Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Sempurna ilmu kerana aqal , sempurna agama kerana taqwa , sempurna amal kerana niat dan sempurna kehormatan kerana wibawa ..

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 37
Ahli: 0
Jumlah: 37




  Dari Galeri
menjamu selera...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 12 jam, 34 minit yang lalu


Copy & Paste
Topik: Mahasiswi - Jati diri perlu


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Copy & Paste
    »» Mahasiswi - Jati diri perlu

Please Mendaftar To Post


Oleh Mahasiswi - Jati diri perlu

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 09-08-04 10:01


Walaupun negara dilanda perubahan, fungsi wanita di negara ini untuk memakmurkan masyarakat tetap tidak berubah.

Kehidupan yang semakin mencabar menuntut wanita untuk terus menyumbang dalam ruang lingkup yang lebih luas, berhemah dan bijaksana.

Kebebasan menimba ilmu serta memilih kerjaya sesuai minat, memberi kesempatan kepada wanita menyertai apa juga bidang yang mereka suka.

Kini, hampir 50 peratus tenaga kerja adalah wanita yang menceburi pelbagai bidang perniagaan, perkhidmatan, perindustrian dan profesional.

Begitu juga jurang perbezaan prestasi akademik dan kemasukan pelajar wanita melebihi 65 peratus pelajar lelaki di institusi pengajian tinggi.


Kemampuan

Sesungguhnya, perbezaan jantina kini bukan lagi ukuran kepada kemampuan dalam melakukan tugasan. Sebaliknya kejayaan adalah hak mutlak orang yang berusaha gigih.

Sehubungan itu, bagi melahirkan mahasiswi yang berkeyakinan, beketrampilan dan berdaya saing Unit Pembangunan Mahasiswi, Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (PMUKM) menganjurkan Festival Mahasiswi 2004, baru-baru ini.

Bertempat di Bangunan Pusanika UKM, hampir 500 siswi hadir dalam program tiga hari bermula 29 Julai hingga 1 Ogos yang telah disempurnakan pelancarannya oleh isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Festival dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu turut diisi dengan pelbagai program sesuai tema `Citra Wanita Wadah Kecemerlangan'.

Antaranya, seminar membincangkan isu dan cabaran yang dihadapi pelajar siswi serta bagaimana menyediakan mereka ke alam pekerjaan.

Pengisian program juga termasuklah pameran tokoh-tokoh wanita cemerlang yang memaparkan kejayaan dalam bidang masing-masing.

Ini secara tidak langsung dapat memberi suntikan semangat dan motivasi serta keyakinan diri kepada para mahasiswi untuk terus maju.

Sementara itu Rosmah dalam ucapannya berkata, pelajar wanita harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu untuk mencapai kejayaan dalam bidang yang diceburi.

Ini bagi membolehkan mereka menghadapi pelbagai rintangan sekali gus meneruskan kecemerlangan wanita di negara ini.

``Mahasiswi bukan sahaja harus bijak menyesuaikan diri dalam apa juga situasi, bahkan perlu mempunyai jati diri yang kuat supaya berdaya saing seiring dengan pelajar siswa,'' ujarnya.

Berketrampilan

Beliau berkata, program seumpamanya wajar diadakan dan berharap ia dapat melahirkan wanita yang berketrampilan, beretika dan berpengetahuan luas sebagai persediaan menghadapi cabaran global.

``Wanita harus diberikan motivasi bagi merebut peluang untuk menghadapi masa depan lebih cerah.

``Ini kerana mereka bakal menggantikan generasi hari ini,'' ujarnya sambil menegaskan keupayaan wanita hari ini ditentukan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang dimiliki.

Justeru mereka juga perlu diberikan pendedahan termasuk penganjuran program-program seumpamanya, agar mereka lebih berani menyuarakan hasrat dan pandangan masing-masing.

Oleh ROSLAH OTHMAN

Sumber: Utusan Online (09/08/04)


Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.053759 saat. Lajunya....