Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 26-02-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: citey
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13721

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 16
Ahli: 0
Jumlah: 16




  Dari Galeri
erm.. perkenalkan... ni lah ana.. ismi_atikah.. :)

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 6 jam, 43 minit yang lalu
nishazainal: 8 hari yang lalu
sarahhanee: 13 hari yang lalu


Lihatlah Diriku
Topik: Misteri Hebatnya makna CANTIK


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Lihatlah Diriku
    »» Misteri Hebatnya makna CANTIK

Please Mendaftar To Post


Oleh Misteri Hebatnya makna CANTIK

Dla
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 3766
Posting: 74
Dari: alam Cyber

Johor   avatar


posticon Posting pada: 14-08-04 14:07


----- Original Message -----
From: [Saujana-ku] [email protected]

MISTERI DAN HEBATNYA MAKNA CANTIK


Usah terkejut kalau ada orang melahirkan rasa hatinya pada anda, sedangkan anda merasakan tiada apa-apa istimewanya anda. Begitulah hebat dan misterinya kehidupan. Ukuran manusia tentang kecantikan dan ketampanan memang tidak pernah sama. Ada orang mabuk dengan seseorang sedangkan menurut pandangan orang lain, wajah semacam itu tidak patut dimabuk-mabukkan. Misterinya suara hati memang sukar dibaca. Tidak ada sebarang alat untuk mengukur makna cantik atau tampan pada seseorang. Ukuran cantik atau tampan ini sentiasa berlainan antara seseorang dengan seorang yang lain.

Maka itu, usah hairan jika seseorang wanita dinobatkan sebagai ratu dunia, padahal ramai lagi wanita di pejabat kita yang kita rasakan mengatasi kecantikan ratu itu. Begitu juga, mungkin ada wanita di kampung kita, kita rasakan lebih cantik daripada para model yang popular. Sebab apa? Sebab persepsi kecantikan tidak pernah sama antara manusia. Ada orang anggap hidung yang sedikit mancung sebagai cantik, ada orang tidak. Ada orang rambut yang mengurai sebagai cantik, ada orang menganggap rambut yang ditutup sebagai kecantikan yang mengatasi. Ada orang menganggap putih melepak itu sebagai cantik ada orang suka yang hitam.

Ada orang mentafsirkan kecantikan itu mata yang bundar tetapi ada orang merasakan yang sepet seperti Jepun atau Cina itu yang lebih menawan.Ada orang menganggap bibir yang nipis itu cantik tetapi ada juga orang yang mengatakan bibir tebal lebih mengancam.

Di sebuah kawasan terpencil di utara Thailand, terdapat sekelompok manusia yang mentafsirkan cantik itu leher yang jinjang. Maka, para wanita memakai besi lilit di leher untuk memanjangkan leher masing-masing. Alangkah seksanya untuk menjadi cantik menurut penilaian masyarakat ini.

Begitu juga di sebuah penempatan di Afrika, cantik ditafsirkan mulut yang lebar. Semakin lebar mulut semakin cantiklah mengikut ukuran kelompok ini. Maka para lelaki dan para wanitanya memakai piring besi berbentuk bulat di mulut. Piring ini ditukar kepada yang lebih besar dari semasa ke semasa.

Begitulah misteri dan luasnya makna cantik dan tampan. Jadi, usah terlalu susah hati jika anda merasakan anda tidak begitu menarik. Anda tetap cantik di mata orang yang mentafsirkan kecantikan itu bukan sekadar wajah tetapi mungkin keseluruhan anda. Ini termasuklah gaya jalan anda, cara nada bertutur, pendirian serta sikap anda terhadap sesuatu perkara.

Jika anda belum mendapat teman bukan cantik masalahnya, cuma anda belum bertemu dengan orang yang mentafsirkan cantik itu menurut apa-apa kelebihan yang ada pada diri anda.

Sebenarnya tiada manusia yang buruk, lantaran setiap daripada kita ini dicipta oleh Tuhan yang Maha Bijaksana. Masakan ciptaan Tuhan itu tidak cantik, malah dalam islam kecantikan bukan terletak pada wajah atau keturunan tetapi apa yang ada di dalam hati. Baik sang hati baiklah seluruh badan, jahat sang hati jahatlah seluruh badan. Agama menilai kecantikan itu iman yang teguh, kukuh dan padu.

Siapa kita untuk mempertikaikan ciptaan-ciptaan TUHAN. Sudah tentu kita tidak layak. Tetapi ramai orang mempertikai TUHAN setiap kali menghadap cermin. Berkacalah tatkala bercermin sebab dengan berkaca cermin akan memberitahu anda apakah anda yang berdiri di situ atau perasaan dan keegoan anda yang menampani.

Siapa anda, anda sendiri yang menentukan. Pandangan manusia semuanya tidak sama. Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.


Andai hidup punca perpisahan,
biarlah mati menyambungnya semula.
Namun seandainya mati punca perpisahan,
biarlah hidup ini membawa erti yang nyata.


Bookmark and Share




  Member Information For DlaProfil   Hantar PM kepada Dla   Quote dan BalasQuote

Hanan
..::PRESIDEN::..
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 2
Posting: 1575
Dari: Sunway City

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 14-08-04 15:03



Kecantikan itu sesuatu yang subjektif. Setiap insan mempunyai pelbagai pandangan tersendiri mengenai kecantikan. Namun, jangan dilupa manusia adalah sebaik2 kejadian yang diciptakan Allah SWT. Syukurilah dengan pemberianNya.

Akhlak mulia kan menjadikan wajah itu sentiasa cantik dipandang..

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For HananProfil   Hantar PM kepada Hanan   Pergi ke Hanan's Website   Quote dan BalasQuote

sesejuksalju
{ SRIKANDI }
Menyertai: 23.09.2003
Ahli No: 2502
Posting: 90
Dari: Ardul Amin

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 16-08-04 11:59




emm..betul kata kak hanan.......
kecantikan itu akan terserlah dgn keindahan akhlak
yg mulia.......


Bookmark and Share




  Member Information For sesejuksaljuProfil   Hantar PM kepada sesejuksalju   Quote dan BalasQuote

PutriKraton
WARGA RASMI
Menyertai: 25.09.2004
Ahli No: 4359
Posting: 19
Dari: Putrajaya/Parit Buntar

Perak   avatar


posticon Posting pada: 29-10-04 10:50


Entahlah kekadang kalau kita tak cantik pun orang lain tak nak kawan dng. kitaaaa?????


Bookmark and Share




  Member Information For PutriKratonProfil   Hantar PM kepada PutriKraton   Quote dan BalasQuote

ana_lia
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 03.08.2004
Ahli No: 4093
Posting: 46
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 31-10-04 11:19



cantik pada rupa tak penting sgt klu akhlaknya teruk.
yg paling penting akhlak...org tengok kepada akhlak baru org respeak.oleh itu dahulukan akhlak baru kita akan menemui kecantikan itu.


Bookmark and Share




  Member Information For ana_liaProfil   Hantar PM kepada ana_lia   Quote dan BalasQuote

deby
WARGA RASMI
Menyertai: 17.01.2005
Ahli No: 4839
Posting: 5
Dari: Tarakan City

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 02-04-05 13:52


Yup.. Bener banget, Kecantikan itu relatif. Biasanya sih tergantung dari subjek si penilai.
So sejelek apapun kamu, anti belum tentu yg terjelek dan secantik apaun anti, anti bukan yg tercantik. Syukuri aja pemberian Allah. Pasti ada hikmah disebalik itu. Setiap manusia pasti memiliki kelebihan dan kekurangan tersendiri. Oc.


Bookmark and Share




  Member Information For debyProfil   Hantar PM kepada deby   Pergi ke deby's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-04-05 00:09


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah kata pepatah orang putih -

'Beauty is in the eyes of the beholder"
(kecantikan itu pada yang menatapnya)

Maka dalam Islam cantik itu bila sejuk mata memandang dan sejuk perut ibu mengandungkannya insyaAllah - yang bertaqwa dan yang soleh dan solehah.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

puteriayahanda
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 26.02.2005
Ahli No: 4996
Posting: 27

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 12-04-05 15:20


..
kecantikan sebenar....

kecantikan wanita bukan terletak pada pakaiannya, bukan juga pada tubuhnya,
kecantikan wanita terdapat pada matanya,cara dia memandang dunia. di matanya terletak gerbang menuju setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.
kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya tetapi kecantikan yang murni terpancar pada jiwanya yang terpancar cahaya nur iman, dengan penuh kasih sayang dan kelembutan. dan kecantikan itu akan terus tumbuh


Bookmark and Share




  Member Information For puteriayahandaProfil   Hantar PM kepada puteriayahanda   Pergi ke puteriayahanda's Website   Quote dan BalasQuote

shemizz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 12.04.2005
Ahli No: 5152
Posting: 49

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 12-04-05 23:00


Quote:

Sejuta yang mengatakan anda tidak indah, sepuluh juta mungkin mengatakan yang sebaliknya. Hanya anda belum bertemu muka dengan yang sepuluh juta itu.

Itu saja yang membezakan.


Peringatan utk diri sendiri


Bookmark and Share




  Member Information For shemizzProfil   Hantar PM kepada shemizz   Quote dan BalasQuote

sweet_srikandi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 23.09.2004
Ahli No: 4340
Posting: 73
Dari: uia

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 17-05-05 12:38


CANTIK ITU TERLALU SUBJEKTIF....

ALLAH SUKA KAN KEINDAHAN...
MANUSIA SUKA KAN KEINDAHAN....
TP ADA JUGA TAK PANDAI NAK JAGA KEBERSIHAN

-----------------
srikandi


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_srikandiProfil   Hantar PM kepada sweet_srikandi   Quote dan BalasQuote

anailzdaf
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 11.06.2005
Ahli No: 5377
Posting: 38
Dari: shah alam

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-06-05 01:14


assalamualaikum,

mempersoalkan tentang CANTIK.. terlalu subjektif..

saya skang study kat germany.. kalau kat mesia, saya rasa bnyk product kecantikan yg berunsurkan whitening.. sampaikan ada student kat sini pelik kalau diorang pegi bercuti ke Asia diorang tgk org Asia sibuk nak jadi 'putih'.. diorang nak berkulit gelap.. kan diorang selalu sun bathing kat pantai2 di mesia kan... di sini pun memang diorang suka berjemur...

bila kat sini dah terlampau kerap sangat tgk omputih, rasa cam kita org Asia lagi cantik dari diorang.. dari segi luaran, itu tafsiran yg pertama..
kalau kita pandang dari sudut yg lain, sepatutnya kita bersyukur, kita dilahirkan Islam, pastu dilahirkan di mesia... sebab ada 'macam2 kaler' manusia kat mesia...

sekurang2nya bila saya kat sini, saya bersyukur sgt2... di dalam kelompok omputih yg ramai kat sini, saya org Asia, yg tak putih, n pakai tudung.. org Turki ramai yg pakai tudung di sini.. tapi obviously muka lain.. selalu saja org Jerman pandang kalau nak ke kelas..

bersemangat rasa nak gi kelas, sebab ada classmate respek saya, dah la pakai tudung.. ada yg penah tgk saya sibuk2 nak solat dlm kelas.. eventhough kelas sepjg hari.. saya amat berharap diorang nampak kecantikan Islam dari saya.. walaupun diri saya ni masih bnyk lagi yg kurangnya..

tapi bila saya kat sini, baru la sedar, sesungguhnya Allah maha kuasa.. segala ciptaan-Nya pasti ada kecantikan yg tersendiri.. cuma kita manusia ni sering alpa yg kita dah memang diciptakan sebagai sebaik2 makhluk di muka bumi ni.. wallahua'lam..


Sesungguhnya yg baik itu dari Allah, yg tak baik tu dari saya sendiri


Bookmark and Share




  Member Information For anailzdafProfil   Hantar PM kepada anailzdaf   Pergi ke anailzdaf's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 16-06-05 18:52


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah cantik itu seperti kata orang putih - beauty is in the eyes of the beholder - kecantikan itu adalah pada yang memandangnya. Jadi jika hati itu nak cari cantik duniawai maka dapatlah dia nampak cantik duniawi saja.

Tetapi sebenarnya biarlah kita sinonimkan cantik itu dengan akhlaq maka barulah kita dapati bahawa cantik itu sebenar-benar cantik.

Kita teliti dengan ilmu yang ada pada diri kita sama ada kita menghargai AKHLAK KAYA atau AKHLAK MISKIN.

Harap anak-anak faham maksud umi ni. Kalau tak faham lagi silalah cari kitab Laa Tahzan (Don't be sad) oleh Dr Aidh Abdullah Al-Qarni.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.06743 saat. Lajunya....