Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-11-2017  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Saya tidak mengukur kejayaan seseorang berdasarkan berapa tinggi yang dia boleh panjat, tetapi berdasarkan berapa tinggi dia boleh melantun semula selepas jatuh

-- Tokoh Pemimpin

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Sheikhengku11
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13694

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 22
Ahli: 0
Jumlah: 22




  Dari Galeri
'Subhanallah'

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 jam, 15 minit yang lalu
nadiah_abdllah: 27 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: Keputihan.. Apa cara mengatasinya?


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Keputihan.. Apa cara mengatasinya?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Keputihan.. Apa cara mengatasinya?

nuarii
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 05.04.2004
Ahli No: 3525
Posting: 227
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 15-04-04 18:08




Saya ada terbaca satu persoalan ttg penghidap penyakit keputihan ni. Terus terang saya katakan, saya juga ada mengalaminya.

Menurut Prof. Dr. Hamid Arshat, Pakar Sakit Puan - Keputihan daripada faraj mungkin salah satu tanda bagi pelbagai jenis penyakit. Seringkali juga berlaku jangkitan kuman pada bahagian peranakan bagi mereka yang telah berkahwin, telah hamil dan telah melahirkan anak.
Bagi gadis yg belum berkahwin, kejaidan seperti ini jarang berlaku melainkan jika tahap kesihatannya tidak baik. Misalnya individu tersebut berkemungkinan besar mengidap penyakit kencing manis atau terlalu gemuk.

Selain dari jangkitan kuman, keputihan mungkin mungkin lebih dikenali sebagai "cervical erosion". Akibat lendiran yg keterlaluan, lapisan kulit pada permukaannya telah terhakis. Berkemungkinan juga ia ada kaitan dengan hormon yg tidak seimbang dalam badan.

Oleh itu, pemeriksaan rapi hendaklah dilakukan sewajarnya bg mengatasi masalah ini termasuklah "cautery" dgn menggunakan bahan elektrik. bahan kimia atau bahan penyejuk (cryocautery).

Digalakkan juga menjalankan ujian pap smear utk menentukan tidak ada penyakit merbahaya menyerang.


Sape-sape yg ade cara merawat keputihan, boleh la dikongsi sbb tatau macam mana nak hilangkan. Bahaya sebenarnya penyakit ni...


Bookmark and Share




  Member Information For nuariiProfil   Hantar PM kepada nuarii   Pergi ke nuarii's Website   Quote dan BalasQuote

anizaku
WARGA RASMI
Menyertai: 27.04.2004
Ahli No: 3672
Posting: 3
Dari: Melaka

Melaka   avatar


posticon Posting pada: 30-04-04 12:00




Saya nak tanya juga kepada sesiapa yg tahu apa ubat senggugut. setakat yg saya tahu, ia mendatangkan risiko besar pada masa akan datang. sebab pesakit biasanya akan ambil pain killer (indometachin atau ponstan) yg keduanya berpotensi merosakkan buah pinggang apabila diambil secara belebihan. dalam hal ini indometachin lebih berbahaya utk jangka masa panjang. saya pernah dengar, org kata kebiasaannya pesakit senggugut akan sukar mendapatkan anak, kalau dapat pun anak sikit. kalau banyak pun, ada problem kesihatan.

mohon pendapat drp sesiapa yg tahu.


Bookmark and Share




  Member Information For anizakuProfil   Hantar PM kepada anizaku   Pergi ke anizaku's Website   Quote dan BalasQuote

Dla
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.05.2004
Ahli No: 3766
Posting: 74
Dari: alam Cyber

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-06-04 15:33


...

Sedikit info yang saya dapat dr email utk dikongsi bersama...

MASALAH KEPUTIHAN

SEKIRANYA ada perkara yang merumitkan wanita dari aspek kesihatan dirinya perkara itu ialah keputihan. Oleh kerana masalah keputihan itu ada kaitan dengan anggota kemaluan wanita maka ia tidak dikendalikan dengan terbuka dan wanita terus mengalaminya dan menderita dalam senyap.

Wanita perlu peka dengan gejala keputihan, mengenali dan dapat membezakan keputihan semula jadi daripada keputihan akibat jangkitan.

Wanita menghasilkan lelehan daripada faraj, keputihan semula jadi dalam pusingan haid, cuma lelahan itu kadangkalanya sedikit atau tiada langsung kepada lelehan yang banyak dan merunsingkan. Kuantiti lelehan itu dari 20 gram ke 150 gram sehari.

Lelehan semula jadi datangnya dari mukosa faraj, lelehan daripada pangkal rahim dan saluran fallopio dan dari pundi Bartholin dan pundi urethral sekiranya wanita itu terangsang.

Oleh kerana lelehan itu mengandungi sel mati, asid laktat dan zat galian atau mineral dan kuman semula jadi maka ia menjadi tempat penginapan kulat dan kuman yang wujud di kawasan itu (bahagian perineum, permukaan anggota kemaluan atau 'vulva' dan permukaan lubang najis atau 'anus' dan jika kontaminasi berlaku maka kulat dan kuman itu boleh membiak dalam faraj dan memberi tekanan kepadanya dan menyebabkan pengeluaran lelehan yang meningkat dan luar biasa.

Lelehan luar biasa yang dimaksudkan itu ialah cecair yang berwarna berbeza dengan lelehan semula jadi, seperti warna kekuningan (akibat jangkitan kuman dari lubang najis), kehijauan (akibat jangkitan kuman parasit Trikomonas), keputihan (akibat jangkitan kulat kandida atau yis dan mengeluarkan bau kurang menyenangkan seperti bau bangkai ikan (jangkitan Bacillus dari lubang najis), bau bangkai tikus (kuman parasit trikomonas) dan bau asam (jangkitan kulat yis atau kandida).

Mengikut kajian pakar kesihatan kelamin, didapati 99.9 peratus wanita menghidap penyakit keputihan akibat jangkitan kulat kandida kerana kulat ini wujud dari lubang najis dan lubang kencing dan jika wanita tidak peka dengan kebersihan kendiri, membersihkan kemaluan seperti mencuci najis dengan tangan menyapu air dari lubang najis ke kemaluan atau menggunakan tisu pelembap, dengan menyapu dari bawah (lubang najis) ke kemaluan.

Jangkitan juga boleh berlaku apabila kuman semula jadi dalam faraj yang menghasilkan asid laktat terbunuh dengan bahan pencuci yang dimasukkan ke dalam faraj (sebenarnya pencuci pembersih itu digunakan bagi membersihkan bahagian luar kemaluan).

Memakan antibiotik untuk jangka masa lama juga boleh membunuh kuman semula jadi dalam faraj dan mendedahkan faraj kepada jangkitan dari luar. Didapati juga wanita hamil dan berpenyakit kencing manis mudah dijangkiti kulat kandida. Apabila tahap keasidan wanita pulih, kulat itu tidak dapat membiak dan jangkitan akan reda!

Dari segi penjagaan kesihatan anggota kelamin, wanita digalakkan menggunting bulu roma di permukaan bibir besar berdekatan pembukaan 'interoitus' atau kawasan lubang kencing dan faraj. Pakai pakaian dalam yang selesa dan 100 peratus kapas dan pada waktu lelehan keluar banyak seperti pada peringkat kesuburan, pengeluaran lendir seperti hingus yang bertali, misalnya, pastikan memakai 'panty liner' dan pastikan bahan itu diganti dari semasa ke semasa dan bersihkan kemaluan dengan air biasa (jangan gunakan sabun kerana ia tidak sesuai, malah mengeringkan kulit kemaluan).

Pada waktu itu, elak memakai seluar ketat kerana kelembapan tadi boleh menyebabkan kulit mengalami radang dan mudah melecet atau kering.

Amalkan pemeriksaan kendiri 'vulva' atau anggota kelamin bahagian luar sekali sekala, lebih-lebih lagi jika wujud ketidakselesaan anggota kemaluan. Gunakan cermin tangan dan teliti kemaluan dengan menggunakan lampu terang.

Jika ada sesuatu yang luar biasa seperti kemelecetan, keperitan dan ruam, sebaik-baiknya rujuk kepada doktor. Jangan cuba rawat sendiri. Tidak salah jika mahu menggunakan losyen kulit, seperti linolium, Skin Repair, Simple, Sebamed dan bukan krim antibiotik.

semoga ia membantu sahabat smua

wassalam


Bookmark and Share




  Member Information For DlaProfil   Hantar PM kepada Dla   Quote dan BalasQuote

wafie
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 03.12.2003
Ahli No: 2893
Posting: 41
Dari: kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 08:59


assalammualaikum...

ye lah...ana pun dah takut bila tahu masalah ini bahaya!!!! setakat ni banyak artikel tentang apa itu keputihan...tapi cara2 untuk mengatasinya belum pasti..tapi cara2 nak cegah banyak lah yang diperkatakan...harap saper2 ada petua untuk atasi atau kurangkan masalah ni dapat cepat2 dikongsi...


Bookmark and Share




  Member Information For wafieProfil   Hantar PM kepada wafie   Pergi ke wafie's Website   Quote dan BalasQuote

shafiahwafi
WARGA RASMI
Menyertai: 20.06.2005
Ahli No: 5407
Posting: 14
Dari: singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 10:21


assalamualaikum,
ada yang kata sewaktu hamil jangan minum banyak air sejuk ia akan menyebabkan banyak keluaran keputihan.ada juga yang kata ia disebabkan oleh pemakanan. memang setiap wanita pasti mengalami gejala ini kalau tak banyak pun sedikit pun pasti ada.jadi menjaga kemaluan wanita adalah penting tak kira yang the berkahwin atau belum.


Bookmark and Share




  Member Information For shafiahwafiProfil   Hantar PM kepada shafiahwafi   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-07-05 16:21


Wa'alaikumussalam wr wb
Assalamu'alaikum wr wb

Alhamdulillah melalui pengalaman umi penyakit keputihan itu adalah disebabkan gaya pemakanan yang tidak seimbang disamping pengabaian bab kebersihan terutama dari segi mencuci bahagian sulit itu dan juga pakaian dalam yang digunakan. Bagi yang sudah berumahtangga ikutlah kaedah sunnah setelah bersama dengan pasangan iaitu bangun dan bersihkan serta ambil wudhu'.

Wallahuta'ala a'lam bissawab
Wassalamu'alaikum wr wb
ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

nellnyssa
WARGA RASMI
Menyertai: 14.03.2010
Ahli No: 11992
Posting: 1
Dari: Kangar, perlis

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 14-03-10 23:05


assalamualaikum.. saya nak tanya pasal warna keputihan.. saya ada terbaca artikel tentang warna keputihan di kata kan jika keputihan yang keluar berwarna coklat mungkin ada kena mngena dengan kanser..tapi keputihn coklat muda ni kelur beberapa hari sebelum haid adakah itu normal atau sebenarnya ada jgkitan?? dan satu lagi semasa waktu biasa..keptuhian yang berwarna putih susu cair keluar dengan banyak tetapi tidak gatal dan berbau..adakah itu juga normal


Bookmark and Share




  Member Information For nellnyssaProfil   Hantar PM kepada nellnyssa   Quote dan BalasQuote

nathirah-sadiqah
WARGA RASMI
Menyertai: 15.03.2010
Ahli No: 11994
Posting: 2
Dari: Labuan

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 16-03-10 22:22


Pada 30-04-04 12:00 , anizaku posting:

!!! QUOTE !!!




Mengenai masalah segugut, ibu saya sering menyarankan agar kami mengamalkan pemakanan jamu ke-tikan...
tapi, saya jenis malas telan jamu tu...

segugut ni terjadi disebabkan waktu tu hormon dalam badan kita berubah...

dalam pendidikan jasmani dan kesihatan, masalah segugut ni terjadi kalau badan kita tak aktif. disebabkan saya jenis yang malas mengamalkan jamu dan sering mengalami segugut, satu saja cara saya agar masalah segugut tu berkurang... pada hari-hari pertama haid(maaf cakap), banyakkan pergerakan badan. Buat senaman atau kerja-kerja lain. Insya-Allah segugut tu kurang. Kalau kurang bersenam, masalah segugut ni mudah terjadi...

*informasi ini adalah melalui pengalaman saya... andai ada saranan yang lebih baik daripada saudari yang lain, bolehlah bantu Kak Aniza ni...


-----------------
Create your own banner at mybannermaker.com!


Bookmark and Share




  Member Information For nathirah-sadiqahProfil   Hantar PM kepada nathirah-sadiqah   Pergi ke nathirah-sadiqah's Website   Quote dan BalasQuote

az_leen
WARGA RASMI
Menyertai: 05.03.2010
Ahli No: 11960
Posting: 5
Dari: pahang

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-04-10 07:32


salam..

saya sarankan cuba amalkan maajun anggun bistari bagi masalah senggugut ni.saya banyak mendapat feedback yang baik dari pelanggan saya yang telah mengamalkan maajun anggun bistari ni.tak salah mencubakan,mana tau boleh membantu..


-----------------
http://az-iqra-online.blogspot.com/


Bookmark and Share




  Member Information For az_leenProfil   Hantar PM kepada az_leen   Pergi ke az_leen's Website   Quote dan BalasQuote

Qamarina
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.01.2010
Ahli No: 11845
Posting: 30
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 02-06-10 12:55


Assalamualaikum.
Dulu Q pun kena jangkitan keputihan yang agak kronik juga dari kandungan 8 bulan hingga lepas bersalin.Alhamdulillah sejak kakak rekomen guna PPW keluaran Dr Herba Industries,selang 3 hari saja semua masalah selesai.Dengar ceritanya produk ini baru launch tahun lepas.

Ye lah benda elok kita kongsi bersama


Bookmark and Share




  Member Information For QamarinaProfil   Hantar PM kepada Qamarina   Pergi ke Qamarina's Website   Quote dan BalasQuote

syahirahsoid
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 09.06.2009
Ahli No: 10716
Posting: 55

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-06-10 15:35


Ira pun ada masalah ini juga..betul-betul tak selesa..berbau..pakai produk pencuci..tapi tak sesuai..jadi gatal pula pada vagina..haddooiii


Bookmark and Share




  Member Information For syahirahsoidProfil   Hantar PM kepada syahirahsoid   Quote dan BalasQuote

Qamarina
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 23.01.2010
Ahli No: 11845
Posting: 30
Dari: Kajang

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 19-06-10 20:47


Assalamualaykum,
Q rasa syahirah ni kena jangkitan bakteria trichomonas atau candida macam yang Q kena dulu.Kena cepat rawat sebelum terlambat,


Bookmark and Share




  Member Information For QamarinaProfil   Hantar PM kepada Qamarina   Pergi ke Qamarina's Website   Quote dan BalasQuote

mael
WARGA RASMI
Menyertai: 05.07.2011
Ahli No: 13035
Posting: 4
Dari: Kedah

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-07-11 10:07


salam...kepada sesiapa yang mempunyai masalah dalam penjagaan dalaman wanita...saya sangat-sangat mengesyor anda menggunakan Produk Rafa - Aqura Feminine Wash ( Shhamira )...InsyaALLAH masalah anda akan selesai

jika anda inginkan maklumat lebih lanjut sila layari laman web ini
( http://sites.google.com/site/fyzulbizsite/home )


Bookmark and Share




  Member Information For maelProfil   Hantar PM kepada mael   Pergi ke mael's Website   Quote dan BalasQuote

kiki1505
WARGA RASMI
Menyertai: 05.09.2011
Ahli No: 13127
Posting: 1

indonesia   avatar


posticon Posting pada: 05-09-11 23:02


Untuk mengatasi keputihan, gunakanlah Crystal-tak atau Ratus V Spa

Info lanjutnya : http://mahkotadewa.net/


-----------------
by.Amelialulur.Com


Bookmark and Share




  Member Information For kiki1505Profil   Hantar PM kepada kiki1505   Pergi ke kiki1505's Website   Quote dan BalasQuote

zawiyah74
WARGA RASMI
Menyertai: 09.09.2011
Ahli No: 13136
Posting: 6
Dari: bangsar-bandar baru bangi-seremban

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 09-09-11 21:58


dulu mengalami masalah keputihan juga selepas menggunakan korset premium beautiful & makan maharani..alhamdulillah tidak mengalami lagi masalah ini ,strech mark pun hilang..syukur sesangat..


Bookmark and Share




  Member Information For zawiyah74Profil   Hantar PM kepada zawiyah74   Quote dan BalasQuote

suhaida84
WARGA RASMI
Menyertai: 11.12.2011
Ahli No: 13268
Posting: 4
Dari: kedah

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 11-12-11 20:29


cuba pakai rawatan keputihan dr herba.sangat berkesan.dalam masa 10 hari keputihan yang teruk boleh hilang


-----------------
www.kedaionlinesuhaida.com.my

Busana muslimah,Produk Kecantikan,Produk Kesihatan


Bookmark and Share




  Member Information For suhaida84Profil   Hantar PM kepada suhaida84   Pergi ke suhaida84's Website   Quote dan BalasQuote

cheqsue
WARGA RASMI
Menyertai: 24.01.2012
Ahli No: 13329
Posting: 1

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-01-12 02:33


Terima kasih kerana berkongsi maklumat tentang masalah keputihan ..

Cheq Sue
http://herbeunine.cheq-sue.com


Bookmark and Share




  Member Information For cheqsueProfil   Hantar PM kepada cheqsue   Quote dan BalasQuote

hafizah92
WARGA RASMI
Menyertai: 29.02.2012
Ahli No: 13371
Posting: 1
Dari: pasir mas

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 29-02-12 15:50


assalamuailakum..

macam mana nak atasi masalah keputihan? ada sesiapa tahu tak? untuk pengetahuan kalian, saya masih belum bkahwin, tapi mengalami masalah keputihan yang agak teruk. ianya gatal dan berbau, dan warnanya kekadang macam nanah. selalu juga keluar cecair dari faraj, menyebabkan setiap kali hendak solat, saya perlu ke tandas. ianya membebankan saya, terutama ketika kejar masa dan juga susah hendak menggunakan tandas seperti atas keretapi. haid saya juga datang dalam sekitar 5 hari saja, iaitu pada hari ke 5 saya sudah boleh mandi wajib.

jadi, jika ada sesiapa yang arif pasal hal ni, tolonglah bantu saya. terima kasih.. :-(


-----------------
hfzh


Bookmark and Share




  Member Information For hafizah92Profil   Hantar PM kepada hafizah92   Quote dan BalasQuote

sky
WARGA RASMI
Menyertai: 09.04.2012
Ahli No: 13413
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-04-12 00:33


untuk keputihan separah apapun gunakan crystal tak (produk dari indonesia) pemakaian dalam 2 hari sahaja sudah ada hasil, selama lebih dari 10 tahun saya alami keputihan , ubat yang bagi masuk bawah, vitamin dah cuba tapi tak ada guna membazir wang sahaja, selama berpuluh2 tahun ada keputihan, dalam 2hari sahaja sembuh, saya masih ada simpan 2 crystalx, bagi yang berminat sila hub saya di email , saya duduk pahang mentakab. kalau nak tahu detail pasal crystalx search saja kat internet pasti ada.
[addsig /]
[ Telah diedit oleh: sky pada 09-04-12 00:37 ]


Bookmark and Share




  Member Information For skyProfil   Hantar PM kepada sky   Quote dan BalasQuote

sky
WARGA RASMI
Menyertai: 09.04.2012
Ahli No: 13413
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 09-04-12 00:35


maksudnya crystalx, tak tahu Kenapa posting saya keluatnya jadi cristal tak.


Bookmark and Share




  Member Information For skyProfil   Hantar PM kepada sky   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Keputihan.. Apa cara mengatasinya?

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.082575 saat. Lajunya....