Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-11-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tak tahu formula sebenar kejayaan, tetapi saya pasti dengan formula sebenar kegagalan iaitu cuba menyukakan hati semua orang

-- Seminar

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: zahirahruslan
Hari Ini: 0
Semalam: 1
Jumlah Ahli: 13718

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 32
Ahli: 0
Jumlah: 32




  Dari Galeri
assalamualaikum..salam perkenalan..saya SaLwAa^911..

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 17 jam, 14 minit yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: Cinta islamik


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» Cinta islamik

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Cinta islamik

muslimat_89
WARGA RASMI
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 7045
Posting: 13
Dari: pontian

Johor   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 18:26


Salam sahabat muslimah semua,
bagaimana dengan khidupan hari ni ? mesti banyak ranjau yang perlu ditempuhi untuk berjuang ke jalan ALLAh. ana harap sahbat muslimah semua dapat menempuhiny dengan sabar... :-)

ok sbnrny ana nak minta pendapat antuna semua... sebenarnya wujudkan cinta islamik itu.... even mereka tidak melanggar hukum syarak, atau tidak klr berdua-dua, nak klr pun kan bawak muhrim, ps tu si lelaki mengejutkan kekasih hatiny untuk solat subuh... adakah itu tidak melalaikan kita dari mengigati ALLAh.. ana nak tanya pendapat muslimah semua sebab ana tak ada pulak pnglm, cuma nak berkongsi pendapat saja....

Kiranya tiada cinta insani untukmu,
Cukuplah cinta ALLAH penyuluh hidupmu,
kelak akan ada cinta untukmu dari insan yang cintakan ALLAH,
sepertimana cintamu kepadanya...


Bookmark and Share




  Member Information For muslimat_89Profil   Hantar PM kepada muslimat_89   Quote dan BalasQuote

nurzahumaira
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.01.2007
Ahli No: 7249
Posting: 33
Dari: ipoh

Perak   avatar


posticon Posting pada: 22-02-07 22:10


salam..
erm..cinta islamik...
pendapat ana..ada cinta islamik ni...
kasih sayang tu kan satu anugerah Allah..
dari situ,timbul suatu perasaan yang ditafsirkn sebagai cinta...

kalau diarahkan cinta tu kepada jalan yang betul,pada ana tiada salahnya..
dah memang fitrah perempuan dan lelaki....

islam tu jangan dilihat dengan pandangan yang sempit...
islam tu cukup sempurna..cuma manusia yang sering menyalahguna dan menyalah tafsir kurniaan dan anugerahnya....

berjumpe tu ana xpasti la...walaupun ditemani kawn atau muhrim,pada ana, elakkan...syaitan tu sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia...

bertentangan mata dan melihat bentuk badan pasangan pun dah boleh timbul macam-macam perkara....
kalau jumpa jarang2 sekali,boleh la agaknya..tapi,jaga sangat pergaualan tu...
tambahan lagi kita orang perempuan...jaga maruah mak ayah dan sebagainya...

kalau ana, bercakap telefon saja...tapi sebenarnya.ckap telefon tu pun, kena jaga suara...

kesimpulannya...semuanye kita kena jaga....

ana nasihatkan pada semua...
jaga la kasih sayang yang dianugerahkan...
salurkan dah arahkan lah cinta tu ke jalan yang baik...

kalau dia kejutkan subuh...dia nasihatkan dengar ceramah atau pergi masjid atau sebagainya....
anggaplah itu peyunjuk yang dikurniakan kepada kita sebagai pembuka jalan untuk kita lebih dekat dengan-Nya...

semoga kita semua bertemu dengan insan yang soleh yang dapat mendekatkan diri kita kapada-Nya....
insyaAllah....

wallahualam...


Bookmark and Share




  Member Information For nurzahumairaProfil   Hantar PM kepada nurzahumaira   Pergi ke nurzahumaira's Website   Quote dan BalasQuote

sufeyna
WARGA RASMI
Menyertai: 22.02.2007
Ahli No: 7357
Posting: 19
Dari: aLam FaNa

maldives   avatar


posticon Posting pada: 23-02-07 17:12


sebaiknya sesiapa yang belum couple tu jangan la mulakan hubungan ni...bahaya...:)
kalau dah jumpa calon yang betul2 drasakan layak dan serasi djadikan teman hidup...paling baik kahwin saja terus..
still study?? ramai saja sahabat2 kita yang kawin time study..tak ada masalah..
malah CGPA makin naik... kenapa? sebab keberkatan dan rahmat bertambah..orang yang dah bekawin insya Allah pahalanya berganda...jiwa tenang..fikiran tenteram..
sesiapa yang couple tak kira la alim bagaimana pun..pasti terlibat dengan 'dosa2 cinta'..
bila cinta dah dnodai dengan dosa...dah tak suci lagi cinta tu...
bercakap tefon, tak ada hal mustahak..halal ke??
dating berduaan, kadang-kadang ada seorang dua sahabat muslimah temankan...betul ke dbolehkan?
pimpin tangan, berlapik...betul tak ada dosa??
fikiran tak pernah kosong dari mengingati si dia..sampai time solat pun tak bape khusyuk ingatkan dia...boleh ke macam tu??
hati dan fikiran..kadang-kadang nakal imagine benda yang tak sepatutnya...tak apa ke??
jika beginilah hubungan yang kita agungkan,berkat ke rumah tangga kita nanti???...sama-sama renungkan..


Bookmark and Share




  Member Information For sufeynaProfil   Hantar PM kepada sufeyna   Quote dan BalasQuote

srikandi86
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 03.02.2007
Ahli No: 7286
Posting: 21
Dari: uk

uk  


posticon Posting pada: 24-02-07 01:22


salam 'alaik..

ana suka baca jawpan sufeyna..sma2 ajak kita renungkan situasi2 yang memang betul-betul berlaku di kalangan kapel2 zaman sekarang ni..xkesah la nak labelkan couple islamik dan sbgnya..yang pntingnya..namanya tetapi couple..dan nak pelihara macam mana pun..tetapi akan dinodai dengan dosa2 cinta..yang kadang-kadang kita sedar..tapi sengaja buat2 tak tahu..buat2 xnmpak..hukum Allah diputar belitkan sampai semua yang haram menjadi halal..na'uzubillah..janganlah kita tergolong dalam orang-orang sebegitu..betul..selagi belum berkapel..Kalau boleh..cuba la elakkan..banyak buruk dari baiknya..syaitan sentiasa berusaha untuk membisikkan perkara2 mazmumah ke dalam hati anak2 Adam..dah couple, tentu kena cakap telefon, jumpa, keluar makan, dan macam-macam lagi la..dalam AQ, Allah pun dah tekankan..

"Dan janganlah kamu mendekati zina.." (17:32)

terang2 dalam AQ..tak ada keraguan tentang itu..jadi, terpulang pada kita nak ikut yang mana satu..tinggalkan larangan Allah atau ikut telunjuk syaitan yang sntiasa berusaha menyesatkan umat manusia..wallahua'lam..


Bookmark and Share




  Member Information For srikandi86Profil   Hantar PM kepada srikandi86   Quote dan BalasQuote

julizah
WARGA RASMI
Menyertai: 25.02.2005
Ahli No: 4990
Posting: 1
Dari: tawau

Sabah   avatar


posticon Posting pada: 28-02-07 16:25


em...ana dulu pernah jugak couple..masa tu bukan tak tahu dosa, tapi ketidakmatangan yang mendorong ana tuk bercouple...sekarang ni ana tak bercouple...sebab takut perkara sama terjadi...
sekarang ni ana ada kawan dengan beberapa lelaki, tapi ana anggap macam kawan biasa..ana kalau boleh biar la jodoh tu datang sendiri..tapi kena ada usaha juga kan..


Bookmark and Share




  Member Information For julizahProfil   Hantar PM kepada julizah   Quote dan BalasQuote

muslimat_89
WARGA RASMI
Menyertai: 17.11.2006
Ahli No: 7045
Posting: 13
Dari: pontian

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-02-07 22:10


betul tu juliza... jodoh 2 takkan datang sendiri, kita kan usaha jgkkn... oleh itu bykkn la berdoa supaya bertemu dengan jodoh yang baik... InsayALLAH...betul 2 sufeyna, ana setuju dengan pendapat anti, ana ad prsn macam orang lain jugak nak bercinta tapi ana pun ada prinsip sendiri. pendapat ana sama dengan pendapat anti...semoga kita terhindar daripada perkara2 yang melalai kan...

kepada sahabat2 muslimah lain, mari la berkongsi pendapat sama..lagi-lagi kepada yang sudah berpunya, bolehlah berkongsi pndpat....mungkin antunna semua ad sb tersendiri...

wallahualam...

Setiap prjalanan hidup yang menepati syariat islam,
Ukhuwah islamiah takkan hilang...
kerana islam PENYATU semua bangsa dan manusia walau mana berada...


Bookmark and Share




  Member Information For muslimat_89Profil   Hantar PM kepada muslimat_89   Quote dan BalasQuote

srikandi86
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 03.02.2007
Ahli No: 7286
Posting: 21
Dari: uk

uk  


posticon Posting pada: 01-03-07 02:33


salam 'alaik..

memang la jodoh itu takkan datang sendiri tanpa usaha..tapi yakinlah dengan perancangan Allah..segala2nya telah ditentukan..usaha kita itu hanyalah sebagai pemudahcara..sdgkan semuanya telah tertulis di luh mahfuz sejak azali lagi..jodoh pertemuan, ajal maut..semuanya dah ditentukan..dalam hidup ni tiada yang kebetulan..semuanya telah ditakdirkan..

Kalau sahabiah2 sekalian dah brjmpa siapa2 yang boleh membimbing kebahagian antunna di dunia dan di akhirat..usahlah dilengah2kan pembinaan baitul muslim itu..kerana apabila nafsu sudah menguasai diri..semua larangan Allah pasi akan ditolak tepi..

tapi andainya masih belum bersedia..fizikal dan mental..eloklah kiranya dihindarkan kapel2 ni..fikir2kan la..

wallahua'lam..

-salam ukhuwah penuh mahabbah-


Bookmark and Share




  Member Information For srikandi86Profil   Hantar PM kepada srikandi86   Quote dan BalasQuote

m_cekedesh
WARGA RASMI
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 7263
Posting: 8
Dari: mUadZam tecaYanG

Pahang  


posticon Posting pada: 28-03-07 05:48


salam a'laik
suka ana baca komentar sahabat2
nampaknya pemikiran muslimat zaman ini dah semakin matang
sebenarnya ana pun dah lama musykil tentang maslahah ni
ok Kalau yang belum ada itu, lebih baik jangan lah kan..
kalau yang dah terjebak itu macam mana?
for example eyh...
macam ana dengan sahabat mslimin ni,
we cannot married for several reasons
memandang km study at 2 different places
besides, both families du not agree tok kahwin 4 belajar
so we decide to be a friend, but then..for surelah kawan dalam kurungn
and like other islamic love story, kejut qiyam + sama-sama puasa sunat + tazkirah
ana still lagi fenin..Boleh ke?
Boleh ke kita berkawan dengan mslimin nier?
sedangkan kita di'bolehkan bermua'malat dengan mslmin atas bbrapa perkara penting sahaje..
aisey sahabiah ... macam mana nier?


Bookmark and Share




  Member Information For m_cekedeshProfil   Hantar PM kepada m_cekedesh   Quote dan BalasQuote

Dla
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 3766
Posting: 74
Dari: alam Cyber

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-03-07 14:14


Salam.

Dalam apa sahaja yang ingin kita lakukan pertama sekali, tanamkan la Niat kerana Allah dan rajin² la buat solat istikharah. Semoga Allah memudahkan segala urusan kita ke arah kebahagiaan dunia dan akhirat. Kedua hati dan prinsip kita... sememangnya fitrah manusia untuk mencintai dan dicintai...dan setiap dari kita pasti ada 'secret admirer' kan so arahkan la ia ke arah Islam mengikut syariat yang telah Allah tetapkan... :)

Pada yang telah bercouple... muhasabah la diri adakah hubungan tersebut menambahkan lagi cinta kita kepada Allah...InsyaAllah
Pada yang masih mencari...semoga bertemu pasangan hidup yang mampu membimbing dan membahagiakan kita dunia dan akhirat...Amiin


Bookmark and Share




  Member Information For DlaProfil   Hantar PM kepada Dla   Quote dan BalasQuote

m_cekedesh
WARGA RASMI
Menyertai: 28.01.2007
Ahli No: 7263
Posting: 8
Dari: mUadZam tecaYanG

Pahang  


posticon Posting pada: 17-04-07 01:01


Story ni mar ambil dari seorang kawan...


1. hai boleh saya kenal
saya tertarik dengan perwatakan sopan
awak, dah lama saya perhati awak,awak
budak baik dan tertarik dengan tudung
labuh awak......
saya harap kita boleh
berkenalan....ukhwah fillah eh orang
kata... saya tak pandai sangat arab...

2.terima kasih menerima saya, saya
akan try sedaya mungkin menjaga awak
dan mengikut syariat,saya tau saya
bukan baik, tapi saya sentiasa cuba
terbaik untuk awak...

3.ingat tau,keluar jaga aurat, jangan
bagi orang nampak...
keluar dengan kekawan tau, balik
contact.... saya doakan awak.

4.wak, kenapa tak contact saya, saya
risau awak keluar lelamer... ye...saya
tak ada hak, saya tau saya percaya
awak, tapi saya tak tau nak kata
mcmmaner, kita tak bertemu selalu, just
nampak dari jauh saja kan..., tapi saya
rasa awak macam berada depn
saya...mungkin ini yang orang kata
cinta agaknya, wak, wak cinta saya? tak hendak
bagitau.... tapi saya tau awak cinta
saya... awak dah malu nak jalan tempat
saya lepak sebab malukan...
hehehe...thank you...saya cinta awak...

5. wak, selain family, wak sayang
siaper? siapa saya dalam hati awak?

6.wak, dari kawan kita just panggil
saya awak saja, macam saya tak istimewa
untuk awak saja;)saya teringin juga nak
jadi macam kawan sebilik saya ini,
panggil sayang... boleh lah, bukan
salah pun, just panggilan saja...thank you
sayang...

7.yang, kekadang saya tengok ayg ini
macam tak percaya saya saja.... yela,
saya just tanya awak pakai apa saja
kan ;( hehehe... ye thank you bagitahu, makin
sayang saya kat awak...)


8,yang, saya nak ayang tau, ayang lah
segalanyer untuk saya, sayang la
pemberi semangat untuk saya... yang,
saya harap ayang dan saya tak ada rahsia
lagi...jangan risau, ini kan membuktikan
saya take care ayang kan... so,
jangan risau ok, ye... saya akan jaga
rahsia kita... just mesej saja kan...

9.ayang dah lama kita mesej, boleh tak
kita jumpa? ye... ayang bawa lah
kekawan ok.... thank you yang...

10.thank you panggil saya dengan panggilan
abang....abang tunggu dah lama dah... abang
tau, kita tak boleh pakser dalam
perhubungan...

11.ayang, buat apa 2, nak cakap sikit,
Kenapa ayang bawa satu batalion nak
jumpa abang?? ayang tak percaya abang
eh....

12.ayang kita jumpa ok....abang suka
ayang pakai tudung yang saya beli 2,
yang macam wardina 2,
bukan ayang tak cantik, just makin
cantik....nipis sikit saja..kita
jumpa nanti ayang bawa la seorang saja
ok...

13.ayg,abang nak minta maaf dengan apa
yang jadi... abang tadi tersentuh jari ayg,
thank you yang, tol cakap ayang, tersentuh tak
apa...makin la tebal cinta abang kat
ayang..
ayang suka jumpa abang?
thank you
yang, tadi kasihan tengok kawan ayang duk
saja diam,...
ye... nanti abang bawa kawn abang, boleh
dia borak kan...
yang, abang suka tngk mater ayang,
malu malu pula dia...
ayang tadi cantik...


14.thank you jumpa tadi,ayang cantik...
abang romantik pun salah ke?
suka abang romantik eh, tadi jumpa dah
berani tenung abang.... thank you....
tengk kawan ayang dan kawan abang macam
melekat saja... senang la kita
jumpa... tengok, ALLAh memberkati
kita...
ayang dah solat? doakan abang sekali ok...

15.yang,just nak tanya... ayang
cintakan abang berapa peratus?
apa tandanyer?
50% saja...
yang, nak tanya, rambut ayang pnjng
tak, just terpikir....


16.tadi terbeli tudung pendek, ,,, yang
bagi kat ayang tu...
yang, bagi lah gambar ayang special untuk
abang pakai tudung 2...
cantiknyer ayang...gambar ini abang buat
wallpaper hp...

17.yang, cintakan abang berapa peratus?
sepenuh hati? thank you!!!!!!! ilove u
sayang....


18.yang, dah lama kita couple, tak kan
abang pegang tangan nak mara, ayang kan
milik abang...
thank you paham abang...

19.kata ayang cintakan abang sepenuh
hati... Kalau ayang cintakan abang apa
buktinyer yang...

JENG3X

rening-renungkanlah...
sama-sama kita ambil iktibar


Bookmark and Share




  Member Information For m_cekedeshProfil   Hantar PM kepada m_cekedesh   Quote dan BalasQuote

NurQhazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.07.2007
Ahli No: 7738
Posting: 90

Perak  


posticon Posting pada: 24-07-07 18:34


Qhazi pernah dengar satu rancangan dekat radio topiknya islamik dating,mula-mula nak tergelak jugak dengar topik tu,tapi bila Qhazi dengar lebih kurang penceramah tu kata dibolehkan berdating tapi ada syarat2nye..macam juga aurat,bawa muhrim,tempat terbuka dan lain-lain lagi,..Qhazi sebenarnya tak berapa setuju dengan ni sebab bagi Qhazi lebih baik bercinta selepas kawin,takpyh nak keluar berjumpa,berbual dalam talifon,sms sepanjang hari dan bergurau senda dengan pasangan tu,..kita kena jaga maruah sebagai muslimah..tapi entahlah sebab Qhazi pun taktau mana yang terbaik sekarang ni..bagi Qhazi cinta islamik wujud selepas berkawin..


Bookmark and Share




  Member Information For NurQhaziProfil   Hantar PM kepada NurQhazi   Quote dan BalasQuote

anis_farahiya
WARGA RASMI
Menyertai: 25.06.2007
Ahli No: 7697
Posting: 10

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 25-07-07 01:10


assalamualaikum….

Cinta berasal dan kata Mahabbah, ertinya kasih sayang. Cinta adalah abstrak dan datang dalam pelbagai kefahaman. Bergantung pada kefahaman masing-masing. Kita perlu yakin cinta datang dari Allah dan hanya Dia sahaja yang dapat menganugerahkan atau menghapuskan cinta itu. Allah adalah Pencipta kepada cinta, dan setiap penciptaan-Nya ada matlamat dan sebab kewujudannya, yang sering kali tidak cuba difahami oleh manusia. Kita perlu memahami hakikat didatangkan perasaan cinta itu, iaitu kembali kepada asal matlamat kejadian manusia; untuk menyembah dan melakukan ketaatan kepada Allah dan kembali kepada mengagungkan dan membesarkan Allah yang menciptakan segala cinta.

Islam tidak melarang manusia dari rasa cinta tapi mengarahkan cinta tetap pada landasan yang menjaga martabat kehormatan, baik wanita maupun laki-laki.memang cinta tu dah fitrah manusia tapi cinta yang sejati adalah cinta yang setelah akad nikah.

Ana rasa istilah Cinta sebelum kawin tidak pernah wujud dalam kamus islam melainkan diikat dengan ijab qabul. Kerana islam menghalang apa sahaja yang boleh mendekati kepada zina. Baik ulama' Salaf mahupun khalaf, tidak pernah mengatakan amalan couple sebagai sesuatu yang baik. Bagi kita umat islam, tiada cara lain melainkan kembali kepada asal(al-Quran dan Sunnah).

Dan jalan terbaik adalah bercinta selepas kahwin ini kerana Allah telah mengiktiraf cinta selepas perkahwinan sebagai yang terbaik dan sumber segala kesenangan dan kasih sayang sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum, “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”. Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat.


Bookmark and Share




  Member Information For anis_farahiyaProfil   Hantar PM kepada anis_farahiya   Quote dan BalasQuote

rifhan_irfan
WARGA RASMI
Menyertai: 12.01.2006
Ahli No: 6200
Posting: 4
Dari: taiping

Perak  


posticon Posting pada: 25-07-07 21:12


assalamualaikum..
hmm..cinta islamik?ada ke dalam Quran?setahu saya,cinta hanya berhak disalurkan kepadaNYA..kasih kepada kekasihNya,sayang kepada ibubapa..hubungan antara yang bukan muhrim hanya dibenarkan selepas sahnya satu pekahwinan..cukup2lah dengan kelonggaran yang telah diberikan oleh Allah dalam agamanya..jangan cuba mencari satu alternatif yang berkiblat songsang..Nauzubillah..
even masing-masing menjaga,tapi zina tetap berlaku..si teruna terbayangkan si dara..mesej dan telefon menghubungkan dua insan..sedikit-sebanyak fokus kita kepadaNya teralih tanpa disedari..Syaitan mempunyai berjuta2 jalan untuk menyesatkan anak2 Adam..
ingatlah, lebih baik menjadi dari mencari..InsyaAllah,Allah takkan berikan kita pasangan yang buruk kalau kita ni taat padaNya..sekian..


Bookmark and Share




  Member Information For rifhan_irfanProfil   Hantar PM kepada rifhan_irfan   Pergi ke rifhan_irfan's Website   Quote dan BalasQuote

syahadaiman86
WARGA RASMI
Menyertai: 11.05.2007
Ahli No: 7587
Posting: 3

blank   avatar


posticon Posting pada: 28-07-07 12:14


cinta sebelum perkahwinan lebih banyak mengundang dosa


Bookmark and Share




  Member Information For syahadaiman86Profil   Hantar PM kepada syahadaiman86   Quote dan BalasQuote

wardahsufi
WARGA RASMI
Menyertai: 27.08.2007
Ahli No: 7822
Posting: 15

Perak   avatar


posticon Posting pada: 16-11-07 08:38


salam...
bagi wardah cinta islamik hya wujud selepas pernikahan...
bila kita terjebak dengan wadah cinta, susah nak patah balik...
so baik jauh daripada dekat pada benda-benda begini..
lagipun bila dah bercinta mustahil dapat elak daripada perasaan rindu dan teringat..
bukan ke itu sudah termasuk dalam salah satu zina...zina hati..

so, sama-sama lah doa agar kita mendapat zaujd yang soleh..yang mampu membimbing kita kearah keredhaan ALLAH...AMIN...


Bookmark and Share




  Member Information For wardahsufiProfil   Hantar PM kepada wardahsufi   Quote dan BalasQuote

meniti_pelangi
WARGA RASMI
Menyertai: 13.11.2007
Ahli No: 8032
Posting: 3
Dari: kelantan

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-11-07 11:25


salam..ingin saya memberi psedikit respon pasal isu couple ni..saya setuju dengan cerita yang dipaparkan oleh mar itu...saya mengakui memang dalam bercinta akan terjadi perkara2 macam itu..walau pada mulanya pasangan bercinta menggelarkan mereka bercinta secara islamik tetapi hakikatnya tidak wujud cinta sebegitu..mula-mula bercinta berjanji untuk juga batas-batas dalam bercinta, tak nak pegang-pegang tangan,bersentuhan.tetapi iman manusia setakat mana sangat kalau nak dibanddingkan dengan iman para sahabat dulu. kadang kala iman kita sentiasa turun naik..(mudah-mudahan iman kita sentiasa terpelihara)insyaAllah...saya tidak menafikan bahawa dulu saya pernah mengalami perkara sebegini, kononnya ingin bercinta secara islamik.tapi, itu hanya sekadar ucapan dimulut sahaja.semasa kita bercinta sukar untuk kita juga batasan. hati kita susah nak juga dr memandang pasangan kita dan hati kita sentiasa teringat padaNya..tetapi syukur lah saya tuhan masih menyayangi saya..cepat-cepat saya tersedar. mungkin faktor persekitaran merupakan penggalak kepada semua ini ditambah dengan iman yang tidak seberapa.tapi syukur lah, sekarang saya ingin menjauhi perkara2 yang terlarang ini.semoga ditetapkan iman saya supaya sentiasa berada di landasan yang benar.moga Allah tidak berpaling dr memandangku...kepada muslimin diluar sana, cepat-cepat lah sedar andai diri terlalai.ingat lah jasa ibu bapa kita yang telah membesarkan kita.jangan lah sampai cinta kita kepada makhluk melebihi kepada cinta kita kepada Pencipta kita yang Hakiki...Ya Allah..Kau peliharalah hati ini agar sentiasa merindui MU dan mengharapkan keredhaanMU...


diriku yang hina...


Bookmark and Share




  Member Information For meniti_pelangiProfil   Hantar PM kepada meniti_pelangi   Quote dan BalasQuote

hidayah_saibi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 25.09.2007
Ahli No: 7909
Posting: 75
Dari: UUM/PERAK BUMI BERTUAH

Perak  


posticon Posting pada: 16-11-07 18:40


Pada 16-11-07 08:38 , wardahsufi posting:

!!! QUOTE !!!

salam...
bagi wardah cinta islamik hya wujud selepas pernikahan...
bila kita terjebak dengan wadah cinta, susah nak patah balik...
so baik jauh daripada dekat pada benda-benda begini..
lagipun bila dah bercinta mustahil dapat elak daripada perasaan rindu dan teringat..
bukan ke itu sudah termasuk dalam salah satu zina...zina hati..

so, sama-sama lah doa agar kita mendapat zaujd yang soleh..yang mampu membimbing kita kearah keredhaan ALLAH...AMIN...


salam..
teman setuju..
zina hati paling kita takut sebab kita tak sedar benda ni berlaku...
teman ada baca artikel (sahabat bagi) :-) :
..niat kita memang baik tapi niat tak pernah menghalalkan cara..

....Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing)tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan(Allah),sedangkan mereka adalah orang-orang
yang berpandangan tajam.
(Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 3)

...syaitan telah buat kita pandang indah mnde buruk yang kita lakukan. Walopun kita brpandangan tajam,mksdunye berilmu tinggi.
memanglah pada mulanya niat kita baik, tapi syaitan licik. Dia akan sedaya upaya buat kita trjerumus ke dalam kemaksiatan.."
Wallahualam...


-----------------
"Kecantikan yang abadi terletak pada keelokan adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan pada wajah dan pakaian..."
[ Telah diedit oleh: hidayah_saibi pada 16-11-07 18:43 ]


Bookmark and Share




  Member Information For hidayah_saibiProfil   Hantar PM kepada hidayah_saibi   Quote dan BalasQuote

ryuki
WARGA RASMI
Menyertai: 01.07.2007
Ahli No: 7714
Posting: 18
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-11-07 19:57


Assalamualaikum wbt..

     Ana bukanlah mempunyai banyak ilmu tapi ana ingin kongsikan sesuatu yang ana ada pengalaman dan kalau boleh tak mahu mana-mana sahabat2 muslimah yang lain mengalaminya...dulu, ada seorang muslimin yang meluahkan perasaannya pada ana..mula-mula ana diam, ana ignore saja..sebelum ini pun ada muslimin yang buat macam itu, tapi ana ignore saja..bila masuk tahun dua..muslimin yang satu ini betul-betul serius..membuatkan ana terfikir2..sedang dalam tempoh berfikir..seorang muslimin yang memang terkenal kat campus sebagai seorang yang baik meluahkan perasaannya pada ana melalui naqibah ana. ana solat istikharah..lalu ana pun terfikirsupayan biar abi dan ummi ana yang buat keputusan..ana slat istikharah beberapa kali..ana minta ibu buatkan juga sebelum dia berjumpa dengan kedua muslimin tersebut dan pilihkan untuk ana..selepas beberapa kali solat, hati ana seperti terpaut pada muslimin yang kedua tadi. tapi ibu ana tak sempat istikharah, lalu dia cuma kata dia suka pada muslimin yang kedua..entah Kenapa ana agak sedih, tapi ana redha..kata ummi dia sesuai dengan ana sebab tubuhnya yang tidak terlalu besar. tapi ana tak pernah mengira soal rupa. ana ikut saja rancangan ummi dan muslimin tersebut berjanji untuk meminang ana setahun selepas itu. hubungan kami macam biasa, tapi bebrapa bulan lepas itu, dia beritahu ana yang ibunya tak bersetuju untuk kami kahwin, dan muslimin tersebut meminta ana menunggu. Mungkin disebabkan rasa takut, beliau telah menyebarkan pada ssahabat2 di kampus, bahawa ana bakal zaujahnya. ana sedih sungguh masa itu. ana sebagai pemimpin di kampus perlu menunjukkan contoh yang baik di kampus. ana tak menyintainya selagi dia bukan zauj ana. ada pula fitnah yang mengatakan ana keluar dating dan sebagainya. kemudian ana buat keputusan, selagi dia tiada rancangan untuk mengahwini ana, lupakan saja. hanya Allah yang tau perasaan ana masa itu. yang mempercayai ana hanyalah sahabat2 yang rapat dengan ana. Pada pendapat ana, walaupun wujudnya term "cinta islamik" yang menghalang pasangan berjumpa berdua-duaan, berbual..terlepas dari zina mata, zina lidah...tapi jangan dilupa, kita tak terlepas dari zina hati..yang melalaikan..ingatlah hanya satu kekasih yang sebenar..Allah yang maha satu yang paling b erhak dicntai..bila dah bergelar suami..barulah kita layak menyanyangi muslimin tersebut...bagi ana tiada "cinta islamik"..kalau nak kejutkan solat subuh..ibukan ada..ibupun boleh telepon..housemate kan ada..roomate kan ada..kalau kata nak jaga keselamatn..Allah kan ada..minta saja perlindungan dariNya..semuanya alasan dan hasutan syaitan semata..berkahwinlah dulu, baru bercinta..supaya sahabat2 sekalian tidak tertipu dek hasutan syaitan...


Bookmark and Share




  Member Information For ryukiProfil   Hantar PM kepada ryuki   Quote dan BalasQuote

ina_majdina
WARGA RASMI
Menyertai: 14.11.2007
Ahli No: 8037
Posting: 6

Perak   avatar


posticon Posting pada: 19-11-07 13:58


cinta islamik....
entah lah tapi kalau dah namanya bercinta ni agak sukar untuk mempraktikal apa yang dah dilafazkan.. dugaan hebat.. bila bercinta ni walaupun xjmpa sangat tapi selalu ber sms @ telefon ke itu pun dah mengundang kepada dosa juga 2.. selalu tengok gamba.. zina mata. senang kata bila dah bercinta ni dosa tetap akan datang. (bercakap ikut pengalaman lah skt2.. :-D ) tapi syukur Allah lebih menyayangi.
jadi senang cakap bercinta lepas kawin lagi best lah agaknya. entah lah tak kahwin lagi so tak boleh nak cakap banyak-banyak lah.. :-)
InsyaAllah wanita yang baik akan ketemu dengan jodohnya yang baik.. berdoalah ye.. :-)


Bookmark and Share




  Member Information For ina_majdinaProfil   Hantar PM kepada ina_majdina   Quote dan BalasQuote

laila80
WARGA RASMI
Menyertai: 19.11.2007
Ahli No: 8056
Posting: 5

blank   avatar


posticon Posting pada: 20-11-07 11:05


assalamualaikum...

hehehe dah jadi isteri pun nak mnyampuk sikit lah..memang betul lagi indah kalau bercinta selepas kahwin.banyak benda kita dapat elakkan...


Bookmark and Share




  Member Information For laila80Profil   Hantar PM kepada laila80   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» Cinta islamik

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.087522 saat. Lajunya....