Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Zuhud yang terbaik ialah zuhud yang disembunyikan
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
>mini JK UUM...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 7 jam, 14 minit yang lalu


Dari Dapur
Topik: RESEPI KUIH-MUIH


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Dapur
    »» RESEPI KUIH-MUIH

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh RESEPI KUIH-MUIH

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 13:25


WAFFLE / PANCAKE


null




BAHAN:

2 cawan tepung
2 sudu teh gula
1 cawan susu
2 biji telur ~ diasingkan kuning dan putih
4 sudu kecil serbuk penaik
50 pergi majerin ~ dicairkan
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil esen vanilla

Kaedah penyediaan :

1. Ayak semua bahan kering ke dalam mangkuk besar.

2. Masukkan kuning telur, esen vanila dan majerin yang dicairkan.
Perlahan-lahan tuangkan susu segar. Kacau hingga sebati.

3. Pukul putih telur hingga kental. Kaup balikkan ke dalam bater.

4. Tuangkan sedikit bater ke atas waffle maker dan biarkan hingga
keperangan.

5. Boleh disajikan bersama aiskrim,jem,coklat,sekaya dan macam-macam lagi lah.
:terliur:



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 13:35


CREAM CUSTARD PUFF


null




BAHAN:

170 gm tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
115 gm mentega
285 ml air
5 biji telur

Cara:
Panaskan oven dengan suhu 180-200 darjah Celsius.

Ayak tepung bersama baking powder.

Masukkan mentega ke dalam periuk bersama air lalu didihkan. Masukkan tepung, kacau rata-rata sehingga adunan licin dan tidak melekat pada periuk.

Angkat periuk dari api dan salin adunan ke dalam sebuah mangkuk dan biarkan ia sejuk.

Kemudian masukkan telur satu persatu ke dalam adunan sambil terus pukul hingga adunan licin dan berkilat.

Masukkan adunan dalam forcing/piping bag dengan nozzle berbentuk bintang dan tekan untuk membuat bulatan2 kecil.

Nota: Dulang pembakar hendaklah digris dengan mentega atau dialas dengan kertas tracing/parchment sebelum krim puff dibakar.

Jarakkanlah di antara setiap adunan puff yang telah dibentuk di atas dulang pembakar kerana ianya akan mengembang.


Bakar selama kira-kira 25-30 minit atau sehingga masak. Biarkan ia sejuk sebelum dibuat sedikit belahan(jangan putus) pada puff tersebut.



Bahan Krim Kastad:

3 biji telur
115 gm gula
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil tepung kastad
225 ml susu cair (sejat)
225 ml air (didihkan bersama susu sejat)
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu kecil mentega
1 sudu kecil esen vanilla

Cara:

Pukul telur, gula, tepung & tpg kastad di dalam periuk. Kemudian, masukkan susu manis dan susu cair yang telah dididihkan ke dalamnya.

Masak di atas api yang kecil hingga pekat lalu masukkan mentega dan esen vanilla. Sejukkan sebelum menggunakannya.

cream puff yang telah masak dibelah tak putus,lalu diisi dengan krim kastad yang telah disejukn.
;-)



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 13:40


KACANG POTONG


null




BAHAN:

600grm kacang tanah - digoreng tanpa minyak
100grm bijan- digoreng tanpa minyak
600grm gula pasir
2 sudu besar majerin

CARA:

masak gula hingga semuanya hancur.

masukkan majerin

bila majerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata

canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 macam, ikut cita rasa masing-masing, jangan terlalu tebal nanti masa nak makan boleh sakit gigi

bila dah canai, cepat-cepat potong.nanti adunan keras dah susah nak potong, pastikan pisau anda tajam.

agak mencabar kerana kita kena bertindak pantas, cabarannya ialah kena bertindak semasa adunan panas dan adunan cepat sangat keras/membeku.

kalau adunan dah beku susah sikit nak potong.bukan susah sikit tapi susah banyak..hahaha.. :lucu: :lucu:



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 13:47


LAPIS MERAH


null





BAHAN:

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung beras
2 sudu besar tepung kastad/jagung
3/4 cawan gula
4 cawan santan
1 sudu kecil garam
pewarna merah/perisa sirap ros(ikut suka nak merah terang ke)

CARA:

1. Gaulkan semua bahan A dan tapiskan.

2. Bahagikan adunan pada 2 bahagian.

3. Masukkan pewarna merah dalam 1 bahagian adunan dan biarkan warna asal/putih dalam 1 bahagian lagi.

4. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang yang akan digunakan.

5. Masukkan 1 senduk adunan merah dan kukus selama 5 minit.

6. Lapiskan 1 senduk adunan asal/putih dan kukus semula selama 5 minit.

7. Lapiskan adunan merah dan asal/putih berselang seli sehingga adunan habis.

8. Sejukkan dan potong untuk dihidangkan.

P/S:LAPISAN PALING ATAS selalunya WARNA MERAH.LAPISAN LAST NI tambah sikit lagi PEWARNA.bagi MERAH GELAP.OK...

TUJUAN CAMPUR TPG KASTARD/JAGUNG ADALAH untuk MUDAH KITA nak TARIK SELAPIS DEMI SELAPIS LAPISANNYA waktu makan..kalau nak makan SEMUA TERUS PUN BOLEHHHHH..

SEKARANG NI DAH macam-macam JENIS KUIH LAPIS ada...TAPI INI lah LAPIS yang SAYA KENAL SEJAK KECIL LAGI...



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 14:05


TEPUNG GOMAK / ABUK-ABUK

null




Bahan-Bahan "A"(inti)


200 gm kacang hijau
1 biji kelapa parut putih
500 gm gula timbang/hitam (gula melaka pun boleh)
300 gm gula pasir
2 helai daun pandan

Bahan-Bahan "B"(doh)
500 gm tepung pulut
100gm tepung gandum
1 mangkuk air
sedikit garam

Bahan tabur:
400 gm tepung kacang hijau


Cara untuk Bahan "A"

Kacang hijau direbus hingga kembang.Kemudian tumbuk sampai hancur.

Gula timbang dimasak dengan 2 cawan air lalu ditapis. Tenggekkan kuali di atas api yang sederhana besarnya.

Tuangkan air gula, kacang hijau, kelapa, daun pandan, gula pasir.
Masak hingga pekat dan sebati. Angkat dan ketepikan.

Cara untuk Bahan "B"

Uli tepung pulut dan tepung gandum dengan air dan garam sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil sedikit doh, leperkan dan masukkan inti kacang hijau dan bulat-bulatkan.

Panaskan air dalam periuk dan masukkan bebola ini. Bila kuihnya timbul bermakna kuihnya sudah masak. Angkat dan golek-golekkan di atas tpg kacang hijau sambil ditekan sedikit agar menjadi leper.

Panduan:
********
Untuk membuat tpg kacang hijau yang di dalam bahan B, terlebih dahulu kacang hijaunya hendaklah dicuci bersih dan ditoskan. Kemudian disangai/sangar hingga kekuningan.

Setelah itu barulah dikisar halus sendiri atau dihantar kekedai untuk dimesen halus.

Ada juga serbuk kacang hijau segera dijual di kedai2.adakalanya susah nak jumpa.

Bahan doh:
**********
tpg pulut bersifat liat dan kenyal pabila diadun.oleh sebab itu kena campur tpg gandum sikit supaya kurang liatnya.


SAYA SUKA INTI KACANG HIJAU.tapi sekarang NI RAMAI BUAT dengan INTI KELAPA.DAH banyak sangat DAH KUIH yang ada INTI KELAPA... :roll:



null



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 14:12


KOLEH KACANG

null




BAHAN:

1 cawan santan pekat------masak hingga jadi tahi minyak

1 cawan gula merah>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
2 sb gula pasir>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
1 cawan air>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
beberapa helai daun pandan disimpul>>>>>>
(MASAK hingga GULA LARUT 4 BAHAN INI)

2 cawan santan
1 cawan tepung kacang hijau
secubit garam

CARA:

Apabila siap masak santan menjadi tahi minyak, ambil tahi minyak yang terhasil dan biarkan lebihan minyaknya dalam kuali.

Air gula merah yang telah dimasak dan gulanya telah larut,sejukkan dahulu.

Masukkan tepung kacang hijau, santan, garam dan air gula merah dalam satu bekas kacau hingga sebati.

lalu masukkan dalam kuali lebihan buat tahi minyak tadi.

Selalu di kacau agar tak bergentel nanti. Masak hingga pekat, tuang adunan dalam bekas atau loyang.

Bila koleh kacang dah sejuk bolehlah dipotong, terlebih dulu taburkan dengan tahi minyak di atas kuih.... Siap...



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 17:03


DONAT / DOUGHNUT


null



BAHAN A:

600 gm tepung gandum
100 gm tepung naik sendiri
100 gm gula
30 gm susu tepung
1 sudu kecil garam
11 gm yis mauripan


BAHAN B:

1 biji telur---
330 ml air suam
60 gm majerin
1 sudu kecil bread softener



BAHAN C:---------

500 ml minyak
1 sudu besar majerin

Cara

1. Gaulkan semua bahan A supaya sama rata.

2. Masukkan pula bahan B dan adun sebati.

3. Perapkankan selama 1 jam atau sehinga naik sekali ganda.

4. Ambil adunan dan canaikan supaya rata. Terapkan dengan acuan donut.

5. Biarkan donut naik lagi selama 20 - 30 minit.

6. Panaskan bahan C dan masukkan donut . Perlahan api.

7. Goreng donut sehingga kuning keemasan.

8. Angkat dan golekkan dalam gula kastor. Hidangkan.


Nota:
SEWAKTU MENCANAI DOH,PASTIKAN TANGAN SENTIASA ADA TEPUNG SUPAYA ADUNAN tak MELEKAT DI JARI.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 17:06


KUIH BATANG BURUK


null



BAHAN:

2 cawan kacang hijau
1/2 cawan gula(kalau nak manis tambah lagi)
kulit popia secukupnya
1 biji telur
minyak masak

CARA:

kacang hijau digoreng tanpa minyak hingga masak dengan api yang kecil. -buang kulit(ada yang dijual siap buang kulit dah)
kisar kacang bersama dengan gula hingga halus. ketepikan.
*********

KULIT KUIH BATANG BURUK
************************
potong kulit popia kecil-kecil bersaiz lebih kurang 2cm tak 4cm...kalau nak buat saiz lebih besar boleh saja!!

Pukul telur sedikit..
Gulungkan kulit popia, sapu telur di bahagian hujungnya supaya gulungan tidak terbuka. Buat hingga habis...goreng hingga kekuningan-kuningan.. -Toskan.

masukkan juga tepung kacang hijau ke dalam bahagian kulit kuih yang berongga.
juga dilumurkn pada bahagian luar kulit kuih.

Simpan dalam bekas kedap udara atau boleh lah di makan terus!



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 17:23


KUIH LOMPAT TIKAM


null





Bahan Lapisan Hijau
********************
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
3 cawan santan cair
1/2 cawan jus pandan + pewarna hijau
1 sudu teh air kapur
secubit garam

Cara:

1. Panaskan kukusan dan sapu minyak pada loyang.

2. Gaulkan semua bahan dan tapiskan.

3. Masakkan adunan diatas api sebentar dan masukkan dalam loyang dan kukus selama 15 minit.

4. Bila dah masak cakarkan sikit permukaan kuih supaya memudahkan bahagian lapisan santan melekat.


Bahan Lapisan Putih
*********************
1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
4 cawan santan pekat
1 sudu teh garam

Cara:

1. Campurkan semua bahan dan tapiskan.

2. Masakkan bahan kuih ini sekejap diatas api.

3. Tuangkan adunan diatas lapisan hijau.

4. Kukuskan selama 15 minit dan sejukkan

5. Bila dah sejuk potong kuih dan hidangkan dengan air gula merah.

Air Gula Merah:
***************
Bahan:

1 cawan gula merah
1 cawan gula biasa
2 cawan air
1 helai daun pandan

Cara:

1. Masakkan semua bahan sehingga mendidih.

2. Tapiskan dan hidangkan bersama kuih lompat tikam.

P/S: jangan makan SAMBIL MELOMPAT YE....
:lol:



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 17:26


KARIPAP PUSING


null



Bahan kulit A:
***************
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam

Bahan kulit B:
**************
150 gm tepung gandum
1 sudu teh lemak spry (kalau tak ada taruh minyak gorg ikan pun ok)
majerin ikut lembut

Cara:

1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan.
Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.

2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yang lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.

3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A dan ulangkan sampai semua bebola habis.

4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan seperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi.

Buat kesemua bebola sehingga habis.

5. Ambil satu gulungan dan hiris setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.

6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hujung jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.

7. Panaskan minyak yang banyak dan gorengkan dengan api yang sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan Inti.
****************
1 cawan isi ayam atau daging
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
500 gm ubi kentang
1 sudu besar rempah kari daging
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara masak inti:

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.

2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.

3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.

4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.

5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan sebelum dimasukn ke dalam doh karipap. :terliur:



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-10-09 17:32


BINGKA TEPUNG BERAS


null



BAHAN:

600 geram tepung beras
300 geram gula pasir
2 sudu teh garam
2 liter santan
2 helai daun pandan, ditumbuk, diramas bersama 125 ml air dan ditapis

CARA:

Satukan tepung beras bersama gula pasir dan garam, gaul hingga ia sebati. Tuang santan bersama air daun pandan, kacau hingga ia sebati.

Tapis bancuhan di dalam periuk sederhana besar dan kacau perlahan-lahan di atas api sederhana besar hingga ia hampir pekat.

Angkat dan tuang ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak.

Bakar ia pada suhu 300'C, 30 minit atau hingga ia kekuningan. Biar ia sejuk sebelum dipotong.


null


INI ACUAN untuk NAK BAKAR BINGKA..SAYA SUKA bahagian KERAK DI ATAS TU... :sopan:

[ Telah diedit oleh: wafahafiz pada 17-10-09 03:59 ]


Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 04:15


BINGKA UBI KAYU


null




BAHAN:

1 kg ubi kayu
1 cawan gula pasir
1/2 mangkuk pati santan
Sedikit garam
sedikit pewarna kuning

CARA:

Ubi kayu dibersihkan kulitnya kemudian diparut halus.

Setelah itu dibuangkan airnya dan gaulkan dengan gula pasir, pewarna kuning dan pati santan secukup rasa.

Gaulkan hingga sebati. Tuang adunan ke dalam loyang pembakar kemudian bakar hingga masak.


P/S: BINGKA UBI KAYU ada 2 PERASA.SATU WARNA KUNING,rasa MANIS BIASA saja

lagi SATU WARNA COKLAT TUA,rasa GULA MERAH.
JIKA tak nak BUAT begini,nak BUAT VERSI GULA MERAH,ABAIKN PEWARNA KUNING,,

KURANGKN KANDUNGAN GULA PASIR DAN TAMBAH
lah GULA MERAH.
JADI lah BINGKA UBI KAYU GULA MERAH.



null

[ Telah diedit oleh: wafahafiz pada 18-10-09 14:37 ]


Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 04:18


KUIH BUAH TANJUNG


null



BAHAN:

10 biji telur itik
1 kg gula pasir
250 gm tepung pulut
100 gm tepung beras
2 helai daun pandan
5 kuntum bunga cengkih

CARA:

Pukul merah telur hingga kembang.

Campur tepung beras dengan tepung pulut dan goreng tanpa minyak. Angkat dan sejukkan.

Masak gula bersama dua cawan air, daun pandan dan bunga cengkih sehingga setengah pekat.

Sediakan sebiji mangkuk, masukkan telur dan sedikit tepung beras. Uli dengan tiga jari dan bentukkan seperti buah tanjung.

Masukkan ke dalam air gula sehingga meresap, barulah boleh diangkat.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 04:21


KUIH SIPUT


null



BAHAN:

5 cawan tepung gandum
1 biji telur
1/2 cawan margerine
1 sudu teh serbuk jintan manis
1 sudu teh serbuk jintan putih
2 sudu teh serbuk udang kering
1 sudu teh garam (ikut rasa)
Sedikit serbuk perasa
3 sudu besar cili boh/serbuk cili
Daung bawang /daun sup (dihiris )
Santan secukupnya untuk menguli
daun kari

CARA:

Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.

Uli dengan santan hingga menjadi doh.

Cubit sedikit adunan, gentel bagi bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.

Bila semua dah siap, boleh lah goreng hingga garing.

taburkn daun kari d dalam kuali waktu mnggoreng.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 04:26


KEREPEK BAWANG


null


BAHAN:

Untuk doh bawang:
*****************
1 biji bawang besar ( dikisar tanpa air )
1 sudu besar serbuk udang kering
Tepung gandum secukupnya

Untuk doh margerine:
*******************
1 1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan margerine/mentega
Garam secukup rasa
Air secukupnya

Cara-cara:
**********
Untuk doh bawang: Uli tepung dengan bawang kisar + serbuk udang kering . Tambah tepung hingga adunan menjadi doh yang bulat. Bahagi pada 3 bahagian.

Untuk doh margerine : Uli semua bahan hingga menjadi doh yang bulat juga. Bahagi pada 3 bahagian.

Canai doh bawang dan doh margerine berasingan.
Letakkan doh bawang di atas doh margerine dan gulung.
Bungkus dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk ( 2-3 jam)

Keluarkan dan hiris nipis2.
Goreng dalam minyak penuh.

p/s:sesiapa suka pedas,,taruh lah cili kisar masuk ke dalam doh bawang.....



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 04:28


CANDY KELAPA


null



BAHAN:

1 biji kelapa parut ( yang putih sahaja )
1 cawan susu cair ( sekadar menenggelamkan kelapa )
1/2 cawan gula (ikut rasa masing-masing )
1 sudu besar mentega
pewarna / perasa

CARA:

Masukkan kelapa parut, susucair, gula dan mentega dalam kuali dan kacau dengan api perlahan.

Sebelum ia kering betul masukkan pewarna.
Kacau hingga adunan kering dan tidak melekat pada kuali.

Masukkan dalam loyang dan tekan bagi rata dan padat.
Bila sejuk, boleh lah potong dan hidangkan.

*Boleh buat berbagai2 warna tapi kalau yang perisa chocolate/pandan tu yang paling sedap.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 04:34


KEREPEK PISANG


null



BAHAN:

4 biji pisang tanduk(apa pun tak apa yang sesuai dibuat krepek tapi yang muda)
air kapur
minyak untuk menggoreng
sedikit garam halus

CARA:

Rendam terlebih dahulu pisang yang telah disagat nipis dalam air kapur selama 1 jam.

lepas itu kena toskan/sejat buang air kapur sebelum digoreng.

Panaskan minyak. Letakkan sedikit garam dalam minyak tu.

Bila minyak dah panas,masukn pisang ke dalam kuali. Api biar sederhana besar.

Goreng sampai kuning. Angkat dan toskan minyak.

Gaulkn bersama garam sedikit untuk rasa masin atau gaul bersama gula halus sedikit

untuk rasa yang manis.jika tak mahu pun bolehhhh.....

Sedia untuk dimakan.......

P/S:TUJUAN MERENDAM PISANG dalam AIR KAPUR kerana hendak KEKALKN KERANGUPAN KEREPEK SETELAH DIGORENG.

SAMA JUGA SEPERTI MENABUR sedikit GARAM KE dalam MINYAK PANAS.TUJUANNYA ADALAH SAMA...



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 04:38


TEPUNG BUNGKUS


null



Bahan:
1 cawan tepung beras
2 cawan santan + sikit garam
Daun pisang

Bahan-bahan inti:
1/2 biji kelapa muda parut
1 ketul gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar air
1 helai daun pandan

Cara:

1. Masakkan bahan inti kecuali tepung gandum sehingga agak kering.

2. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga kering. Sejukkan.

3. Jadikan inti bebola kecil. Ketepikan dahulu.

4. Bancuh tepung beras bersama santan. Masakkan hingga naik wap dan nampak agak pekat.

5. Layurkan daun pisang diatas api dan potong anggaran diperlukan.Lap dan bersihkan.

6. Ambil 3 sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 biji inti.

7. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun dan kukuskan selama 20 minit.

8. Sejukkan dan hidangkan.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 04:46


KUIH KACANG HIJAU / RENGAS / KASTURI


null



Bahan Inti:
1 cawan kacang hijau
air secukupnya untuk merebuskan
1/2 cawan gula pasir (ikut suka manisnya)
3 sudu besar kelapa parut muda
3 sudu besar tepung gandum

Bahan Batter
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh kunyit serbuk
1/2 sudu teh air kapur
air secukupnya
sedikit garam
minyak untuk menggoreng

Cara:

1. Kacang hijau direbuskan sehingga kacang hijau tu pecah/lembut dan kering airnya.

2. Masukkan kelapa, gula dan tepung gandum. Kacau sebati dan sejukkan.

3. Ambil adunan sedikit dan bentukkan saperti bebola. Leperkan.

4. Bancuhkan bahan batter untuk celupkan adunan kuih kacang.

5. Panaskan minyak dan gorengkan kuih kacang yang telah dicelupkan dengan bahan batter sehingga kuning keemasan.

6. Sejukkan dan hidangkan.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 04:56


TALAM SUJI


null





Lapis bawah :
*************
1 1/2 cawan tepung suji
4 cawan santan cair
1 cawan gula pasir (atau secukup rasa)
sedikit garam
sedikit pewarna kuning

Lapis atas :
************
4 cawan santan pekat
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
1 cawan gula merah

Cara:
******
1. Masukkan semua bahan lapis bawah dalam periuk dan kacau atas api perlahan hingga agak pekat..

2. Masukkan dalam loyang dan ratakan. Kukus 15 – 20 minit

3. Adunkan semua bahan lapis atas.

4. Masakkan sekejap dan tuangkan atas lapis bawah.

5. Kukus lagi selama 20 minit.

6. Sejukkan dan potong. Hidangkan.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Dapur
    »» RESEPI KUIH-MUIH

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.075686 saat. Lajunya....