Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari, nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 38
Ahli: 0
Jumlah: 38




  Dari Galeri
assalamualaikum, bsama org kuat JK UUM insyaAllah bakal dilaksanakan bulan ogos..ukhwah fillah abadan abada.

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 12 jam, 34 minit yang lalu


Sirah
Topik: Akidah Dalam Berpolitik: Lontaran Idea Secara Ringkas


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Sirah
    »» Akidah Dalam Berpolitik: Lontaran Idea Secara Ringkas

Please Mendaftar To Post


Oleh Akidah Dalam Berpolitik: Lontaran Idea Secara Ringkas

Minahsufi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 25.03.2004
Ahli No: 3460
Posting: 29
Dari: terengganu

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 29-03-04 01:20


Akidah Dalam Berpolitik: Lontaran Idea Secara Ringkas


abstrak
......berkonsep homo economicus yang menekankan persoalan ekonomi semata-mata tetapi sekarang kita perlukan anjakan paradigma untuk melahirkan homo Islamicus yang seimbang antara perkara rohani dan kebendaan. Fahaman ilmu ini diharapkan dapat memenuhi cita-cita Islam seperti menegakkan keadilan, mengejar kemakmuran ekonomi dan memajukan seni budaya. Semua ini tidak mampu dicapai jika kita tidak mengejar ilmu dan memahami ilmu tersebut. Kecapaian usaha ini memerlukan ketekunan dan kesabaran yang tinggi.

Di Malaysia, berlaku pertembungan golongan homo Islamicus dengan golongan homo economicus....ABIM, JIM, UMNO, PAS antara golongan yang ingin melahirkan homo Islamicus tetapi melalui pendekatan yang berbeda...perbedaan adalah rahmat...kerana dapat menampung di antara kekurangan masing2. persoalannya sekarang, perbedaan mereka ke arah perpecahan masyarakat. Dalam al quran, jika berselisih faham kembali kepada Al Quran...Raja Hakim daripada segala hakim. Masalah yang timbul adalah mereka yang ingin kepada Islam tetapi tidak mahu mengamal Islam dalam erti kata Islam yang autentik dan murni. Mereka bersifat selektif dengan ajaran Islam.
Mereka lebih mementingkan material sahaja.....kepentingan ekonomi lebih tinggi daripada kepentingan akidah. Persoalan akidah dalam berpolitik bukan sahaja disebut oleh Presiden PAS, Tuan Guru Haji Hadi sahaja tetapi disebut juga dengan tegas oleh as Syahid Iman Hasan al Banna dan Abul Ala’ Maududi. Dan kita mengetahui idea kedua-dua tokoh gerakan dianuti oleh kebanyakan gerakan Islam di seluruh dunia termasuk JIM, ABIM dan PAS. Bahkan TG Haji Hadi sendiri mendapat tarbiyah secara langsung daripada tokoh Ikhwanul Muslimin Syria, Said Hawwa semasa belajar di Madinah. Tetapi di Malaysia ada pihak yang mempertikaikan persoalan akidah dalam politik termasuklah daripada kalangan gerakan Islam sendiri...
Justeru, dalam kita melahirkan homo Islamicus...akidah dalam politik harus diteliti dan dihayati....ekonomi penting tetapi jangan sampai ia melekakan nilai-nilai agama sehingga gagal mengawal (...) judi, maksiat dan arak (contoh). Biar Islam memerintah kita jangan sampai kita memerintah Islam.

mamat.com
[email protected]
28.3.04



Bookmark and Share




  Member Information For MinahsufiProfil   Hantar PM kepada Minahsufi   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 07-10-04 22:15


Bismillaahirrahmaanirraheem...

Menurut Syeikh Yusuf al-Qardawi, Islam itu tergambar pada satu umat. Satu umat yang mencerminkan Islam sebagai ajaran tauhid yang murni, iman yang teguh, ilmu yang bermanfaat, amal yang salih, akhlak yang tinggi, berdakwah kepada kebaikan, saling menasihati dalam hal kebenaran dan kesabaran, saling tolong menolong dalam kebaikan dan ketakwaan serta bekerja keras untuk mencapai ini semua hingga berhak menyandang gelaran sebagai umat yang terbaik yang dipilih untuk umat manusia, yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah dari kemungkaran serta beriman kepada Allah.
Sesungguhnya kewujudan umat yang terbaik di masa hadapan itu tergambar daripada akhlak dan nilai keperibadian pemuda pemudinya. Mereka generasi yang akan membawa ketinggian atau kehancuran Islam dan umatnya. Syeikh Fathi Yakan telah menekankan bahawa, pemuda pemudi Islam ialah suatu tenaga yang digunakan oleh Islam untuk membangunkan dan memakmurkan alam tetapi musuh-musuh telah mempergunakan mereka untuk meruntuhkan umat manusia.

Di antara beberapa strategi musuh-musuh Islam bagi menghancurkan keunggulan Islam dan generasinya sebagaimana diperincikan dalam buku "Strategi Musuh Menentang Islam" oleh Dr.Sa'adduddin al-Sayyid Salih adalah bagi mencapai matlamat berikut:-


§ Menghapuskan Islam dalam jiwa umat Islam
§ Menghapuskan perpaduan dunia Islam dan menyekat penyebaran Islam
§ Memburuk-burukkan Islam pada pandangan orang-orang bukan Islam
§ Menyemaikan perasaan mudah mengalah dalam jiwa orang-orang Islam
§ Bantuan kepada penjajahan Barat dan pengintipan ke atas dunia Islam
§ Keuntungan materialistik dan kepentingan perdagangan
§ Membangkitkan fitrah kepuakan di dunia Islam
§ Campurtangan dalam sistem pemerintahan dan pendidikan di dunia Islam
§ Menyekat bantuan kemanusiaan ke dunia Islam
§ Pembentukan puak-puak perosak yang bertopengkan Islam

Penyelesaian masalah umat ini menurut Syeikh Mustafa Mashur, adalah penting lagi mendesak sekarang ini untuk berusaha mengembalikan pemuda pemudi Islam kepada aqidah yang sahih. Kejayaan bagi usaha-usaha ini hanya akan dapat dicapai dengan penyelidikan mendalam, kebijaksanaan dan ketabahan. Adalah tidak wajar usaha-usaha itu dilakukan dengan tergesa-gesa, penuh dendam dan kemarahan. Islam hari ini memerlukan pejuang-pejuang dan pekerja-pekerja. Pejuang-pejuang yang benar-benar beriman, yang sentiasa bersedia untuk berkorban dengan sepenuh tenaga, harta dan jiwa. Pejuang-pejuang Islam bersedia menggunakan segala kemampuan yang dimiliki untuk mencapai matlamat yang besar.

Oleh itu satu penyusunan yang sempurna, kuat dan kukuh diperlukan. Penyusunan yang berdaya dan berkemampuan untuk mengabdikan pemuda pemudi yang berpendidikan kepada Islam dalam erti kata yang luas. Penyusunan yang membebaskan mereka daripada belenggu rantai yang sekian lama telah mencengkam

Maa ashobaka min hasanatin faminallah...wamaa ashobaka min sayyiatin famin nafsi (segala yg baik tu dari Allah dan yg buruk tu dari diriku)

Wallahu a'lam.Wassalam

http://muhannad.blogspot.com/2004_02_29_muhannad_archive.html

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.051831 saat. Lajunya....