Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-01-2018  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Sheikhengku11
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13694

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
dari kiri diri sendiri dan sebelah tu best friend ana, ummu

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 6 jam, 56 minit yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: bila suami dah tak sayang lagi


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» bila suami dah tak sayang lagi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 8

Go To Page: 1 · 2 · 3 ... 7 · 8  
Jump To Page:

Oleh bila suami dah tak sayang lagi

camar_ungu
WARGA RASMI
Menyertai: 16.05.2009
Ahli No: 10558
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-05-09 20:52


assalamualaikum keluarga hanan,

saya sangat terkesan dengan dugaan situasi kakak notam79.
sabar banyak-banyak ye kakak..kuatkan semangat...yang paling penting, jangan berputus harap dari Allah dan jangan berputus asa.

sebak tatkala membaca semua luahan hati kakak.semoga Allah berikan kesudahan yang terbaik & membahagiakan untuk kakak sekeluarga. Tuhan itu Maha Penyayang dan Maha Mengetahui segala-galanya.



Bookmark and Share




  Member Information For camar_unguProfil   Hantar PM kepada camar_ungu   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-05-09 01:33


saya berkongsi pendapat seornag forumer di laman lain....


"macam-macam rencah kehidupan yang perlu manusia lalui..
atas dasar cinta.... kerana mengasihi manusia lain..
sudah pasti perlu melalui nikmat kehidupan ini...
dengan diselangi gembira dan duka.

tetapi semua kena akur dan mengerti..
kerana apa yang tertulis bukan atas kertas pemikiran kita..
Ianya adil begitu.. kerana 'manusia' yang mencalit perasaan duka di hati..
adalah ayat-ayat dari Pencipta..
yang hanya bertindak sebagai ajen berpesan.. menyedarkan kita dengan hak mereka..
akan satu waktu.. yang belum 'cukup pelaburan'nya...

Saya ingin mengingatkan diri saya dan juga kita semua...
istana cinta memang mencabar dan sering tercabar..
begitu juga cinta kita kepada Allah...
kita sangka cukup hanya sekadar bertudung litup...tidak mengata..
tapi sering terlupa dan tercuai mencukupkan 5 waktu (contohnya)
..terlupa sebut-sebut nikmat Allah....
...matlamat tidak menghalalkan cara......
apatah lagi manusia yang 'disebelah' kita.

dicintai dan mencintailah kerana Allah...
harungilah ranjau kerana Allah
laksana komitmen rumah tangga kerana Allah
hadapi masalah kewangan kerana Allah
berlaukkan ikan masin kerana Allah...
bersangka baiklah kerana Allah..
tidak mampu menerima dan memberi pakai 'jenama' kerana Allah
kerana semua itu redha dan sedekah... yang dibawa kita ke liang lahat..
ditanam bersama-sama...
dijanji Nya terselamat dari diseksa...
tidur nyenyak hingga dibangunkan semula...


perlu faham...setelah beranak pinak...
bukan lagi cinta.... yang wujud.. tapi rasa sayang..
sayang itulah komitmen...
tidak mahu nanti disoal dan gagal memjawab....

setiap hari berdoalah perlu bahagia....
mestilah berdoa bahagia ....

manusia itu buat tak layan... rasa bahagia
masakan tak sedap ... rasa bahagia
ada orang ketiga .... rasa bahagia
mentua masih tak restu...rasa bahagia
bukan apa...... kerana kita mencintainya kerana Allah..
bahagia diberi ujian atas nama keimanan dan doa yang
inginkan syurga...
tak bahagia ke? air mata bahagia.. air mata kecewa.. itu bahagia namanya...

katakan.....'aku tidak gagal atas nama nesan ku..'
katakan..'aku menyanyangimu kerana syurga Allah'
...masih disini disebelah mu ....hanya kerana Allah...."


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

zuriani
WARGA RASMI
Menyertai: 02.01.2004
Ahli No: 3018
Posting: 14
Dari: sabah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 17-05-09 14:28


...masih disini disebelah mu ....hanya kerana Allah...."

cukup terkesan dengan ayat nii..moga kita sama-sama perbaiki niat semuanya lillahita`ala..


Bookmark and Share




  Member Information For zurianiProfil   Hantar PM kepada zuriani   Quote dan BalasQuote

ummi_solehah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 03.02.2009
Ahli No: 9783
Posting: 57
Dari: JayBee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-09 09:14


Salam.......
anggap lah itu satu ujian..
Mungkin jika tak berlaku perkara itu, boleh jadi kita lupa pada Allah...
Pernah saya rasakan bila saya hadapi masalah seperti puan, rindu dan cinta saya makin mendalam pada Allah, tak putus-putus saya berdoa pada Nya...
Mungkin kita tak sedar bila kita gembira belum tentu kita sempat bersyukur padaNya... :bunga:


-----------------
@@Permulaan sabar adalah pahit tapi Manis [email protected]@
[ Telah diedit oleh: ummi_solehah pada 18-05-09 09:14 ]


Bookmark and Share




  Member Information For ummi_solehahProfil   Hantar PM kepada ummi_solehah   Quote dan BalasQuote

afina010587
WARGA RASMI
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 8198
Posting: 8
Dari: tanjung malim

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 18-05-09 20:14


salam
akak benar-benar nak berubah dan sangat kuat berusaha... saya kagum. saya doakan akak dan suami akak akan kembali bebaik dan rumah tangga akak akan lebih bahagia lepas ni....amin

keluarga hanan mari sama-sama kita doakan akak notam79. semoga usaha akak membuahkan hasil yang terbaik...


Bookmark and Share




  Member Information For afina010587Profil   Hantar PM kepada afina010587   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 18-05-09 23:17


InsyaAllah perbanyakkanlah solat taubat dan istighfar selain selawat. Umi harap notam79 janganlah tidak menghubungi suami kerana orang lelaki lebih pada 'out of sight out of mind'. Jadi sms sajalah ucapkan assalamu'alaikum, apa khabar, semoga abang sihat, dah makan ke belum, nak saya masakkan apa ya .... insyaAllah semoga dengan solat taubat, doa dan juga kesabaran suami akan pulang ke pangkuan dengan jiwa yang lebih tenang.

Wallahuta'ala a'lam bissawab


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 19-05-09 08:38


besar ujian rumah tangga.. emm tak ada cara lain, banyakkan berdoa....pergantungan pada ALLAH lah yang paling utama....

ajak suami sembahyang berjemaah.. insyaALLAH agaknya hati sejuk balik...


-----------------
Photobucket


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

niza_ati
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.06.2006
Ahli No: 6676
Posting: 24
Dari: KL-Sarawak

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 21-05-09 09:28


Macam terbalik pula kes ni dengan Niza. Sakit dan perit... macam tu lah rasanya bila cuba selalu bertahan... memang tak dinafikan, hati semakin tawar... Tapi.. Niza selalu fikir... "Sabar adalah harta yang paling menguntungkan". Berdoa, bertawakal.... Tu saja lah mampu dibuat... tapi..sampai bila pula harus diterima semua kata-kata yang menyakitkan dr org yang kita sayangi? Sedangkan kasih-sayang itu perlu dibajai.

Semoga, masih ada ruang untuk ukhti... seperti ana memberi ruang pada si dia lagi... amin...


-----------------
cita-citaku islam gemilang, cita-citaku daulahnya berulang, cita-citaku islam cemerlang, cita-citaku islam tinggi menjulang
والسلام


Bookmark and Share




  Member Information For niza_atiProfil   Hantar PM kepada niza_ati   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-05-09 20:25


Salam..

lama saya tak menjengah laman ini...

Kini saya lebih tenang..Alhamdulillah. Walau IUI saya telah gagal dan sah saya tidak mengandung..saya redha sebab memang bukan rezeki saya untuk ada anak sekarang. tapi rumah tangga saya masih ada..saya kan pertahankan hingga akhir hayat.

Benar..andai tidak berlaku konflik hari ni, saya mungkin tidak akan tersedar dan suami terus terseksa jiwanya akibat perlakuan buruk saya. Saya berdoa moga kesedaran saya ini berkekalan hingga akhir hayat saya.

Kini hampir 3 minggu suami berulang alik dari tempat kerja, rumah kami dan rumah ibu bapanya. Saya menerima keadaan ini. Sekurang kurangnya suami masih balik menjenguk saya. Syukur...dalam keadaan ini, tempat kerja juga tidak begitu sibuk.. tuhan uji saya, dalam masa yang sama permudahkan jalan saya.

Kini..suami agak tenang.... Moga ALLAH bantu saya. Aminnn


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 21-05-09 20:57


ye..pasal sms suami..memang saya tak sms/call, tak reply pun sms suami terutama sms suami yang menyedihkan..saya kuatkan semangat..tabahkan diri..akhirnya saya dapat tahu..suami tertunggu tunggu balasan sms dr saya.. kurang2 saya tahu..dia masih di sisi saya... Insya allah


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.03.2006
Ahli No: 6411
Posting: 31
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 22-05-09 15:49


puan kena banyak mengalah....lelaki ni bila kena caranya, mudah jugak lembut hati.

puan kena menjadi seorang yang sangat caring, supaya suami puan tahu yang puan sangat sayangkan dia. layan suami dengan lembut. belai lah suami bila dia kat rumah. potong kuku suami. jika diizikan, puan boleh mandikan suami sekali-sekala...

cakap kat suami perasaan puan terhadapnya. Kalau malu cakap berdepan, hantar lah sms. jika suami puan tak bagi respon, itu tak mengapa yang penting dia tahu perasaan puan.


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share




  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-05-09 12:33


Salam..

Sebelum keadaan seperti sekarang, suami jarang sangat ucap perkataan terima kasih dan perkataan MAAF.. sekarang, dia ada ucapkan terima kasih dan mohon maaf pada saya..tapi melalui sms saja.

Saya cuba yang terbaik untuk baiki keadaan. Saya cuba buat banyak perubahan dalam rumah. Hiaskan rumah. Saya ada lekatkan kad ucapan untuk suami pada pintu rumah ketika dia balik kerja. Saya ada hadiahkan Al-Quran untuknya.. dan saya ada beberapa plan yang saya akan laksanakan minggu demi minggu.

Tiap hujung minggu suami akan pulang ke rumah ibu bapanya. Kebiasaannya, Jumaat malam sabtu, dia dah berada di sana. Saya harus balik dengan kereta sendiri jika mahu pulang ke sana. 2 minggu yang lalu, saya drive sendiri..akmi pulang dengan kereta berasingan. Keadaan seperti ini memang menjanggalkan sekali. Minggu ini, saya fikir, lebih baik saya tidak pulang ke rumah mertua. Malangnya, bila saya buat keputusan seperti itu, suami buat anggapan, saya avoid balik sebab tak selesa. Kami ber SMS.. perkara yang paling jarang sekali kami buat sebelum ini.

Apa sebenarnya dalan hati suami? Saya benar-benar buntu dan keliru..


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

zuriani
WARGA RASMI
Menyertai: 02.01.2004
Ahli No: 3018
Posting: 14
Dari: sabah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 24-05-09 01:33


notam kena minta maaf banyak-banyak dengan suami.minta dia halalkan semuanya, lepas tu tanya dia apa sebenarnya yang dia rasa sekarang ni,apa yang dia fikir.betul ke dia dah xsygkan notam lagi?kalau terpaksa melalui sms,sms lah.tapi berdepan adalah yang terbaik.

ikhlaskan balik hati notam,sayang dia betul-betul kerana Allah, kerana detik hati ni satu perasaan yang timbal balik,I`Allah,jika ianya kerana Allah, apa yang notam rasa, suami pun akan turut rasainya.

jangan biarkan ianya terus berpanjangan.tidak b`terus terang akan memburukkan lagi keadaan.sabar yang paling penting.mungkin suami pun masih lagi bergelut dengan egonya.

sekiranya boleh,jika dirmh mertua adalah masa yang terbaik untuk bersamanya,layan dia sungguh-sungguh;,tatap matanya,sentuh tangan,badannya..mungkin dengan sentuhan dan tatapan yang ikhlas itu dapat melembutkan hatinya.walaupun dia tak nak tengok.notam usaha juga mcamana sekali pun untuk tatap mata dia,dengan tatapan yang penuh dengan cinta,sayang dan rindu..
[ Telah diedit oleh: zuriani pada 24-05-09 01:35 ]


Bookmark and Share




  Member Information For zurianiProfil   Hantar PM kepada zuriani   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-05-09 09:13


Salam..

Sudah puas saya mohon maaf dari suami, dengan linangan air mata. Kesedaran saya bukan lakonan. Saya berusaha berikan layanan terbaik untuk suami.

Rumah mertua bukan tempat terbaik untuk tarik hati suami. Di rumah mertua, suami nampak agak sombong, saya seprti tidak wujud. Apa saja keperluannya, suami tak kan bertanya/minta dari saya termasuk lah benda yang remeh temah, suami memang tak kan berkongsi dengan saya.

Apa yang saya lakukan sekarang hanyalah memberi masa kepada suami. Beri kebebasan kepadanya melakukan apa saja yang sebelum ini di hadkan oleh saya. Saya kena sabar..sabar..sabar..walau ada masa saya terlajak juga dari landansan sabar hingga bawa kebosanan pada suami.

Saya sayangkan suami saya.. saya sayangkan dia kerana ALLAh.. moga niat saya ini dari hati bukan setakat di mulut. Saya mahu selmatkan rumah tangga saya kerana ini lah jalan yang diredhai ALLAH. Saya tidak mahu memutuskan silaturrahim....Doakan saya.. saya semakin gelisah dan takut hadapi ujian ini....


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 26-05-09 12:06


Salam...

Menjelang minggu ke 4 suami menggilirkan diri saya dengan rumah ibu bapanya. Apa daya saya? SABAR... SABAR..SABAR

Keadaan agak meruncing sekarang sebab saya ada tersilap langkah. Keadaan yang tenang agak bergelora ekoran perbuatan saya sendiri. Benar lah kalau orang kata, nak berubah bukan dalam masa singkat. Dalam proses untuk berubah, saya ada lakukan kesilapan yang pada pandangan suami ianya kesilapan BESAR. Suami beranggapan, saya memang tak kan berubah. Suami melihat saya yang dulu, yang suka mendesak dan memaksa..

Ya ALLAH.. bantu lah hambamu ini..


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-06-09 20:56


Salam..

Menjelang minggu ke 6 saya berkeadaan begini. Saya mohon allah terus beri saya kesabaran hingga suami kembali ke pangkuan rumah tangga kami. Masalah saya ini telah saya khabarkan pada mak ayah saya sendiri. Alhamdulillah, mak ayah berada di belakang saya menyokong usaha saya. Saya juga telah mendapat keampunan mak mertua. Yang tinggal sekarang hanya hati suami. Moga Allah lembutkan hati suami saya. saya benar2 bertaubat dan menyesal perlakukan buruk saya dan saya berjanji tak kan ulanginya. Moga suami tidak berpaling dari rumah tangga ini. Aminnn


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10716
Posting: 55

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-06-09 15:24


Amin....
kami turut mendoakan kak notam supaya berjaya menyelamatkan rumahtangga akak..


Bookmark and Share




  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

mawarEmas
WARGA RASMI
Menyertai: 08.06.2009
Ahli No: 10700
Posting: 16
Dari: Negeri Sembilan

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 10-06-09 09:49


Assalamualaikum..
bila baca kisah notam nie tercuit lak nak berkongsi pendapat n cerita..mawar setuju sgt dgn opinion ummimq tu,klu terjadi perkara camni,jgn tak berhubung trus dgn hubby,biarpn nak bagi dia masa tenangkan diri,tp kena gak berhubung melalui sms or call,itu menunjukkan yg notam bg dia ruang tp dlm masa yg sama tunjukkan yg notam masih ambik berat dan masih sgt memerlukan dia,klu ada peluang masa berdua,cubalah dekatinya dn berikan pelukan kat dia sambil luahkan kemaafan,insyaAllah hati dia akan lembut,notam dah banyak berdoa,teruskan berdoa diiringi usaha..cuba kikiskan sifat amarah..mawar pn ada sikit masalah dgn sifat marah dn suka merajuk yg agak melampau dgn hubby,penah sampai hubby termenangis sebab marah n tak layan dia,masa tu rasa berdosa sgt²,terus peluk dia n say i'm so deeply sorry,sama² nngis pas2..skarang nie Alhamdulillah mawar dah leh control skit marah tu,tiap kali pas solat slalu mintak agar diri jd lebih penyabar dn lebih penyayang..Amin
:-)


-----------------
"Mencari cinta sejati umpama mencari berlian di dlm timbunan kaca,dlm pencariannya kita pasti akan terluka"


Bookmark and Share




  Member Information For mawarEmasProfil   Hantar PM kepada mawarEmas   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-06-09 04:57


Salam..

Saya masih begini, saya masih sabar. Insya allah saya akan terus sabar. Saya mula sms suami, 2 atau 3 hari sekali. Saya elakkan call. SMS saya semuanya yang berbaur kemaafan, berbaur doa kesejahteraan. Biar pun suami jarang sekali membalas sms saya. Saya akan mulakan mengambil pendekatan untuk berkomunikasi denga suami.
Kini, sudah 6 hari saya tidak bertemu suami. Saya membawa diri, memberi masa untuk diri sendiri. Alhamdulillah, saya mendapat lebih ketenangan. Namun kadang kala, rasa rindu pada suami bertandang juga.
Pada ALLAH, saya mengadu. Tiada penyesalan atas duguaan ini, yang ada hanya penyesalan ke atas dosa-dosa lalu. Moga ALLAH terus pandu dan bimbing saya, moga kesedaran yang ALLAH beri ini berkekalan hingga akhir hayat saya..amin.


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

naniluv
WARGA RASMI
Menyertai: 12.06.2009
Ahli No: 10744
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 12-06-09 07:51


Saya mengikuti kisah masalah kak Notam ni sejak awal lagi. Tapi ini kali pertama saya beri maklumbalas. Sepanjang yang saya ikuti, saya dapati kak notam banyak menyebut 'dosa-dosa saya'. Apa maksud kakak mengenai dosa-dosa tu? Adakah dosa-dosa tu di antara kakak dengan Allah atau kakak dengan suami? sehinggakan suami sukar nak maafkan ?! (Minta maaf tanya; Adakah selama ni kakak bermain kayu tiga? (Minta maaf sekali lagi kak kerana bertanya). Saya musykil.


Bookmark and Share




  Member Information For naniluvProfil   Hantar PM kepada naniluv   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» bila suami dah tak sayang lagi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 8

Go To Page: 1 · 2 · 3 ... 7 · 8  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.078177 saat. Lajunya....