Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaiannya...

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 24
Ahli: 0
Jumlah: 24




  Dari Galeri
assalamualaikum..salam ukhuwah....
Hilalliqa'

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 7 jam, 9 minit yang lalu


Bakat Menulis
Topik: Mencari smbgn cerpen ni...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, e-zah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Bakat Menulis
    »» Mencari smbgn cerpen ni...

Please Mendaftar To Post


Oleh Mencari smbgn cerpen ni...

IrisS
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.11.2006
Ahli No: 7037
Posting: 21
Dari: UsM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 11:29


GT_iPartI~Episode1

                 "Addin!!!"

                "Cik kak!Bagi salam lah dulu!"Addin cover telinga kiri yang bingit dengan jeritan Fisha di corong telefon."Apahal dengan kau ini?!"

                "Aaaaa!Addin!Will you believe it??!"Suara Fisha naik lagi satu oktaf.

                "Apa nya?"Addin memegang phone sekaki dari telinga.Ugh!Gila agaknya si Fisha ini.Sawan ke?!

                "Kurt!"

                "Kenapa dengan dia?Accident?!"

                "Addin,hear this."Fisha berhenti,bagi suspens.

                "Uhuh."

                "Kurt masuk meminang aku!"Suara Fisha macam dah terbang ke awan.

                Hah!Gagang telefon di tangan Addin nyaris terlepas."He what?!"

                "He did."

                "Oh my God..."Addin menarik nafas panjang-panjang."Aaaaaa!!!!!"Bilik 3103 di Shah Alam dan Room G05 di Edinburgh serentak bergema.Walaupun ketika itu di Shah Alam pukul 11 pagi dan di Edinburgh 8 jam lagi lewat dari tu.





Terasa macam baru semalam saja conversation tu berlaku.Addin merenung salji yang turun hinggap di cermin tingkap bilik.Mid-March.Musim sejuk tinggal saki baki.Pejam celik dah hampir tamat pengajiannnya di UK.Hmm....Tahun depan dah tak jumpa salji dah,tapi kalau hujan emas kat sini sekalipun aku tetap nak balik rumah jugak!

                "Ngelamun apa tu?"DR duduk di sebelahnya.

                Addin sengih."Tarappappa.Ain mana?"

                "Kerja tak habis lagi."DR turut melempar pandangan ke luar tingkap.

                "Break dah nak dekat."

                "Mmm."

                "Jalan jom."

                "Mana pula kali ini?"

                Addin juga kening dua kali."Holland."

                DR angkat kening sebelah merenung sahabatnya.

                "Aku teringin nak tengok tulip aaaa..."

GT_iPartI~Episode2

Nak tengok tulip.Haa.....tengok lah...tengok!Tulip ke mana apa ke mana.Kau kat mana sekarang ini pun kau tak tau!Addin rasa nak meraung.Konon nak save naik bas pakai Rover Tickets,sekali jadi bahana lah pulak.Go anywhere....Dia teringat slogan pada ticket tu.Yeah........Straight to heaven!Dia menghela nafas panjang.Addin merenung papan tanda cuba mencari clue koordinasinya sekarang.Tapi tulisan pada signboard tu semuanya dah nampak macam tulisan Sanskrit.

                Sepatutnya dari Amsterdam mereka akan terus ke Lisse.Nak tengok tulip di ada Keukenhof Park.DR dengan Ain agaknya dah selamat sampai sana.Semuanya pasal kelam kabut naik bas dari Amsterdam.Lambat dari hotel,aci redah saja masuk bas mana pun,tak tengok signboard.Ingat kan semua nak pergi destinasi sama pasal bas semua satu spesis saja.Kena-kena pula bas terus jalan saja,dah dekat sepuluh minit minit atas bas baru perasan DR dengan Ain tak ada.Nak contact handphone pun tak dapat.tak ada connection.Suei....

                Dah setengah jam Addin terpaku.Mati akal.Mati kutu!Mati katak!Err...Belum lagi.Haversack dah terasa makin berat di bahu.Trrrr.....Zap!Sepantas kilat Addin membuka flap handphone.

                "Addin!Are you okay?!"Ain dah tak sempat nak bagi salam.Laju suara concernnya menerjah telinga Addin.

                "Ain!"Addin dah rasa betul-betul nak meraung.

                "Addin,kau kat mana tu?"

                "I dunno where on earth I am."Addin dah desperate."anda kat Lisse ke tu?"

                "Mmm.."Ain diam sekejap."begini.Kau figure out dulu kau kat mana,lepas itu contact kami balik.Then kita plan nak buat bagaimana."

                Ish...Nak cakap Belanda ke aku ini?mahu tergeliat anak tekak aku.Addin telan liur."I'll try."

                "That's the spirit!Best of luck,Din."

                "Thanks.Send my regards to DR."

                Addin memerhati sekeliling buat entah ke berapa puluh kali.Nak tanya sapa...Town ini nampak macam kecik saja.Tapi information center pun aku tak tau kat mana.Matanya melilau lagi.Terpaku pada kerusi taman di hadapan replika windmill gergasi.Aura macam kenal.Tapi sapa lah yang aku kenal kat Belanda ini pun.Tanpa sedar dia menghayun langkah.

                "Err..."Addin menelan liur."Excuse me?."

                Pemuda berambut panjang itu mengangkat muka tak bershave dari sketch-book di tangannya.Ala orang seni.Addin baru membuka mulut untuk mengaju soalan tetapi suaranya terhenti di kerongkong.Renungan air batu tu membisukan kata-kata.Dia terdiam.Pemuda itu mengangkat kening.

                Addin menghela nafas panjang."I'm sorry to err....But could I ask?"

                Mata itu masih tak berganjak."Obviously you've just done that."

                Addin ketawa nervous.Apa serius katak pula mamat ini.. “Err.Where am I.I mean...this place..?"

                Wajah tak berperasaan tu mengukir senyum nipis."Welcome to Leiden."

                ""Lei...?"Addin mengulang dengan kening terangkat

                "Leiden."Matanya masih belum melepaskan wajah Addin."ye lost?"

                Addin sengih sambil menekan batang hidungnya dengan ibujari dan telunjuk."Kinda."Dia menggumam.

                "Malaysia?"

                Addin menurunkan tangan."Yeah."Wajahnya berbunga ceria."Malaysia?"Dia mengaju ibu jarinya teragak-agak pada pemuda itu.

                Dia melebarkan senyum."Muka you nampak relief betul."

                Addin menarik nafas lega.rasa nak dipeluk mamat di depannya tu.Lega sungguh."I am."Aku ingatkan tadi mamat Belanda mana lah yang aku tegur tadi.

                "Help yourself."Dia memberi ruang pada Addin di atas bench park itu.

                Addin melepaskan haversacknya dia atas kerusi.

                "You're lost."Dia merenung Addin."And alone?"

                "Actually tak."Addin senyum tawar."Ada kawan lagi dua orang.Terpisah masa naik bas dari Amsterdam."

                "Plan betul nak ke mana?"

                "Lisse."Addin mengeluarkan buku Insight Compact Guide-Holland dari haversack."Boleh tunjukkan Leidin ini kat mana dari Lisse?"

                Pemuda tu mengangguk."Sure."Dia menunjuk pada peta Holland.

                God!Addin pejam mata.Jauhnya...Dia merenung peta sekali lagi.Kemudian dia mencapai handphone."Excuse me."Dia meminta diri nak buat call.

                "Ain!Aku kat Leiden."

                "kat mana?!"

                "buka buku guide,page 24.Bawah sikit dari Lisse."Addin meriba guidebooknya.

                "Berapa jauh Lisse dengan Leiden?"

                "Err...."Addin bepaling."How far Lisse-Leiden?"

                “Couple of hours."Tour-guide barunya menjawab.

                Mata Addin bulat."Ain, hours!anda nak turun ke...Aku nak naik?Tapi nanti rugi masa.By lusa kita dah kena balik."

                Ain di Lisse turut terdiam.Haiyee...Dilema ini!Otaknya macam tak berpusing."Kau dengan sapa tu?"

                "Ada seorang Malaysian kat sini."Addin dah tersandar."Ain,aku nak tengok tulip..."

                Tap.Mamat tu memetik jari di depan mukanya.Addin berpaling sambil mengangkat kening."Hold on,Ain."

                Mata mereka bertembung."Apa kata kalau you spend the day kat sini,tomorrow kita pergi Lisse. Kawan you spend the day kat Lisse,esok mereka turun Leiden.Then the day after tomorrow you all boleh reunite balik kat Hook of Holland."Dia bersuara cool dengan mata aisnya.

                Addin buat muka teragak-agak."Kita?"Dia mengulang;slow."Ki-ta."Telunjuknya beralih dari depan ke belakang.Gila!Free saja malam ini aku kena jual kat kaki lima.

                "I cuma nak tolong.For the night I boleh carikan lodging dekat dengan I punya apartment. Depends lah kalau you tak takut kena jual."Matanya merenung mencabar dengan senyum nipis.

                Addin cuba mentafsir di sebalik renungan air batu tu.Ikhlas ke...Boleh percaya ke..Karang aku kena gula alamat tak jumpa ma,pa,dengan abang dah.I could not help but trusting him.Tapi kalau mamat ini super croc memang wassalam aku jawabnye.Dia merenung lagi.Who on earth is this guy and you wanna trust him?!Addin!Get real!Grow up!Tapi mata tu...habis,ada orang lain ke yang kau nak percaya?

                "You nak tengok tulip,kan?"Dia membalikkan lembaran sketch-booknya.Menunjukkan lakaran ladang tulip berlatarbelakangkan windmill.Mata mereka kembali bertemu.Addin,jangan buat kerja gila!!

                Addin ketawa sambil mengalih pandangan.Dia mengangkat semula handphone ke telinga.


GT_iPartI~Episode3

"So,nama you Addin saja."

                Addin sengih."Addin Shah.Awak?Aie saja?"Dia pula bertanya.

                "Mm.."Dia mengangguk kecil."Just call me Aie."Addin Shah....

                "kat U of Leiden tu awak study apa?"Addin mengeluarkan CD Creed dan discman dari haversack.

                "Engineering."Aie menurunkan arm rest."Dah call kawan kat Lisse tu?"Tak berubah..

                "Mm...dah."Addin angguk."Awak secondary dulu kat mana?"Engineer kena pandai melukih rupanya...Jahilnya aku...

                Aie termati kata sekejap."Kenapa?"

                "rasa macam pernah tengok muka awak."Addin merenung mata ais tu.Memang betul.rasa familiar gila."Tapi dulu saya kat Kolej Tunas."

                "Aaa..."Aie angguk.Addin Shah of Kolej Tunas..

                Bas meluncur laju menuju ke Lisse.Addin dah terpisah dari dunia.Headphone di telinga memekak dengan My Sacrifice.Aie di sebelahnya melayan pandangan ke luar tingkap.

                *******

"Aaahh..This is what I call Holland."Addin menarik nafas panjang.Pandangannya menebar pada ladang tulip di depannya.

                Aie di sebelah sekadar memerhati gelagat Addin."Puas hati?"

                Addin angkat kening double-juga sambil tersengih.Mereka sama-sama menyusuri pathway ada Keukenhof Park.

                "You dah tengok Stedelijk Musuem ada Lakenhal,ada Valk windmill,dah tengok Lucas van Leyden's Triptych of the Last Judgement,Hortus Botanicus,Rapenburg Canal........Which one that you like best?"

                "Mmmm.."Addin mengerut kening mengingat kembali tempat-tempat yang dilawatinya di Leiden bersama Aie."I think Stedelijk Museum.Walaupun saya ini buta art tapi kira faham jugak lah kalau ada lukisan yang lawa."

                Aie ketawa.

                Mereka berhenti di gift shop.Aie berpalingke arah Addin."Tak nak beli apa-apa ke?"

                Addin jungkit bahu sambil mengekor Aie masuk.Di atas rak-rak tersusun bermacam jenis souvenirs.Bulb tulip,woodcraft,liquor,clay pipes,anak patung dalam pakaian tradisional Belanda,biskut dengan cheese pun ada!

                "Nak beli apa-apa ke?"Addin memerhati Aie yang leka merenung deretan clogs di atas rak.

                Dia merenung Addin. “Apa I pulak.You lah.Takkan tak nak beli souvenirs untuk family.”Kemudian dia berpaling ke lain “Your loved ones..”Sambungnya rendah.

                “Apa dia?!”

                Aie geleng. “Cepat lah.Nak beli ke tak?Cari lah apa-apa untuk kenangan.”

                Addin meta sekejap.Matanya berlari di atas rak-rak yang tersusun tu.Dia melangkah ke arah rak clay pipes panjang.Lama dia membandingbeza.Yang ini lawa,yang tu smart.Hmm...Yang ini!Dia memilih satu.Kemudian dia melangkah pula ke kaunter silver ornaments.Dia memilih letter opener berbentuk pokok tulip.Hee...with love from Holland,ma!Sedang matanya liar ke sekeliling,pandangannya lekat pada sesuatu.Perlahan dia mengatur langkah sambil mengamati apa yang tersusun dalam vas kristal besar di hadapannya.

                Tangannya menarik setangkai tulip dari vas itu.Tulip diukir dari kayu.

                “You nak beli ini?”Tanpa sedar Aie berada di sebelahnya.

                Addin menoleh. “Cantik,kan?”

                “You nak bagi siapa?”Mata ais tu mencerun.

                Addin angkat kening question-mark. “Special sangat ke bunga ini?”

                Wajah tak berperasaan tu mengoyak senyum nipis.Dia menarik setangkai lagi tulip kayu dari vas tu. “Handcrafted.Kalau ikut ceritanya,bunga ini untuk kekasih dari kekasih.” Matanya berpindah ke wajah Addin. “Bila girl atau guy tu letak bunga ini tepi telinga dia,” Dia meletakkan tulip tu di tepi telinganya. “The tulip will whispers their love’s name.”

                Addin merenung Aie dengan kening terangkat.Kemudian dia ketawa. “Ooo...I see.Kalau you’re my love,you give me the flower,then it whispers your name?”

                Aie mengangkat kening double-juga. “Nak try?”

                “Ridiculous!”Addin masih ketawa sambil meletakkan kembali bunga itu ke tempatnya. “Anyway,what’s the best gift for a guy?” Dia bertanya.

                Aie mangangkat tulip di tangannya.

                “Naa..”Addin mencebik.

                “A guy,huh?”Aie meletakkan tulip tu ke dalam vasnya. “How special?”

                Addin muka serius. “If he dies,I feel like I wanna dia too.”

                Aie angkat kening sebelah. “Uuu...”

                “Silly!”Addin ketawa. “My brother lah.”

                “Clogs tu?”Aie merenung rak kasut kayu.

                “Good shot.”Addin menarik sepasang.

                “You ada abang?”

                “Mmm...”Addin membalik-balikkan clogs di tangannya.Ha...Ha...ini kalau suruh abang pakai raya tahun depan,boleh pula aku pakai terompah!

                “seorang?”

                “Yup!”Addin menarik sepasang lagi.Hmm....ini pun lawa jugak. “My twin.”

                “Dia kat mana sekarang?”

                “Japan.”

                “Electrical engine,eh?”

                Addin berpaling,terkejut. “Eh,mana tau?”

                Mata ais itu merenungnya. “habis tu,Japan.”

*******

Addin merenung jam di tangan sekilas.Lagi 8 jam baru sampai Liverpool Street.Trip 12 jam tu memang rasa nak mematahkan pinggang.lepas itu ambik train pergi Edinburgh pula dah berapa jam lagi.Ai Addin...kalau nak merungut naik plane saja lah!lepas itu sampai kering duit,mati kau kena kejar dengan pa!DR dengan Ain dah lama hanyut ke alam mana-mana entah.Di luar tingkap hari dah gelap.

                “I hope you enjoy the vacation.”

                “Yeah...I met the best tour guide ever.”Addin teringat kembali time dia sesat di Leiden. “Thanks.For everything.”Bila keadaan darurat di rantau orang macam hari tu....Memang dah tak kira siapa.Asalkan somebody yang berdiri atas nama Islam,Melayu,dan Malaysia automatik akan terasa macam saudara.Tapi kalau dengan keadaan yang sama kat bumi Malaysia sendiri....jangan harap aku percaya kat lelaki entah mana-mana sampai nak carikan night lodge!

                “Naa....”Aie mengajuk gaya Addin. “Nothing.”

                “Nanti bebila datang Edinburgh.”

Dua kening Aie terangkat. “Nak buat apa?”

“Edinburgh pun banyak tempat nak tengok.”Addin sengih. “Boleh saya jadi tour guide awak pulak.”

“Yelah tu..”Aie menyeluk tangan ke dalam saku jaket.

“So,this is good bye.”

“Kalau ada rezeki kita jumpa lagi.”

Perbualan ,mereka dihentikan oleh siren keretapi.

“Addin!”

“Huh?!”Wajah Ain terpampang depan mata.

“Nak makan tak?”Dia mengeliat.

Addin geleng. “Tak nak.” Dia menarik jaket rapat ke tubuh.Pandangannya dibiarkan menembusi gelap malam.Dia meletakkan headphone ke telinga.Jarinya meraba mencari button play. ‘This Is How You Remind Me’-Nickleback mengasak lubang telinga.


GT_iPartI~Episode4

“Hello honey.”

“Hai sayang.”Addin mencebik. “Mengada...”

Suara di hujung talian pecah ketawa. “Ala bucuk..”

“Abang!!”Addin naik suara.

Kucai ketawa lagi.Pantang diusik langsung.Dia menggeleng. “Buat lah macam tu.Tak ada orang nak pinang nanti.”

“Wek!”Mata Addin melekat pada gambar di dalam glass frame di atas meja studinya. “Bila nak datang?”

“Mmm...Ma dengan pa dah buat booking untuk next week.Didi punya convo another two weeks,kan?

“Tak...Tahun depan!”Addin menjawab geram.Tension dalam kepalanya tak sudah.Time ma dengan pa buat plan nak jenguk abang,time tu pulak lah exam.Miss peluang nak pergi Jepun.ini aku convo dia bersukaria datang UK.Tak aci!!

“Ek ena...”Kucai mengejek. “kami tak datang terus nanti baru tau!”

“Abang...”Suara Addin bergetar warning.

Kucai ketawa. “Mmm...there’s something I’ve gotta tell you anyway.”Terus suaranya bertukar serius. “Hari tu...”

“Apa..?”Addin malas nak layan.Tu tak ada lain nak goreng aku lah tu.

“Hari tu ada...”Kucai terhenti.

“Kenapa”Ada orang pinang Didi ke?”Dia sengaja press word ‘pinang’ tu.

                “Eh.mana tau?”Kucai tanya. “Baru risik lah,dik.”

                “Ha.Ha.Ha.”Addin ketawa sebijik-sebijik.

                “Loh!Tak percaya ke?”

                “Ugh...Puh-lease,abang!”

***************

“Addin!You’ve got mail!”DR meletakkan bungkusan di atas katil Addin.

Sapa pula ini?Addin meletakkan kembali glass frame di tangannya di atas meja.Dia membalikkan bungkusan itu mencari alamat pengirim.Tak bernama.Sekadar alamat.Postmark dari...Eh!Holland!dia mengoyak kertas minyak yang membalut bungkusan itu.

“Sapa hantar?”Abang kau?”DR merenung parcel di tangan Addin bersilih ganti dengan gambar di atas meja.

Addin geleng. “Dari Holland.”Dia mumble.

“Mamat art tu ke?”

“entah...”:Tangannya ligat menjalankan tugas.Dia menarik keluar sebuah lukisan berbingkai.Eh,ini muka aku!Addin merenung lukisan itu.Memang muka dia dalam watercolour dengan ladang tulip sebagai background.Di sudut bucu bawah sebelah kanan tertera ‘Memoirs from Leiden’.

“Waa!!”DR duduk di sebelahnya’ “habis lah kau,Din.Sangkut mamat tu dengan kau rupanya!”

“Ngarut!”Addin sengih geleng kepala.Dah berapa bulan dah lepas.mahu dekat setengah tahun “Saja dia hantar tu.Biasa lah....member.”

“Member....”DR mengajuk.

Addin ketawa. “Mana aku nak jumpa dia lagi pun.Kenapa?Kau nak?”

“Hmm...Boleh juga.”DR bangun sambil buat gaya. “He’s so artistic.Rambut macam John Lennon masa zaman hippies,lagi panjang dari rambut aku...Muka tak shave dah macam Tom Hanks dalam ‘Castaway’...”Dia terhenti. “Tak payah!Fiancee aku ke mana?!”

Mereka sama-sama ketawa.


*****
Aie memasukkan buku yang paling last ke dalam kotak.98% barang-barang dah siap dikemas.Empat tahun di bumi orang,balik jugak ke tanah tumpah darah sendiri.Dia memutar bilah kipas windmill mini di atas meja study.

“Sorry,saya tak tau nak belikan apa untuk awak.”

Dia merenung wajah bertudung biru itu.

Addin menyeluk tangan ke dalam saku. “Tapi saya nak bagi jugak awak something.yang’know,a token of gratitude.”

“I like it.”

“You do?!”Muka Addin relieve. “My abang said that I have the poorest taste in the whole wide world.A lousy gift-chooser.”

“You’re funny.Kartun betul.”

“Ek..?”

Di luar tingkap dedaun dah mula menguning.Autumn dah menjenguk.Sejuk Tuhan saja yang tau.entah sempat entah tak nak tengok salji turun di Leiden lagi.Aie menarik window blinds turun dan merebahkan badan ke atas katil.Di luar bunga-bunga dah berguguran.Embun menyelimuti Leiden.Siang begitu cepat habis.Dan malam berlalu cukup panjang.

GT_iPartI~Episode5

“Addin!!”Tangan Fisha melambai di tengah crowd di ruang menunggu Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah.

“Fish!!”Addin dah berlari meninggalkan troli luggagenya.Ma dengan pa hanya geleng kepala.

“Alamak Din,kau dah besar lah...”Kurt sengih.

“Kurt?!”Bulat mata Addin. “Cheh!Apa teruk sangat tunang kau ini Fisha?”Addin buat muka. “Rambut dah macam drug addict!”

Pap!Fisha menampar belakang Addin. “Yo kakak...Sian lah member...”

“Aku dah tak kenal anda lah...”Addin ketawa. “Yang lain mana?”Matanya meliar mencari di celah-celah manusia.

“Engage.”Kurt menjawab. “Ada yang tak balik lagi.mereka semua kirim salam.”

“.”Addin angguk. “Fisha,Jen dengan Pa’e kata nak datang,kan?”

“Jen hari ini dia ada interview.Pa’e tiba-tiba ada hal mengejut.”Fisha sengih.

“lah...”Kucai dah terpacak di sebelah Addin. “Eh,jom ke rumah.”

“No hal.”Kurt bersalam. “habis tu anda nak suruh kami ini lepak kat mana?Hotel?”

Ketawa pecah.Fisha geleng kepala sambil menjulingkan mata.





***



Addin berlari keluar kereta masuk ke Watson’s.Mak ai...seronoknya balik Malaysia.Dia menghayun langkah laju ke tempat choc.Laju dia mencapai lima pack Hershey’s Crunchie Cookie Bar,diimbangkan di tangan kiri.Ditambah lagi dengan dua pack Hershey’s Kisses.Tangan kanannya pula mencapai Coke 1.5 liter.Ha...Ha...Bina badan lah aku balik rumah ini!Elok dia berpusing nak menuju ke kaunter,orang di belakangnya turut mengundur.Bertabur bungkusan biskutnya jatuh ke lantai.Ayoo....Suei!

Addin menghela nafas panjang sebelum tunduk mengutip barang-barangnya.

“I’m sorry..”

“It’s okay.”Addin menegakkan semula badan. “Happens all the time.”Dia mengimbangi muatan di tangannya.

“Addin?”

Addin mengangkat muka.Terasa seperti pernah kulihat muka serabut ini tetapi di mana ya? “Aaa...Aaaa...”Addin cuba mangingat. “Aie!”Coke di tangan kanan hampir terlepas.

Dia menurunkan sunglasses. “Buat apa kat sini?”

“Baru balik.”Addin sengih.Eh,mamat ini Ipoh mali juga ke?

Aie angguk Faham. “seorang?”

“My family’s outside.Baru balik jugak ke?”

“Last week.Visiting my relatives.”

Mmm....Nak kata apa lagi...Addin menonggang isi kepala otak. “Aaa...Thanks.The watercolour.Cantik.”

Aie menarik senyum segaris. “Repay untuk windmill you tu.Sorry that it’s that late.Hope you don’t mind.”Dia merenung jam di tangan. “I’ve gotta go now.”

Addin angguk.

“Any way I can contact you?”

Addin mengangkat kening.Never in my life I give my line to a guy except the GTs. “Mail me. [email protected] .”Bibirnya menutur kata.

Kening lelaki itu terangkat. “What an email.”

                 ***


“.Oi Benz!Aku ini!”

“.Agul!”Benz sengih.

“Kenapa kau tak bagi tau bila kau balik?kami dok tunggu juga.”

“Lepak aa..kawan.Aku tau anda punya schedule pun hectic gila.”

“habis,sapa tunggu kau kat KLIA hari tu?”

“Casper,Q’d,Kurt,Jen dengan Fisha pun ada.”Benz mengingat balik. “Semalam Kucai ada call aku.”

Agul merenung gambar kelas Alpha5 saiz 16R yang dibingkaikan di atas meja di tepi katil. “Addin balik Selasa lepas.”

“Head girl?”Benz ketawa.Dah lama dia tak menyebut perkataan tu.

“Kau tak nak jumpa dia ke?”Agul dah ikut tergelak.

“Kira tempah maut lah tu...”Benz mengingat kembali.Addin Shah.Head girl yang radikal.Kalut tapi berhati-hati.Mulut boleh menyejukkan jiwa tapi pandai jugak melaser.Memang mereka tak pernah nak fit berdua.Hampir...Tapi dia yang merosakkan cerita.

“Apa salahnya try.Mana tau,agaknya dah lepas 8 tahun dia lupa.”

“Knowing her,”Benz memejam mata. “She won’t.”

****************

Dia merenung wajah dalam cermin sambil membetulkan rambut depan.Benz sengih.Macam nak masuk sekolah balik!Teringat leteran ibunya dari saat dia jejak kaki ke KLIA sampai lah ke saat rambutnya yang buat muka dia jadi Alifah dah cut-short jadi Alif balik.

“Kalau orang jumpa tengah jalan,ingat penagih mana lari dari pusat serenti.”

“Ala ibu...Orang style Bohemian lah.”

“Bohemian apa...Itu dah macam hobo!”

Benz duduk di birai katil.Kemudian dia menarik laci night-table,mengeluarkan metal-box sebesar tapak tangan.Ditonggang habis isi kotak itu ke atas katil.Memorabilia.Cincin besi berkepala skull Indiana Hemp.Dia senyum sendiri.Hubungan berapinya dengan Addin bermula dengan cincin bertuah ini.



“Kalau nak bertunang dengan Head boy boleh pakai cincin ini..”



Sumpah masa tu memang dia tak tau yang Kucai tu twin Head girl.Memang renungan Addin masa tu lagi sejuk dari ais bawah laut.

Dia merenung pula sunglasses RayBan.Hadiah Malam Bersama Selamanya.Memang malam tu unbelieveable.Rahang bawahnya memang jatuh sampai boleh masuk tiga jari ke mulut,dua kali lima dengan Addin bila dinobatkan Ideal Couple of The Night.Gila!Dah lah buat entrance,masuk time semua orang dah duduk.Jalan macam sheriff koboi masuk kasino pula tu.Hmm...Tapi memang sejak tu hubungannya dengan Addin baik....Sikit.

Tapi kerana havoc di Jusco,wassalam.

“Eight years,Benz.”

“Let it dia.”Dia teringat semula perbualannya dengan Kucai.

“Tak elok lah begitu.”Suara Kucai lembut. “Lama tak lama...Takkan sampai mati begini agaknya.”

“Just keep to your words.”





***



Aie tersenyum sambil menggeleng kepala membaca e-card yang baru diterimanya tadi.Addin....Addin....Wacky!Walaupun sejak pertemuan di Watson’s mereka tak pernah berjumpa lagi lepas tu,tapi mereka masih berhubung.At least virtually.Lama tak lama...Dah 4 bulan.Dalam tempoh tu jugak dah sebulan setengah dia bekerja..Addin pun dah start housemanship.

Telunjuk kanannya menekan tetikus.Seketika kemudian jarinya ligat menari di atas keyboard.



Addin meletak headphone ke telinga.Dia mencari-cari gelombang Hitz.fm. ‘This Is How You Remind Me’-Nickleback halfway diamainkan. “You’ve got mail!” Pop-up di skrin tiba-tiba muncul.Keningnya terangkat sebelah.Dia memusing kerusi study dari meja ke depan laptop.Jarinya menekan button scroll down melihat pesanan yang baru diterima.



Asslamualaikum

Oi!Ingatkan dah underground!Kenapa lama sangat tak ada berita?Sibuk sangat study peta sampai

tak ingat dunia ke?He..He...Jangan marah.No joke no fun.Kekekeke....kartun betul lah kau                ini.Righto,Wassup?



Headphonenya ditarik ke leher. “Siapa tu?”Satu suara berbisik di tepi telinganya.

Huh!Bingkas Addin bangun menghadang skrin dari mata abangnya.kurang!Masuk aci redah saja!

Kucai sengih nakal. “Siapa tu...”Dia cuba mencelah ke tepi Addin.Tapi Addin lebih laju.Pantas dia menutup laptopnya.

“tak ada sapa...”Addin melangkah ke katil. “Apa buat begitu?”Dia mencuka. “Kasi privacy lah sikit!”

Kucai angkat kening. “Kenapa muka merah?”

                Addin mendengus.Erk!Muka aku merah ke?! “Kenapa masuk?!”

Kucai duduk di atas meja study.Sekilas dia menjeling laptop. “Tarappapapa..”Dia sengih. “Sapa tu?”

“Kawan.”Addin merenung abangnya.Dah rasa steady sikit.Please don’t read me!Addin berdoa dalam hati.

“Kawan...”Kucai angguk. “Boy ke girl?”

“Sibuk!”Addin membaling bantal.

“Oi!”Kucai menepis sambil ketawa. “Tanya sikit dah marah!”

Addin termalu sekejap. “Apa dia yang abang nak cakap?”Dia cuba ubah topik.

Kucai senyum tapi masih diam seolah-olah mencari kata. “Ingat lagi tak apa yang abang cakap dulu?”

Addin angkat kening sebelah.

“The one yang ada orang datang rumah tanya pasal Didi tu.”Kucai turun dari meja.Dia menarik kerusi study ke depan Addin lalu duduk.

Muka Addin blank sekejap. “Ooo...”Dia sengih. “Ada orang datang merisik?”Dia ketawa. “Ridiculous!”Tapi tawanya terhenti bila melihat muka Kucai tak berubah.Dadanya mula berdebar.Biar benar?Apa kerja gila ini?

“Ingat abang tipu ke?”

Addin terdiam.Dia menggigit bibir.Cuba membaca mata abangnya. “Abang memang selalu tipu Didi,pun.”Dia sengih. “Stop the prank.You’re getting nowhere.”

Muka Kucai masih tak berubah.Addin telan liur.Serius abang aku ini.Addin merenung lagi.Kucai geleng kepala.

“Didi,be honest to abang,ok?”

Addin diam.Merenung.

“Didi dah ada steady ke?”Kucai bertanya lembut.

“Tak...”Addin geleng. “Tak...tak ada....”Tergagap.

“Cakap betul-betul.”Kucai sempat mengerling laptop di atas meja study.

Addin menangkap pandangan Kucai. “Nobody lah.”Dia sengih. “Betul ke ini?”Dia menyuarakan kemusykilan isi otaknya.

“Swear to God.Abang tak tipu.”Kucai angkat tangan kanan.

“Tapi ma dengan pa tak mention apa-apa pun.”Addin mula syak. Dia merenung Kucai. “Abang....”

“Ya Allah...”Kucai menarik rambut depannya. “Ma and pa don’t even know that I know.”

“Hah!”Addin tegak badan.Bulat matanya. “Ooo....Curik dengar!!”

Kucai sengih. “Betul tak ada ini?Or else everything ‘ll be too late.”

“Ala...lepak aa..”Addin menjawab selamba. “Bukannya dah masuk meminang pun.Abang,you should know me better.Didi mana main jiwang karat.”Dia pulak yang risau lebih-lebih. “Siapa yang bertanya?”

“entah.”Kucai angkat bahu.

**************

Kucai berlari manuruni tangga. “Settle.Clear.”Dia sempat bersuara pada ma dan panya di ruang tamu sebelum menghilang ke dapur.

Mak Cik Nora dan Pak Cik Fauzi berpandangan.Kucai keluar dari dapur dengan segelas air di tangan. “Mission accomplished.”Dia duduk di atas settee.

“Betul?”Pak Cik Fauzi menurunkan NST di tangan.

“Seems so.”Kucai merenung siling tembus terus ke bilik Addin. “Tapi biar abang yang break news bit by bit pada dia.”Kalau ma dengan pa yang handle,huh!Alamat Perang Dunia Ketiga nanti.

GT_iPartI~Episode6

Benz memejam mata sambil tangannya memegang dahi.Mengingat balik perbualannya dengan ibu sebentar tadi buat dia rasa nak demam.Dia jugak tak pasti sama ada nak tergelak atau pun terkejut beruk.Matanya merenung kalendar di dinding.Lagi dua hari dah nak raya.Hmm...Dia mencapai handset dan mendail.

“.Fisha,aku ini.”

*********

1 Syawal telah disambut dengan penuh syukur.Addin mengurut bahu dengan tangan kanan.Huh!Gila punya letih.First day raya balik rumah tok dengan pah di Kuala Kangsar.Melayan orang datang tak putus.Raya kedua pulak ke Taiping rumah tok dengan tok wan.Hari ini dah raya keempat baru jenguk rumah.Dari pagi tadi pun kawan-kawan ma dengan pa tak putus.Kawan-kawan abang pun bersilih ganti.Bebudak GT pun baru dua tiga kerat jumpa.Addin memejam mata.

Tiba-tiba pintu bilik terkuak.Kepala Kucai terjengul.

Addin merenung dengan muka question mark.

Kucai sengih. “Kawan abang datang,tolong layan.”

Addin buat muka letih. “Kak Irah mana?”Dia bertanyakan pembantu rumah mereka.

“Kak Irah tengah solat.Please...”Kucai merayu. “Lagi pun mereka teringin sangat nak tengok Didi.”Dia sengih sambil mengenyit mata.

Addin mencapai selendang lalu disarung ke kepala sambil dia melangkah ke pintu. “Yelah tu.”Mereka beriringan menuruni tangga.

Mata Addin sempat scan tetamu di bawah.Lima orang.Kucai menarik tangan Addin ke settee kosong. “Ini lah adik aku.”Kucai sengih dengan kening double-juga pada kawan-kawannya.

Addin menarik senyum nipis.Sekilas dia memerhati anak-anak muda di depannya.

“Cun adik anda Kucai.”Kawan Kucai yang berbaju Melayu maroon potongan teluk belanga sengih mengusik.

“Boleh aku masuk line.”Yang bercermin mata dengan baju Melayu blue black turut menyakat.

“Dah berpunya ke Kucai?”Rakan di sebelahnya pula bertanya.Hujung rambut belakang mencecah bahu baju Melayu putihnya.

Kucai sengih sambil merenung Addin di sebelahnya. “Dah.”Dia ketawa.

Addin sekadar ikut tersenyum.Padan lah dengan abang pun.Aku ingatkan dia saja yang gila.Member dia pun gila jugak.

Member Kucai yang duduk setentang dengan mereka buat muka frust.Baju Melayunya berwarna kuning air sepasang dengan samping kain tenun. “lah...Awat tak cakap awal?”

Mereka ketawa.Cuma seorang yang belum bersuara dari tadi.Yang berbaju Melayu hitam potongan Johor sepasang dengan samping songket hitam berbunga emas penuh tanpa songkok
................................................................................................


Bookmark and Share




  Member Information For IrisSProfil   Hantar PM kepada IrisS   Quote dan BalasQuote

IrisS
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.11.2006
Ahli No: 7037
Posting: 21
Dari: UsM

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 12-12-07 11:30


salam.. sesiapa yang tahu smbgn cerpen ni boleh tolong past kat sini.. thank you


Bookmark and Share




  Member Information For IrisSProfil   Hantar PM kepada IrisS   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.056584 saat. Lajunya....