dinaikkan pangkat di tempat kerja anda.

Pada tahun 2015, seramai 183,631 calon telah menduduki peperiksaan MUET, tetapi malangnya, hanya 0.05% sahaja yang berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang (Band 6). Sebahagian besar, hanya mendapat Band 3, dan bakinya, memperolehi keputusan yang kurang memuaskan.

Keputusan yang kurang memuaskan ini akan menyukarkan anda untuk memperolehi jurusan yang anda idamkan di Universiti. Keputusan untuk kenaikan pangkat di tempat kerja mungkin perlu dipertimbangkan semula oleh pihak atasan apabila melihat keputusan peperiksaan MUET anda yang kurang memuaskan. Mahu atau tidak, anda terpaksa mengambil sekali lagi peperiksaan MUET dan ianya akan mengambil masa anda selama 6 bulan lagi.

...Baca teknik yang betul menjawab MUET disini >> https://mycambridge.blogspot.com/2019/08/teknik-lulus-cemerlang-peperiksaan-muet.html

.

-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Bookmark and Share

  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 533

blank   avatar

posticon Posting pada: 10-09-19 13:19

Dalam catatan-catatan yang lepas kita telah mempelajari tatabahasa secara asas. Ini termasuk punctuation mark tanda bacaan, word class kelas perkataan, phrase frasa, sentence ayat dan sebagainya. Walaupun kita belum mempelajarinya secara terperinci, saya rasa ada baiknya jika kita bincang cara membina ayat dahulu. Saya percaya bahawa mempelajari cara membina ayat diperingkat awal boleh membantu dalam memahami pelajaran tatabahasa dengan lebih mudah. Selain itu, saya percaya bahawa ia boleh juga membina keyakinan diri untuk mempraktikkan apa yang dipelajari, sekali gus membolehkan perbualan dilakukan secepat mungkin, insya-Allah.
Dalam Bahasa Inggeris, membina ayat dipanggil sentence construction. Berikut adalah perkara-perkara mengenai sentence ayat yang telah kita bincang sebelum ini. Sentence hendaklah:

    Bermula dengan capital letter huruf besar.
    Di akhiri dengan full stop tanda titik(.), question mark tanda tanya(?) atau exclamation mark tanda seru(!).
    Menggambarkan subject subjek dan predicate predikat. Predicate mengandungi verb kata kerja dan boleh juga mengandungi object objek.
    Mengandungi clause klausa. Simple sentence Ayat mudah mengandungi satu clause manakala compound sentence ayat majmuk dan complex sentence ayat kompleks mengandungi dua atau lebih clause.

Persoalannya sekarang adalah "bagaimana caranya nak bina ayat?". Katakanlah kita ternampak seorang lelaki yang telah mencuri sebuah kereta dan kita ingin menceritakan hal ini kepada kawan kita. Berikut adalah langkah-langkah membina ayat untuk cerita kita:

Langkah 1: Tentukan subject subjek
Lazimnya subject adalah orang atau sesuatu yang melakukan aksi. Dalam cerita kita subject adalah:

    A man Seorang lelaki

Langkah 2: Tentukan verb kata kerja
Verb adalah aksi yang dilakukan oleh subject (atau pun keadaan subject itu). Dalam cerita kita verb adalah:

    stole telah mencuri

Langkah 3: Tentukan object objek
Object adalah seseorang atau sesuatu yang terlibat dalam aksi tetapi tidak melakukan aksi itu. Dalam cerita kita object adalah:

    a car sebuah kereta.

Dengan tiga langkah di atas maka kita telah membina ayat yang mengandungi subject, verb dan object. Oleh itu, ayat (atau cerita) kita akan berbunyi seperti berikut:

    A man stole a car. Seorang lelaki telah mencuri sebuah kereta.

Kita boleh tambah maklumat mengenai subject (A man Seorang lelaki) dengan menggunakan adjective kata sifat, contohnya perkataan young muda. Ayat kita akan jadi seperti berikut:

    A young man stole a car. Seorang lelaki muda telah mencuri sebuah kereta.

Kita boleh juga tambah maklumat pada object (a car sebuah kereta) dengan menggunakan adjective kata sifat, contohnya perkataan big besar, menjadikan ayat kita:

    A young man stole a big car. Seorang lelaki muda telah mencuri sebuah kereta besar.

Kalau kita ingin menggambarkan cara dia mencuri kereta itu maka kita boleh menggunakan adverb kata keterangan, contohnya perkataan easily dengan mudah, dan ayat kita akan berbunyi:

    A young man easily stole a big car. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar.

Begitulah seterusnya kita boleh menjadikan cerita kita lebih menarik dengan menambah lagi perkataan-perkataan dari berbagai kelas perkataan seperti yang ditunjukkan di bawah:

    Noun Kata nama - Merujuk kepada nama seseorang atau sesuatu.
    Pronoun Kata ganti nama - Menggantikan noun untuk mengelakkan penggunaan noun berulang kali.
    Article Kata sandang - Mengkhususkan atau mengumumkan seseorang atau sesuatu.
    Adjective Kata sifat - Memberi keterangan mengenai orang atau benda.
    Verb Kata kerja - Menggambarkan aksi, perbuatan atau keadaan.
    Adverb Kata keterangan - Mengubah sedikit maksud verb.
    Conjunction Kata hubung - menyambung perkataan atau ayat.
    Preposition Kata sendi nama - Menghubungkan satu perkara kepada perkara yang lain.

Jika kita meneliti dengan betul maka kita akan sedar bahawa ayat yang telah kita bina di atas adalah jenis simple sentence ayat mudah iaitu ia mengandungi satu independent clause klausa bebas. Dengan kata lain, ia mengandungi satu aksi (atau verb kata kerja). Kita boleh juga menambah aksi dengan mengatakan bahawa orang yang mencuri kereta itu kemudiannya memandunya pergi, seperti berikut:

    A young man easily stole a big car and he drove off. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar dan dia memandunya pergi.

Kini ayat kita telah menjadi compound sentence ayat majmuk iaitu ia mengandungi dua independent clause klausa bebas yang telah disambung dengan coordinating conjunction kata hubung setara iaitu perkataan and dan.

Seterusnya kita boleh menambah aksi lagi dengan mengatakan pencuri itu ternampak polis seperti berikut:

    A young man easily stole a big car and he drove off after he saw the police. Seorang lelaki muda dengan mudahnya telah mencuri sebuah kereta besar dan dia memandunya pergi setelah dia melihat pihak polis.

Ayat kita di atas sudah menjadi complex sentence ayat kompleks kerana ia mengandungi dependent clause klausa pautan iaitu after he saw the police setelah dia melihat polis. Perkataan after setelah adalah dari kelas subordinating conjunction kata hubung tak setara yang menjadi penyambung dependent clause klausa pautan kepada independent clause klausa bebas.

Cara membina ayat yang telah dibincang di atas adalah dalam peringkat asas. Semoga ia dapat memberi keyakinan kepada kita dalam memahami struktur ayat-ayat dan perbualan Bahasa Inggeris.

...TUISYEN MUET & IELTS EXPRESS -> http://MyCambridge.blogspot.com

.

-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Bookmark and Share

  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 533

blank   avatar

posticon Posting pada: 01-10-19 10:46

sijil MUET.. hanya laku untuk 5 tahun sahaja

kepada rakan-rakan yang sedang menghadapi peperikasaan-peperiksaan.. 'good luck' dan 'do the best' saya ucapkan. Saya juga sedang sibuk membuat persiapan sebelum menghadapi peperiksaan akhir kursus pada minggu hadapan, dan peperiksaan final semester dalam pertengahan bulan lima ini.. rasa berdebar-debar pula..

Pasti ramai yang sudah tahu apakah maksud disebalik perkataan MUET.. MUET is standing for Malaysia University English Test, dimana setiap pelajar yang belajar di Malaysia untuk mendapatkan ijazah hendaklah mendapatkan sekurang-kurangnya band 3 dan ke atas dalam peperiksaan ini. Tetapi apa yang saya ketahui, terdapat juga beberapa course yang tidak memerlukan sijil MUET untuk melayakkan mereka memperoleh ijazah.. Cuma saya tidak berapa pasti course apa yang dikecualikan..

Apa yang saya hendak maklumkan di sini ialah, tahukah anda sijil MUET sebenarnya hanya laku dan boleh diguna pakai untuk lima tahun sahaja!! Saya telah difahamkan oleh salah seorang lecturer saya tentang pernyataan ini. Actually pada mulanya saya tidak berapa pasti tetapi setelah ditekankan berulang kali, hendak atau tidak maka terpaksalah saya repeat resit semula paper ini.. Saya harap jika rakan-rakan ada informasi sebenar tentang MUET bolehlah berkongsi nanti.

Even sebelum ini saya telah ambil peperiksaan MUET ketika di matrix, tetapi jika dicongak tempoh pembelajaran saya di maktab selama lima tahun setengah ( setahun setengah = foundation, 4 tahun = ijazah ), tarikh saya digraduasikan telah melepasi due date sijil MUET, nak tak nak kenalah ambil lagi.. sebenarnya bukan apa, saya agak tertekan la nak ambil MUET ni, dah ler banyak lagi fokus study yang perlu saya utamakan, tetapi sekarang ini saya kena bersedia pula untuk MUET..

Yang lebih menyukarkan saya adalah, fokus study kini saya lebih tertumpu kepada Bahasa Melayu, jadi setelah lama meninggalkan writing dan reading comprehension, ini membuatkan saya agak terkesima, terkejut, tersedak dan ter ter lagi la untuk bersedia MUET. terus terang saya nyatakan di sini, adalah satu kesilapan bagi saya kerana meninggalkan begitu sahaja pembelajaran formal Bahasa Inggeris.. kerana pembelajaran bahasa mestilah berjalan secara berterusan supaya penguasaan bahasa itu semakin kukuh dan bertambah maju. Tapi apa kan daya, kini saya seolah-olah perlu merangkak semula untuk mengingati semua pembelajaran saya dahulu.

Dalam peperiksaan MUET, terdapat 4 paper yang perlu diambil, iaitu ; Reading Comprehension , Writing, Listening and Speaking.. Bagi saya kelemahan yang paling ketara yang dapat saya kaji adalah dari segi writing dan listening. untuk menjawab paper Writing, penguasaan bahasa dan gaya penulisan harus dititikberatkan terutamanya dari segi grammar dan vocabulary.. selain itu kemahiran menganalisis dan menginterprestasi jadual atau carta perlu dikuasai agar gaya penulisan bertepatan dengan kehendak soalan.

Namun yang paling lemah untuk saya adalah part listening. Agak mengecewakan paper listening saya pada 24 April 2010 yang lepas kurang memberangsangkan gara-gara kesilapan audio dan kekurang jelasan alat auditori saya.. Terdapat 3 part dalam listening, tetapi bagi part kedua dan ketiga, saya rasa macam tak faham dan tidak jelas apa-apa. Slanga dan dialek yang diperdengarkan oleh audio terlalu berdengung dan berbeza dengan sebutan biasa. Contohnya bagi perkataan ' fire, fire '.. saya pun tidak tahu mengapa telinga saya dengar 'bang, bang'.. sedangkan saya dah memastikan telinga saya suci lagi bersih dari segala halangan. malah rakan saya juga mendengar perkataan selain daripada di atas iaitu ' pear, pear '.. jadi kiranya telinga saya ni masih berfungsi secara normal.. hehe.. pasti pemeriksa akan tergelak bila melihat jawapan yang berbagai ragam daripada rakan-rakan yang mengambil MUET kan

Tuisyen MUET seluruh Malaysia >> http://www.MyCambridge.blogspot.com

.

-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Bookmark and Share

  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 533

blank   avatar

posticon Posting pada: 22-10-19 09:45

Aku berumur 20,aku seorang yang cintakan negara.Aku minat dan sayang pada bahasa Malaysia dek kerana bahasa Malaysia merupakan bahasa rasmi negara kita.Aku juga peminat tegar pada sejarah negara,dunia.

Selapas tamat SPM aku dapat A+ dalam subjek BM manakala SJ aku dapat A . sedih la juga time ni sebab SJ ?A? jaa .. Tapi tak apa . rezeki Allah.Semua subjek yg aku ambil aku peroleh credit manakala 1saja subjek aku dapat D tak credit iaitu bahasa Inggeris .

Bermulalah episod duka dalam hidup aku. Lepas SPM aku ditawarkan Maktab Peguruan .Semua sesi aku lulus sehinggalah sesi terakhir iaitu sesi speaking .Masa tu aku kaku. Keputusan keluar aku gagal. Hancur hidup aku sedih semua ada.Aku berharap sangat dapat maktab .Aku nak jadi cikgu wehh ,apakan daya Allah penentu segalanya.

Dari zaman sekolah aku belajar english tahap gila.Waktu rehat dulu aku akan pergi bilik guru jumpa mana-II cikgu english untuk rujukan.Aku manfaatkan masa sebaik mungkin.aku beli buku english.Ada juga buku yang dihadiahkan oleh guru english pada aku kerana mereka lihat aku betul betul nak belajar english.

Aku pun tak tau kenapa aku tak pandai english.Macam macam dah aku buat untuk pandai english.Aku jeles lahh juga tengok orang dok speaking depan aku.Dunia sekarang kena pandai english baru senang dapat kerja. Haihh. Lagi buat aku gusar lerrr. Masa apply U pun aku dapat kos biasa2 sebab bi aku tak kredit.semua sangkut sebab bi.

Aku ada minta kerja kat satu hotel. Kebetulan hotel tu 5bintang.Aku sedar bi aku teruk. Tapi x apa lah . aku sekadar nak mencuba memandangkan aku jobless.Aku pergi lah interview .Masa interview tu lelaki yang interview aku.Lelaki india ,apa yang buat aku kagum ialah BM dia lancar wehh dia juga buleh berbahasa Mandarin dan B.ingeris mestilah lancarkan.Kagum dan ketar jiwa aku ni sebab takut nanti dia tanya soalan speaking2 matilahh aku.

Aku bernasib baik,sebab lelaki india tu cuma tengok result SPM aku.Lelaki india tu hanya bercakap dengan aku mengunakan bahasa malaysia sahaja.Lega wehhh haha .Tetiba terus dia suruh aku start kerja beberapa hari kemudian.Maybe dia tengok muka aku nampak Nur kutt . haha

Bermulalah episod kerja aku.Guest india datang speaking aku dapat handle.Guest cina datang speaking aku dapat handle.Guest mat salleh datang ja.haha garu kepala aku wehh. Aku tak dapat tangkap apa yang mat salleh tu cakap.rapper kut haha .laju sangat .Sebutan mereka pun lancar betul, punya susah aku nak faham.Staff kat situ mula sedar kebodohan aku dalam speaking nih.

Aku sebenarnya banyak mulut.Memandangkan smua staff speaking aku hanya berdiam diri.Sampai ada yang cakap aku ni pendiam ,pemalulah .Mereka tak tengok lagi aku kat luar macam mana . Melayu sama melayu pun mereka nak speaking.biasalah standart 5bintang maybe haha.

Dan hari yang aku sedang meniap ni adalah hari ke-6 aku berkerja dan mungkin hari ini hari terakhir aku juga.Aku sedih semua hidup aku sangkut sebab ?BI? aku teruk. Adakah perlu aku untuk berhenti kerja ?

Aku ada cerita pada seseorang,mereka cakap aku boleh belajar .Ya aku mengaku aku boleh belajar .macam sebelum ni aku belajar dari sekolah sampai lah keputusan SPM aku. Tapi tak kan bila dh masuk kerja baru aku nak belajar. Bayangkan penjaga pintu kat sana lebih pandai BI dari aku . hari ke-4 aku kerja ada seorang penjaga pintu datang dan perli aku?kalau nak pandai english kena baca paper ni(sambil tunjuk surat khabar yang dia pegang),anak pakcik pandai english pandai buat karangan penuh umur baru 17″ aku hanya diam dan dengar ja la. Hati terasa kut.Mungkin dia cuma bagi pandangan.Memandangkan aku kerja waktu tu aku rasa lain laa. Mungkin lepas habis waktu kerja dia nak tegur pasal english smua aku tak lah terasa.

Tapi tak apalah.Mungkin nasib aku memang macam ni.Aku mula rasa nak give up dengan english.Dalam handphone aku penuh dengan apps berkaitan english .aku download,aku belajar.Tapi aku tetap blurr . Aku buleh cakap english dan bila orang cakap aku susah nak faham.Practice make perfect. Aku dah practice tapi masih tak perfect.

Pada yang membaca aku harap korang jangan jadi macam aku.Susah sangat.Belajar dan jangan putus asa.Mungkin lepas ni aku akan masuk kelas bahasa english.Doakan aku.Sesiapa yang ada pandangan ,kongsilah pada saya .

-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Bookmark and Share

  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 533

blank   avatar

posticon Posting pada: 05-11-19 10:37

READ, READ & READ + WRITE, WRITE & WRITE

READ, READ & READ

Sekiranya anda memikirkan hobi membaca ini suatu yang membazir, anda memang silap besar. Aku ingin memberikan cadangan kepada sesiapa yang berminat untuk membaca tetapi kekurangan wang untuk membeli buku, anda boleh berkunjung ke MPH (tempat selain perpustakaan). Faham sangat kehidupan sebagai pelajar yang kita mungkin kekurangan duit untuk membeli buku yang mahal semata-mata untuk membaca. Sekiranya ada masa terluang ambil peluang berkunjung ke MPH NU Sentral untuk membaca buku yang berkaitan dengan motivasi, inspirasi dan sebagainya. Seronok kerana ada tempat duduk yang disediakan (walaupun terhad) kerana dapat membaca buku secara percuma (cuma kena luangkan masa anda sahaja).

    Kakak, you must read this.

    Kakak, these articles are good for your essay writing.

    Kakak, please read newspapers and magazines if you want to excel in your writing.

     Kakak, don't forget to cut the articles from the newspapers.

    Kakak, don't forget to study smart.

All those "Kakak, please read these and that" : resembled my childhood memories.

    Alamak kena baca lagi?

    5 minit baca, mata dah kuyu

Nampak tak pelbagai alasan untuk 'avoid reading'. Pernah tak parents anda paksa anda untuk membaca? My parents forced me to read (forced me in a good way). Pada mulanya, memang malas dan tidak suka membaca - masa zaman budak-budak dulu lah kan (Buat confession pulak dekat sini. Ahaha). Bagusnya kena paksa untuk membaca kerana lama-lama sikap suka membaca ini menjadi satu minat! Thumbs up to my parents ;)

WRITE, WRITE & WRITE

Teringat kembali detik Semester 1 ketika mengambil subjek Writing for Academic Purposes. Berdebar lain macam kerana pada masa itu jarang menulis esei. Rasanya 'skill' menulis dah berkurang sedikit. Menulis itu ibarat satu ekspresi seni. Ekspresi seni di mana kita sebagai penulis bebas melakar pandangan serta idea yang mungkin tidak sama dengan orang lain.

Yeah, writing is the hardest thing ever!

Di sini, aku ingin berkongsi 9 tips bagaimana untuk menulis esei dengan baik tanpa menggunakan ayat bombastik atau 'jargon words' (I got an A : Writing for Academic Purposes subject. Thank you Bonda Ijun (Madam Mahizun Kasiron) Sayang lebih. Hee):

    Brain-storming
    Letak tajuk di tengah-tengah kertas (Mind-mapping)
    Tuliskan Main Points anda
    Nomborkan Main Points ikut keutamaan (Pilih yang paling penting dahulu - senang untuk huraikan esei nanti)
    Tuliskan points yang anda ingin tambah untuk 'elaborate' Main Points anda
    Pastikan ada Introduction, Body and Conclusion (Overall essay)
    Tambahkan 'example' untuk setiap Main Points
    Gunakan simple sentences untuk permulaan mengarang esei (Practice makes perfect!)
    Semak 'grammar', 'spelling error', 'sentences structure'

Nampak simple tapi bukan semua orang boleh lakukan dengan baik. Sekiranya anda sering melakukan draft menggunakan tips di atas, inshaaAllah anda akan nampak rentak menulis anda dalam masa terdekat!

Ada kawan-kawan bertanya bagaimana aku boleh menulis esei dengan baik dan ini jawapannya:

    Tips yang paling ringkas boleh bagi adalah buat esei yang senang difahami, ada isi yang menarik untuk dikongsi, mencari 'own voice in writing' (kerana setiap orang mempunyai 'writing style' yang berbeza)

.....Kelas English Dewasa ->> http://www.MyCambridge.blogspot.com

.

-----------------
- Agensi Perkhidmatan Mencari Jodoh 1 Malaysia

Bookmark and Share

  Member Information For nishazainalProfil   Hantar PM kepada nishazainal   Pergi ke nishazainal's Website   Quote dan BalasQuote

nishazainal
-WARGA SETIA-
Menyertai: 13.01.2016
Ahli No: 13738
Posting: 533

blank   avatar

posticon Posting pada: 05-11-19 10:39

Member Messages

Forum Search & Navigation

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 

-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:

Loading: 0.067178 saat. Lajunya....