Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
THE MOST IMPORTANT LESSON YOU CAN LEARN FROM WINNING IS THAT YOU CAN...
-- Mutiara Kata

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 30
Ahli: 0
Jumlah: 30




  Dari Galeri
assalamualaikum..salam ukhuwah....
Hilalliqa'

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 12 jam, 36 minit yang lalu


Copy & Paste
Topik: Taqwa Pada Illahi asas kekuatan Ummah


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Taqwa Pada Illahi asas kekuatan Ummah

Please Mendaftar To Post


Oleh Taqwa Pada Illahi asas kekuatan Ummah

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 10-08-04 09:04


DUNIA telah pernah tercengang, kagum dan kehairanan apabila Islam yang baru muncul di bawah pimpinan Muhammad SAW telah dapat menakluki dua empayar raksasa dunia (Rom dan Parsi) dalam tempoh yang amat singkat.

Pada pertengahan kurun ke dua belas Masihi, dunia sekali lagi menjadi kagum dan tercengang. Pada tanggal 3 dan 4hb Julai 1187, tentera Islam di bawah pimpinan Salehuddin Al Ayubi telah mara membebaskan Baitul Maqdis daripada cengkaman penceroboh-penceroboh pehak Nasrani Barat. Tentera Islam telah berjaya menggempur dan merebut kota Hittin yang merupakan kota taklukan tentera salib yang paling kukuh. Peperangan di Hittin ini merupakan satu siri peperangan yang terbesar dalam sejarah dunia. Kerana ia telah mengorbankan 45, 000 orang tentera salib di bawah pimpinan ‘The Guy of Lucing’ penakluk Baitul Maqdis dan ‘Rayland’, pemerintah benteng Karak.

Sebelum mara ke jurusalem dan menakluki kota suci Baitul Maqdis, Salehuddin telah memberhentikan gerakan tenteranya disuatu lapangan yang dikelilingi bukit-bukau dipinggiran lautan Tiberias. Sudah menjadi kebiasaan bagi Salehuddin Al Ayubi, sebelum sesuatu gerakan militari dimulakan, ia akan memeriksa disiplin tenteranya, terutama sekali disiplin menepati waktu sembahyang dalam hubungan Allah dan tidak ketinggalan galakan untuk meningkatkan hubungan dengan manusia

Sewaktu memberi taklimat kepada tentera-tenteranya Salehuddin berkata:

Walaupun Baitul Maqdis ini untuk kita, kerana sesungguhnya ia adalah tempat israknya Nabi kita, tempatnya lahirnya para anbia serta tempat berkumpulnya para malaikat. Dan walaupun menghancurkan tentera salib adalah satu kemestian yang tidak boleh di lengahkan, namun merbut kemenangan itu bukan tujuan utama. Sesungguhnya ini adalah amanah yang mesti ditunaikan.

“Tetapi mendapatkan keredhaan Allah itu adalah perkara pokok. Biarlah keredhaan-Nya adalah matlamat kita sama ada menang atau kalah. Keampunan Allah itu kunci untuk mendaptkan bantuan Allah serta turunnya tentera para malaikat. Keampunan-Nya adalah matlamat kita. Berdiplin dan tepati waktu sembahyang, hubungkan silaraturahim sesama manusia kerana diatasnya turun rahmat Allah. Bersihkan tempat pandangan kasih sayang Allah dengan meletakkan ikhlas itu ditempat jihad kita.”

Setelah mendapat ingatan dan nasihat barulah tentera Islam di bawah pimpinan Salehuddin Al Ayubi menjalankan operasi ketenteraannya. Dalam waktu yang singkat tentera Islam telah berhasil merebut kembali sejumlah kota-kota yang diduduki oleh tentera salib. Diantaranya kota-kota Naplus, Jerico, Ramlah, Caoserea, Arsuf, Jaffa, Bairut dan Ascalon. Hanya beberapa hari sahaja, tentera Islam membuat kepungan di Baitul Maqdis dan menjadikan bukit Zaitun sebagai markas. Akhirnya pada ogos 1190 masehi bersamaan ramadhan 590 hijrah, tentera salib yang berjumlah 6,000 orang dibawah pimpinan Frederick Barbarossa (emperor Jerman), Phlips Augustus (panglima Perancis) dan Richard (Panglima Inggeris) telah menyerah kalah kepada tentera-tentera Islam.

Di iringi gema takbir, tentera-tentera Islam mara kehadapan membebaskan Baitul Maqdis kembali kepangkuan umat Islam. Suara Azan berkumandang kembali setelah hampir satu abad dilenyapkan oleh satu cengkaman penceroboh-penceroboh Nasrani barat. Manakala loceng gereja berhenti berbunyi. Dan turunlah salib emas daripada kubah sakhirah (The Ailing Stone). Berundurlah Panglima tentera salib bersama sebahagian tenteranya yang masih hidup dan menanggung kerugian dan malu yang amat sangat. Ditinggalkan benteng Baitul Maqdis yang telah di duduki selama 90 tahun lebih.

Para perinsik tentera Salib telah memberi laporan hasil tinjaunnya kepada komandan-komandan tentera bersekutunya bahawa kemenangan umat Islam adalah kerana mempunyai kepimpinan yang berperibadi tinggi dan berakhlak mulia. Pemimpin Islam meletakkan kepentingan umum lebih dari segala kepentingan peribadinya. Dia menepati janji, pengasih dan berperi kemanusiaan. Dan amalan hidup mereka adalah secara berkumpulan. Pada waktu malam nya mereka bagaikan pedita-pedita dan siangnya bagaikan singa lapar. Demikianlah pengakuan orang luar Islam terhadap kebenaran pejuang-pejuang Islam.

Bukanlah suatu perkara yang mustahil bahawa dunia sekali lagi akan terjatuh dan bergegar dengan jatuhnya kuasa-kuasa besar yang ada pada hari ini. Ini tidak mustahil berlaku bila perjuangan Rasulullah dan para sahabat serta para salafusoleh yang menjadikan sebagai budaya pejuang-pejuang Islam masa kini.

Kita sedia maklum bahawa kekuatan sesuatu umat itu adalah bila ia dapat mencetuskan tiga kekuatan iaitu kekuatan jiwa, akal, dan fizikal. Keseluruhan para sahabat dan salufussoleh menjadikan bangun malam sebagai titik tolak untuk membangunkan ketiga-tiga kekuatan ini. Sesungguhnya bangun diwaktu malam dan menghiasi dengan selawat, munajat, zikir, tilawatul quran, doa, tafakkur, dan sebaginya mempunyai rahsia, hikmah besar yang akan Allah SWT limpahkan.

Salman Al Farisi mengemukakan bahawa nabi SAW bersabda:

“Hendaklah engkau mengerjakan solat malam kerana pekerjaan itu merupakan kebiaasaan orang-orang soleh sebelum kamu. Ia akan menghampirkan diri kepada Allah, menghapuskan kejahatan dan mencegah dari berbuat dosa dan mengusir penyakit dari tubuh..”

Dalam riwayat yang lain Rasulullah pernah bersabda yang maksudnya:

“ sembahyang di masjid ku sebanding dengan 10 000 solat di tempat lain, sembahyang di Masjidil Haram sebanding dengan 100 000 sembahyang, sembahyang dimedan perang senabding dengan 2 juta solat dan yang paling banyak nilaiannya dari semua ini ilah dua rakaat yang dikerjakan oleh seoarang hamba di tengag malam” – Riwayat oleh Abu-Syaikh dan ibnu Hibban.

Dalam hadis lain sebagaimana yang diterangkan oleh Abu Dardak bahawa Nabi SAW pernah bersabda:

“Tiga golongan yang dincintai oleh Allah, ia ‘tertawa’ dan gembira dengan mereka.

1. Apabila satu kelompok maju bertempur semata-mata kerana Allah, dia terbunuh atau Allah beri kemenangan kepadanya dan mencukupkannya maka ia berfirman.

“Lihat hambaku kerana betapa sabar dia berjuang kerana aku…”

2. orang yang mempunyai isteri cantik dengan tilam yang empuk ia bangun sembahyangg tahajud Allah lalu berfirman ,”“Dia tinggalkan kesenangannya dan ingat kepada KU padahal kalau dia mahu dia boleh tidur.’

3. orang yang berpergian yang padanya ada khafilah maka ia berjaga lalu ia tidur kemudian bangun malam dalam keadaan susah mahupun keadaan lapang.”

Ganjaran yang akan diterima oleh orang yang menghidupkan malam ini amat besar. Manakala akhirnya, orang-orang berbakti dengan bertahajud menghidupkan malam itu akan mendapat ganjaran syurga sebagai puncak keberuntungannya.

Begitulah diantara kelebihan dan kemulian disisi Allah dan Rasul-Nya di dunia mahupun Akhirat.

Mereka bangun di malam-malam sepi hening dengan penuh hening dengan penuh kepayahan, sedangkan orang lain di kala itu tidur nyenyak menghabiskan malam yang panjang. Dikala para ahli maksiat mengikuti godaan syaitan dengan menghabiskan malam-malam yang panjang di gedung-gedung maksiat, maka para ahki tahajud bertarung dengan nafsunya yang inginkan bersedap-sedap dan leka. Ia bangun menemui panggilan taqwa.

Amalan ini berat bagi orang lain tapi ringan dan nikmat bagi mereka yang berpaut hatinya dengan iman dan kerinduan memenuhi seruan Ilahi.Inilah rahsia bagaimana sebahgian besar para sahabat menggali kekuatan perbadi. Dari sinilah lahirnya watak-watak yang berani dan bersungguh menengakkan kebenaran. Walaupun diwaktu orang ramai mabuk dengan maksiat dan kebatilan, mereka tidak gentar menghadapi berbagai-bagai masalah, menghadapi kesusahan dan penderitaan demi perjuangan menegakkan kalimah Allah yang tidak mengenak takut dan gentar pada lawan.

Berkat kekuatan yang terpancar hasil pimpinan Al-Quran dan sunnah rasul menjadikan para sahabat berjaya menyebarkan ke pelusuk dunia. Dari Tanah suci Makkah ke Madinah, melintasi lautan Merah menyeberangi ke benua Afrika, ke Mesir, Libya, Tunisia, Morocco dan menyeberangi selat Gibraltar menuju Sepanyol. Kemudian melintasi pergunungan pyrenes yang curam dan berbahaya menuju Perancis, Poland, Hungary Albania, Yugoslavia, Bukhara dan sebahgian sebahgian besar dataran Russia.

Manakala missi ke timur, Islam telah berjaya memanjat tembok besar China. Menjalar ke India terus ke negara asia timur dan akhirnya sampai ke gugusan pulau-pulau melayu. Kita orang-orang melayu pun mendapat rahmat dengan menerima Islam berkat perjuangan singa-singa Allah yang hebat dan gigih mengharungi gelombang perjuangan. Tanpa mereka mungkin kita kini tinggal dalam alam kejahilan dan kekufuran yang keji dan tidak berharga.

Itulah detik demi detik yang dicatit oleh sejarah keberanian dan kekuatan sahabat-sahabat serta salafussoleh mengalunkan perjuangan dengan penuh hikmah, ikhlas, bertrategi, serta istiqamah. Mereka berjaya mengubah peta dunia daripada peradaban jahilliah kepada peradaban tauhid dan kebudayaan tinngi dan mulia. Umat manusia akhirnya kembali menghadap wajah dan kalbu kepada Tuhan, membina ‘contact’ dan komunikasi dengan khaliqnya dibawah sinar terang cahaya wahyu Ilahi. Tanpanya mungkin dunia hingga ke hari ini tetap tinggal di dalam gelap gelita, dialam jahilliah yang hitam pekat.

Masa terus berlalu dan roda catur perjuangan terus bergolek ke atas dan ke bawah. Rasulullah, para sahabat dan salufussoleh yang gigih memperjuangkan perjuangan, telah kembali ke hadrat Allah Rabbul Izzati. Mereka semua pergi dengan meninggalkan Al-Quran dan sunnah sebagai pegangan hidup umatnya di dunia dan akhirat, sampailah roda perjuangan itu pada giliran kita.

Putaran alun dan kebangitan Islam menjalar ke seluruh pelusuk alam. Dan gelombang ini terus beralun. Ia pasti akan kembali meruntuhkan satu demi satu tembok yang menghalang. Runtuhnya bukan dengan gempuran senjata , bukan dengan tepikan demontrasi, atau dengan resolusi seminar tapi dengan angin dakwah, dengan kekuatan rohani, itulah kekuatan taqwa. Kekuatan ini pernah dibina oleh rasul dan para sahabat dan kekuatan itulah yang mesti kita ambil balik.

Kini giliran kita, kini era kita dan zaman kita. Tunggu! Dunia sekali lagi akan bergegar dengan sejarah besar kejatuhan empayar-empayar raksaksa yang zalim dan kejam di bawah telapak mujahid-mujahid Islam yang dimalam hari bagaikan pendita dan di siangnya bagaikan singa!


Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.052664 saat. Lajunya....