Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-11-2017  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Sheikhengku11
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13694

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
Ni tempat anis praktikal...salam ukhwah wa mahabbah fillah buat semua.... ;-)

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 jam, 14 minit yang lalu
nadiah_abdllah: 27 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: tanda awal kehamilan?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» tanda awal kehamilan?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh tanda awal kehamilan?

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-08-06 22:39


assalamualaikum.. siapa ada pengalaman.. share laa... untuk panduan..


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 12-08-06 01:47


tak ada..sebab belum hamil lagi..hehe
selalu dengar kengkwn yang dah kawin cerita saja..tapi nak cerita balik tak reti.. :-di
[ Telah diedit oleh: myway pada 28-08-06 08:59 ]


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 10:27


lewat datang haid, selalunya itu yang agak ketara.. tapi ada juga yang mengalami seperti datang haid tetapi pengaliran darah yang sedikit tidak seperti biasa..

kedua, biasanya badan terasa lesu dan macam nak demam, tak bermaya dan pening.

ketiga, mabuk, loya, alergi pada sesuatu bau.

mengidam selalu dikaitkan dengan kehamilan, tetapi perlu ingat ketika datang bulan juga perempuan mengidam.. perasan tak, ada yang teringin minum air ais, makan coklat, teringin nak makan aiskrim dan sebagainya...


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

white_cotton
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 31.05.2003
Ahli No: 1550
Posting: 85
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-08-06 14:34


a'ah lah kak istisafa.. saya kalau datang bulan macam2 benda yang saya ngidam nak makan.. abc la, coklat la..


Bookmark and Share




  Member Information For white_cottonProfil   Hantar PM kepada white_cotton   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 15-08-06 08:07


Ya ke adik-adik semua.. hehehe, akak pun kalau nak datang bulan mesti nak makan coklat dan minum air ais saja.. unik ya perempuan ni..

untuk jiejot, sentiasa kena tahu waktu sepatutnya datang bulan, kalau dah lewat lebih dari 3 minggu ke sebulan, pergi la jumpa doktor, tak pun period macam keluar main- main saja, ciput ciput macam nak tak nak keluar saja, dalam jangka masa seminggu pun baik jumpa doktor..

ada sesetengah perempuan tak mabuk tapi sakit kepala saja.. ada pulak asyik demam tak sudah-sudah, ingatkan kena denggi rupanya ada baby..

hmm, teringin nak cari coklat kinder bueno.. ni mesti tak lama lagi nak period.. perut pun dah macam kembung..


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 16-08-06 22:15


alhamdulillah..thank you kak istisafa..emm, jiejot baru seminggu saja lewat.. harap2 kali ni ada laa rezeki..


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 17-08-06 08:23


jiejot tunggu dulu dalam seminggu dua lagi, biasanya kalau pergi klinik doktor akan buat ujian air kencing tapi haid kita kan selalu berbeza-beza.. sesekali lewat seminggu, kadang kala pulak awal seminggu..

semoga jiejot dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah, amiin....


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

kakngah78
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 22.03.2006
Ahli No: 6432
Posting: 37
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 10:01


Assalamualaikum semua.....
mmmm....lama tak masuk portal ini...kakngah pun nak tahu juga ni tanda2 kehamilan ....tanda2 macam rasa mual tu agak2nya berapa bulan baru dapat tahu ek?..yelah kalau mereka yang periodnya lancar tiap2 bulan maybe tak ada masalah nak detect yang mereka hamil..mcammane pula kalau mereka yang ada masalah haid misalnya haid 2/3 bulan sekali...ataupun haid tak menentu ye?


Bookmark and Share




  Member Information For kakngah78Profil   Hantar PM kepada kakngah78   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 10:54


jiejot jumpa dalam mengandung.com

WANITA yang mempunyai pusingan haid teratur, iaitu sebulan sekali boleh mengetahui dengan mudah bahawa dirinya mengandung. Jika haidnya terlewat dari biasa, dia sudah boleh mengagak bahawa dirinya mengandung. Bagaimanapun dia perlu melakukan ujian air kencing untuk tujuan pengesahan kehamilan.

Bagaimanapun, bagi wanita yang mengalami haid tidak teratur, seperti antara 40 hari hingga 90 hari sekali, sukar wanita itu mengetahui bahawa dia megandung, jika haidnya tiada. Fenomena muntah dan loya boleh menjadi tanda-tanda awal yang boleh membantu seseorang wanita untuk mengetahui bahawa dirinya mengandung.

Apabila seseorang mengandung, dalam tempoh seminggu sahaja dia sudah mulai berasa loya, pening dan muntah-muntah. Keadaan ini menjadi bertambah teruk untuk tempoh 3 bulan pertama.

Ini menandakan hormon kandungan meningkat. Tempoh pertukaran yang mendadak ini menyebabkan mereka mengalami muntah-muntah dan loya. Selepas tiga bulan barulah keadaannya berkurangan.

Saya menganggap perasaan loya, pening dan muntah di kalangan orang yang mengandung sebagai satu petanda baik kerana dengan tanda-tanda sedemikian kita boleh memastikan sama ada kandungannya luar biasa atau kembar.

Bagaimanapun ada orang yang mengandung tetapi tidak mengalami muntah. Sebaliknya pihak suami yang mengalami muntah dan loya. Oleh kerana itulah, kalau kita mahu katakan masalah muntah yang dialami disebabkan hormon tidak juga.

Di dalam hal suami yang mengalami muntah sebegini, memang tidak boleh difahami. Maksudnya dari segi perubatan, kita tak boleh menjawab Kenapa ia boleh berlaku.

Namun, kita hanya boleh dikatakan ia mungkin telepati di pihak suami yang terlalu kasihan kepada isteri sehingga dirinya menanggung perasaan muntah sedemikian. Ada juga di kalangan suami yang mengalami resah gelisah sehingga tidak lena tidur.

Bagi pihak isteri yang mengalami loya dan muntah ini tidak memberi kesan buruk. Dalam tempoh tiga bulan pertama segala makanan simpanan dalam badannya, digerakkan untuk memberi makanan pada bayi. Oleh itu jika di kalangan orang mengandung tidak mempunyai selera makan atau makan banyak tidak mengapa.

Namun muntah-muntah yang keterlaluan boleh menyebabkan kekeringan (dehydration) atau asidosis (cecairnya menjadi asid). Jika ini berlaku ia boleh mengancam bayi yang dikandung.

Bagaimanapun, jika seseorang itu mengalami keadaan kekeringan dan memang tidak berselera makan, dia boleh memasukkan air di dalam badan (drip).

Kini sudah ada hospital yang memberikan perkhidmatan harian (day bed). Mereka hanya datang ke hospital pada sebelah pagi untuk melakukan `drip' dan pulang selepas itu. Tujuannya ialah untuk membetulkan cecair dan logam dalam tubuh badannya serta mengembalikan kesegaran tubuhnya.

Selain muntah dan loya ada kalangan orang yang mengandung mengalami masalah tidak boleh menelan air liur sendiri. Setiap kali dia cuba menelan air liur, dia berasa tidak selesa.

Akibatnya dia akan asyik meludah sahaja. Ada juga yang mengalami masalah penyelewengan bau-bauan. Tidak kiralah sama ada dia berasa tidak selesa dengan bau-bauan masakan tertentu ataupun ada yang berasakan bau badan suaminya begitu berbeza dari sebelumnya.

Begitu juga di kalangan mereka yang mengandung ini semakin gemar memakan makanan masam. Contohnya jenis-jenis asam yang dijeruk atau buah-buahan muda. Tidak kurang juga yang mengidam untuk makan sesuatu. Keinginannya itu juga kalau boleh diperolehi dengan segera. Jika tidak dipenuhi, dia akan kecewa.

Orang yang mengandung gemar memakan makanan masam ini sebenarnya boleh menyebabkan gastrik, lebih-lebih lagi jika dia memakan makanan yang dijeruk. Ia mengandungi asid. Bahkan ia boleh mendatangkan risiko kepada bayi. Oleh itu memakan makanan yang dijeruk tidak begitu digalakkan di kalangan wanita mengandung.

Keadaan muntah, pening dan loya ini hanya biasanya berlaku sehingga tiga bulan kandungan. Masalah sebegini jarang sekali berterusan sehingga melahirkan anak.

Suasana sekeliling yang ceria amat penting dilalui oleh mereka yang mengandung. Keadaan stress misalnya boleh menyebabkan muntah-muntah yang dialami bertambah teruk. Sokongan moral dari suami, ibu bapa, saudara mara dan rakan-rakan amat penting. Sekurang-kuranngnya gejala muntah-muntah ini dapat dibendung atau dikurangkan.

Jika seseorang mengandung sakit dan perlu mengambil ubat, misalnya antibiotik dan ubat penahan sakit ia sebenarnya tidak menjadi masalah.
Setengah-setengah orang yang mengandung mengalami demam akibat virus misalnya mengalami keguguran, mengalami keguguran, biarpun setelah mengambil ubat-ubatan. Ia bukanlah disebabkan oleh pengambilan ubat-ubaan, sebaliknya ada virus yang terlalu kuat dan boleh masuk melalui uri sehingga boleh merosakkan janin.

Oleh sebab itulah sebaik-baiknya sebelum seseorang mengandung dia perlu mengekalkan kesihatannya sejak awal-awal lagi. Apabila mengandung dia akan mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan tidak mengalami alahan. Pengambilan dos tinggi Vitamin C amat digalakkan untuk mengelakan serangan virus atau serangan bakteria.

Kuman Rubella antara yang terkenal jika menyerang wanita mengandung boleh mengakibatkan kecacatan bayi. Gadis-gadis digalakkan untuk mendapatkan pelalian Rubella sebelum mendirikan rumahtangga. Kini setelah program pelalian Rubella dijalankan di peringkat sekolah, dapat mengurangkan kelahiran bayi cacat di negara kita.

Saya juga ingin menasihatkan kepada wanita mengandung agar jangan menggugurkan kandungan sama ada secara tradisional atau moden. Ada kalangan yang cuba melakukan pengguguran dengan memakan ramuan tertentu secara tradisional.

Risikonya jika keguguran gagal dilakukan sepenuhnya, mungkin bayi akan dilahirkan cacat. Jika ada sebab tertentu dan munasabah untuk menggugurkan kandungan, dapatkanlah nasihat dari doktor.
Pengalaman saya sedikit masa dahulu, ada seorang pesakit mendapatkan rawatan kerana mengalami tumpah darah. Saya menemui lalang dan paku. Saya mengesyaki dia melakukan pengguguran sendiri.
Namun pesakit tersebut tidak mengakuinya. Ingin saya tekankan di sini risiko menggugurkan kandungan sedemikian bukan sahaja boleh menyebabkan anak cacat, tetapi boleh memberi risiko peranakan rosak atau mengakibatkan kemandulan.

Jadi, jika sudah didapati mengandung, teruskanlah sehingga melahirkan bayi. Jangan berasa takut tiada rezeki untuk masa depan anak-anak.


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

kakngah78
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 22.03.2006
Ahli No: 6432
Posting: 37
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 13:48


wah...banyaknya info tentang orang mengandung...berguna untuk panduan kita. Terima kasih jiejot......


Bookmark and Share




  Member Information For kakngah78Profil   Hantar PM kepada kakngah78   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 23-08-06 20:05


sama-sama kak ngah.. kak ngah dah pernah pegnan ke? jiejot ni masih lagi tunggu cahaya mata pertama..doa2kanlah


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

kakngah78
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 22.03.2006
Ahli No: 6432
Posting: 37
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 08:43


Pada 23-08-06 20:05 , jiejot posting:

!!! QUOTE !!!

sama-sama kak ngah.. kak ngah dah pernah pegnan ke? jiejot ni masih lagi tunggu cahaya mata pertama..doa2kanlah

yeke..?samalah dengan kakngah still menunggu cahayamata pertama..kadang-kadang ada juga rasa macam tekak ni loya tapi tak ada lagi sampai ketahap muntah...entahlah tgoklah bulan depan period ok ke tak,kalau ada rezki alhamdulillah...sama2lah kita doa ye jiejot...

p/s:yang peliknya husband kakngah pulak mengadu dia rasa nak muntah...heheheh....ni kakngah yang nak pregnant ke atau husband yang nak pregnant ?..heheh :lol:


Bookmark and Share




  Member Information For kakngah78Profil   Hantar PM kepada kakngah78   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-08-06 11:00


Alhamdulillah, mungkin kakngah ngandung agaknya, ada sesetengah kes suami yang mabuk sama dengan isteri, ada pula suami yang over mabuk dari isteri.. tu bukan kes luar biasa, suami ana pun kalau boleh biar dia yang mabuk, tapi belum ada rezeki lagi.. :(

ana pun sedang menanti bila laa nak ngandung..


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

kakngah78
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 22.03.2006
Ahli No: 6432
Posting: 37
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 25-08-06 09:11


Insyaallah....kalau ada rezki alhamdulillah....baru tahu sekarang susah jugak ek
nak lekat...hehehe...yelah...ingatkan kalau period kita lancar tak ada problem
nak pregnant....moga2 Allah bagi rezeki kali ni...tak sabar rasanya nak ada baby...macam honey nurhaliza...rindunyer kat dia...lama tak dengar berita...


Bookmark and Share




  Member Information For kakngah78Profil   Hantar PM kepada kakngah78   Quote dan BalasQuote

huurun_in
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 20.03.2006
Ahli No: 6427
Posting: 30
Dari: alor gajah

Melaka  


posticon Posting pada: 25-08-06 23:19


best nya akak-akak ni bercerita..kita ni, kahwin pun belom lagi..huhuuu..best nya dapat baby..tenang jiwa..=)


Bookmark and Share




  Member Information For huurun_inProfil   Hantar PM kepada huurun_in   Quote dan BalasQuote

jiejot
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 26.01.2004
Ahli No: 3175
Posting: 110
Dari: malaya

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-08-06 19:08


hehehehe...
jiejot pun begitu juga, pagi2 abang cakap pening & nak muntah.. jiejot tak rasa apa pun lagi.. peod pun dah nak masuk 3 minggu lewat. pergi cek doktor cakap biar lewat sebulan baru cek balik.. harap2 ada laa insyaALLAH.


Bookmark and Share




  Member Information For jiejotProfil   Hantar PM kepada jiejot   Quote dan BalasQuote

wanikurt
WARGA RASMI
Menyertai: 29.07.2009
Ahli No: 11046
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 29-07-09 12:44


salam..nak tanya lah kan....saya ni dah lewat 2 minggu period...tapi tak ada apa-apa alahan pulak...tapi kan..ada rasa macam sengugut saja...tapi xperiod pulak...ada sesiapa yang boleh beritahu Kenapa jadi macam ini??


Bookmark and Share




  Member Information For wanikurtProfil   Hantar PM kepada wanikurt   Quote dan BalasQuote

mujadihahsolehah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 24.09.2009
Ahli No: 11393
Posting: 36
Dari: kuala lumpur

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-10-09 01:16


banyaknya info mengandung disini.........

:)


-----------------
Didalam hidup ini, kita tidak boleh lari dari masalah, masalah merupakan liku dan rintangan yang patut kita lalui. tabahkan hatimu wahai manusia


Bookmark and Share




  Member Information For mujadihahsolehahProfil   Hantar PM kepada mujadihahsolehah   Pergi ke mujadihahsolehah's Website   Quote dan BalasQuote

fit
WARGA RASMI
Menyertai: 25.02.2004
Ahli No: 3317
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-10-09 01:22


memang banyak info kat sini . emm, mujahidah sudah berumahtangga ke ?


Bookmark and Share




  Member Information For fitProfil   Hantar PM kepada fit   Quote dan BalasQuote

mujadihahsolehah
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 24.09.2009
Ahli No: 11393
Posting: 36
Dari: kuala lumpur

blank   avatar


posticon Posting pada: 01-10-09 15:46


Pada 01-10-09 01:22 , fit posting:

!!! QUOTE !!!

memang banyak info kat sini . emm, mujahidah sudah berumahtangga ke ?


ana masih belum berumahtangga,

doakan ana ye......

ana baru sahaja habis konvocation


-----------------
Didalam hidup ini, kita tidak boleh lari dari masalah, masalah merupakan liku dan rintangan yang patut kita lalui. tabahkan hatimu wahai manusia


Bookmark and Share




  Member Information For mujadihahsolehahProfil   Hantar PM kepada mujadihahsolehah   Pergi ke mujadihahsolehah's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» tanda awal kehamilan?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.060832 saat. Lajunya....