Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-01-2018  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tidak mengukur kejayaan seseorang berdasarkan berapa tinggi yang dia boleh panjat, tetapi berdasarkan berapa tinggi dia boleh melantun semula selepas jatuh

-- Tokoh Pemimpin

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Sheikhengku11
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13694

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
dari kiri diri sendiri dan sebelah tu best friend ana, ummu

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 6 jam, 54 minit yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: OPEN DIARY versi muslimah HANAN.COM.MY


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» OPEN DIARY versi muslimah HANAN.COM.MY

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 7

Go To Page: 1 · 2 · 3 ... 6 · 7  
Jump To Page:

Oleh OPEN DIARY versi muslimah HANAN.COM.MY

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-01-09 09:06


salam...

hmm... beginilah nurzatul...

apa yang mampu akak katakan, syukur dengan segala kurniian ALLAH, redha dengan segala ujian ALLAH, dan sabar dengan segala ketentuan ALLAH.

insya allah ada sinar menanti dihadapan jika kita tetap berpegang kepada 3 perkara itu.jika tak di dunia, diakhirat kelak. ingat janji ALLAH tu :)

apa pun....
jangan tertipu dengan pandangan mata...kita tak boleh menafsirkan kebahagiaan orang, atau kesengsaraan orang hanya dengan pandangan mata semata. sebab pandangan mata boleh menipu hati untuk membuat tafsiran melulu.

senyum ceria di wajah orang... mana tahu hanya untuk tangisan dalam hatinya di masa itu.
sinar cahaya bahagia di mata orang... mana tahu hanya untuk menutup kesuraman hatinya dimasa itu.

**ALLAH sebaik baik tempat tempat mengadu... jaga diri & iman baik baik key....


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-01-09 09:52


Alhamdulillah, hari ini cuti. Seronoknya, biasanya Sabtu kerja. Tapi harini dah start cuti tahun baru cina. rasa lapang sikit kepala setelah asyik didera di pejabat.. hehe :kelip: :kelip: :kelip: :kelip:


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-01-09 14:54


hari ni pekerja aku ambik emergency leave..jadi aku terpaksa jaga kedai..alhamdulillah mungkin sebab 'ustz' 2 org tu keluar buletin utama malam tadi jadi ramai jugak org yang mengunjungi kedai aku....aku berjumpa dengan seorang makcik yang datang dari kedah semata mata nak berjumpa 'ustaz' untuk dapatkan air penawar..ya allah..kasihan makcik ni...aku memberitahunya tak perlu ambik air penawar dengan ustaz kerana 2 org tu hya menyamar jadi ustaz...tapi makcik tu marah aku balik katanya aku memfitnah ustaz yang baik hati...Hanya Allah yang tahu...Kenapa dalam dunianya org kejam disanjung..yang ikhlas diketepikan.....???


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 24-01-09 22:30


salam....

bab air penawar ni.. saya teringat kisah dalam satu majalah...

orang suka jumpa pakcik ni sebab katanya boleh mengubati penyakit... terutama penyakit yang 'tak nampak'

bila ditanya.. apa yang dibaca pada air tu.. dia kata dia cuma baca selawat.. fatihah.. sebab katanya orang2 kita terlalu taksub dengan air2 penawar... tapi usaha lain amat kurang.katanya air tu menjadi penawar sebab orang yang meminum tu yakin dan bersungguh nak sakitnya baik.. bukan sebab air tu yang jadikan dia baik. :)

selepas ini diniey... nasihatkan sahaja agar berjumpa tabib/perawat islam yang lain.. tak perlulah dicerita apa apa tentang latar 'ustaz' itu. kak akui.. kak pernah ke booth' mereka... dan memang jika tidak diniey ceritakan di sini.. akak pun akan bersikap seperti makcik itu

*****hari ni..... sepupu ku datang untuk meminta nasihat mengenai perancangan dia mendirikan rumah tangga... alhamdulillah.... semakin besar keluargaku nanti. semakin bersaudara rapat lah selepas ini. mudah mudahan perancangannya dipermudahkan olehMU... dan diringankan dari menghadapi hal-hal remeh hingga ke akhir....aminn~~


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-01-09 15:24


hari ni..sekali lagi aku diuji...bekas suami aku yang buat hal tapi org cari aku....alahai 'ustaz' Kenapa kerja kau asyik menipu org...Aku sebolehnya tak nak ada kaitan lagi dengan mereka....aku cuba selesaikan dengan cara baik...alhamdulillah akhirnya Allah membantu ku...

Kehidupanku semakin hari semakin baik..semangatku kian pulih...kehadiran seorang sahabat lama mengubat hatiku yang rawan...sahabatku ini telah lama ku kenal namun terputus hubungan setelah aku berkahwin....dia seorang yang simple, berseluar jeans,dan t-shirt dan bertudung selimpang...namun apa yang aku sangat kagumi sepanjang aku berkawan dengan dia....aku tak pernah lihat dia miss solat malam dan dhuha....jadi setelah mengetahui musibah yang menimpa aku dia datang memberi semangat buatku..dia berjanji untuk terus bersama. Aku dan membantuku dalam busness....Sekurang kurangnya kehadirannya semula memberi seribu kelegaan buatku


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-01-09 11:27


alhamdulillah

hari ni sambutan tahun baru....
semalam tak dapat makan besar bersama keluarga....
tak mengapalah.. baru tahun ini sahaja....
sedih memang sedih.. sebab ni lah sedikit masanya kami berkumpul dan makan bersama. insya allah masa lain pasti ada.

alhamdulillah juga, khabaran mengatakan adik lelakiku dapat kerja gomen. akhirnya setelah bertahun tahun memohon dan memohon. demi masa depannya. walaupun gaji kali ini terlalu kecil berbanding dahulu.. tapi lebih terjamin berbanding syarikat swastanya dahulu.

abangku juga begitu. pengorbanan meninggalkan kerja lama yang mendatangkan pendapatan lumayan ditinggalkan demi masa depan bersama keluarga.

kiranya masing-masing berubah kerjaya termasuk diriku kini. meninggalkan gaji yang lumayan demi masa depan keluarga yang lebih terjamin. ya, demi keluarga tercinta.

semoga pilihan kita ini mendapat redha dariNYA.syukur alhamdulillah atas kurniaNYA


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 27-01-09 14:53


Pada 24-01-09 09:06 , nur_kamar posting:

!!! QUOTE !!!

salam...

hmm... beginilah nurzatul...

apa yang mampu akak katakan, syukur dengan segala kurniian ALLAH, redha dengan segala ujian ALLAH, dan sabar dengan segala ketentuan ALLAH.

insya allah ada sinar menanti dihadapan jika kita tetap berpegang kepada 3 perkara itu.jika tak di dunia, diakhirat kelak. ingat janji ALLAH tu :)

apa pun....
jangan tertipu dengan pandangan mata...kita tak boleh menafsirkan kebahagiaan orang, atau kesengsaraan orang hanya dengan pandangan mata semata. sebab pandangan mata boleh menipu hati untuk membuat tafsiran melulu.

senyum ceria di wajah orang... mana tahu hanya untuk tangisan dalam hatinya di masa itu.
sinar cahaya bahagia di mata orang... mana tahu hanya untuk menutup kesuraman hatinya dimasa itu.

**ALLAH sebaik baik tempat tempat mengadu... jaga diri & iman baik baik key....



salamun alaik..

syukran atas nasihat akak.ana memang da tak larat..tapi cuba gagahkan dari..mungkin ujian ana ini terlalu ringan jika dibndingkan dengan ujian org di Gaza..mudah-mudahan Allah kuatkan hati ini menempuh ujianNya..ammeenn.. :bunga:


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 13:41


Assalamualaikum

selamat berjuangan buat sahabat-sahabat ku dimana jua anda berada..
doaku mengiringi mu..
:-D :bunga:


Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 20:32


salam..

awal pagi tadi menerima perkhabaran anak muridku meninggal akibat sakit jantung....

pada awalnya tak ambil endah sebab memang terlupa siapa dia. tapi bila pergi melawat beramai ramai.. baru aku sedar. murid pertamaku sewaktu mula-mula menjejak sekolah itu. kawan sedarjah adik perempuan ku di tingkatan 4 sekarang.

hmmm.... dalam jangka masa 4 bulan... pemergian 4 orang anak-anak kesayangan cikgu....menemui yang TERCINTA.... dan cikgu yakin kalian pasti bahagia di 'sana'.....

al fatihah


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-01-09 21:28


hari yang kulalui semakin sibuk...sekarang ni telefon tak putus-putus berbunyi..aku terpaksa mengupah seorang pembantu peribadi untuk menjwb panggilan2 tersebut...alhamdulillah rezeki allah.

Perceraian ku telah menjadi buah mulut org kampung..maklumlah bekas suami sering keluar di media cetak dan elektronik..secara tak langsung perceraian aku juga menjadi topik hangat...ramai yang mengatakan aku rugi kerana berpisah sedangkan bekas suami sedang kaya raya....namun hanya allah yang tahu..bukan keinginan aku untuk bercerai tetapi dia yang tinggalkan aku.


selepas solat dhuha, ada sesuatu yang masuk ke benakku... aku seharusnya tak perlu bersedih kerana hakikatnya Allah telah memakbulkan permintaanku..aku sering berdoa agar dimurahkan rezeki halal buat aku dan anak, jadi rezeki yang bekas suamiku dapat tu berpunca daripada sumber yang tidak baik, jadi sebab itu telah menghalang aku daripada termakan dr sumber tersebut.... Ya Allah yang maha suci aku baru tersedar hikmah Mu...

Walaupun bekas suami telah menjadi jutawan, namun rezeki nya berpunca dr penipuan....walaupun aku tidak dapat mengecapi kemewahan bersm bekas suami namun aku masih lagi dikurniakan rezeki yang lebih dari cukup untuk aku dan buah hatiku faiz...

Ya Allah...terima kasih atas nikmat mu ini...maafkan hambaMu yang sering menyesali takdir sedangkan apa yang kau atur buatku adalah yang terbaik...


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

sadiqah
{ SRIKANDI }
Menyertai: 30.03.2005
Ahli No: 5121
Posting: 205
Dari: sabah

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 13:34


baru berkesempatan mencoretkan sesuatu dsini..
kekangan masa dan kerja membuatkan aku kurang bertumpu ke laman yang mula-mula ke temui sebelum ukhwah.com.
Alhamdulillah, dah selamat berpindah ke rumah baru (taklah baru pun) di pandan jaya minggu lepas. fuhh..memang terasa keletihan dan sengal2 sendi tulang ni ;-) . dapat housemate baru, taiping girl dan muda setahun dariku. semoga persekitaran baru di pandan jaya akan mengubah sesuatu yang positif dalam hidupku. Insyaallah. selamat tinggal wangsamaju sek.10, 4 tahun aku d situ, memang banyak kenangan yang tercipta.. :bye: :cry:


-----------------
Hidup mesti terus...



Bookmark and Share




  Member Information For sadiqahProfil   Hantar PM kepada sadiqah   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 30-01-09 20:46


pagi-pagi lagi aku telah bertolak ke wilayah tak bye selatan thailand. kali pertama menaiki bot..agak gayat juga..namun kak sah (teman se busnes yang merupakan kerabat diraja pattani yang juga rakan busnes ku) begitu petah berbicara menghilangkan sedikit rasa gayat ku. setelah naik bot..naik motosikal yang dibayar tambang..(agak baru)..kat malaysia mana ada org tumpangkan motor dibyr tambang..

perjalanan ke rumah ustaz ku rahim hya 5 minat sahaja...aku dibawa melawat ke sekolah agama tempat dia bertugas..aku begitu kagum dengan semangat pendidik di sini. rata rata berkelulusan master dari mesir namun memilih kerjaya sebagai ustaz yang hanya dibayar gaji 5000baht (kira-kira rm500). namun walaupun gaji kecil tapi rumah ustaz ku rahim agak besar dan nampak mewah...katanya semua ihsan pesakit yang dirawatnya..menurut beliau dia ditawarkan mengahar di brunei dengan gaji rm5000 sebulan tapi dia memilih untuk berbakti ditanh kelahirannya..katanya dia cicit raja pattani jai tanggungjawab terpikul dibahunya untuk berbakti pada rakyat.

setelah solat dua rakaat...Dia mula melakukan rawatan terhadapku..Alhamdulillah segala santau telah berjaya disingkirkan...namun ada sesuatu yang memeranjatkan aku...ustaz ni tahu perangai sebenar ex hubby aku...Katanya sememangnya ada org yang menggunakan santau untuk memecahbelahkan rumahtga kami tapi dia nasihatkn aku supaya menjauhkan diri dari ex hubby...Benarlah apa yang pernah sampai ke telingaku....ex hubby ku rupanya pengikut ajaran sesat..patutlah aku tak pernah nampak dia solat kat rumah sebelum ni..rupanya ajaran yang dianuti 'mengamalkan solat hanya dengan niat'...

Ya Allah..kata ustaz tu lagi...perpisahan ini adalah rahmat Allah kerana Dia sayangkan aku. Sememangnya ini yang terbaik untuk aku dan anakku. Katanya walaupun ex hubby aku berada dipuncak sekarang semua itu hanya lah sementara.

Plan aku sekarang...aku tak akan menjatuhkan syarikat ex hubby aku sekarang tapi aku ingin membantu sprtimana matlamat asal penubuhan permata hijrah....aku kesal kerana exhubby telah terpesong dari matlamat asal...

Insya Allah..selepas ni aku akan menghasilkan produk ni atas nama sendiri...dan yang pastinya pengguna tidak perlu membayar sampai beratus ringgit untuk penglihatan mereka...kerana mattlamat utama aku adalah untuk membantu..biarlah sekarang ni aku tak mampu menghalang hasrat mereka mencekik darah org yang ingin sembuh...tapi aku harap selepas ni aku mampu menyumbang kepada insan sejagat...walaupun aku bukan ustazah..walaupun aku tidak belajar dr ktab tua...namun aku ikhlas sejak dari awal untuk membantu.


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 31-01-09 19:00


Assalamualaikum
sejak dua menjak 4 menjak ini.. sibuk dengan urusan study..
ramai kawan-kawan xcontact ..apa kabor mereka sekarang ini..(dah lama xmen miskol2 depa ini) hihi :sopan:
harap-harap sihat sejahtera... :bunga:
doakan kesejahteraan saya jugak ye..

i love u all :welcome:


-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 01-02-09 11:27


salam...

hari ni hari terakhir hubby bercuti.. mulai esok berasingan kembali... untuk setahun lagi. insya allah

tadi keluar sebentar mengisi minyak kereta... alang2, singgah terus ke pejabat UTUSAN berhampiran rumah ni. wahh.. banyak betul buku. majalah pun ada.

sempat lah membelek beberapa buah buku kanak-kanak.. buku2 untuk ku dan suami pun memilih bukunya sendiri. MURAH~~~~~ sesangat! nak tergelak pula bila setiap buku yang harganya puluhan ringgit boleh diperoleh dengan harga 1-2 RM sahaja. kalau nak melanggan majalah keluaran utusan pun siap ada diskaun 30%. kira amat berbaloi ke sini....(jalan kaki pun dah sampai eehehehe). dan lebih seronok.. banyak juga buku2 untuk motivasi untuk para guru sepertiku. yang kupilih..- gurukah aku atau..? - harga asal RM24.00 harga diskaun dapatla RM7.90 ;)

cuma agak terkilan kerana bilangan buku tak sepadan dengan bilangan pengunjung yang boleh dibilang dengan jari. rasanya lebih ramai pekerja dari pengunjung. nampak sungguh masalah budaya membaca dikalangan orang2 kita.

so... warga hanan...jom2 free2kan masa anda ke jualan gudang utusan di shamelin perkasa mulai 30 hb - 8 hb feb ni...lepas itu boleh terus singgah rumah ni sekali(depan tu saja.... ehehehehee)


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-02-09 14:04


hari ni saya start kerja setelah seminggu bercuti..
hmm rasa berat hati sangat nak kerja..
kenapa entah..
ada dapat tawaran resort kat pulau kapas pagi tadi..
dia suruh intebiu dulu lusa kat KB..
saya bagitahu,boleh tak saya datang sabtu or ahad ke..
hmm tiba-tiba saja dia cakap.."awak nak datang ke tidak?"
hmm tak mesra langsung..
penyudahnya saya bagitahu.. saya tak datang untuk interbiu..
padahal mulanya agak excited nak datang..
nampaknya masih belum rezeki saya nak masuk hotel..nak teruskan citi-citi dan impian..

:-(


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

nurliza_75
WARGA RASMI
Menyertai: 01.02.2009
Ahli No: 9773
Posting: 2
Dari: Selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 03-02-09 14:31


assalamualaikum..

tak apa lah saudari halesolurun_84, insya-Allah next time Dia akan kurnia lebih rezeki untuk saudari capai cita-cita saudari.. maybe now's not the time yet.. usah bersedih ya..

teruskan beristiqamah dan berdoa kepadaNya.. Allah knows best.. =)


-----------------
Kejayaan tidak datang kepada manusia yang leka.


Bookmark and Share




  Member Information For nurliza_75Profil   Hantar PM kepada nurliza_75   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 03-02-09 14:40


thanks nurliza..

sebenarnya saya baru saja balik dari cuti..
takkan nak minta cuti lagi??
adui.. pening sungguh pala memikirkan hal ni..
jauh pulak tu.. duit pun tak standby sangat..
hmm memang bukan rezeki saya lagi..
InsyaAllah ada lah rezeki tu nanti..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-02-09 15:28


Hari ni boy bagi surprise...Dia dah boleh meniarap!Gembira sungguh aku...ibuku bagitahu dah 2 hari dia boleh meniarap...tapi dalam tempoh 2 hari ni aku terlalu sibuk..bila balik rumah boy dah tidur jadi aku tak lihat perkembangan dia.....

Tapi alhamdulillah...sekarang ni masa sibuk dah tamat...dengan pertambahan 3 org pekerja sekurang kurangnya aku tak perlu berkejar ke sana ke mari....

Apa yang kuhaapkan adalah redha Allah dalam busnes ku...serta rezeki yang halal buat anak dan ibuku di rumah...


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-02-09 15:51


Assalamualaikum
Hari ni banyak juga kerja nak buat pepagi tadi..
tapi sekarang,alhamdulillah.. dah beres..
best kerja company tak ada orang ni..
boleh buat sesuka hati.. :sopan:
nak makan,minum.. jenjalan sana sini..
main badminten pun boleh..

hmm hari ni banyak juga perkabaran berita daripada keluarga..
pertama.. along call tanya bila nak balik..
uhuk padahal baru saja cuti seminggu,minggu yang lepas..
cepat beno rindunya dia kat saya.. :-P
kedua.. makcik mesej bagitau sepupu operate pagi tadi..
hmm operate lelangit..
berdarah saja mulutnya..
doktor tak kasi bagi minum air lagi..
kasihan..
umur baru setahun.. operate sebab sumbing..
hmm atok nenek tak senang duduk tengok cucunya macam ni..
mak nya pulak berlinang saja air mata..
mengenangkan anaknya yang seorang tu..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-02-09 15:47


alhamdulillah
segala kesyukuran hanya untukNYA...

alhamdulillah dah bertambah umur..... semakin bertambah juga beban tugas yang perlu ditanggung...

semoga allah mempermudahkan perjalanan hidup ni...
dan merahmati & terus menyayangi mama & baba, suamiku & diri ini


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» OPEN DIARY versi muslimah HANAN.COM.MY

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 7

Go To Page: 1 · 2 · 3 ... 6 · 7  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.060683 saat. Lajunya....