Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-11-2018  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
ilmu tanpa amal itu gila, amal tanpa ilmu itu sia-sia. usah bimbang jika diri sudah tidak dihargai, tapi perlu bimbang jika diri sudah tidak lagi berharga.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Swarig123
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13705

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
Assalaamualaikum..

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 1 jam, 39 minit yang lalu
anahusuhana: 7 hari yang lalu
Swarig123: 14 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Suami Suka Mencarut dan menghina


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Suami Suka Mencarut dan menghina

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Suami Suka Mencarut dan menghina

fizar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2010
Ahli No: 12421
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-09-10 19:23


Saya telah berkahwin selama hampir 3 tahun dan dikurniakan seorang anak yang berusia 1 tahun 5 bulan. Sejak mula perkahwinan, suami sangat panas baran, suka memaki-hamun saya, memalukan saya dan menghina keluarga saya di khalayak ramai. Saya rasa seperti bodoh, terhina dan sangat tertekan setiap kali suami memaki hamun saya dengan kata-kata kesat.

Suami saya panas baran, kalau marah suka hina dan sebut tentang ayah saya. Keluarganya huru-hara dan panas baran macam dia jugak. Suka bergaduh, cakap besar, kurang amalan agama, cakap lepas, suka maki hamun, tengking2, mencarut, marah tak tentu pasal etc.

Sebab tu suami saya pun macam tu tapi suami saya tiap-tiap hari pergi surau, cuma kurang pengetahuan agama (baca quran selalu tajwid salah..kadang-kadang boleh tegur, kadang-kadang tidak boleh tegur)

Saya pernah mengadu pada mertua tapi mereka baking anak, bila ngadu kat mertua..ayah dia siap cakap, apa salahnya maki hamun kalau betul. Ajaran agama mana entah dia pakai.

Masa hari perkahwinan (sebelah lelaki), ibu mertua menengking saya di depan rumah depan tetamu yang ramai sebab saya lambat turun sedangkan pengantin lelaki (suami saya) masa tu masih ada di atas rumah (dalam bilik pengantin). Tengking dan maki hamun dah jadi pekara biasa dalam rumah tu. tiap-tiap pagi, ibu mertua saya mesti terjerit2 dan maki hamun kejut anak-anak lakinya yang bongsu bangun tidur. Suami saya pernah kena curah air panas masa kecik sebab menangis minta susu.

Masa mengandung, saya selalu sangat menangis, suami saya tidak boleh ditegur langsung...pernah kami tidak solat asar sebab dia tak nak solat di surau shopping complex, katanya bajunya kotor kena peluh. Tapi bajunya tak kena najis. Bila tak sempat solat, saya tegur dia...tapi dia mengamuk atas motor sampai buka baju depan orang ramai sambil motor bergerak. Dia pernah tengking saya depan supermarket, tengking saya atas motor kat traffic light...dan bukan tengking sepatah perkataan....ayatnya berjela2 siap maki hamun puki mak, bangsat, baghal, gila, bodoh, bab.....hempas pinggan dah banyak kali. Suka tunjuk penumbuk pada saya kalau kami bergaduh. Suami juga pernah baling cawan kaca pada saya yang sedang menyusukan anak tapi pecah terkena dinding dan serpihannya terkena pada saya. Pernah saya ditinggalkan di tepi jalan dan disuruh berjalan kaki oleh suami sejauh 2 km ke klinik. Saya tak tau jalan ke sana dan ketika itu saya mendukung anak dan disuruh membawa helmet.

Menghina mak dan ayah saya miskin..."nak makan sendiri pun minta kat anak, ada hati nak bagi pinjam kereta", menghina mak ayah saya..."macam pencuri" sebab saya bagi duit tiap-tiap bulan kat mak ayah dan belikan kereta untuk ayah. Suami tuduh saya tidak minta izin sedangkan sebelum dan selepas kahwin (masa mengandung) saya dah tanya dia...kadang-kadang dia jawab ok dan kadang-kadang dia jawab bila mampu...mampu tu subjektif (bagi saya, saya dah mampu sebab dah kerja tetap kerajaan).

Saya tidak tahan sangat....dah rasa macam nak sakit jiwa...kalau fikir kepala jadi sakit, mungkin dah kena darah tinggi...saya sangat tertekan...hubungan dengan keluarga saya jadi renggang dan jauh sebab sikap suami...saya sedih dan tak mampu lagi.

Masa raya kedua baru-baru ni suami saya mengamuk kat rumah mak ayah saya... tiba-tiba dia paksa saya balik rumah sambil jerit2...saya tidak ikut sebab takut. Dia terus rampas anak dari saya..mak saya halang, dia tolak. Jadi ayah dan adik lelaki saya bergelut dengan dia untuk ambil anak...sebenarnya kami tidak sangka sampai jadi macamtu sekali. Dia terus keluar balik rumah mak bapak dia. Sebelum keluar, dia jerit "Ayah ni memang sial!" Lepas tu, dia tuduh saya nusyuz sebab tak ikut dia dan tuduh family saya dah plan semua ini. Suami siap cerita pada kawan saya yang mak ayah saya tuduh dia curi duit saya sedangkan dia yang cakap begitu pada mak ayah saya.

Suami call pujuk2...saya layan ala kadar sebab masih terluka. tiba-tiba bila balik rumah kami dengan mak ayah saya (mereka tolong hantar sebab saya tidak mampu drive seorang...jauh, lagipun tidak ikut syariat). Dia bawa family dia...konon nak bincang tapi dia pertahankan diri dan marah2. Dia arahkan saya balik rumah mak bapak dia tapi saya dah takut sebab mak dan ayah dia termasuk suami saya , kutuk kami sekeluarga macam-macam masa tu..saya diam saja...terus dia ambil anak dan keluar rumah...

Saya minta nak susukan anak, dia tidak bagi...sedangkan anak saya masih menyusu badan...Saya tidak sanggup berpisah dengan anak saya...asyik menangis saja... tidak tentu arah, tidak tau nak buat apa.

Kalau tuntut fasakh, saya takut dia cakap "AKU CERAIKAN KAU dengan SYARAT AKU JAGA ANAK"....saya takut kehilangan hak penjagaan anak. Apa yang patut saya buat sekarang? Dalam kes saya ni, berdosakah kalau saya tuntut fasakh?

Saya tidak berjumpa dengan anak sejak 18/9 (Sabtu) lepas...saya sangat rindukannya. Saya perlukan jalan penyelesaian dan tidak berniat memburukkan suami...sebab itu saya menyembunyikan identiti.


Bookmark and Share




  Member Information For fizarProfil   Hantar PM kepada fizar   Quote dan BalasQuote

nilamsari
WARGA RASMI
Menyertai: 21.09.2010
Ahli No: 12418
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 26-09-10 09:46


assalamualaikum...

sebelum bagi komen minta maaf lah jika ada yang menyentuh perasaan....

saya nak tanya lah sikit...berapa tahun lagi puan sanggup tahan semua ni...?

apapun puan kita berusaha cari jalan keluar.

tempat yang terbaik pejabat agama lah...kalau saya tak sanggup biar perkara ni berlanjutan...

puan takut sangat pada dia?suami puan dah jadi seperti ancaman pada puan dan anak...

kalau saya dah tak ada org nak bantu hal ni dan saya takut sangat,memang saya libatkn polis saja...nak buat macam mana..suami dah macam penjenayah..rasa tak selamat hidup dengan dia...nak tunggu lagi ke?

bukan saya hasut nak minta yang tak baik...

kalau sayang dia sekalipun,kena ikhtiar dr sekarang...

kalau dah tak nak pada dia lagi pun kena ikhtiar dr sekarang...jangan biar lama-lama...

nanti dah jadi perkara yang tak diingini,menyesal pun dah tak berguna...

banyak tempat kita boleh minta bantuan...pusat perlindungan wanita,pejabat agama,atau usaha cari sesiapa yang boleh tolong kita keluarkan dr masalah macam ni.

tapi kalau puan snggup tunggu lagi... :-(


Bookmark and Share




  Member Information For nilamsariProfil   Hantar PM kepada nilamsari   Quote dan BalasQuote

fizar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2010
Ahli No: 12421
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-09-10 19:36


dah mengadu kat pejabat agama dan dah pergi kaunseling...sama saja hasilnya
baru kejap tadi saya berjumpa suami dan anak. Suami memujuk supaya saya kembali padanya. Suami saya tidak tinggal bersama saya lagi. Suami saya suruh datang berjumpa ibubapanya dan tinggal berhampiran rumah mertua kalau inginkan anak. Mak mertua saya dah cakap macam-macam kat saya..pelacur, jalang, curang etc...tak sanggup rasanya saya dengar lagi. Adik-adik ipar pulak anta sms mengugut dan mengatakan keji dan jijik melihat saya..menuduh saya ikut ajaran sesat etc. Bayangkan kalau saya tinggal di sana? Tapi tadi suami saya nampak macam dah lembut hati...cuma ibubapa saya masih tawar hati. apa pendapat antum?


Bookmark and Share




  Member Information For fizarProfil   Hantar PM kepada fizar   Quote dan BalasQuote

fizar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2010
Ahli No: 12421
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-09-10 03:07


ibubapanya keras hati, buruk sangka pada saya dan meninggi diri (takkan mengaku salah)...
masyarakat kat taman tu cakap keluargany bengis, kedekut dan macam-macam lagi yang negatif
antara punca retakny rumahtangga kami adalah campur tangan keluarganya...suami saya cerita semua keburukan saya pada ahli keluargany...sebab tu boleh gaduh kecil pun, ibubapany akan datang rumah untuk marahkan saya
mak mertua saya control seluruh kehidupan kami...dr bab beli rumah, buat aqiqah, balik kg, kenduri etc
tiap-tiap kali balik kg saya salu kena perli...beli rumah dia tak bagi suami saya beritahu saya..sedangkan kami suami isteri


Bookmark and Share




  Member Information For fizarProfil   Hantar PM kepada fizar   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 27-09-10 08:33


salam fizar.
harap dapat baca pm.
semoga sentiasa dalam lindungan Allah swt.
:)


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

fizar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2010
Ahli No: 12421
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 27-09-10 19:06


masa pergi kaunseling kat pejabat agama, suami yang 'kaunseling'kan ustazah tu...sebab dia bercakap (mempertahankan dirinya) tanpa henti...ustazah tu cuma mampu bercakap beberapa potong ayat saja
memang suami ada sedikit perubahan tapi selepas tu terjadi peristiwa hari raya hingga dia sanggup memaki ayah saya....dan peristiwa merampas anak
saya dah berjumpa peguam tapi interim (hak jagaan anak semasa bicara) dapat lambat...anak saya sekarang sedang demam rindukan saya, suami pula memujuk saya...
hati dah tawar sebab ibubapanya memaksa saya berjumpa mereka jika inginkan anak
saya buntu


Bookmark and Share




  Member Information For fizarProfil   Hantar PM kepada fizar   Quote dan BalasQuote

fizar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2010
Ahli No: 12421
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 28-09-10 06:48


alhamdulillah...hati saya semakin tenang atas nasihat sahabat-sahabat..terima kasih
saya telah hidup tanpa anak semenjak 7 hari lepas...dan akan berjauhan dengan anak 10 hari lagi sementara memperolehi interim
anak saya sedang demam tonsil, batuk, selsema kerana rindukan saya...saya ada berjumpa anak sekejap 2 hari lepas dan dia tak ceria langsung...saya sedih melihat keadaannya
sayasedang berusaha untuk berjumpa seorang ustaz yang dihormati di taman tempat tinggalnya tapi ustaz tu terlalu sibuk...mungkin hari khamis ni baru dapat berjumpa dengannya


Bookmark and Share




  Member Information For fizarProfil   Hantar PM kepada fizar   Quote dan BalasQuote

fizar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2010
Ahli No: 12421
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-09-10 22:15


masa pergi kaunseling kat pejabat agama...mula-mula masuk bilik kaunseling, saya minta pada ustazah tu untuk bercakap sendirian tanpa suami
bila saya dah habis cakap, suami masuk dan terus bercakap tanpa henti
saya pasti suami tahu apa yang saya adukan
suami saya siap tanya pada ustazah tu, kenapa tak bagi ustaz yang kaunseling..dia cakap biasanya orang perempuan akan memihak kepada perempuan

masa raya ke2 hari tu, ayah saya cuma tanya suami tentang cuti dan minta dia seimbangkan antara kedua-duanya belah kampung
tiba-tiba saja suami naik angin dan cerita perkara2 lain (keburukan saya) yang tiada kaitan
saya terdengar ada yang salah, saya tegur betulkan...ummi saya pun ada tegur dia masa tu sebab suara dia da tinggi..jerit2 cakap
lepas itu, dia paksa saya balik dr kampung masa tu jugak..siap ugut nak tangankan saya
saya takutlah...serba salah nak ikut

tiba-tiba suami rampas anak dr saya..tolak ummi saya yang cuba halang dia...dan ayah saya terus pegang leher dia
adik lelaki saya (seorang lagi adik lelaki pergi beraya) terus berlari turun tangga dan tolong pegang suami
jadi anak saya terlepas dan dia maki ayah saya..lepas itu terus keluar..tak sempat kami jawab apa-apa
kami tergamam...saya dan ummi menggigil..adik perempuan saya menangis sebab suami saya macam histeria...
kami tak pernah gaduh teruk2 macam tu...memang tak biasa dengan keadaaan sedahsyat itu
tapi adik-adik suami pernah gaduh sampai histeria dan ustaz siap datang rumah..masa tu saya sedang berpantang di rumah mertua


Bookmark and Share




  Member Information For fizarProfil   Hantar PM kepada fizar   Quote dan BalasQuote

fizar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2010
Ahli No: 12421
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-09-10 22:15


pagi tadi suami datang rumah untuk berjumpa saya..saya mengajar sesi petang
ummi dan ayah saya terkejut
suami pujuk2 saya dan cakap dia nak berubah dan bina keluarga bahagia
suami sebenarnya salu call tapi kami asik bergaduh sebab saya tak boleh terima permintaan dia untuk ke rumah mertua mengambil anak
saya dah tawar hati...begitu juga kedua ibubapa saya
kami tak yakin yang suami saya mampu berubah..tambah lagi dengan keadaan ibubapanya yang suka memaksa dan tak nak mengaku kalah walau dalam keadaan segenting ini

saya penat ditindas dan dibuli...tak mampu pandang wajah-wajah adik ipar yang menghantar sms mengugut saya, mengatakan jijik melihat saya, dan macam-macam lagi kata-kata kesat dilemparkan
saya juga tak mampu lagi bercakap dengan ibu mertua yang menuduh saya curang, jalang, pelacur etc..menengking, memyindir saya
tapi saya rendahkan juga diri saya...jadi beberapa hari lepas saya call minta maaf pada ibu mertua (walaupun saya tak tahu apa salah saya) tapi dia cakap datang sini susukan anak, tinggal anak di sini sebab anak tu anak suami saya
(habis, anak tu bukan saya ke yang lahirkan...pedih hati saya)


Bookmark and Share




  Member Information For fizarProfil   Hantar PM kepada fizar   Quote dan BalasQuote

fizar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2010
Ahli No: 12421
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-09-10 22:15


yang saya paling perlukan adalah doa dr sahabat-sahabat supaya suami dan keluarga mertua menyerahkan anak bila saya bawa surat peguam nanti
saya bimbang jika mak mertua tak nak buka pintu
selain doa supaya saya diberi kekuatan dan ketenangan
saya pasti, solat2 sunat dan doa yang paling penting dalam keadaan sekarang


Bookmark and Share




  Member Information For fizarProfil   Hantar PM kepada fizar   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-09-10 08:08


insyaAllah.
saya doakan semoga Allah permudahkan segala urusan fizar.
:)
[ Telah diedit oleh: myway pada 30-09-10 08:09 ]


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 30-09-10 08:44


aduhai, berat mata memandang berat lagi bahu fizar yang memikul..insya Allah, kak su doakan juga agar Allah permudahkan segala urusan fizar..amiin..


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-09-10 21:53


Semoga fizar berjaya mendapat anak-anak fizar dan semua urusan dipermudahkan.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

fizar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2010
Ahli No: 12421
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 02-10-10 12:56


assalamualaikum...
ada sahabat cakap kes saya ni susah nak menang...peluang untuk menang sangat tipis sebab suami tak pernah pukul
risaulah saya...apa pandangan sahabat-sahabat?


Bookmark and Share




  Member Information For fizarProfil   Hantar PM kepada fizar   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 06-10-10 10:22


assalamualaikum fizar..
macam mana? dah ada jalan penyelesaiannya?
mohon padaNya.insyaAllah.Allah pasti membantu.
dan yang pasti juga, mesti ada 1001 hikmah disebaliknya.


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

ayattulhussna
WARGA RASMI
Menyertai: 03.10.2010
Ahli No: 12440
Posting: 9
Dari: sarawak

Sarawak   avatar


posticon Posting pada: 06-10-10 18:20


assalammualaikum...

fizar...
byk2kn bsbr ya..ingat ini dugaan...ALLAH takkan bagi dugaan kalau fizar xkuat untuk hadapinya....tbh dan byk2kn berdoa...ALLAH suka hambanya memohon dan berdoa kepadanya untuk meminta pertolongan...jangan cepat mngalah..bla saya baca jew luahan hati awak ini...simpati saya mluap2...amarah saya mnyala....kalau saya dtempat fizar saya terfikir adakah saya mampu mjdi skuat fizar....

hmmmm....apapun fizar insan terpilih...jalankan dan hadapi dugaan ini sbaik mungkin...saya tau fizar kuat....kami warga hanan menyokong kuat hak fizar sebagai seorang ibu....jangan cepat mngalah ya....


Bookmark and Share




  Member Information For ayattulhussnaProfil   Hantar PM kepada ayattulhussna   Quote dan BalasQuote

husna02
WARGA RASMI
Menyertai: 18.06.2009
Ahli No: 10794
Posting: 18

blank   avatar


posticon Posting pada: 14-10-10 17:02


Salam adik Fizar..
Usia perkahwinan adik masih baru lagi..tapi adik telah diuji dengan suami yang panas baran..semoga Allah beri kekuatan kepada adik untuk menangani masalah yang dihadapi..

Apa yang saya tahu kita tak boleh melawan atau membantah apa saja suruhan atau percakapan orang yang bersikap panas baran..Kalau ingin selamatkan rumahtangga dan masih ada rasa sayang adik pada anak dan suami, terpaksalah adik berkorban walau hati terluka..Berserah kepada Allah kerana Dia Maha Mengetahui ,Maha Melihat dan Maha Mendengar..

Mungkin suatu masa nanti suami adik akan berubah..sntiasalah berdoa untuk suami..mungkin apa yang berlaku ada hikmahnya..

Hati siapa tak sakit bila dihina ...tapi banyak-banyak bersabar sebab biasanya orang yang baran ni waktu marah macam-macam keluar dari mulutnya..mungkin dia tidak menyedari kata-kata itu tak sepatutnya dikeluarkan ...banykkan membaca ayat Qursi .Berserah kepada Allah..

Kalau ingin terus hidup bersamanya, cuba elakkan dari perbuatan yang boleh menimbulkan kemarahannya..

Adik mengalami penderaan emosi bukan penderaan fizikal..Berat mata memandang, berat lagi bahu adik memikul..sabar banyak-banyak semoga Allah memberi petunjuk kepada masalah yang sedang dihadapi.

Allahua'lam.
[ Telah diedit oleh: husna02 pada 15-10-10 06:57 ]


Bookmark and Share




  Member Information For husna02Profil   Hantar PM kepada husna02   Quote dan BalasQuote

fizar
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2010
Ahli No: 12421
Posting: 11
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 03-11-10 09:12


Pada 06-10-10 10:22 , myway posting:

!!! QUOTE !!!

assalamualaikum fizar..
macam mana? dah ada jalan penyelesaiannya?
mohon padaNya.insyaAllah.Allah pasti membantu.
dan yang pasti juga, mesti ada 1001 hikmah disebaliknya.


terima kasih myway sebab perkenalkan ana kepada AFN, memang ramai yang membantu...alhamdulillah.

Berdasarkan kisah ana ini, ana pasti antum sedia maklum apa yang ana hadapi sepanjang perkahwinan. Ana cuba jadi yang terbaik, namun banyak kelemahan ana dalam menghadapi sikap suami kerana ana manusia biasa.

Selepas ana berjaya mendapatkan anak (2 minggu berpisah dari 11 hingga 26 September), Fathimah az-Zahrah dengan bantuan seorang ustaz (Pengerusi Surau tempat tinggal suami), suami ingin pulang ke rumah tetapi ana meminta dia memberikan ana waktu untuk istikharah. Sepanjang tempoh ana melaksanakan istikharah, suami sering menghubungi dan bertemu ana dan anak. Dia banyak kali meminta untuk pulang ke rumah tetapi ana katakan belum mendapat petunjuk istikharah.

Akhirnya pada 20 Oktober 2010, bekas suami melafazkan cerai dengan talak 1 sambil menangis-nangis. Hairan juga ana...Kenapa menangis sedangkan dia yang menceraikan. Sejak bekas suami melafazkan cerai sehingga kini, setitis pun air mata ana tidak menitis kerana ana telah banyak menangis sepanjang perkahwinan. Namun, ana tetap sedih bercampur sedikit lega...mungkin inilah petunjuk istikharah ana.

baru-baru ini, bekas suami memujuk rayu untuk merujuk kembali melalui SMS, call, YM, Facebook etc. Ada yang ana tak layan tapi bila bekas suami bertanya tentang anak, ana tak dapat mengelak dari memberi respon kerana Zahra anak dia juga. Dari situ bermulanya pujuk rayu suami dan suami berjanji ingin berubah. Sebenarnya suami dah banyak kali berjanji ingin berubah setiap kali mengasari ana...tapi tak menjadi pun. Tak tahulah lepas ni macam mana, ALLAHUa'lam.

Hati ana masih tawar kerana ana benar-benar terluka...tapi mustahil tiada langsung rasa cinta kerana dia pernah menjadi suami ana. Walaupun ana tak pernah bercinta dengan bekas suami sebelum berkahwin, tapi bekas suami adalah cinta pertama ana yang halal (selepas perkahwinan).

Ana bertegas pada bekas suami untuk tidak rujuk kembali, namun ada sedikit rasa sangsi:
1. Anak memerlukan kasih seorang ayah
2. Cabaran hidup sebagai ibu tunggal
3. Pandangan dan sikap masyarakat terhadap janda

Mohon pandangan antum. Jazakallah


Bookmark and Share




  Member Information For fizarProfil   Hantar PM kepada fizar   Quote dan BalasQuote

muslimah_09
WARGA RASMI
Menyertai: 01.09.2009
Ahli No: 11310
Posting: 14
Dari: bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 03-11-10 21:37


salam fizar..

Berat ujian ini..dalam situasi sebegini pohon lah petunjuk dan dambakan pertolongan kepada Allah swt.. Yakinlah dengan janji-Nya.. apa yang berlaku terlalu cepat .. biarlah Allah swt yang menentukan kehidupan nanti seterusnya.. jangan sesekali berputus asa.. berdoa dan terus berdoa kepada Allah swt..

waallahualam


Bookmark and Share




  Member Information For muslimah_09Profil   Hantar PM kepada muslimah_09   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 08-11-10 16:51


salam fizar.
alhamdulillah, sudah bertemu jawapannya.
itulah namanya kehidupan.
lepas selesai 1 masalah,
datang pula masalah lain.
hidup ni adalah ujian.
sama ada fizar nak kembali atau tidak pada exhusband..jwpannya adalah istikharah.
beserta persediaan mental.
setiap perjalanan hidup kita pasti ada cabaran.
tak kisah janda, anakdara, ibu tunggal, emak org dan sebagainya.
dan insyaAllah mohon padaNya.
agar dipermudahkan sgalanya.
[ Telah diedit oleh: myway pada 08-11-10 16:52 ]


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Suami Suka Mencarut dan menghina

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.082586 saat. Lajunya....