Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 29-01-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
kita boleh menyimpan kenangan dlm kehidupan, tetapi tidak boleh jadikan kenangan sebagai kehidupan...
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Lin8402
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13719

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 14
Ahli: 0
Jumlah: 14




  Dari Galeri
ini mase ana kecik2 lagik..

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 4 hari yang lalu


Petua Berharga
Topik: Petua Jerawat


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Petua Berharga
    »» Petua Jerawat

Please Mendaftar To Post


Oleh Petua Jerawat

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-12-05 23:10


Petua 1

Campurkan air limau nipis dengan satu sudu minyak masak . Sebelum tidur , sapukan campuran tadi ke seluruh muka anda. Sekiranya anda merasa pedih , itu hanya sementara . Esoknya , ambil beberapa keping asam gelugur (asam keping) dan rendam dalam air panas . Setelah sejuk atau suam , basuhlah muka anda dengan air itu . Ambil asam dan gosokkan ke seluruh muka anda . Kuatkan gosokan anda pada tempat -tempat yang berparut. Bairkan beberapa minit , kemudian basuh dengan air biasa. Insya-Allah , muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Petua 2

Campurkan beberapa sudu tepung ubi kayu dengan air asam jawa . Kemudian sapukan ke muka anda . Amalkan setiap masa seperti anda menggunakan bedak sejuk . hasilnya , muka anda akan bertambah cerah dan lembut serta tidak berjerawat lagi.

Petua 3

Giling beras dan daun ini sehingga lumat. Bulatkan adunan tersebut sebesar duit lima sen dan jemur sehingga kering . Apabila hendak menggunakannya , titis sedikit air limau nipis dan sapu pada muka menggunakan belahan ubi kentang .

Petua 4

Ambil 3 jenis akar kayu iaitu akar bunga melur , akar bunga cina dan akar kitam guri serta seketul kemenyan . Jika sukar mendapatkan ketiga-tiga akar ini , memadailah dengan dua jenis sahaja . Semua akar ini diasah di buntut pasu dengan sedikit air . Sapukan ke muka sebagai bedak sejuk . Jika anda suka , boleh juga dicampurkan dengan bedak sejuk atau dengan lendir daun lidah buaya . Selain diasah , ia boleh juga dikeringkan kesemua akar itu dan dikisar bersama kemenyan tadi .

Petua 5

Parut temu lawak mengikut keperluan , kemudian campurkan dengan sedikit gula melaka . Ambil 3/4 suku gelas air masak dan campurkan dengan sedikit asam jawa dan 3 biji bawang merah yang ditumbuk lumat . Bancuh kesemua bahan tadi sehingga sebati , kemudian tapis . Minumlah airnya beberap kali , kemudian barulah dirawat kulit muka anda dengan petua lain yang telah diberikan .

Petua 6

Ambil sedikit asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup . Tumbuk kunyit itu dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air . Setelah campuran itu sebati , sapu ratakan ke seluruh muka anda . Biarkan kira-kira 20 minit . Kemudian ketika anda mandi , basuhlah dengan bersih . Jika selalu diamalkan , muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus .

Petua 7

Parut jagung muda dan sapukan ke muka anda . Biarkan beberapa minit kemudian basuh hingga bersih . Selepas itu , sapukan lagi muka dengan jagung muda tadi . Kali ini biarkan hingga ke hari esoknya .

Petua 8

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .

Petua 9

Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Petua 10

Giling sedikit ibu kunyit , daun pegaga , pucuk daun asam jawa , beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam . Apabila halus , bulat-bulatkan dan jemur sehingga kering . Jika hendak digunakan , hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur supaya liang roma kulit muka tidak ditutupi sebarang lapisan .

Petua 11

Tumbuk lumat rumput gelang sambal yang dibersihkan dengan air hujan dan dicampurkan dengan tepung beras sehingga sebati serta keringkan . Ia boleh dibuat bedak . Bersihkan kulit muka sebelum memakai bedak ini . Buat begini setiap pagi dan malam . Kesannya tentu memuaskan hati anda . Insya-Allah .

Petua 12

Amalkan memakai bedak sejuk dicampurkan dengan daun bunga tanjung yang ditumbuk lumat bersama sedikit kapur . Kacau semua bahan ini sehingga sebati kemudian sapukan ke muka setiap malam sebelum tidur . Jika selalu diamalkan jerawat akan kering dan pupus .

Petua 13

Ambil segenggam pucuk jambu batu dan uparkan (seperti menggulung) di tapak tangan . Selepas itu , gosokkan ke muka hingga ke leher . Biarkan beberapa minit supaya kering di muka . Kemudian basuhlah dengan air sejuk dan bolehlah anda mandi (jika mahu) .

Petua 14

Jerawat sering menimbulkan banyak masalah kulit terutama pada kulit muka. Jeragat pula kalau tak dijaga boleh merebak dan menampakkan kulit kita menjadi hitam. Kedua-dua perkara ini boleh menyebabkan resdung yang teruk. Kita atasi masalah ini dengan mengurang/membersihkan jerawat. Ambil sedikit daun penggaga tumbuk sehingga lumat kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Bedak sejuk yang elok dibeli dari Langkawi buatan pribumi itu sendiri. Memang baik dan berkualiti. Kemudian pakaikan pada seluruh muka. Anda duduk senyap2 dan jangan bercakap. Anda akan rasakan kulit muka anda menjadi tegang. Kalau yang tempat ada jerawat ianya akan menjadi kering. Lebih kurang 30minit cuci dengan air suam. Lihatlah kesannya muka akan berasa licin dan bersih. Jeragat pula akan hilang sedikit demi sedikit akbit kesan dari penggunaan daun penggaga itu. Lakukan
3x seminggu insyaAllah muka anda tidak akan ada masalah lagi.

Petua 15

Gunakan uncang Teh -Teh herba memang baik untuk kesihatan. Selepas kita minum air rendaman teh ini, uncang nya jangan dibuang. -Ambil uncang teh ini, pastikan kelembapannya tidak terlalu berair dan tekapkan ke jerawat. -Biarkan lebih kurang 10 minit, kemudian basuh lah muka tu. -Amalkan sebelum tidur dan InsyaAllah, bila bangun dari tidur kita akan dapat melihat kesannya di mana jerawat ini akan kecut dan jika diamalkan selalu, jerawat akan hilang. InsyaAllah....


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

istisafa
::TIMBALAN PRESIDEN::
Menyertai: 01.10.2003
Ahli No: 2561
Posting: 842
Dari: selangor

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-12-05 21:31


terima kasih shida.. macam macam petua boleh diikuti.. bahan bahannya pun ada yang senang ada jugak yang susah nak cari, terpulang pada antum semua, rajin atau tidak.. :)


Bookmark and Share




  Member Information For istisafaProfil   Hantar PM kepada istisafa   Pergi ke istisafa's Website   Quote dan BalasQuote

Nur_Iman_Islami
WARGA RASMI
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 6032
Posting: 12
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 29-12-05 23:36


uihhh rumitnye hehe

saya guna gel gamat saja :-)


Bookmark and Share




  Member Information For Nur_Iman_IslamiProfil   Hantar PM kepada Nur_Iman_Islami   Quote dan BalasQuote

QistinaHumaira
WARGA RASMI
Menyertai: 16.01.2006
Ahli No: 6215
Posting: 7
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 12:58


info yang bagus :-)


Bookmark and Share




  Member Information For QistinaHumairaProfil   Hantar PM kepada QistinaHumaira   Quote dan BalasQuote

alin1605
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 24.07.2003
Ahli No: 2072
Posting: 190
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 17-01-06 14:28


assalamualaikum wbt...

petua ni amat berguna untuk kita sebagai muslimah...


Bookmark and Share




  Member Information For alin1605Profil   Hantar PM kepada alin1605   Quote dan BalasQuote

itayrah
WARGA RASMI
Menyertai: 20.01.2006
Ahli No: 6228
Posting: 18
Dari: United Kingdom

uk  


posticon Posting pada: 21-01-06 16:52


sesuai untuk semua jenis kulit ke ni simpLe_sHida? kalau meletup kulit i, siap u.. heheh.. gurau juga.


Bookmark and Share




  Member Information For itayrahProfil   Hantar PM kepada itayrah   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 21-01-06 19:04


!!! QUOTE !!!

sesuai untuk semua jenis kulit ke ni simpLe_sHida? kalau meletup kulit i, siap u.. heheh.. gurau juga.


hihi..sesuai ke.. untuk semua kulit..?? :roll:
rasanya.. semua jenis kulit boleh..
except kulit buku tak boleh laa..hehehhe.. :lol: :lol:

ana punn xpenah cuba mana-mana petua tu..
cuma berkongsi info..
so.. cuba laa antum cuba.. tapi jangan laaa terlebih ramuan..
atau terkurang..hihi.. :-di :-di


selamat mencuba..
Kalau sesiapa dah cuba.. berkesan.. bolehlaa kongsi bersama..
ewah.. macam nak buka salon muka pulak...hihii.. :-P :-P


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

husna_nasiha
WARGA RASMI
Menyertai: 02.02.2006
Ahli No: 6257
Posting: 2
Dari: UPM

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-02-06 00:01


Hmmm...ana dah pernah cuba guna air asam jawa dan tepung tu..tapi tepung jagung la..Alhamdulillah..jerawat mudah hilang..tapi muka tak lah putih-putih pun..silap tepung agaknya..


Bookmark and Share




  Member Information For husna_nasihaProfil   Hantar PM kepada husna_nasiha   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-02-06 12:44


hihi.. silap tepung ek..
cuba .. try..test tepung cap adabi..
hihi.. ups memain saja..

em.. dolu pernah juga try.. guna tepung gndumg saja..+ asam jawa
jadi macam tegang saja.. tak boleh nak gelak.. apetah lagi senyum..
hihi.. tapi buat masa nak tidur la..

hihi.. hihi..hihi.. ^-^


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

kegembiraanygmulia
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 6497
Posting: 85
Dari: di atas bumi Allah s.w.t

japan   avatar


posticon Posting pada: 15-04-06 22:38


hehehe...ana mengalami sedikit masalah pimples...tapi biaselah kan remaja...tapi bknla jerawat batu...jauh sekali...yang macam kecik2 saja...anyway,,ana memang suka ikut petua2 natural ini...tak guna bhn kimia pun...terima kasih...good info!=)


Bookmark and Share




  Member Information For kegembiraanygmuliaProfil   Hantar PM kepada kegembiraanygmulia   Quote dan BalasQuote

kasihsayang
WARGA RASMI
Menyertai: 12.04.2006
Ahli No: 6525
Posting: 19
Dari: Kangar, Perlis

Perlis   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 12:34


Asssalamualaikum...terima kasih ye shida...rasa nak trylah...


Bookmark and Share




  Member Information For kasihsayangProfil   Hantar PM kepada kasihsayang   Quote dan BalasQuote

honey_nurhaliza
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 643
Posting: 146
Dari: Malacca Historical Place

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 16-04-06 12:56


assalamualaikum...nak jugak bagi petua...dulu masa sek men dulu pun...ana banyak juga jerawat kecik2 kat dahi...pastuh ada kawan bagi la petua bagaimana nak ilangkan....ana pakai asam jawa tepek2 kan kat muka...buat macam masker la...pakai tiap2 malam...tak pun seminggu sekali ke...cuba la...pastuh lelama jerawat dah berkurangan....selamat mencuba!!


Bookmark and Share




  Member Information For honey_nurhalizaProfil   Hantar PM kepada honey_nurhaliza   Quote dan BalasQuote

kakngah78
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 22.03.2006
Ahli No: 6432
Posting: 37
Dari: Shah Alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-09-06 09:10


petua asam jawa dengan tepung ubi tu boleh ganti masker jugak..yelah daripada membazir beli masker yang entah apa-apa tu lebih baik buat sendiri..jimat pun ye!!
Terima kasih shida...
P/S: balik rumah nanti nak trylah......


Bookmark and Share




  Member Information For kakngah78Profil   Hantar PM kepada kakngah78   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-09-06 19:54


!!! QUOTE !!!

Asssalamualaikum...terima kasih ye shida...rasa nak trylah...


!!! QUOTE !!!

Terima kasih shida...


ye..ye.. kasih kembali... :lol: :lol: :-di
semuge berjaya dengan jayanye..hihihi.. :-di :-di

!!! QUOTE !!!

ana pakai asam jawa tepek2 kan kat muka...buat macam masker la...pakai tiap2 malam..

ila honey_nurhaliza..letak asam jawa saja ek..??
em.. boleh juga cuba tu..
insyallah.. ada maklum balas nanti ana khabarkan..ehhe..

syukran.. :roll: :lol:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 04-10-06 12:52


Yang mana yang paling mudah dan ringkas ye. Ramai yang try tepung + asam jawa ye. Kulit ana pula sebab selalu selsema jadi sensitif dan mudah luka, kesannya tinggal bekas kecil2. Cemana ye


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 04-10-06 20:26


!!! QUOTE !!!

Yang mana yang paling mudah dan ringkas ye. Ramai yang try tepung + asam jawa ye. Kulit ana pula sebab selalu selsema jadi sensitif dan mudah luka, kesannya tinggal bekas kecil2. Cemana ye



em.. :roll: kulit hanan nampak licinn saja..hehe..
sensitif...em.. bagaimana pulak nak tebalkan kulit ek..?? :roll:

maybe.. hanan boleh cuba..
petua yang agak lembut lagi.. :lol:

Petua 8

Basuh muka dengan air suam , kemudian gosoklah muka dengan tomato masak . Biarkan ia kering sendiri . Selepas itu bilas muka anda dengan air suam .

Petua 9

Ambil air didihan nasi yang pekat dan sapukan ke seluruh muka . Biarkan kering dan jangan menggerak-gerakkan muka . Apabila kering , bilas dengan air bersih atau jika ingin cepat berkesan , bilas dengan air suam . Jika diamalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut , anda akan lihat kesannya. Kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut..

sekian sahaja dari simple-shida..
hehe... ana bukan pakar kosmetik ek..
cuma menyebarkan maklumat yang dapat..ehhee.. :-di
wallahua'alam..


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

Nur_Iman_Islami
WARGA RASMI
Menyertai: 08.12.2005
Ahli No: 6032
Posting: 12
Dari: Batu Pahat,Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-10-06 12:06


nak guna cara2 ni sebenarnya lama nak dapat hasilnya kan..

so apapun kena sabar,hehe ana ni jenis tak sabar sebab dulu muka ok mula tahun ke2 kat U naik sket2.orang kata sebab air kat utara ni kotoq tak tahulah den

sekarang guna natasya alhamdulillah xperlu lama2 memang nampak hasilnya xsampai sebulan..

jerawat yang dulu hari2 mesti ada paling tidak 2 3 biji atas muka ni sekarang dah tak naik lagi dah kecuali time period saja

cerah pun cerah juga..tapi xharapkan untuk cerah pun sebab muka ana pun tak lah 'malam' sangat hehe

tapi sekarang ni rmi kawan tego muka macam glowing2.

apapun alhamdulillah..syukur pada Tuhan akhirnya berjaya juga saya jumpa dengan produk yang membantu..

siapa nak mencuba bolehla :)


Bookmark and Share




  Member Information For Nur_Iman_IslamiProfil   Hantar PM kepada Nur_Iman_Islami   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.077866 saat. Lajunya....