Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 07-04-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Jangan biarkan apa yang tidak boleh anda lakukan mempengaruhi apa yang boleh anda lakukan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Laurenjoy
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13724

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 26
Ahli: 0
Jumlah: 26




  Dari Galeri
Ukhuwwah Fillah mahabbah warahhamah mardhatillah

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 4 hari yang lalu
Laurenjoy: 32 hari yang lalu
jackurban: 33 hari yang lalu
porkalwais: 33 hari yang lalu


Al-Quran dan Hadis
Topik: berpuasa tetapi tidak menutup aurat


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Al-Quran dan Hadis
    »» berpuasa tetapi tidak menutup aurat

Please Mendaftar To Post


Oleh berpuasa tetapi tidak menutup aurat

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 01-10-05 11:43


Berpuasa Tetapi Tidak Menutup Aurat.






Salah seorang rakan muslimah saya bersolat dan berpuasa dengan lengkap akan tetapi dia tidak memakai tudung kepala untuk menutup aurat. Adakah solat dan puasanya sah dan diterima syari‘at ?



Jawapan HF:



Wa’alaikumussalam,



Hal ini bergantung kepada faktor yang menyebabkan seseorang itu tidak memakai tudung. Di sini terdapat dua faktor:



Dia menyakini dan menerima hukum memakai tudung adalah wajib sebagaimana firman Allah dalam surah al-Nur 24:31 akan tetapi faktor kelemahan taqwa dan kerendahan jatidiri menghalangnya untuk memakai tudung. Bagi orang seperti ini solat dan puasanya tetap sah dan diterima. Sikapnya tidak memakai tudung hanya mengurangkan kesempurnaan Islamnya.



Dalam kes ini hendaklah seseorang itu menguatkan taqwa dan jatidirinya agar menepati perintah Allah s.w.t. untuk berpegang kepada syari‘at Islam secara keseluruhannya dan berwaspada terhadap pengaruh negatif syaitan ke atasnya. Firman Allah: Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Antara caranya ialah sentiasa berdoa memohon kekuatan kepada Allah dan perlindungan daripada gangguan syaitan. Selain itu hendaklah dia melazimkan diri bergaul dengan para muslimah yang menutup auratnya kerana hal ini akan membantu dirinya menepati perintah-perintah syari‘at.



Langkah-langkah di atas hendaklah dilakukan dengan segera kerana menangguhkannya hanya akan membawa kemudaratan yang lebih besar. Firman Allah: Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al Kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. Dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.



Dia tidak memakai tudung kerana tidak meyakini dan tidak menerima ia sebagai salah satu kewajipan agama. Kes ini secara terperinci terbahagi kepada dua:



Secara tidak sengaja telah terkeliru dengan pelbagai tulisan dan dakwah yang diberikan oleh para anti hadis, modernis dan aliran-aliran lain yang menyanggahi syari‘at asli al-Qur’an dan al-Sunnah. Maka dalam kes seperti ini hukuman ditangguhkan ke atasnya sehinggalah disampaikan kepadanya hujah syari‘at yang benar melalui kaedah yang jelas lagi difahami. Firman Allah: Dan Kami tidak akan mengazab (seseorang) sebelum Kami mengutus seorang Rasul. Ertinya Allah tidak akan menghukum seseorang sehingga sampai kepadanya syari‘at Islam yang dibawa oleh Rasulullah (s.a.w.). Setelah itu Allah berfirman: Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Ertinya syari‘at yang disampaikan tersebut hendaklah dalam bahasa yang dapat difahami secara jelas.



Seseorang yang terkeliru sebagaimana dalam kes di atas tetap diterima solat dan puasanya. Namun diwaktu yang sama hendaklah diusahakan sekuat mampu agar dia memerima dan memahami syari‘at Islam secara benar dan jelas dalam hal ini. Jika telah diusahakan dan masih menolaknya maka termasuklah dia dalam kategori berikut ini:



Telah menerima hujah syari‘at yang benar dan memahaminya secara jelas tanpa ragu akan tetapi dia tetap menolak kewajipannya. Para ilmuan Islam memiliki dua pendapat dalam kes seperti ini:



Pertama: Orang tersebut dianggap telah kafir kepada hukum Allah dan terkeluar daripada syari‘at Islam. Solat dan puasanya tidak diterima dan wajib dijatuhkan hukuman hudud ke atasnya.



Kedua: Orang tersebut dianggap telah berdosa besar dan akan diazab di dalam neraka. Akan tetapi dia tidak dianggap kafir dan tidak terkeluar dari syari‘at Islam selagi dia masih mentauhidkan Allah dengan dua kalimah syahadah, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Namun jika dia bertindak menyebar-luaskan fahaman menolak hukum memakai tudung maka wajib dijatuhkan ke atasnya hukuman hudud bagi mengelak fitnah ke atas orang ramai.



Walaubagaimanapun ingin diingatkan bahawa penentu antara hukuman pertama dan kedua di atas terletak di bawah penilaian para Mufti, Hakim dan Qadhi. Tugas yang diwajibkan ke atas kita adalah mendakwah dan bukannya menghukum. Maka hendaklah kita memberi tumpuan untuk menyampaikan dakwah secara efektif dan berhikmah agar sampai kepada seseorang itu hujah yang benar. Usaha dakwah ini tidak boleh memiliki titik noktah, ia harus berterusan sehinggalah setiap orang menerima hukum Allah secara keseluruhannya.


--------------------------------------------------------------------------------

Maksud surah al-Baqarah (2): 208

Maksud surah al-Hadid (57): 16

Maksud surah al-Isra’ (17): 15

Maksud surah Ibrahim (14): 04


http://al-firdaus.com/index.php?module=ContentExpress&func=display&btitle=CE&mid=&ceid=73


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.054867 saat. Lajunya....