Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-07-2018  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Bila anda telah sampai ke penghujung tali, buat simpulan untuk bergantung

-- Tokoh Korporat

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: LeerMoto22
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13701

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
Nur Mawarni Izwar Arfani.. MCIIUM...kos economics.. Salam Ukhwah..

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 15 jam, 12 minit yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: bila suami dah tak sayang lagi


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» bila suami dah tak sayang lagi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 8

Go To Page: 1 · 2 ... 7 · 8  
Jump To Page:

Oleh bila suami dah tak sayang lagi

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 10-05-09 22:03


Salam,

Sebenarnya saya agak berbelah bagi memulakan topik ini. Masalah rumahtangga saya ni memang salah saya, saya lah puncanya. Selama 3 tahun bercinta dan 4 tahun berkahwin, suami saya banyak memendam rasa. Saya punya sifat panas baran, cepat marah. Bila marah kat suami, saya akan sebut apa saja untuk puaskan hati. Suami pula selalu mengalah untuk redakan keadaan. Memang dia nampak sangat tenang, tapi semua yang dia sedihkan dia simpan selama-lama perkahwinan kami dan akhirnya kesabaran suami sudah sampai ke had maksimum. Suami mula dingin, tak mahu bercakap seolah olah merajuk. Bila di tanya, suami selalu jawab..tak ada apa..Satu malam suami buat pengakuan..hati dan perasaannya sudah pudar terhadap saya. Hampir 2 bulan berlalu, kami masih tinggal sebumbung cuma suami tak akan bercakap kecuali bila saya bertanya. Saya sangat takut sebenarnya. Saya berdoa moga rumahtangga saya ini berkekalan dan IUI yang baru 10 hari berlalu berjaya.


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

nurbalqisha
WARGA RASMI
Menyertai: 20.03.2009
Ahli No: 10156
Posting: 1
Dari: alor star

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 11-05-09 02:04


sabarlah ...

perkara yang sama juga pernah terjadi pada abang kandung saya ..
sebaiknya .. cubalah kawal perasaan .


Bookmark and Share




  Member Information For nurbalqishaProfil   Hantar PM kepada nurbalqisha   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-05-09 10:16


Salam, berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Selagi adik masih isteri dia, pujukla dia dengan kata-kata manis dan berjanjilah dengan dia yang adik tak akan ulangi kesilapan adik. Sambil tu doa selalu agar dibukakan hati..

Akak pun akan tolong doakan adik juga..


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.03.2006
Ahli No: 6411
Posting: 31
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-05-09 11:07


saya syorkan bacalah buku motivasi rumahtangga tulisan ustaz hasrizal abdul jamil.
1. Aku Terima Nikahnya
2. Bercinta Sampai KeSyurga
semoga mendapat manfaat.


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share




  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 11-05-09 12:02


Salam..terima kasih atas kata nasihat..

Saya benar-benar sudah berubah, malangnya umpama kesedaran saya ni dah terlambat. Siang malam saya berdoa, solat hajad...hati suami masih belum terbuka. saya dah buntu..apa lagi saya patut buat. Puas sudah saya merayu..


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 11-05-09 13:26


Assalamualaikum

Jangan jemu memujuk hati suami. Tunjukkan pada suami yang notam79 benar-benar berubah dan menyesali atas perbuatan lalu.
Sabar ye..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 13-05-09 08:16


saya rasa suami betul-betul perlukan masa sekarang ni... dia prefer balik ke rumah ibu bapanya...saya cuba redha bila dia tak balik..tapi perasaan rindu buat saya sanggup drive ke rumah mertua...bagaimana cara nak kurangkan rasa rindu ni supaya saya tak ganggu dia sementara waktu?


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

ummidarwisy
WARGA RASMI
Menyertai: 19.09.2008
Ahli No: 9075
Posting: 3
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 13-05-09 10:01


Sabarlah..
suami puan perlukan masa untuk mengubati hatinya yang telah banyak terluka, tapi puan mesti mainkan peranan dengan cuba mengambil hatinya semula dan selalulah mohon maaf secara terbuka dengannya dan buatlah sesuatu yang dia suka contohnya, sesuatu yang kena dengan minat dan hobi atau apa-apa kegemarannya, di samping itu, cari seseorang yang rapat dengannya untuk menjadi orang tengah, mungkin ibu mertua boleh tolong selesaikan.Insyaallah...


Bookmark and Share




  Member Information For ummidarwisyProfil   Hantar PM kepada ummidarwisy   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 13-05-09 12:54


Wah.. boleh tahan juga rajuknya ye.. :-D Hm makan hati berulam jantung banyak ini..
Hmm rajuk2 sayang tu.. tak mengapa,sabar saja sikit lagi ye..
:-)


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

ummi_solehah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 03.02.2009
Ahli No: 9783
Posting: 57
Dari: JayBee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-05-09 13:35


Pada 10-05-09 22:03 , notam79 posting:

!!! QUOTE !!!

Salam,

Sebenarnya saya agak berbelah bagi memulakan topik ini. Masalah rumahtangga saya ni memang salah saya, saya lah puncanya. Selama 3 tahun bercinta dan 4 tahun berkahwin, suami saya banyak memendam rasa. Saya punya sifat panas baran, cepat marah. Bila marah kat suami, saya akan sebut apa saja untuk puaskan hati. Suami pula selalu mengalah untuk redakan keadaan. Memang dia nampak sangat tenang, tapi semua yang dia sedihkan dia simpan selama-lama perkahwinan kami dan akhirnya kesabaran suami sudah sampai ke had maksimum. Suami mula dingin, tak mahu bercakap seolah olah merajuk. Bila di tanya, suami selalu jawab..tak ada apa..Satu malam suami buat pengakuan..hati dan perasaannya sudah pudar terhadap saya. Hampir 2 bulan berlalu, kami masih tinggal sebumbung cuma suami tak akan bercakap kecuali bila saya bertanya. Saya sangat takut sebenarnya. Saya berdoa moga rumahtangga saya ini berkekalan dan IUI yang baru 10 hari berlalu berjaya.


Salam..
puan, kita sebagai seorang muslimah aspek yang paling penting kita ada ialah sifat sabar dan tabah..
saya pun pernah juga mengalaminya,..jika menangis air mata darah sekalipun walau hati suami keras bagaimana pun, kita memang tak boleh nak paksa..
memang susah nak memahami hati lelaki..
Buat sementara waktu, jika puan masih sayang kan suami, kita kenalah bersabar, mengambil hati dan hormat pada nya, walau dia marah atau tak suka pada kita.
Dan saat2 ini lah kita perlu dekatkan diri pada Allah,..Hanya Allah yang tahu apa yang ada dalam isi hati kita, walau kita jumpa kaunseling sekalipun belum dia tentu dia faham hati kita..
Baguslah jika puan dah bertaubat,.. hanya Allah yang menentukan nasib manusia..
saya dulu hampir2 berpisah, tapi mungkin jodoh saya kuat dan simpati dengan anak-anak,..saya terus minta pertolongan dr Allah dan selagi suami itu milik kita, kita wajib laksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri..
dan selalulah amalkan ayat2 Al-Quran yang boleh melembutkan hatinya..
Di sini lah kita akan sedar akan kebesaranNya,.. begitu hebat ujian yang saya hadapi..
..Allah Maha Penyayang..
:oops:


-----------------
@@Permulaan sabar adalah pahit tapi Manis [email protected]@
[ Telah diedit oleh: ummi_solehah pada 13-05-09 16:13 ]


Bookmark and Share




  Member Information For ummi_solehahProfil   Hantar PM kepada ummi_solehah   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
WARGA RASMI
Menyertai: 05.11.2003
Ahli No: 2773
Posting: 18
Dari: rumah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-05-09 10:55


salam..

puan..selagi mana puan telah sedar kesilapan puan dan bersedia untuk berubah, ianya masih belum terlambat.. mohon lah kepada Dia yang Maha membolak-balikkan hati manusia...

manusia bukan robot, dan hati perasaan ni adalah suatu yang boleh berubah.. jika puan masih sayangkan hubungan puan, puan teruskan usaha untuk mumujuk rajuk suami tuu..selagi mana puan masih bergelar isteri, ia tetap tidak terlambat..

mungkin suami puan menahan hati dia, semata-mata untuk melihat kesungguhan puan dan cinta puan pada dia.. insyaallah Allah itu Maha mengasihani..saya yakin kalau puan terus berusaha segala cara dan puan tambahkan lagi dengan doa, Allah akan membantu..

saya doakan semoga puan bahagia dan dapat melalui hari2 mendatang dengan tenang.


Bookmark and Share




  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-05-09 11:41


Salam..

saya ada berjumpa dengan orang yang boleh bantu sikit-sikit.. suami saya ni dah tahap kecewa habis dengan perangai buruk saya. kesabarannya telah maksimum. 2 malam ni suami di rumah mertua. saya dinasihatkan suapay jangan hubungi suami hingga suami sendiri yang hubungi saya atau pulang ke rumah.

Insya allah tiap mlm saya akan solat sunat dan mengaji. semua perasaan saya luahkan pada tuhan. saya penat sebenarnya tapi saya tak nak berputus asa. 1 mlm tanpa solat sunat saya rasa amat merugikan.

Tiap lepas solat saya akan baca ayat 4 surah yusoff untuk tambat hati suami. ada juga buat 170x ayat kursi pada air minum untuk suami. sekarang saya sedang usahakan habiskan 30 juzuk al.quran..insyallah menjelang ujung minggu ni akan habis...doa kan saya kuat hadapi cabaran ni. kalau kawan-kawan ada apa-apa malam lain yang boleh bantu saya..boleh lah maklumkan. terima kasih


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
WARGA RASMI
Menyertai: 05.11.2003
Ahli No: 2773
Posting: 18
Dari: rumah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-05-09 13:17


semoga puan terus kuat..saya doakan puan akan bahagia dan dapat selesaikan semua kemelut nii..saya nak bagi tips2 pun tak ada, pengalaman pun tak ada, kahwin pun xlagi..tapi saya terkesan dengan situasi puan..puan tabah ye..jangan pernah berhenti berharap..wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-05-09 13:35


saya memang tak nak berhenti mengharap..tapi ada kala saya seakan mahu jatuh dengan tindak balas dan air muka suami..saya takut...benar-benar takut...

hampir 36 jam saya tak berhubung dengan suami...saya harap saya terus kuat... zikir as sabur jadi teman..harap saya cukup sabar...

Saya sayangkan rumah tangga saya...saya menyesal atas semua perbuatan saya pada suami...


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

zuriani
WARGA RASMI
Menyertai: 02.01.2004
Ahli No: 3018
Posting: 14
Dari: sabah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 14-05-09 15:21


subhanallah..sabar ye.paling penting notam ingat janji Allah yang Dia takkan bebankan hambaNya dengan apa yang kita tak mampu pikul.jdkanlah janjiNya tu sebagai pembakar semangat untuk terus b`usaha.

moga-moga notam dmdhkan urusan dan ujian ini menjadi pangajaran bagi diri notam s`diri dan geng2 HANAN yang lain.kita takkan dapat rasa nikmatnya kasih sayang Allah tanpa diuji olehNya.

Ya Allah berikanlah kekuatan kepada hambaMu notam79, dan jadikanlah dengan ujian ini kami akan dapat pengajaran darinya dan sesungguhnya Kau lebih mengerti hikmah disebalik bebannya ini.amin...
[ Telah diedit oleh: zuriani pada 14-05-09 15:22 ]


Bookmark and Share




  Member Information For zurianiProfil   Hantar PM kepada zuriani   Quote dan BalasQuote

ummi_solehah
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 03.02.2009
Ahli No: 9783
Posting: 57
Dari: JayBee

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-05-09 15:45


Sabar lah ya..
Sememangnya lelaki..
ego lah tu.. banyak-banyak berdoa ya :kelip:


-----------------
@@Permulaan sabar adalah pahit tapi Manis [email protected]@


Bookmark and Share




  Member Information For ummi_solehahProfil   Hantar PM kepada ummi_solehah   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-05-09 22:13


salam...

berumahtangga ni ada masa bahagia.. ada masa derita....yang tak pernah ditimpa masalahlah sebenarnya amat bermasalah dalam rumah tangga ;)

bila ditimpa sebarang derita... muhasabahla diri balik andai ada sebarang kekurangan dalam diri masing-masing.... usah di ambil jalan singkat yang akhirnya kan menghancurkan hubungan yang dah sedia terbina.

dalam kes ni notam pun dah akui silap diri.... pada saya, jika hal ni tak berlaku, mungkin notam takkan tersedar. cuma..... permasalahan yang timbul adalah kesedaran tu hanya tiba selepas suami dilihat sudah pudar rasa CINTA

apa pun pada pandangan saya, merendahlah diri dan akuilah silap diri pada suami dengan sepenuh hati. mohonla keampuan pada dia. mohon juga pada ALLAH agar terus memelihara ikatan perkahwinan ni.

jauhkan rasa kecewa..... ujian yang menimpa dalam perkahwinan kan selalunya lebih mengikat rasa kasih & cinta diantara kita suami isteri. andai masing-masing pun berusaha untuk berubah kearah yang lebih baik selepasnya


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 15-05-09 14:58


Kini, saya mengambil langkah berdiam diri. Seminggu ni cuma 2 malam suami tidur di rumah kami. 3 malam yang akan datang, suami bermalam di rumah ibu bapanya. Suami perlukan masa..saya perlu redha. Saya berusaha untuk tidak sms/call suami. Alhamdulillah..sejak rabu lepas..saya memang tidak menghubunginya. Saya tidak mahu beri dia tekanan. Perasaan saya sendir, biar lah saya uruskan sendiri. Moga ALLAH bantu usaha murni saya ini. Aminn


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

nurul_aliya
WARGA RASMI
Menyertai: 22.03.2004
Ahli No: 3454
Posting: 7
Dari: klang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-05-09 15:44


assalamualaikum..
saya agak terkejut kerana kisah saudari ada sedikit persamaan dengan saya.cuma yang bezanya suami masih ada di rumah dan kami masing-masing saling memendam rasa..

saya tidak sedar bila bermula masalah kami ni..yang nyata saya cuma sedar setelah suami telah menduakan saya dengan menjalinkan hubungan dengan gadis lain pada bulan lalu..pada awalnya memang dia menyembunyikan dari saya dan bayak menipu saya untuk keluar bersama gadis itu, tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua..

saya tidak tahu di mana salah saya kerana saya telah cuba sedaya upaya untuk memenuhi kehendak dan keperluannya. bila ditanya, jawabnya mudah, saya tak salah apa-apa.

ketika hangat percintaanya bersama gadis itu, dia mengakui pada saya bahawa perasaannya sudah pudar terhadap saya kerana hampir keseluruhan jiwa dan hatinya sudah diserahkan kepada gadis itu, walaupun hanya kenal dua minggu sahaja..sebagai isteri yang telah berkongsi hidup dengannya selama lima tahun ini, memang hati saya hancur dan kecewa.

kerana anak, dia telah memutuskan hubungan dengan gadis itu.tapi saya tahu dia sudah berubah dan saya juga sedar saya juga sudah berubah berikutan peristiwa ini. saya memang telah tawar hati terhadapnya, dan apa yang saya lakukan adalah untuk kebaikan anak-anak yang masih kecil.

komunikasi kami semakin kurang, tiada lagi perkongsian masalah, tiada lagi masa untuk mesra, gurau senda, kecuali apabila anak-anak ada bersama.entah Kenapa saya merasa segalanya hambar apabila bersama suami.hanya anak-anak penenang jiwa dan penyejuk hati saya..syukur alhamdulillah saya masih mempunyai mereka..

sekarang saya pun tidak tahu lagi apa yang tersurat dan tersirat pada suami saya.terasa bagaikan saya tidak ingin tahu apa-apa tentangnya lagi..tapi anak-anak memerlukan abah mereka..dan saya harus mengalah.walaupun perasaan dan hati sudah berubah, tapi saya masih cuba untuk menjaga supaya kehendak dan keperluannya sentiasa dipenuhi kerana saya percaya redha Allah ada bersama redha suami.mungkin segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

saya berdoa agar hati dan fikiran saya akan tenang demi kebahagiaan suami dan anak..dan saya berdoa agar suami juga akan menemui jalan yang terbaik untuk dirinya..


Bookmark and Share




  Member Information For nurul_aliyaProfil   Hantar PM kepada nurul_aliya   Quote dan BalasQuote

zuriani
WARGA RASMI
Menyertai: 02.01.2004
Ahli No: 3018
Posting: 14
Dari: sabah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 15-05-09 20:19


ya Allah...moga dengan perkongsian cerita ni menjadi pengajaran buat kita semua. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita bilamana Dia menimpakan sesuatu ujian.

mari kita sama-sama m`amalkan SURAH TOHA AYAT 1-5 dan SURAH ALHASYR MULA AYAT 21 HINGGA AKHIR SURAH.moga dengan ayat2 suci ni dapat malembutkan hati kita semua.cuba juga SURAH ARRA`DU AYAT 31 untuk menambat ht suami.yang paling penting ikhlaskan ht dalam setiap perbuatan.

bila masak atau sediakan apa-apa selawat banyak-banyak.kngkan ms2 indah.Allah dah temukan kita dengan yang terbaik.moga diberkati...amin
[ Telah diedit oleh: zuriani pada 15-05-09 20:20 ]


Bookmark and Share




  Member Information For zurianiProfil   Hantar PM kepada zuriani   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» bila suami dah tak sayang lagi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 8

Go To Page: 1 · 2 ... 7 · 8  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.082951 saat. Lajunya....