Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-04-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Orang yang banyak berkata, akan banyak silap dan orang yang banyak silap akan banyak dosa dan orang yang banyak dosa ialah neraka lebih layak baginya
--
maksud Hadis

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Laurenjoy
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13724

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 19
Ahli: 0
Jumlah: 19




  Dari Galeri
Inilah saya......

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 4 hari yang lalu
Laurenjoy: 32 hari yang lalu
jackurban: 33 hari yang lalu
porkalwais: 33 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: Akhirnya kutemui Al Ghazali


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» Akhirnya kutemui Al Ghazali

Please Mendaftar To Post


Oleh Akhirnya kutemui Al Ghazali

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-01-06 11:41


AKHIRNYA KUTEMUI AL-GHAZZALI 31.08.2005

Pagi itu semasa saya sedang sibuk dengan urusan di pejabat, saya menerima panggilan telefon daripada Encik Saharom, Ketua Editor Majalah I. Beliau meminta supaya saya menulis satu tajuk yang amat membingungkan. Selalunya saya menawarkan diri menulis tajuk-tajuk yang saya mahir, tetapi kali ini Encik Saharom meminta saya mempertahankan seorang tokoh yang tidak saya kenali iaitu Imam Ghazzali! Terkasima saya seketika... masa yang diberikan untuk menyiapkan artikel tersebut adalah dua minggu. "Minta maaf Encik Saharom, dua minggu tidak mungkin bagi saya untuk memenuhi permintaan ini". Akhirnya dua minggu tersebut berubah menjadi dua bulan!

Saya sudah mengetahui tentang Imam Ghazzali semenjak saya di bangku sekolah rendah lagi. Arwah Abah mengumpul duit berbulan-bulan untuk membeli kitab terjemahan Ihya' Ulumiddin dan saya cuba berkongsi pembacaan dengan arwah Abah. Namun usia terlalu muda pada masa itu dan arwah Abah kembali kepada Allah ketika saya dengannya sudah mula berjinak-jinak dan lunak dengan Ihya'.


Apabila saya melanjutkan pelajaran ke Jordan, saya membina persepsi separa sedar tentang Imam Ghazzali. Saya tahu beliau seorang tokoh agung di dalam Islam, beliau adalah hujah Islam, beliau adalah nama yang tidak boleh dipinggirkan oleh penuntut ilmu Islam. Namun semasa itu saya kecewa kerana saya gagal menghayati di manakah sebenarnya kehebatan Imam Ghazzali. Punca utama kegagalan saya pada masa itu adalah berkisah kepada dua persoalan iaitu kelemahan hadith di dalam penulisan Imam Ghazzali dan yang keduanya ialah soal Falsafah.

Saya rasa tersentuh dengan kitab Ihya tetapi saya terganggu dengan hadith-hadith di dalam kitab tersebut. Banyak sekali hadith yang saya tidak kenal dan tidak tahu di mana hendak mencari maklumat mengenai statusnya. Saya amat bimbang membiarkan diri saya tersentuh oleh 'rasa' yang ketara di dalam kitab Ihya' kerana bagi saya, ia adalah suatu gerak hati yang amat mudah untuk dicengkam belitan tipu daya Iblis. Masakan tidak, solat di rumah terasa khusyu', solat di masjid sering terganggu. Mulut bau petai, stokin jemaah busuk, penuh tahi cicak dan macam-macam gangguan solat di masjid. Maka jika hendak mengikut 'rasa', akhirnya dengan mudah saya boleh mengambil keputusan untuk solat sahaja di rumah, dan... menanglah syaitan di dalam tipu dayanya.

Manakala soal kedua, Jordan tidak menyediakan subjek Falsafah bagi pelajar Syariah. Saya pernah belajar ilmu logik semasa di sekolah menengah, sebagai muqaddimah kepada Falsafah. Saya juga tahu ilmu Falsafah itu penting terutamanya ketika mendengar huraian-huraian Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang banyak menggunakan suntikan Falsafah. Falsafah Tuan Guru mudah, tajam dan konklusif. Tetapi tidak di Jordan. Saya mendapat persepsi yang negatif terhadap Falsafah dan saya memang membencinya. Tambahan pula, pensyarah-pensyarah yang mengajar subjek Falsafah di universiti sering kelihatan 'ego' dengan falsafah mereka seolah-olah orang lain tiada kualiti intelek.

Saya cuba menghadiri satu dua kuliah Falsafah di fakulti lain namun saya tenggelam punca. Tetapi kerana sedar tentang perlunya saya mendapatkan asas Falsafah, akhirnya saya membeli beberapa buah buku berkaitan Falsafah. Mudah-mudahan kalau saya tidak membacanya hari ini, mungkin suatu hari nanti saya memerlukannya. Tetapi ada suatu buku yang menarik perhatian saya iaitu kitab Qissatul Iman oleh Sheikh Nadim al-Jisr. Di dalam kitab tersebut saya membaca tentang perjalanan penulisnya di dalam kembara mempelajari ilmu Falsafah. Dari Afghanistan, beliau merantau ke Asia Tengah dan akhirnya tok guru beliau berpesan, "Falsafah ini adalah lautan. Jika kamu berlayar di permukaannya, kamu akan bertemu dengan ribut taufan yang menggila dan kamu boleh karam. Tetapi jika kamu menyelam hingga ke dasarnya, maka kamu akan bertemu khazanah berharga yang tersimpan di perut lautan itu". Wah, saya amat terkesan dengan kenyataan itu dan ia menjadikan saya termenung berhari-hari sehingga akhirnya saya luahkan kebuntuan fikiran dengan menulis sajak "Riwayat saya Sebagai Air".

Namun saya masih tidak dapat menyelesaikan krisis saya terhadap Imam Ghazzali. Saya difahamkan oleh rakan-rakan, majalah, diskusi dll, bahawa Ibnu Taimiyah dan Imam Ghazzali sama-sama pakar di dalam Falsafah. Tetapi Ibnu Taimiyah mempelajari Falsafah untuk menghancurkan Falsafah, manakala Imam Ghazzali mempelajari Falsafah dan dia tenggelam di dalam Falsafah!

TIDAK MENELAN BULAT-BULAT

Hmm, saya tidaklah menelan bulat-bulat kenyataan ini tetapi saya membiarkan masa berlalu tanpa membuat pemeriksaan lanjutan. Terlalu banyak agenda kehidupan dan akhirnya 'terkilan' saya terhadap Imam Ghazzali terbiar begitu sahaja. Saya terkilan kerana saya tahu dia hebat, namun saya tidak tahu di mana kehebatannya. Saya tahu kitab Ihya beliau adalah kitab tajdid di zamannya tetapi saya tidak tahu di mana keagungan kitab tersebut. Puncanya masih berlegar pada dua isu tadi; hadith dan Falsafah. Namun saya bersyukur kerana sistem pengajian di Jordan menjadikan saya terdidik untuk amat kasih dengan semua ulama', tidak taasub dengan mana-mana tokoh walau sehebat mana, hingga boleh membutakan mata dari mencari kebenaran. Saya selesa dengan Ibn Taimiyah dan Ibn Qayyim, saya juga tenang membaca hasil Imam Maturidi malah al-Buti di dalam kitabnya Kubra al-Yaqiniyyat al-Kauniyyah. Saya boleh bersikap adil terhadap Muhammad bin Abdul Wahhab walaupun saya amat obsess dengan Daulah Othmaniyyah yang dimusuhi oleh Muhammad bin Abdul Wahhab.

Tetapi saya mahu mengasihi Imam Ghazzali sedangkan saya tidak tahu di mana lubuk cintanya. Saya mahu berbaik sangka dengan al-Ghazzali terhadap kelemahan-kelemahannya tetapi saya tidak tahu apa alasannya...

Perasaan itu terpendam di dalam diri hinggalah akhirnya saya diminta bangun dan membela Imam Ghazzali yang diserang oleh Astora Jabat! Walaupun saya tidak begitu arif tentang asas perbalahan Imam Ghazzali dengan al-Farabi dan Ibn Sina, namun untuk membiarkan Astora Jabat menghukum Imam Ghazzali sebagai berdosa besar kerana menghukum kafir kepada al-Farabi dan Ibn Sina pada tiga isu (alam qadim, Tuhan tidak mengetahui hal yang hanya'ie dan manusia bangkit di Mahsyar dengan roh tanpa jasad), ia adalah sesuatu yang keterlaluan. Malah Astora Jabat menuduh al-Ghazzali telah melakukan 'keganasan pemikiran'. Aduh, najis apa yang mahu ditabur oleh Astora Jabat kali ini? Saya kepanasan tetapi saya tidak kenal siapa al-Ghazzali dan saya tidak tahu bagaimana saya hendak membela dan mempertahankannya.

KEMBARA BERMULA

Di sinilah kembara saya mencari al-Ghazzali bermula. Syukur Alhamdulillah, saya berikan kredit kepada Fitrah Perkasa, tempat saya bekerja. Kami banyak menjadikan bahan Imam Ghazzali sebagai asas pembangunan modul. Kitab Ihya, Kimiyaa' as-Saadah, Ayyuhal Walad dan sebagainya menjadi rujukan. Namun saya belum benar-benar dapat melihat manhaj al-Ghazzali. Tetapi sekurang-kurangnya kehebatan Imam Ghazzali mula terserlah sedikit demi sedikit.

Apabila Encik Saharom meminta saya menulis, saya berazam untuk mengambil peluang ini sebagai dorongan saya mendalami Falsafah dan al-Ghazzali. Kitab-kitab Falsafah yang saya beli 8 tahun yang lalu, saya punggah dari rak buku dan saya berulang ke kedai buku sekitar Kuala Lumpur untuk mencari bahan. Saya perlu mengetahui secara lengkap tentang al-Ghazzali, Aristotle, Plato, al-Farabi, Ibn Sina, Ibn Rushd dan huraian-huraian yang huru-hara di dalam memahami asas neo-Platonian, Aristotalian serta cabang-cabang tajuk yang lain. Walaupun mungkin tulisan saya untuk Majalah I pendek sahaja, namun prinsip saya ialah seorang penulis mesti lebih banyak membaca daripada menulis. Itu yang sering dipesan oleh Ustaz Pahrol. Jika seorang penulis lebih banyak menulis daripada membaca, maka itulah saat-saat bangkrap seorang penulis. Saya perlu memahami sesuatu tajuk secara menyeluruh, kemudian barulah saya boleh membuat keputusan tentang banyak manakah hasil pembacaan saya itu yang hendak dikeluarkan sebagai artikel penulisan.

UJIAN MASA

Saya tersedar di dalam kembara ini bahawa upaya saya di dalam pembacaan sudah tidak seperti dulu. Saya keluar rumah untuk ke pejabat pada jam 7:15 pagi. Saya sampai ke rumah pada sebelah petang pula ialah sekitar 7:15 petang. Saya mesti meluangkan masa berinteraksi dengan isteri dan anak-anak sebelum mereka tidur, khususnya anak sulung saya yang sedang membesar dan 'banyak tanya'. Apabila jam mencecah 10:30 malam, saya pula sudah terlalu letih untuk membaca. Itu jika saya tidak berkuliah. Banyak hari yang saya perlu ke masjid-masjid untuk mengajar. Kerja saya di Fitrah Perkasa pula menuntut saya untuk out station sehingga 15 hari sebulan malah pernah mencecah 22 hari pada bulan Jun yang lalu. Iaitu bulan saya dihubungi oleh Encik Saharom. Akhirnya masa yang ada pada saya hanya dua. Pertamanya perjalanan pulang di dalam LRT iaitu antara Stesyen Taman Melati dan KLCC (selepas KLCC, tren sudah terlalu padat dan tidak sesuai untuk membaca buku). Manakala masa kedua ialah bangun seawal 4 pagi untuk membaca dan menulis. Itulah sahaja masa yang ada dan saya menginsafi hal masa ini sehingga pernah saya coretkan dalam pesanan kepada rakan-rakan yang masih di bangku pengajian universiti, supaya memanfaatkan masa dengan membaca malah terasa lebih utama membanyakkan pembacaan semasa menjadi pelajar, berbanding dengan membanyakkan sembahyang sunat!

Dua bulan saya cuba membaca, memahami, mencari forum-forum online di internet untuk berbincang tentang Falsafah dan Imam Ghazzali. Terdetik hati untuk berhubung dengan rakan-rakan yang kini sudah bergelar pensyarah dan doktor di universiti, namun diri rasa terlalu kerdil untuk mengajak ahli akademik berkongsi buah fikiran.

PENEMUAN TERBESAR MENJELANG USIAKU 30

Setelah berhempas pulas membaca, akhirnya saya menemui jawapan yang dicari selama ini. Hasil tulisan saya telah pun tersiar di dalam majalah I keluaran September 05. Saya simpulkan sedikit di sini dan artikel penuhnya akan saya muatkan di Saifulislam.Com pada pertengahan bulan ini Insya Allah.

Pada saya, Imam Ghazzali sebenarnya sama sahaja dengan Ibn Taimiyah di dalam soal Falsafah. Kedua-dua mereka mempelajari Falsafah kerana mahu menghancurkan ilmu yang telah menipu umat Islam ini. Akan tetapi Imam Ghazzali lebih berjaya kerana Ibn Taimiyah tidak pernah dianggap sebagai ahli Falsafah oleh ahli Falsafah. Oleh yang demikian, penulisan beliau yang hebat tidak dipedulikan oleh ahli Falsafah kerana beliau bukan sebahagian mereka. Namun Imam Ghazzali menggunakan pendekatan yang bijaksana. Beliau menulis sebuah buku yang telah menyerlahkan kehebatan beliau di dalam bidang Falsafah iaitu melalui kitab pertamanya di bidang ini, Maqasid al-Falasifah. Janganlah sekali-kali disangka bahawa buku ini adalah sebuah buku yang hanya sejilid. Maksud saya, buku ini adalah bahagian pertama daripada penulisan al-Ghazzali. Beliau tidak mengkritik Falsafah di dalam buku ini atas hikmah-hikmah yang besar. Kerana buku ini, ahli Falsafah mengagumi Imam Ghazzali dan menganggapnya sebagai tokoh penting dan hebat. Manakala bagi sesetengah orang, buku ini menjadi alasan untuk mengkritik Imam Ghazzali kerana beliau dianggap sebaris sahaja dengan ahli Falsafah lain lantaran buku tersebut yang menjadi rujukan Falsafah.

Akan tetapi, Imam Ghazzali menyambung tulisannya di dalam Maqasid al-Falasifah itu di dalam buku kedua beliau iaitu Tahafut al-Falasifah. Di dalam kitab inilah Imam Ghazzali menghentam habis-habisan ilmu Falsafah yang cuba mengatasi wahyu. Soal Fizik dan cabang Falsafah yang lain, Imam Ghazzali menerima bahkan menyanjungnya. Cuma Falsafah yang cuba menganalisa Tuhan dan Ketuhanan itulah yang ditentangnya. 3 kufur dan 17 bid'ah, itulah kesimpulan al-Ghazzali di dalam kitabnya itu. Akibat buku ini, Imam Ghazzali benar-benar telah membinasakan momentom kaki Falsafah di kalangan umat Islam tersebut. Malah tokoh-tokoh Falsafah sedunia bersetuju bahawa kitab Tahafut itu telah menghancur leburkan Falsafah di dalam tamadun Islam dan gagal dibangkitkan semula walaupun oleh usaha Ibn Rushd melalui bukunya Tahafut al-Tahafut, iaitu buku yang ditulis untuk mengkritik pandangan al-Ghazzali. Maka helah al-Ghazzali lebih berjaya berbanding dengan Ibn Taimiyah. Al-Ghazzali memulakan serangannya dengan meletakkan dirinya di tengah-tengah kelompok ahli Falsafah. Apabila mereka menerima dan mula menyanjung al-Ghazzali, maka barulah beliau mengeluarkan taringnya. Hanya jauhari yang kenal manikam!

Wah, gembiranya saya dengan hal ini. Saya gembira kerana saya dapat memahami al-Ghazzali. Saya gembira kerana saya yakin Imam Ghazzali bukanlah seperti yang saya faham selama ini. Malah saya tidak lagi perlu berbaik sangka sebab Imam Ghazzali memang baik, memang hebat dan sememangnya Hujjatul Islam.

Malah hati saya terus tersentuh di antara sedih dan gembira, pilu dan kagum terhadap Imam al-Ghazzali. Saya membaca kembara hidupnya dan saya amat pilu melihat Imam Ghazzali yang hebat itu masih terus mencari-cari suatu kesimpulan kepada ilmunya. Beliau telah menjadi ulama seperti yang biasa di zaman itu. Beliau juga sudah menghalusi soal pendidikan hati, beliau juga pernah terjun di medan Falsafah, namun akhirnya Imam Ghazzali menghabiskan sisa usianya dengan mendalami ilmu Hadith. Beliau berusaha gigih untuk mengatasi kelemahannya di dalam ilmu Hadith dan ini membawanya kepada menuntut ilmu Sahih al-Bukhari dan Muslim melalui Hafiz 'Amr ibn Abi al-Hasan al-Rawasi. Jika Imam Ghazzali sendiri mengakui kelemahannya di dalam ilmu Hadith dan telah cuba mengatasinya sehingga ke akhir-akhir hayat beliau, maka saya dengan sendirinya dapat menilai bagaimana sepatutnya saya membaca kitab Ihya' secara adil.

Kata Ibn Jawzi di dalam Ithaf as-Saadah:

"Hari itu hari Isnin. Dia (al-Ghazzali) bangkit pada waktu Subuh, berwudhu' dan menunaikan sembahyang subuh. Kemudian dia meminta supaya dibawakan kepadanya kain kapan beliau. Sambil mengambilnya, dia mencium kain kapan itu serta meletakkannya pada mata beliau lalu berkata, "saya tunduk kepada perintah Tuhanku". Kemudian beliau berbaring sambil mengadapkan mukanya ke arah Qiblat dengan meregangkan kakinya. Apabila orang ramai memeriksanya, al-Ghazzali sudah meninggal dunia".

Terhambur air mata saya di suatu subuh yang hening. Semoga al-Ghazzali ditempatkan Allah di makam yang mulia dan terpuji, bersama-sama ulama Islam yang lain, yang telah mewakafkan hidup mereka membimbing umat dan meneruskan misi Nubuwwah Rasulullah SAW.

Berhari-hari saya tersenyum sendirian kerana Tuhan telah membantu saya untuk mengenali al-Ghazzali. Ketika di usia 20, saya dapat menyelesaikan pandangan saya terhadap khalifah Islam terakhir iaitu Sultan Abdul Hamid II dan di usia 30, saya diizinkan Allah mengenali, menghargai dan menghormati Imam al-Ghazzali.

Walaupun maklumat saya tidaklah seberapa dan artikel saya di dalam Majalah I itu belumlah tentu dapat menutup mulut Astora Jabat atau benar-benar cukup untuk mempertahankan al-Ghazzali dari serangan Islam Liberal di Malaysia ini, namun sedikit sebanyak saya sudah cukup gembira mengenali al-Ghazzali. Saya benar-benar sudah dapat merasakan kehebatan al-Ghazzali dan saya mahu segera pulang ke Ipoh untuk ke pusara arwah Abah. Akan saya nyatakan di pusaranya, "Abah, Imam Ghazzali yang menulis kitab Ihya dulu, memang hebat!"

Akhirnya kutemui al-Ghazzali....


@ABU SAIF

Cheras, Kuala Lumpur
31 Ogos 2005




saifulislam online 1425H / 2004M

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=29527&postdays=0&postorder=asc&start=30&sid=530523a99618919ea4a49945b93d9b0f


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 23-01-06 21:14


*Imam al-Ghazali pada akhir hayatnya kembali kepada Sunni*

Imam al-Ghazali atau nama penuhnya Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Ahmad al-Thusi lahir di Thus (450H), dianggap sebagai tokoh dari kalangan
tokoh-tokoh Sufi. Beliau telah mengasaskan kaedah-kaedah dan
ilmu-ilmu Tasauf didalam buku-bukunya, terutama sekali kitabnya Ihya'
Ulumiddin (The Revival of Religion Sciences). al-Ghazali dikenali
dikalangan
para-para ilmuan sebagai Hujjatul Islam, dimana ilmu Tasauf menjadi
hujah
beliau didalam perbincangan kesufian.

Kehidupan kelilmuan Imam al-Ghazali melalui pelbagai peringkat. Bermula
dari falsafah, dimana beliau telah keluar darinya, dan menjawabnya
kembali.
Beliau telah mengkrtitik ajaran Batiniyah, dan menjelaskan
kebatilannya
didalam dogma dan nas-nas yang telah di manipulasikan.

Al-Ghazali telah menyaksikan kepincangan yang berlaku didalam tahap
pembentukan ilmu kalam, falsafah, batiniyah dan kesufian, dimana
sebahagian
dari ajaran tersebut telah menyimpang dari ajaran sunnah Nabi :saw dan
al-Quran.

Tahap yang terpenting didalam kelimuan Imam al-Ghazali adalah didalam
bidang
Manhaj Ta'wil. Beliau telah meningkatkan kritikan kepada ahli ilmu
kalam dan
pengikut-pengikut mereka, dimana beliau sendiri pada masa itu berada
pada
peringkat kesufian yang mendalam. Ini berlaku pada tahap sebelum
kematiannya. Beliau mengutuk keras kaedah ta'wil didalam ilmu Kalam dan
mengatakan bahawa itu semua adalah bid'ah mazmumah dan bertentangan
dengan
pendirian Salaf. Kritikan ini boleh didapati didalam karangan
akhir-akhir
beliau (ÅäÌÇå ÇäÙèÇå Ùæ Ùäå ÇäãäÇå) 'iljam al-awwaam 'an ilmil Kalam'
(masa
96, 107-108).

Pada peringkat akhir hayat beliau, aliran salaf merupakan pegangannya.
Katanya : (*ÇäÍâ åÐçààÈ ÇäÓààäᬠèÃæ åæ ÎÇäáçå áê Ðäã çè åÈÊàààÏÙ*)
'Yang
benar adalah Mazhab Salaf, dan mereka yang menyanggahi mereka adalah
ahli
Bid'ah' ('iljam al-awwaam 'an ilmil Kalam, masa. 62)

Didalam Tabaqaat al-Subki (4/110) ada menjelaskan bahawa al-Ghazali
melalui
peringkat ketidak stabilan pada awalnya dan keadaan menjadi lebih jelas
pada
peringkat akhir hayatnya. Telah diriwayatkan bahawa beliau pada akhir
hayatnya kembali kepada hadith-hadith sahih, dimana beliau sendiri
mempelajari dan menghafal kitab sahih Bukhari dan sahin Muslim.
Dikatakan
pada penghujung penghidupannya, beliau telah mendengar Sahih
al-Bukhari
dari Abu Sahl Muhammad Abdul Hafsi, dan sunnan Abu Daud dari Qadhi Abu
al-Fath al-Haakimi al-Thusi.

Diceritakan oleh murid beliau, Abdul Ghaafur al-Farisi mengenai tahap
akhir
penghidupan gurunya : pada peringkat akhir beliau telah menunjukkan
minat
yang mendalam berkenaan hadith al-Mustafa (Hadith Nabi :saw) dan
mentelaah
Sahih Bukhari dan Muslim.
Menurut Ibn Kathir : (pada hari hayat) dia telah pulang ke negerinya
Thusi
dan tinggal disana, membentuk perhubungan, mengadakan rumah yang baik,
menanam tanan-tanama di kebun yang indah, membaca al-Quran dan
menghafal
hadith-hadith sahih..... dikatakan pada akhir hayatnya, beliau lebih
cenderung kepada mendengar hadith-hadith al-Bukhari dan Muslim dan
menghafalmnya. (al-Bidaayah wa al-Nihaayah 12/174).

Syeikh Ibn Taimiyah rh. menyatakan bahawa al-Ghazali pada akhir
hayatnya
telah kembali berpegang kepada Ahl Sunnah wa al-Jamaa'ah. Beliau telah
mengkhususkan kepada al-Quram dan Sunnah, dan beliau mengkritik ilmu
kalam
dan cabang-cabangnya. al-Ghazali menasihatkan ummah untuk kembali
kepada
kitab Allah dan Sunna Rasulullah :saw, dan mengamalkan apa yang mereka
amalkan, sebagaimana juga jalan para sahabat. (Majmu' Fataawa, 4/71)

Kata Ibn Taimiyah : (*èÅæ ãÇæ ÈÙÏ Ðäã ÑÌÙ Åäé ×ÑêâÉ Ãçä ÇäÍÏêË èÕæá
ÅäÌÇå
ÇäÙèÇå Ùæ Ùäå ÇäãäÇå* ) 'Selepas itu beliau telah kembali ke jalan Ahli
hadith, dan telah menulis kitab iljam al-awwaam 'an ilmil Kalam'
(Majmu'
Fataawa, 4/72).

Diantara intipati penting buku al-Ghazali yang berjudul iljam al-awwaam
adalah:
- beliau mendakwa bahwa mazhab yang sebenar adalah Mazhab para Salaf
kerana
is merupakan Mazhab para Sahabat dan Tabien.
- mengkritik ahli-ahli kalam yang menta'wil sifat Allah swt didalam
proses
memurniakan ilmu kalam.

Bagi mereka yang ingin memuat-turun (download) buku al-Ghazali ini,
bolehlah
mendapatkannya di link berikut ini :-

*ÅäÌÇå ÇäÙèÇå Ùæ Ùäå ÇäãäÇå - iljam al-awwaam 'an ilmil Kalam*
url : http://www.ghazali.orang/works/iljam.pdf

Sekian, wassalam

Adaptasi dari artikel :* **ÙèÏÉ ÃÈè ÍÇåÏ ÇäÚÒÇäê Åäé ÇäÓæÉ* - *'Audah
Abu
Haamid al-Ghazaalii ila al-Sunnah*. URL :
http://www.saaid.net/feraq/el3aedoon/25.htm


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.054131 saat. Lajunya....