Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-01-2018  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Sheikhengku11
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13694

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 20
Ahli: 0
Jumlah: 20




  Dari Galeri
nielah gambar kiter n husband kiter...
maser family day kat pantai irama, kelantan.

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 7 jam, 5 minit yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: OPEN DIARY versi muslimah HANAN.COM.MY


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» OPEN DIARY versi muslimah HANAN.COM.MY

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 7

Go To Page: 1 · 2 ... 6 · 7  
Jump To Page:

Oleh OPEN DIARY versi muslimah HANAN.COM.MY

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 11:35


saja saja buka topik diari ni kat sini... tiru ukhwah, :sopan: . tapi insya allah sini versi muslimah semata... jadi pasti insya allah kita semua boleh berkongsi perasaan dan kisah rasa tanpa segan...

salam....

syukur ke hadrat ALLAH kerana mengurniakan aku kekuatan dan kesihatan pada hari ini.. sesungguhnya nikmat sihat ini amat terasa setelah ujian kesakitan engkau berikan kepadaku.

aduhai.... seminggu bercuti ni. risau hati memikir anak anak di sekolah tu. insya allah anak anak cikgu, minggu depan nanti cikgu jumpa kamu semua

tadi baru kejap ni telefon klinik kerajaan cheras baru. ingat petang ni boleh agaknya pergi endorse mc hospital hari tu. rupanya selama ni aku terkena. nak tergelak juga, dah dekat 3 tahun keluar masuk hospital lah ni baru tau mc tu tak payah endorse pun tak mengapa. sebab aku bukan ambil di klinik biasa ;)

errmm... insya allah 2.30 petang ni suami ku akan exam final. semoga kecemerlangan miliknya. AMINN

**demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian. melainkan orang orang yang berpesan pesan dengan kebenaran, dan berpesan pesan dengan kesabaran**
[ Telah diedit oleh: Administrator pada 06-01-09 11:55 ]


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

suterakasih85
{ SRIKANDI }
Menyertai: 10.12.2004
Ahli No: 4684
Posting: 634
Dari: Ganu+Nilai

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-01-09 13:21


:welcome: BESTnya...kak
tengah risau dengan sem akhir ini.. banyak subjek lagi..
kelas pula padat bagaimana nak bersenang lenang dengan thesis ini..pun tak dapat.. :cry:
i miss sumone... nak balik kampung(manja lah pula):cry:
Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama. (Az-Zumar 11)




-----------------
Success Through Endeavour ;



Bookmark and Share




  Member Information For suterakasih85Profil   Hantar PM kepada suterakasih85   Pergi ke suterakasih85's Website   Quote dan BalasQuote

ummu_safiah
WARGA RASMI
Menyertai: 29.12.2008
Ahli No: 9626
Posting: 15

venezuela   avatar


posticon Posting pada: 07-01-09 03:59


wahh!! baru semalam masa kat ofis tergerak nak bukat topik open diary ni
kat sini..kak nur da buka dulu :welcome:

saja..saja..selepas ini saya boleh bermolog kat sini lah..hehe

..............................
tiada surah..maaf..


Bookmark and Share




  Member Information For ummu_safiahProfil   Hantar PM kepada ummu_safiah   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-01-09 07:42


salam....

hari yang ceria. ehehe

alhamdulillah...
pagi2 tadi sebelum bersahur tengok ada sms kakak seorang ni hantar. minta supaya puasa hari ini.dan doa moga cepat dapat baby ;)(aminnn)
kiranya hari ni hingga jumaat dah boleh puasa muharram.banyak juga amalan amalan yang digalakkan sepanjang 3 hari ni.

hmm.... mari kita ramai-ramai perbanyakkan amalan yang baik mulai bulan ni hingga ke akir tahun ni.

**Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka**


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 07-01-09 15:07


Alhamdulillah....apabila pulang permata hatiku menyambutku dengan kejutan...alhamdulillah, dalam usia 2 bulan 10hari dia dah boleh meniarap...badan rasa tersangat letih tapi 'boy' kelihatan sprt ingin bermanja jadi terpaksa gagahkan diri melayan keletahnya.

alhamdulillah, walaupun penat seharian. Aku masih diberi kekuatan untuk bangun di tengah malam...doa dan pintaku seeperti selalu agar disembuhkan penglihatan pelanggan yang membeli produkku...tak lupa aku berdoa agar bekas suamiku diberi petunjuk dan hidayah olehNya agar dia kembali ke pangkal jalan.


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-01-09 10:14


Assalamualaikum :welcome:
Hari ini saya bangun pagi dengan ceria sangat. Kalau boleh,hari-hari saya nak bangun pagi dalam keadaan ceria. Saya nak sentiasa senyum. Saya nak sentiasa ceria. kerana itu memang sifat saya yang tak mampu saya selindungkan...
Jika saya ada masalah,saya juga mahu terus tersenyum. Kerana dengan senyum itu pengubat duka saya. :sopan:

“Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dialah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.” (Al-Nahl: 125)


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 08-01-09 10:26


salam......

allah... hari ni terlajak bangun. buka buka mata dah 6.20. hajat hati nak sahur. tapi.... syukur lah sebelum tidur malam tu dalam jam 12 saya makan roti cecah ikan bilis. kira boleh terima sebagai sahur lah kan?

insya allah hari ni hari terakhir suami exam. semoga kecemerlangan miliknya, aminn...

errmm.. mata gatal balik..kepala pula dah ada aura aura nak sakit... aduhai.... lajak bangun.. maknanya tak makan ubat lah.... semoga allah beri kekuatan untuk saya menahan segalanya hingga ke waktu berbuka nanti. aminnn

**jom baca surah al-Fil dan bayangkan kehancuran tentera YAHUDI


"Allah will continue help His servant as long as His servant continues to help his (muslim) brothers." At-Thabarani"


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-01-09 21:09


Alhamdulillah..hari ni busnes semakin baik...Aku pernah terdengar kalau tak silap dalam rancangan cari menantu agaknya....'apabila seseorang itu berkahwin Allah akan bukakan pintu rezeki untuknya' dan....'apabila seseorang bayi itu lahir Allah sertakan bersama-sama dengannya rezeki'...aku menganggap apa yang aku perolehi adalah rezeki untuk anakku..

Alhamdulillah, semangatku semakin pulih..tak dinafikan sebelum ni aku menyimpan dendam terhadap insan yang pernah kukira 'menganiayai. Aku namun hari ni hati ini telah mampu kuikhlaskn hati memaafkn mereka. jauh disudut hati kudoakan agar mereka kembali ke pangkal jalan dan menyesali perbuatan mereka sebelum terlambat...........


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

Ummi_Iza
WARGA RASMI
Menyertai: 21.11.2007
Ahli No: 8065
Posting: 20
Dari: SABAH

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 11:00


Pada 08-01-09 21:09 , diniey posting:

!!! QUOTE !!!

Alhamdulillah..hari ni busnes semakin baik...Aku pernah terdengar kalau tak silap dalam rancangan cari menantu agaknya....'apabila seseorang itu berkahwin Allah akan bukakan pintu rezeki untuknya' dan....'apabila seseorang bayi itu lahir Allah sertakan bersama-sama dengannya rezeki'...aku menganggap apa yang aku perolehi adalah rezeki untuk anakku..

Alhamdulillah, semangatku semakin pulih..tak dinafikan sebelum ni aku menyimpan dendam terhadap insan yang pernah kukira 'menganiayai. Aku namun hari ni hati ini telah mampu kuikhlaskn hati memaafkn mereka. jauh disudut hati kudoakan agar mereka kembali ke pangkal jalan dan menyesali perbuatan mereka sebelum terlambat...........


salam ukhwah,,


-----------------
SaHaBaT uMpaMa PaSiR YaNG TeRDaMpAr Di PaNTaI.SaHaBaT SeJaTi uMpaMa MuTiaRa Di DaSaR LaUTaN.


Bookmark and Share




  Member Information For Ummi_IzaProfil   Hantar PM kepada Ummi_Iza   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 12:34


Alhamdulillah.. hari ni saya dapat rezeki lebih.. Syukur sangat-sangat.. sedikit sebanyak masalah saya juga hampir selesai.. berkat doa ibu bapa,adik beradik dan kawan-kawan yang banyak membantu saya.. Moga ada penyelesaiannya nanti.. Kehidupann saya juga nampak semakin cerah hari ni.. moga terus bersabar dengan ujianMu dan terima kasih Tuhan..

“Sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat
kepada orang-orang yang berbuat baik”
(Al A’raf:56)


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 20:49


Pada 09-01-09 11:00 , Ummi_Iza posting:

!!! QUOTE !!!

Pada 08-01-09 21:09 , diniey posting:

!!! QUOTE !!!

Alhamdulillah..hari ni busnes semakin baik...Aku pernah terdengar kalau tak silap dalam rancangan cari menantu agaknya....'apabila seseorang itu berkahwin Allah akan bukakan pintu rezeki untuknya' dan....'apabila seseorang bayi itu lahir Allah sertakan bersama-sama dengannya rezeki'...aku menganggap apa yang aku perolehi adalah rezeki untuk anakku..

Alhamdulillah, semangatku semakin pulih..tak dinafikan sebelum ni aku menyimpan dendam terhadap insan yang pernah kukira 'menganiayai. Aku namun hari ni hati ini telah mampu kuikhlaskn hati memaafkn mereka. jauh disudut hati kudoakan agar mereka kembali ke pangkal jalan dan menyesali perbuatan mereka sebelum terlambat...........


salam ukhwah,,




salam kembali


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 09-01-09 20:54


jumaat..seperti biasa hanya pada penghulu hari ni lah saja aku dapat meluangkan masa memanjakan diri...seperti biasa waktu cuti begini aku mengunjungi SPA...sekurang kurangnya aku dapat menenangkan minda dan rehat setelah 6 hari penat bekerja.

Namun hari ni permata hatiku meragam..tak tahu apa puncanya.asyik menangis tak berhenti....berkali kali ku bacakan ayatul qursi dan 3 Qul..namun dia masih menangis...akhirnya aku bertawakal..ku ambil air minuman Asy-syifa' yang berasaskan rawatan pinggan putih..alhamdulillah..tangisannya semakin reda...Tiada yang menggusarkan hati seorang ibu selain melihat airmata permata hatinya tumpah..


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 23:41


Assalamualaikum

1st time nak coret isi hati kat O.D versi muslimah..hari ini hari terakhir aku bekerja.walopun flight lambat lagi rasanya cakaplah sgalanya untukku..da tak sanggup lagi nak kerja kat situ..letih,rasa tak berbaloi langsung..memang serik nak kerja dengan private hospital pas ini..tapi terfikir juga..sian kat kak nana..dia da jadi seakan kakak pdku..segala masalah kami share bersama..macam-macam dugaan yang kami lalui ketika bekerja..telinga ini da cakap tebal untuk menahan marah dari doktor2..memang sakit hati betul..tiap-tiap hari mesti ada saja masalah yang akan timbul..Allah memang benar-benar mngujiku..air mata hmpr kering merayu pada Allah agar diberi kekuatan dan ketabahan..mudah-mudahan Allah selamatkan dari penderitaan ini..syukur Allah masih mnyayangiku..setelah macam-macam dugaan aku lalui aku diberi berita gembira..hasrat untuk melanjutkn pelajaran bakal tercapai..di saat aku betul-betul berserah padaNya,aku dikhabarkan berita gembira..alhamdulillah..Allah masih mmberiku peluang untuk melalui kehidupan ini walaupun aku pernah berputus asa dengannya..aku mempersoalkan mengapa aku diuji..betapa berdosanya aku,Ya Allah..hatiku yang mudah berbolak balik ini begitu lemah,Ya Allah..mudah saja anasir2 jahat menghampiri hatiku..irama2 duniawi seringkali hinggap di hati..aku merasa sesak dengan keadaan ini..tersepit antara nafsu & iman..hati yang mudah saja lalai dengan bygn cinta duniawi..kuatkanlah hatiku,imanku,Ya Allah..andai segala ujian penyakit yang ditimpakan untukku adalah pembasuh dosaku,aku redha.. :-(


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 10-01-09 23:50


salam....

hari ni.... ke hospital lagi.. untuk follow up...
hmm... ella kena gigit anjing sewaktu dalam perjalanan nak ke sekolah...nak tak nak terpaksa lah dia cuti dan dapat teman diri ni ke hospital bersama....

rasa hari ni cerah..... tapi mendung rasa hati ni. banyak perkara asyik difikir..ishh...tak boleh dilayan ni.... nanti jadi punca hasutan 'pihak ketiga' pula... saturday blues betul.. maklum lah tinggal sehari saja ni 'honeymoon'... isnin dah kerja semula.

astaghfirullah al azim....


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 11-01-09 22:47


erm..hari ni sabtu..alhamdulillah..selamat sampai ke perak..aku datang ke sini untuk melawat kilang yang berpotensi untuk memproses formula kosmetik yang akan menjadi produk terbaru syarikat aku..erm perjalanan yang meletihkan...hati rindu pada boy yang ditinggalkan

Biasanya bila hati sedih aku akan bersujud dan berdoa kepada Allah tapi hari ni keuzuran menyebabkn aku terasa jauh dengan Allah...memang rasa lain sebab dah setahun tak pernah tinggal solat hari ni aku uzur terpaksa tinggal..rasa kekok pula nak menghadapi period..hehe


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-01-09 21:54


salam....

hari ni bermula dengan penuh rasa kedinginan.....
dingin... sebab semalam hujan... ehehe..
dingin.. sebab lupa nak slowkan kipas time pukul 3 pagi...
dingin...sebab air sejuk....
dingin.. sebab.... hari hari yang berlalu terasa kekosongan..... walaupun pack kerja dari awal hingga saat aku menaip disini.

saat ni... terasa seperti merindui saat2 'dahulu'... bukan tak mahu menjejak langsung ke situ... tapi kedinginan 'hati' ini telah mem'freeze'kan diri yang sedari lama suam suam kuku....

**apa lah den mengarut ni...

**dihati ini hanya ALLAH yang tahu**

ya ALLAH, selamatkan saudaraku diPALESTIN.aminnn ya robb~~~


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 16-01-09 09:12


Salam, Isnin ini diriku ini akan pergi berkursus di Kuala Kubu Bharu. 5 tahun dulu kaki ini pernah melangkah ke tempat yang sama, entah mengapa namaku masih tersenarai untuk menghadiri kursus yang sama di tempat yang sama. Mungkin bezanya dulu aku bergelar isteri orang, kali ini aku membawa gelaran 'single' kembali.

Seluar track baru nak cari, pecah tembelang selama ni tak pernah bersenam. Bila dah nak kursus baru nak cari seluar track, kasut sukan dan t-shirt yang bersesuaian.

Entah mengapa hati aku sungguh berat untuk kesana. Adakalanya aku bingung sendirian. Aku tidak pernah lupa untuk berdoa padaNya agar aku diteguhkan iman. Mungkin dengan berkursus segala kekusutan fikiran akan hanyut dibawa angin lalu..


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 16-01-09 15:49


salam....

pulang2 kerja tadi....
dengan hati yang terasa kosong.. sekosong, lapangnya rumah ni.
ada kesuraman yang tak mampu terungkai di sekeliling diri.ada ketika masa rasa ingin lari dari pelbagai perkara yang menimpa, tapi setiap masalah aku perlu akui dan menyedari ia hanyalah ujian dari ALLAH untuk menguji hambaNYA. maka aku perlu lalui sebaik baiknya.

adakala teruja melihat 'mereka mereka' yang tidak segan silu berkata yang bukan bukan tanpa berfikir(mungkin). seolah olah dendam perasaan mereka tu tak perlu difikir dan diselesaikan seDIAMnya. tapi diri ini masih malu...... malu dengan manusia yang mendengar, manusia yang melihat, dan TUHAN yang mencipta.dan yang utama perlu juga dijaga air muka mereka mereka yang tercinta.

hmm..esok AGM pengawas..... pemikiran ni perlu dialihkan sepenuhnya kepada amanah ini.....


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

diniey
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.12.2008
Ahli No: 9493
Posting: 96
Dari: Kota Bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 20-01-09 14:55


Setelah 4 hari di KL atas urusan busnes..aku kembali. Terlalu merindui permata hati yang ditinggalkan. Ada kelainan dengan tingkahnya kini. mungkin ini kali pertama aku tinggalkannya dalam tempoh yang lama. Dia seakan tidak ingin lagi berenggang denganku...sebaik sahaja dirinya beralih ketangan ibu..dia menangis dan meragam. hatiku rawan melihat airmata nya bergenang namun aku tak mampu melayan kerenahnya..hambatan tugas dan urusan busnes memaksa aku untuk meninggalkannya dan bergegas ke kedai...anakku faiz farhan moga kejayaan dan kegembiraan mengiringi kehidupanmu... maafkn umi kerana hya mampu meberi waktu yang terbatas untuk menjagamu..umi hanya mencari rezeki untukmu..masa depanmu.


Bookmark and Share




  Member Information For dinieyProfil   Hantar PM kepada diniey   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 24-01-09 02:36


salamun alaik...

lama betul jari jemari ini tak mencoret curahan hati..hampir seminggu aku tak online..lama juga tak join usrah online..sibuk dengan macam-macam hal..asal nak online saja ada saja yang ganggu..bila aku online ada saja siren2..kalau adik-adik tak kena pun..haih entahlah..kadang-kadang aku semakin benci dengan kehidupan ini..kdgkala aku berharap agar Allah cepat tamatkan riwayatku..rasa memang da tak tahan sangat-sangat..mungkin aku yang kufur nikmat..kdgkala aku terfikir Kenapa aku yang selalu diuji?kdgkala aku cemburu dengan org disekeliling aku..Kenapa mereka selalu dapat apa saja yang mereka impikan?Kenapa aku harus diasak segenap ujian?Kenapa hidup aku selalu dirundung malang?Ya Allah aku rasa bersalah sangat-sangat..aku masih mempersoalkn takdirMu..ampunkan aku hambaMu yang hina..satu persatu ujian Allah uji..macam-macam dari aku kecil hingga sekarang..kadang-kadang aku terfikir agknya kalau org lain berada ditmptku mampukah mereka menghadapinya?mungkin mereka pasti gila atau bakal menamatkan riwayat secara kufur iaitu meragut nyawa sendiri..dalam hidup ini,aku susah untuk percayakan org..setiap org bermuka2..tak pernah ikhlas dalam apa yang dilakukan..Kenapa begitu?aku tak minta dilahirkn sebegini..hidup penuh malang..tak pernah rasa bahagia yang berpnjangan..air mata duka tak pernah kering dari kolam hati..mungkin zahir nampak sempurna tapi batin begitu terseksa..kadang-kadang aku benci dengan adik beradik aku..seringkali menghina,memaki,mencerca,menyalahkan aku..adakah itu semua salah aku?aku sedaya upaya berusaha untuk menyenangkan hati semua orang tapi aku juga yang terseksa..Kenapa mereka tak pernah menghargai aku?melayan aku sebagai seorang manusia yang ada hak.aku tak pernah membanggakan diri walaupun dikalangan adik beradik aku yang paling menyerlah dari segi akademik dan kerjaya..paling mnyedihkan adik-adik langsung tak mnghormati aku sebagai seorang kakak..memperlakukan aku seperti hamba yang boleh dihina,dicerca dan dipukul..hatiku begitu terguris..aku sedar aku tak secantik dan sekurus mereka..tapi aku juga punya hati dan perasaan..aku yakin hanya kecantikan hati yang abadi..kdgkala aku sering diejek dengan kata-kata yang begitu menghiris kalbu..salahkah aku berhijrah?salahkah aku pakai tudung labuh?salahkah aku pakai stoking tangan dan kaki?hinakah aku berpakaian mengikut syariat?kadang-kadang aku melawan kembali kata-kata mereka..terlalu sakit hati ini..apabila aku melawan aku dikatakan kurang ajar dan busuk hati..sedangkan aku tak pernah mencarut atau memaki.cuma mungkin ayat 2 membuatkn mereka terasa.pabila adik-adik yang lain mencarut atau memaki tak pula dikatakan biadap..aku jugala yang busuk hati..kadang-kadang aku rasa nak pergi 1 tempat yang jauh sangat-sangat..biar aku bawa hati yang terluka..aku tak perlukan sesiapa..cukuplah Allah bagiku..walaupun aku ada beberapa teman yang rapat tapi tak pernah sesekali aku cterkan pada mereka perihal ini..mereka pernah bertemu family aku..mesti mereka tak akan percaya..semuanya nampak sempurna di mata mereka..mungkin mereka akan fikir aku yang mereka-mereka cerita karut..hakikatnya hanya aku dan Allah yang tahu betapa sakitnya hati ini..kelmarin aku gagal ujian memandu dibahagian bukit..hari yang sama adik aku berjaya lulus..balik rumah saja aku terus dipermainkan dan dipersenda..macam-macam gelaran diberi..aku telan bulat2..akhirnya mlm . Aku mengamuk sebab da xthn sangat-sangat..sampai aku cakap kat adik aku jangan berlagak sangat.Allah boleh tarik apa yang kau ada bila-bila masa..sepanjang mlm aku mnangis..dalam solat aku trs2an menangis..ketika solat aku terdengar pintu bilikku dibuka..aku terdengar suara ketawa menyindir aku..ya Allah begitu sakit hatiku..lagi 2 minggu aku akan berangkat untuk belajar dirantauan..terkadang aku rasa aku tak ingin pulang sehingga tamat belajar..tak perlulah aku berhadapan dengan situasi yang mendera jiwaku saban hari..ada di antara adik beradikku tak kerja langsung..saban hari mnghabiskan duit mak..tak pernah pun dia diperlakukan seperti yang aku alami..apalah dosa dan salahku pada mereka?memperlakukan aku seperti aku ini orang asing dalam family..dulu arwah ayah yang selalu membelaku..mak mudah terpengaruh dengan mereka..tak pernah sekalipun dia marah adik-adik apabila mereka menghina atau memukulku..aku sedih..sampai aku rasa lebih baik aku hidup sendiri..kalau aku berkahwin pasti bakal suami pun tak sggp agaknya mnghadapi keluarga yang sebegini..aku malu,sedih..kadang-kadang dikhalayak ramai pun mereka mempermainkan aku..pernah 1 ketika di majlis pertunangan abang ke2 mereka mempermainkan aku di kalangan tetamu yang hadir di rumah bakal tunang abang.aku pura2 ketawa dan buat tak tahu sedangkan dalam hatiku menangis sedih kerana aku dimalukan di khalayak ramai..entahlah sampai bila harus aku tempuh derita ini..mungkin sampai aku menutup mata..aku bukanlah berdendam tapi cuma aku berharap agar Allah memberikan yang setimpal dengan apa yang mereka pernah lakukan pada aku..aku takkan bls dengan kejahatan tetapi aku akan buktikan akulah yang paling berjaya dalam hidup walaupun mereka selalu menghinaku..Ya Allah aku mohon kekuatan dariMu..aku takut andai aku kufur dari jalanMu..aku mohon tabahkanlah hatiku untuk menghadapi semua dugaan di dunia ini..redhakanlah aku menerima ujian dariMu,Ya Allah.. :cry: :cry: :cry:

maaf andai curahan rasa hati ana ini ada menyakitkan hati sesiapa tanpa ana sedari..seribu kemaafan dipohon..


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» OPEN DIARY versi muslimah HANAN.COM.MY

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 7

Go To Page: 1 · 2 ... 6 · 7  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.068989 saat. Lajunya....