Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-11-2017  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Sheikhengku11
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13694

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
Salam Bulan Purnama dari Ana.... -Johorian-

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 jam, 15 minit yang lalu
nadiah_abdllah: 27 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: Panduan menjaga alat sulit..very important!!


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Panduan menjaga alat sulit..very important!!

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh Panduan menjaga alat sulit..very important!!

hudaz
WARGA RASMI
Menyertai: 25.07.2008
Ahli No: 8769
Posting: 14
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 26-07-08 05:51


PERKARA utama, wanita harus mengenal anggota sulitnya dengan lebih jelas. Ini boleh dilakukan dengan meneliti anggota sulit menerusi cermin tangan. Dengan melihat cermin itu anda akan melihat kesemua bahagian pada alat sulit anda seperti bibir besar, bibir kecil yang mana bahagian atas akan bercantum untuk menjadi kulop klitoris, bahagian antara bibir yang nampak kemerahan dan sentiasa lembap. Bahagian yang dikenali sebagai 'vestibule' yang mana akan ternampak di bahagian atas isi yang menonjol yang sebenarnya pembukaan lubang kencing dan di antara lubang kencing dua pembukaan kecil yang dikenali sebagai pembukaan pundi 'paraurethral' yang akan menghasilkan ejakulasi perempuan apabila perempuan itu mencapai kemuncak syawat. Pada paras bawah bahagian vestibula ialah pembukaan faraj yang mana pembukaan itu dikelilingi selaput himen atau selaput dara yang kadangkala akan kelihatan menonjol.

Wanita menghasilkan antara 20-120 gram cecair yang keluar dari anggota sulit dan cecair semula jadi ini membasahi anggota dalam salur reproduktif supaya sentiasa berkeadaan lembap. Kadangkala pengeluaran lendir ketara dan ini boleh berlaku akibat alahan kepada sesuatu makanan atau kepada sesuatu pencuci anggota sulit atau kosmetik seperti bahan pewangi atau tekanan kepada anggota sulit seperti pakaian ketat dan pelekat higene yang tidak sesuai.

Keputihan semula jadi boleh keluar dengan ketara apabila wanita itu terangsang atau melakukan sentuhan intim kepada anggota sulitnya sama ada dengan tangan atau menggesel dengan bantal atau antara peha. Kadangkala seluar yang ketat boleh menyentuh bahagian yang mudah merangsang dan akan berlaku pengeluaran cecair. Apabila wanita itu tidak menjaga kebersihan anggota sulitnya bahagian itu boleh terkena jangkitan akibat kontaminasi yang mana bahan kontaminasi itu datang dari lubang najis atau air kencing.

Pastikan apabila membersih najis tangan di hala ke belakang untuk membersihkan najis. Jirus air dari atas apabila membersihkan air kencing dan jika lap dengan tisu, sapu dari atas dan hala ke bawah dan buang tisu itu.

Pastikan menukar pelekat higene setiap kali buang air kecil atau air besar dan jika pakai 'tampon', penyerap darah haid yang dimasukkan ke dalam salur faraj pastikan ia ditukar kerap kerana takut masalah sindrom 'toxic shock' akibat kemasukan kuman ke dalam sistem darah.

Jika ingin membersihkan anggota sulit pasti menggunakan bahan pencuci yang sesuai kepada kulit. Jika terasa kurang selesa kemungkinan kesan sampingan bahan tersebut dan cara untuk mengesan sama ada bahan pencuci itu sesuai kepada kulit anggota sulit, sapukan sedikit di bahagian kelengkang semalaman dan jika tiada kesan sampingan boleh gunakannya.

Penjagaan payu dara mengikut saiz dan bentuk. Jika cap kecil, ini menandakan yang payu dara itu ada ruang untuk berkembang apabila wanita itu sudah berumah tangga dan mempunyai anak. Saiz dan bentuk payu dara tertakluk kepada baka. Tidak ada ubat atau teknik senaman yang dapat menambahkan saiz payu dara kecuali pembedahan plastik dengan memasukkan kantung 'saline' atau 'silikon' yang mana kedua-dua cara itu boleh memberi kesan negatif kemudian hari jika tidak dijaga dengan baik. Pengunaan 'padding' di bawah payu dara akan mengakibatkannya kelihatan molek dan kini ada pelbagai alat penambah yang boleh dipakai di luar untuk memberi keterampilan yang diidamkan.


-----------------
senyum sentiasa..=>


Bookmark and Share




  Member Information For hudazProfil   Hantar PM kepada hudaz   Quote dan BalasQuote

syajaratuddur
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 14.01.2008
Ahli No: 8199
Posting: 30
Dari: Damansara Utama

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 13-08-08 13:27


Terima kasih atas maklumat yang begitu bermanfaat....:)


Bookmark and Share




  Member Information For syajaratuddurProfil   Hantar PM kepada syajaratuddur   Quote dan BalasQuote

marsyalaila
WARGA RASMI
Menyertai: 05.11.2003
Ahli No: 2773
Posting: 18
Dari: rumah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 06-03-09 10:47


salam..mohon pandangan..apa jenama pencuci alat sulit yang bagus dan sesuai untuk digunakan tanpa banyak mendatangkan allergik pada bahagian sensitif.


Bookmark and Share




  Member Information For marsyalailaProfil   Hantar PM kepada marsyalaila   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 06-03-09 12:14


pencuci alat sulit ni tak elok kita amalkan selalu..
kalau nak pakai pun,biarlah masa period saja..
untuk elakkan bau yang kurang menyenangkan..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 06-03-09 17:35


cuba guna daun sirih...

masukkan beberapa helai dalam air.. dan rebus....

guna air rebusan tu untuk cuci bahagian sulit kita.
Kalau rasa gatal2, terutama time period, rendam dalam air rebusan yang suam...memang lega ;)
sirih ni sifatnya antiseptik tapi takkan bunuh bakteria baik kat kawasan tu, dan takkan mengeringkan bahagian sulit kita seperti jenama di kedai2.

**untuk yang dah kawin... amal2kan lah ye.. lelebih Kalau nak tambah manjakani dalam tu.. ehehehehe :P


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

haina
WARGA RASMI
Menyertai: 20.08.2007
Ahli No: 7795
Posting: 10

blank   avatar


posticon Posting pada: 07-07-09 11:20


maaf....nak tanya berapa helai daun sirih yang patut digunakan untuk mencuci bahagian sulit saya?


Bookmark and Share




  Member Information For hainaProfil   Hantar PM kepada haina   Quote dan BalasQuote

halesolurun_84
{ SRIKANDI }
Menyertai: 13.10.2008
Ahli No: 9163
Posting: 566
Dari: JeRaNtUt ! SuBaNg JaYa

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 08-07-09 09:22


Manjakani tu rupanya macamana? Untuk apa ye? Biasanya sesetengah feminin wash ada letakkan manjakani..


-----------------





Bookmark and Share




  Member Information For halesolurun_84Profil   Hantar PM kepada halesolurun_84   Pergi ke halesolurun_84's Website   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.03.2006
Ahli No: 6411
Posting: 31
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-09 12:51


salam...

saya syorkan guna pembersih wanita keluaran HPA 'lady cheer'
harganya RM 18 sebotol
boleh tahan lama mungkin dalam 3 bulan
pakai setitis sahaja
anda akan merasai kesegarannya...


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share




  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10716
Posting: 55

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-07-09 13:40


Pada 08-07-09 12:51 , triptofana posting:

!!! QUOTE !!!

salam...

saya syorkan guna pembersih wanita keluaran HPA 'lady cheer'
harganya RM 18 sebotol
boleh tahan lama mungkin dalam 3 bulan
pakai setitis sahaja
anda akan merasai kesegarannya...



setuju..
ira pun pakai produk ini..
bagus lah..
segar..
bau pun sedap..
bukan apa..
ira ada masalah gatal2 kat bahagian 2..
so..
pas pakai produk ini..
da tak ada da gatal2..
tapi..ira pakai produknie..
hari2..ada kesan efek tak?? :-?


Bookmark and Share




  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

tokcik
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10712
Posting: 129
Dari: perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 09-07-09 21:51


Pada 08-07-09 09:22 , halesolurun_84 posting:

!!! QUOTE !!!

Manjakani tu rupanya macamana? Untuk apa ye? Biasanya sesetengah feminin wash ada letakkan manjakani..



Assalamualaikum
tokcik rasa, anak dara elok jangan guna feminin wash yang ada manjakani sebab tak sesuai. Bahan tu selalunya untuk mengetatkan semula bahagian yang dah longgar sesuai untuk orang yang dah kawin.. ;-)
Kalau nak cuci juga, guna air daun sireh dah cukup. Takut kalau terlebih cuci bakteria baik yang ada dibahagian sulit tu hilang..bila dah kawin jadi masalah sebab suami mana ada guna pencuci untuk cuci alat sulit mereka..takut suami ada bakteria dan isteri yang tak ada bakteria baik, boleh terkena jangkitan kuman atau timbul masalah lain pula...waulahualam.


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For tokcikProfil   Hantar PM kepada tokcik   Pergi ke tokcik's Website   Quote dan BalasQuote

sayang_semuanya
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 14.03.2009
Ahli No: 10025
Posting: 130
Dari: Pasir Ris

singapore   avatar


posticon Posting pada: 01-08-09 14:10


ehk, sekarang kan ada daun sirih nya sabun khusus untuk cuci alat sulit wanita... boleh gunakan, kan????


-----------------
setiap yang hidup, pasti akan mati.. Rajin rajin lah bermuhasabah diri.. supaya dapat kita kuatkan iman kita


Bookmark and Share




  Member Information For sayang_semuanyaProfil   Hantar PM kepada sayang_semuanya   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-08-09 23:50


Assalamualaikum

wah bgsnye topik ini..ana dapat banyak pengetahuan tmbhan..dulu ana mesti kena pakai pencuci alat sulit setiap kali p toilet..lepas itu baru ana perasan yang lagi ana pakai lagi jadi gatal-gatal kat bahagian 2..tak selesa sangat-sangat..lepas itu ana pakai air biasa saja kecuali time period..brula ok sikit..selalu ana perasan banyak feminine wash ada pakai manjakani,kacip fatimah,sirih..
bak kita tokcik, anak dara jangan pakai mnjakani 2 sebab mengetatkn kalau pakai sirih dan kacip fatimah sama juga ke?hari 2 adik ana pernah beritahu yang ada org cakap kat dia jangan makan kopi yang ada kacip fatimah sebab nanti boleh mngetatkn lubang 2 sampai terkambus dan boleh mmbwa maut..takut juga ana..ana kadang-kadang ada juga minum kopi or koko yang campur kacip fatimah..betul ke? :berfikir:


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

I_Luv_mySelf
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 09.10.2009
Ahli No: 11463
Posting: 23

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 20:56


salam....

ada sesiapa tau tak,selain cukur bulu kat bahagian kemaluan wanita, ada

tak cara lain,sebabnya kalau cukur ni dia cepat panjang lepas itu yang

tumbuh tu kasar pula itu..kalau sesiapa ada info bagitahu lah eh..

sama-sama kita menjaga bahagian tu untuk suami...
[ Telah diedit oleh: I_Luv_mySelf pada 09-10-09 20:59 ]


Bookmark and Share




  Member Information For I_Luv_mySelfProfil   Hantar PM kepada I_Luv_mySelf   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 09-10-09 22:46


hmm kalau cukur memang akan jadi kasar..
bukan saja di bahagian kemaluan kalau buat kat ktiak pun macam itu juga..
sebab kalau cukur cuma bulu dipermukaan yang dipotong..tapi di bawah permukaan kulit masih ada..jadi nanti akan lagi cepat panjang dan kasar dari biasa..untuk bahagian ketiak ana sarankan cabutla kalau rajin..nanti tambah lagi lambat dan tak tebal sangat..kalau dibhgn kemaluan gunting saja dengan berhati-hati..lagipun pakai pencukur memang cepat ptong tapi bahagian kulit kita akan luka or jadi kasar..
maafla ana belum kawin..sekadar bagi pendapat dari sgi amalan ana..


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

I_Luv_mySelf
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 09.10.2009
Ahli No: 11463
Posting: 23

blank   avatar


posticon Posting pada: 10-10-09 06:49


salam....

warga hanan yang dah kahwin tu boleh lah share.....selain cukur bulu

kemaluan ada tak cara lain?saudari nurzatul, kalau gunting saja tu,

kat permukaan kulit masih ada bulu..tak selesa....

mungkin ada produk ke apa?

saya amat takut bakal suami saya akan komen...


Bookmark and Share




  Member Information For I_Luv_mySelfProfil   Hantar PM kepada I_Luv_mySelf   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 10-10-09 12:33


salam akak juga nak ingatkan rakan-rakan semua. bagi mereka dah kawin atau belum setiap 6 bulan pergi buat pepsmil atau memogram. jangan sayang duit kesihatn amat penting tau.

lagi satu kan sekarang ada paid herba itu pun bagus. akak dah pakai. kalau biasa punya setengah orag bila lepas guna mereka akan rasa gatal tapi yang ni tak pas tu rasa panas macam bertuam. dah ada siap cuba tak?

pas tu baru-baru ni akak ada pergi buat medical checkup yang macam akak kata kat atas tu. doc tu kata kemaluan kita tak perlu dicuci dengan sabun cukup dengan air biasa saja. tapi akak selalu amalkan 2 hari atau 3 hari sekali cuci dengan air sirih.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-09 23:10


Pada 10-10-09 06:49 , I_Luv_mySelf posting:

!!! QUOTE !!!

salam....

warga hanan yang dah kahwin tu boleh lah share.....selain cukur bulu

kemaluan ada tak cara lain?saudari nurzatul, kalau gunting saja tu,

kat permukaan kulit masih ada bulu..tak selesa....

mungkin ada produk ke apa?

saya amat takut bakal suami saya akan komen...


hmm memanglah kalau gnting stil ada..tapi belakang kesat sangat macam cukur..macam ana kalau cukur mesti rasa gatal-gatal kalau nak tambah balik..tak suka..kalau nak buang terus bulu pun ada..apa entah nama prosesnya..ana da lupa..kat pusat2 kcantikan banyak..


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

nurzatul
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2008
Ahli No: 8349
Posting: 126
Dari: bumi Allah-jogjakarta

Perak   avatar


posticon Posting pada: 10-10-09 23:15


Pada 10-10-09 12:33 , limah posting:

!!! QUOTE !!!

salam akak juga nak ingatkan rakan-rakan semua. bagi mereka dah kawin atau belum setiap 6 bulan pergi buat pepsmil atau memogram. jangan sayang duit kesihatn amat penting tau.

lagi satu kan sekarang ada paid herba itu pun bagus. akak dah pakai. kalau biasa punya setengah orag bila lepas guna mereka akan rasa gatal tapi yang ni tak pas tu rasa panas macam bertuam. dah ada siap cuba tak?

pas tu baru-baru ni akak ada pergi buat medical checkup yang macam akak kata kat atas tu. doc tu kata kemaluan kita tak perlu dicuci dengan sabun cukup dengan air biasa saja. tapi akak selalu amalkan 2 hari atau 3 hari sekali cuci dengan air sirih.


betul 2 akak..tapi untuk yang belum kawin hanya boleh buat mamogram saja..papsmear tak boleh..kecuali org 2 pernah having sex..sebab ketika ujian papsmear ada alt untuk ambil calitan dibhgian vagina..jadi kalau yang belum kawin nanti selaput dara akan pecah..
ana pun pernah cuba pas herba 2..jnis avail..berangin saja pakai..hari 2 kena kputihan teruk+gatal2 sembuh pakai ini..
sebenarnya kalau kita selalu cuci bahagian sulit dengan pmbersih akan bunuh bakteria baik..jadi kalau cuci 2 time mandi saja..janganlah tiap kali p toilet guna..tak elok sangat..nanti kita mudah kena jgkitan salur kencing sebab da tak ada bakteria baik untuk lawan bakteria jahat..


Bookmark and Share




  Member Information For nurzatulProfil   Hantar PM kepada nurzatul   Quote dan BalasQuote

hanku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.01.2009
Ahli No: 9740
Posting: 136
Dari: cheras

malaysia  


posticon Posting pada: 30-10-09 13:28


saya rasa basuh dengan air suam lagi elok agaknya

tu petua2 lama..

takut nak pakai pembersih wanita tu...takut effect lain

baik amalkan basuhan air suam atau air daun sirih..beli kat pasar...dan buat sendiri saja..heheh


Bookmark and Share




  Member Information For hankuProfil   Hantar PM kepada hanku   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 30-10-09 22:51


saya dah 2 tahun gunakan lady cheer...dari HPA.

diperbuat dr sirih dan manjakani...satu botol tahan 2 bulan....

panties pun tak ada bau...



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Panduan menjaga alat sulit..very important!!

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.075455 saat. Lajunya....