Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-02-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kemarahan manusia bermacam-macam. Sesetengahnya lekas marah, lekas tenang dan lekas hilang. Sesetengahnya lambat marah, lambat pula redanya. Sesetengahnya lambat akan marahnya dan lekas pula hilangnya. Yang akhir inilah yg terpuji."
-- Imam Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: sarahhanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13720

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
para peserta program MEGA JK 2004...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 jam, 55 minit yang lalu
sarahhanee: 4 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Puasa Sunat Enam Syawal


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Puasa Sunat Enam Syawal

Please Mendaftar To Post


Oleh Puasa Sunat Enam Syawal

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-09 11:45


Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah ra ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.

teruskan membaca ....

Puasa Sunat 6 disekalikan dengan puasa Qadha'


Dilulus terbit pada Sunday, November 14 @ 10:00:00 MYT oleh LinuxPro

Soalan : Adakah niat puasa sunat 6 hari bulan Syawal boleh disekalikan dengan puasa Kada'?

Jawapan THTL:

a) Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha'

Imam Syafi'iy (al Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) : hendaklah dibedzakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat).

Imam Jalaluddin as Syuyuti (al Isybah) juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat.

Saya tidak mengkaji pandangan Imam-imam lain.

PANDANGAN IMAM-IMAM LAIN (Selepas pengkajian)

soalan susulan dari netter:

I got this from my friend. My understanding from your note is niat kena dua kali tapi puasa boleh dikira kadha dan puasa 6. Am I right?

------------------------------

Jawapan asal THTL yang tidak lengkap: Jawapan kita:

a) Niat puasa enam tidak boleh disekalikan dengan puasa qadha' Imam Syafi'iy (al Umm) berpendapat dalam mensyarahkan bab 'Innamal a'malu binniat (setiap amalan dengan niat) : hendaklah dibedzakan ibadah puasa ramadhan, puasa nazar, puasa kafarat, puasa qadha' dan puasa tatawwu' (sunat-sunat) Imam Jalaluddin as Syuyuti (al Isybah) juga berpendapat demikian hendaklah diasingkan puasa Ramadhan, atau nazar atau puasa sunnat. Saya tidak mengkaji pandangan Imam-imam lain.

-----------------------------

Inilah jawapan yang lengkap dalam fasal:

Bolehkah puasa qadha' digabungkan sekali dengan puasa sunat?

Memandangkan terdapat beberapa masalah susulan yang timbul saya telah membuat research yang lebih detail dalam masalah ini dan merumuskan bahawa persoalan puasa qadha' (puasa hutang) dan puasa sunnat boleh digabungkan sekali; ia termasuk isu khilafiah (yang diperselisihkan para fuqaha') kerana nas hadis dalam masalah ini tidak jelas.

Pandangan pertama:

menggunakan perbahasan kawa-id feqah (Bahawa setiap amalan adalah dengan apa yang dia niatkan) tidak membenarkan digabungkan dua ibadah : wajib dan sunat digabungkan sekali ; dalam hal ini puasa qadha' mesti dibuat dahulu kemudian baru diikuti dengan puasa sunat seperti puasa syawal.

Contohnya jika seorang wanita ada 10 hari puasa qadha' Ramadhan. Apabila tiba syawal dia dikehendaki menyempurnakan puasa qadha' dahulu sebelum dibolehkan berpuasa sunat 6 hari syawal; dia tidak boleh berpuasa dibulan syawal dengan mengggabungkan dua niat dalam satu puasa (yakni puasa qadha' dan puasa sunat).

Pandangan kedua:

membolehkan puasa sunat dan qadha' digabungkan dalam satu.

Dr Wahbah azZuhaili (Fiqh Islami wa'adillatuh) menjelaskan: seseorang yang berpuasa qadha' dibulan syawal beroleh double bonus atau triple bonus yakni dia boleh pahala puasa qadha', juga pahala puasa sunat syawal sekaligus dan jika dia berpuasa pada hari isnin/khamis; dia juga mendapat pahala sunat isnin khamis.

Ini juga pandangan Imam Nawawi dan Ibn Hazm (al Muhalla): menurut Ibn Hazmin, nas yang menegah dari RasuluLlah saw tidak ada apabila baginda menyuruh kita berpuasa enam supaya kita menyempurnakan puasa qadha' terlebih dahulu.

Imam Nawawi menjelaskan, antara amalan Aisyah ra ialah beliau tidak melakukan puasa qadha' pada bulan Syawal, malah menyempurnakan puasa sunat syawal sahaja dan menghabiskan puasa qadha'nya di bulan-bulan lain. Ini juga satu cara.

Jadi menjawab soalan susulan di atas, apakah boleh kita puasa qadha' dan puasa sunat syawal sekali gus;

Jawapannya: boleh; jika menggunakan kaedah Ibn Hazm dan Wahbah Zuhaili; kita berniat puasa qadha' dalam bulan syawal dan sekaligus mendapat double bonus; dan jika puasa itu jatuh pada Isnin/khamis; layak mendapat triple bonus secara otomatik.

sekian wasalam
THTL
Tn Hassan Tn Lah ([email protected])

Diriwayatkan dari Abu Ayyub al-Anshariy ra: Sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda : Barang siapa yang puasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti puasa enam hari pada bulan syawal adalah seperti puasa setahun penuh. ( H. : Muslim)


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-09 12:01


Assalamualaikum ya ummi. apa khabar? selamat hari raya aidil fitri. bagus sekali tajuk ummi ni. ok selalunya saya akan buat seperti pendapat pertama. itulah yang selalu dinasihatkan oleh atok saya. kerana dia kata kita harus buat yang wajib dulu baru yang sunat. dan dia juga kata sekiranya kita buat puasa qadaa pada hari isnin dan khamis auto matik akan dapat dua pahala. so saya selalu amalkan begitulah setiap tahun. lagipun tak salahkan kalau kita buat puasa kada lepas tu puasa 6.lagi banyak lagi bagus dapat jaga kesihatan


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 15:41


tapi limah .... aisyah umul mukminin adalah wanita yang paling berilmu. siapa lagilah kita nak contohi kalau bukan beliau. Jangan sampai logik mengatasi sunnah.

InsyaAllah syawal cuma ada sebulan dan qadha boleh ditangguh sehingga saya'ban akan datang.

Fikir-fikirkanlah.

WA


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-10-09 08:05


Dari sudut hukum, Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi mengatakan tidak salah melakukan puasa sunat Syawal dahulu dan di ikuti dengan qadho' puasa Ramadhan, dengan merujuk kepada hadith A'isyah ra. yang mengqadho' puasa apabila masuknya bulan saya'baan yang akan datang (hadith Mutafaq a'alaih, al-Lu'lu' wal Marjan #703). syeikh Ibn Utsaimin rh (Mumthi', 6/448) juga berpendapat demikian kerana surah al-Baqarah ayat 185 hanya menyatakan bagi mereka yang sakit, atau bermusafir dan sebagainya, hendaklah mengqadho' dihari-hari lain, dan tidak mengatakan'perlu dibuat dengan serta merta'.

Syeikh al-Qaradhawi menjelaskan bahawa beliau memilih pandangan yang mengatakan eloklah diqadho' puasa Ramadhan dahulu dengan alasan tidak ada orang yang hidup ini dijamin umurnya. Mereka boleh sakit dan mati bila-bila sahaja. Orang yang kuat tiba-tiba sahaja boleh menjadi lemah atau tidak berupaya!

Cuma, bagi wanita yang mempunyai masalah haid yang panjang, yang tidak mungkin dapat melakukan puasa sunat enam hari di bulan Syawal jika dia perlu mengqadho' dahulu, Syeikh Ibn Utsaimin rh (majmu' Fataawa Ibn Utsaimin, 20/19) mengatakan dia dibenar mendahulukan puasa enam dan dikuti dengan qadho' puasa Ramadhan di hari-hari yang lain.

Kita masih ada masa lagi untuk menunaikan puasa sunat di bulan Syawal. Ayoh kita berpuasa! Sedikit sebanyak dapat juga menampal-nampal puasa Ramadhan yang tidak dapat lari dari pelbagai kekurangan.

http://kaminms.blogspot.com/2006/11/yang-mana-satu-nak-buat-puasa-sunat.html


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.060082 saat. Lajunya....