Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-02-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Apa saja yang anda fikirkan mengenai diri anda adalah betul. Jika anda fikirkan anda boleh atau tak boleh, kedua-duanya memang betul

-- Henry Ford

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: citey
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13721

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 7
Ahli: 0
Jumlah: 7




  Dari Galeri
salam ukhuwah dari saya......

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 5 jam, 55 minit yang lalu
nishazainal: 8 hari yang lalu
sarahhanee: 13 hari yang lalu


Lihatlah Diriku
Topik: BiBir Wanita...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Lihatlah Diriku
    »» BiBir Wanita...

Please Mendaftar To Post


Oleh BiBir Wanita...

si_comel
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-08-05 19:41


RAHSIA BIBIR WANITA

Description:
Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.

Bibir segar dan kemerahan
Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)
Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.

Bibir yang tipis
Tipis bukan beerti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalani kehidupannya.

Bibir yang mungil
Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka
Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

Wallahua'laam....


Bookmark and Share




  Member Information For si_comelProfil   Hantar PM kepada si_comel   Quote dan BalasQuote

ummu_sholehah
WARGA RASMI
Menyertai: 04.07.2005
Ahli No: 5444
Posting: 2

egypt   avatar


posticon Posting pada: 05-09-05 18:27


assalamu'alaikum...

bukankah RAHSIA BIBIR WANITA umpama telek-menelek...ada unsur syirik... hati-hati bila mendapat khabar atau bacaan seperti ini.. antara lain, horoscope , love luck dan sebaginya ... berpeganglah pada AlQuran Alkarim dan AsSunnah
' laa tusyriki billah abadan! '

wallahu ta'aala a'lam . .

.: hambaNya yang lemah :.


Bookmark and Share




  Member Information For ummu_sholehahProfil   Hantar PM kepada ummu_sholehah   Quote dan BalasQuote

si_comel
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 22.12.2004
Ahli No: 4727
Posting: 185
Dari: putrajaya

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 06-09-05 15:02


memang benar...tapi ini bukan untuk dipercayai..hanya sekadar tuk pengetuan


Bookmark and Share




  Member Information For si_comelProfil   Hantar PM kepada si_comel   Quote dan BalasQuote

naj_jieha
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.12.2005
Ahli No: 6124
Posting: 88
Dari: di hadapan komputer

japan  


posticon Posting pada: 17-04-06 11:57


eee tergelak ana bila membacanya...


Bookmark and Share




  Member Information For naj_jiehaProfil   Hantar PM kepada naj_jieha   Quote dan BalasQuote

kegembiraanygmulia
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 07.04.2006
Ahli No: 6497
Posting: 85
Dari: di atas bumi Allah s.w.t

japan   avatar


posticon Posting pada: 23-04-06 14:20


macam-macam...


Bookmark and Share




  Member Information For kegembiraanygmuliaProfil   Hantar PM kepada kegembiraanygmulia   Quote dan BalasQuote

fayyzah
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 07.12.2005
Ahli No: 6029
Posting: 155
Dari: Johor-HomeSweet Home-Depan PC

japan  


posticon Posting pada: 23-04-06 16:29


Hmm, apa-apa saja. Susah nak tafsirkan ana punya yang mana. Mngkin kawan-kaan ana boleh lah. Ye dok, najihah, farhana?


Bookmark and Share




  Member Information For fayyzahProfil   Hantar PM kepada fayyzah   Pergi ke fayyzah's Website   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 21-06-06 00:49


info ni 'bias'...macam mempertikaikn kejadian Allah..
sory cik yang posting...:)


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

cahayaimani
WARGA RASMI
Menyertai: 04.07.2006
Ahli No: 6710
Posting: 14
Dari: aloR stAr

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 07-07-06 10:06


saya ada tonoton rancangan bersama doktor fadhilah kamsah...
mengikut kajian dia orang yang berbibir nipis suka berterus terang....kekadang laser..
kalau mulut tebal dia cakap dengan berhikmah...rasulullah s.w.t mulut tebal


Bookmark and Share




  Member Information For cahayaimaniProfil   Hantar PM kepada cahayaimani   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.067223 saat. Lajunya....