Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 14-11-2018  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Ilmu yang hakiki itu ialah yang memberi keyakinan bahawa maksiat itu racun yang membunuh dan bahawa akhirat itu lebih utama daripada kehidupan dunia."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Swarig123
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13705

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 25
Ahli: 0
Jumlah: 25




  Dari Galeri
nur_indah...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 1 jam, 38 minit yang lalu
anahusuhana: 7 hari yang lalu
Swarig123: 14 hari yang lalu


Keluargaku
Topik: Bagaimana nak besarkan anak dalam keadaan sosial sekarang???


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, ummimq
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Keluargaku
    »» Bagaimana nak besarkan anak dalam keadaan sosial sekarang???

Please Mendaftar To Post


Oleh Bagaimana nak besarkan anak dalam keadaan sosial sekarang???

Nera
WARGA RASMI
Menyertai: 10.12.2009
Ahli No: 11692
Posting: 4
Dari: Kulim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-12-09 14:29


Assalamualaikum
Apa kaba semua muslimah sejati... Saya baru saja menjadi ahli dan ingin sekali mendengar pendapat dr kawan-kawan..
Saya bimbang melihat keadaan sosial sekarang yang mana membuatkan saya terfikir, b/mana nak besarkan anak-anak dalam keadaan macam ni..
Saya terfikir nak hantar anak saya sekolah agama... Pernah saya dengar orang mengajar dalam majlis ilmu... anak-anak yang mempunyai ilmu agama di dada walaupun dia liar.. tetap ada hadnya berbanding dengan anak-anak yang liar tetapi tidak ada ilmu agama di dada...
Alhamdulillah.. anak saya pun minat.. Dia sendiri yang minta untuk ke sekolah agama...


Bookmark and Share




  Member Information For NeraProfil   Hantar PM kepada Nera   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-12-09 14:52


Waalaikumsalam nera, akak ni tak lah pandai tapi melalui pengalaman sendiri dan keadaan sekeliling. tak cukup nera just hantar anak kesekolah agama saja. nera juga kena pantau dan selalu disamping mereka untuk memberi nasihat serta contoh yang baik. nera juga kena jelaskan mengapa kita larang bila dia buat sesuatu yang tidak betul. ini melalui pengalaman akak yang diasuh oleh atok.

akak ada mempunyai sepupu yang bersekolah disekolah agama tanpa perhatian dari ibu bapa. dia sama saja seperti yang lain nera. so itu sajalah yang akak rasa agaknya. tak taulah macam mana dengan pendapat yang lain.

maaflah akak tak katalah akak ni 100% baik tapi adalah sikit-sikit agaknya. :lol:
[ Telah diedit oleh: limah pada 10-12-09 14:53 ]


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

Nera
WARGA RASMI
Menyertai: 10.12.2009
Ahli No: 11692
Posting: 4
Dari: Kulim

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 10-12-09 15:10


Terima kasih atas pandangan dan nasihat akak tu..
Ada betulnyer lah kak...
Saya cuma fikir kalau boleh nak jugak ada seorang anak yang boleh bacakan yassin untuk kita esok2.
Ada jugak kawan yang cakap... sekolah agama ni akhirat saja...tapi saya tak setuju...


Bookmark and Share




  Member Information For NeraProfil   Hantar PM kepada Nera   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 11-12-09 22:48


salam...

sebagai anak bandar... hal-hal tak sesuai begini saya nak tak nak kena dedahkan juga pada anak-anak...seperti yang mak ayah & atuk nenek saya buat pada kami adik beradik dulu...

asbab utama.. contoh dah ada.. banyak....
mana-mana yang tak pernah terdedah.. seolah olah seperti terima kejutan budaya. memang ramai yang tergelincir...waima bersekolah agama & keluarga kuat agama. manakala kami yang dah didedah sejak kecil (keluarga di kl & singapore) alhamdulillah dapat nak jauhkan diri dengan hal-hal begini...

apa yang memperlekeh kata kami ni kecil-kecil dah diajar benda maksiat.... betul saya tak nafikan apa yang mereka kata. cuma kena faham... org selalu anggap anak-anak bandar ni lah punca penyakit sosial utama...sedang jika kita masuk kedalam kelompok tu... kita akan nampak bukan itu yang berlaku pada dasarnya... yang akan menangkis diri dari terjebak adalah iman dan didikan ilmu yang dha diterap sejak awal.. bukan sebab dia lahir di bandar atau tidak.. anak org beragama atau sebaliknya


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-12-09 07:56


Assalamualaikum nur kamar dan nera.akak tak pernah perlekehkan org bandar.contoh yang akak bagi tu ialah semuanya asal kg. yang sekolah agama tu pun kg. masalah disini ialah semuanya ibu bapa kena beri perhatian tak boleh just letak saja kat sekolah dah . serahkan tanggung jawab pada guru. salah tu.

nak tau tak...tahun 2000 akak ambil pekerja dari kelantan dan terengganu(maaf ya org dr sana ni just nak tunjuk contoh) tapi susah amat nak jaga. akak kena jadi ibu kepada mereka. letak kat asrama. pagi pukul 3 penduduk disitu call beritahu itu dan ini. adoi

sebenarnya kita kena ambil berat anak-anak bukan setakat bagi makan duit dan kebebesan.tengok saja anak-anak dato dan datin tu sebab duit, enjoy apa jadi????ya allah jauhkanlah dari anak-anak kitakan.

nera banyak sekolah agama yang tidak srkg ni bagus2 cthny sekolah intergrasi di Shah alam. mereka tidak saja tumpukan kepda pel agama saja. ok akak ada sepupu yang sekolah agama dah jadi doktor dah. so rasanya marilah kita semua beramai2 menaikkan nama sekolah agama kembali. pas tu berilah perhatian yang penuh pada anak-anak jangan setakat makan, duit belanja. nanti kita yang menyesal akhirnya.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 12-12-09 23:17


dedah kan sesuatu dengan pelahan pelahan... selitkan baik buroknyer...

beri kasih sayang, luang kan masa dan didikan agama...

ibu bapa sendiri sebagai contoh.. jangan harapkan anak sahaja yang solat, tapi kita tak....

hantar ke sekolah agama sebagai sampingan


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

tokcik
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10712
Posting: 129
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 13-12-09 17:37


Assalamualaikum
Maaf lah tokcik nak mencelah sikit..
Pokok pangkal masalah sosial ni ialah didikan kedua ibubapa. Ibubapa perlu didik anak-anak tentang solat sejak umur anak masih kecil dan kena ROTAN dia kalau tak solat bila dah berumur 10 tahun.
Kena ikut betul-betul sunnah Rasulullah SAW. Kena sentiasa doa anak-anak ni dan ajar mereka solat sekali. Kalau tak boleh solat jemaah setiap waktu, pilihlah waktu maghrib. Baca yassin lepas solat bersama-sama dan letakkan air (buat air yassin). Bagi anak-anak minum air yassin setiap masa (boleh letak dalam masakan)
Tak kira dimana mereka dilahirkan. Apa yang penting keimanan dalam dada... campaklah ke mana pun, jika teguh iman insyaAllah tak kan tersesat jalan.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For tokcikProfil   Hantar PM kepada tokcik   Pergi ke tokcik's Website   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-12-09 07:45


assalamualaikukum dan selamat pagi semu. betul tok cik kata tu setuju sangat. yang penting kita sebagai ibu-bapa kena tunjuk contoh. tapi itu lah tidak tokcik ibu bapa sekarang ni serah bulat2 kat sekolah. bila anak problem salhkn guru dan budk tu.

dulu kak limah pernah kerja kat bangsar shopping complex bila waktu rehat pergi kat shopping complex tu rata-rata anak melayu kita. yang kak limah hairan tu mana mereka dapat duit ya. kalau nak org kaya tu lain lah cerita. zman akak dulu nak dapat rm2 tu pun dah cukup baik untuk belanja sekolah.

setiap hari kena bawa bekal dari rumah...jam 2 mesti sampai rumah kalau tak siap...emak ayah kerja. tapi tepat jam 2 mesti telephone kat rumah berbunyi. mak check nak pastikan dah sampai rumah ke belum. tu lah beza dulu dan sekarang.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 16-12-09 17:37


saya pun setuju dengan tokcik... hehehee


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-12-09 00:54


apa yang berlaku kini banyak menyedarkan kita betapa pentingnya mendidik diri sejak awal lagi untuk menjadi IBU BAPA yang bertanggung jawab....

andai diri tak mahu anak-anak terjebak kedalam gejala yang tak baik.. kita juga perlu usaha dari awal untuk mengelak dari perkara itu...

rotan itu satu faktor membenteras dan mendidik. berkawan baik dengan anak-anak pun satu cara juga. apa pun benar, cara didikan yang disaran oleh rasulullah saw adalah yang terbaik...


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

nurani
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.03.2004
Ahli No: 3487
Posting: 90
Dari: Terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 21-12-09 16:01


Assalamualaikum

Salam sejahtera buat semua sahabat muslimah..

sebagai ibu bapa dan anggota ahli keluarga hendaklah sentiasa memenuhkan pengetahuan, sentiasa mencari ilmu2 baru dalam cara menddidik anak-anak dizaman sekrang, bukan hanya menyerahkan pada sekolah atau pengasuh... ibu bapa juga perlu sentiasa menuntut ilmu dari masa ke semasa.. bukan anak-anak sahaja yang perlu belajar.. ibu bapa perlu kreatif dan waspada tingkah anak-anak agar semuanya berada dalam suasana yang dirahmati. jangan hanya sibuk bekerja.. ilmu dan juga penghayatan ilmu diabaikan. kursus2 motivasi keibubapaan dan buku2 terkini banyak dipasaran akan dapat membantu, insyaAllah..


Bookmark and Share




  Member Information For nuraniProfil   Hantar PM kepada nurani   Pergi ke nurani's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.065318 saat. Lajunya....