Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 05-04-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"
--
Saidina Umar Ibnul Khattab

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Laurenjoy
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13724

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 17
Ahli: 0
Jumlah: 17




  Dari Galeri
A'kum...

Gambar WaznahNurunnajah...panggil jer najah....

salam Ukhwah buat semua.....

Wassalam.

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 1 hari, 18 jam, 21 minit yang lalu
Laurenjoy: 30 hari yang lalu
jackurban: 31 hari yang lalu
porkalwais: 31 hari yang lalu


Ukhwah
Topik: tazkirah untuk saudaraku semua.....:))


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Ukhwah
    »» tazkirah untuk saudaraku semua.....:))

Please Mendaftar To Post


Oleh tazkirah untuk saudaraku semua.....:))

titisan_airmata
WARGA RASMI
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 65
Posting: 6
Dari: dibumi Allah

saudiarabia   avatar


posticon Posting pada: 24-04-03 03:44


Assalamualaikum..
renungan buat teman² yg kukasihi semua..

Tanda-tanda Takut Kepada ALLAH

Orang Mukmin adalah orang yang takut kepada ALLAH dengan
seluruh anggota badannya, sebagaimana Abul-Laits telah berkata:

"Tanda-tanda takut kepada ALLAH itu terlihat dalam 7 perkara."

Pertama,
Pada lisannya. Dia menghindarkannya daripada dusta, ghibah,menyebar
fitnah,berbual kosong dan banyak bercakap. Sebaliknya dia menyibukkan diri
dengan zikir, membaca Al-Quran dan muzakarah ilmu.

Kedua,
Pada hatinya. Dia membuang rasa permusuhan, kebodohan dan
kedengkian terhadap sahabatnya. Lantaran kedengkian dapat menghapuskan
kebaikan. Sebagaimana Rasulullah SAW telah bersabda:

"Hasad itu dapat memakan kebaikan sebagaimana api membakar kayu."
(Hadith Riwayat Abu Dawud)

Ketahuilah bahawa hasad itu penyakit hati yang amat berbahaya.
Tidak ada ubat bagi penyakit-penyakit hati selain daripada ilmu dan amal.

Ketiga,
Pada pandangannya. Maka dia tidak suka memandang pada
makanan, minuman pakaian atau hal-hal lain yang haram. Tidak pula terpikat
kepada dunia. Tetapi dia memandangnya dengan mengambil iktibar.
Rasulullah SAW telah bersabda:

"Barangsiapa memenuhi matanya daripada perkara yang haram, maka ALLAH
akan memenuhinya daripada api, pada Hari Kiamat."
(Hadith)

Keempat,
Pada perutnya. Maka perutnya tidak diisi barang yang haram.
Rasulullah SAW bersabda:

"Manakala sesuap daripada barang haram masuk ke perut seseorang, maka seluruh malaikat
di langit dan di bumi melaknatinya selama sesuap atau seteguk barang itu berada di dalam
perutnya. Jika dia mati dalam keadaan demikian, maka tempatnya di neraka."
(Hadith)

Kelima,
Pada kedua tangannya. Dia tidak menggunakannya untuk perkara
yang haram. Tetapi hanya mempergunakannya untuk taat kepada ALLAH s.w.t.
Diriwayatkan daripada Ka’ab Akhbar, dia berkata:

"Sesungguhnya ALLAH s.w.t. telah menciptakan bangunan
dari zabarjad hijau. Di dalamnya terdapat tujuh puluh ribu aula.
Setiap aula ada tujuh puluh ribu pondok. Tidak ada yang boleh masuk ke situ,
selain orang yang ditawarkan barang haram namun
dia menolaknya kerana takut kepada ALLAH."

Keenam,
Pada langkah (kakinya). Dia tidak berjalan untuk maksiat tetapi hanya melangkah
untuk taat kepada ALLAH s.w.t., mencari keredhaanNYA, serta untuk bergaul dengan
para ulama orang-orang soleh.

Ketujuh,
Terlihat pada ketaatannya. Dia menjadikan ketaaatannya semata-mata untuk
mencari keredhaan ALLAH s.w.t. dan takut daripada riak dan munafik.

Barangsiapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori
orang-orang yang dikatakan oleh ALLAH Al-Halim, ALLAH Yang Maha Lembut.:

"Sesungguhnya orang-orang yang taqwa dalam kebun-kebun dan mata air (syurga)."
Surah Al-Hijr, 15 : 45)

Oleh kerana berada dalam kesenangan bermakna orang yang bertaqwa
selamat dari Neraka Jahannam. Oleh yang demikian, seharusnyalah seorang mukmin
berada di antara rasa takut kepada ALLAH Yang Maha Perkasa dan tidak berhenti dari berharap
kepada rahmatNYA. Kita haruslah sentiasa mengingati ALLAH Yang Maha Esa, berhenti dari
melakukan perbuatan yang dimurkaiNYA serta sentiasa bertaubat memohon keampunan daripada
ALLAH Yang Maha Kuasa.


Sebuah cerita untuk renungan bersama:
Pada suatu hari, Nabi Daud a.s duduk di tempat peribadatannya. Tiba-tiba
dia melihat seekor ulat merah. Maka dalam hatinya dia berkata: ‘Apakah
kiranya kehendak ALLAH pada ulat ini?’ Maka dengan izin ALLAH, ulat itu
dapat berbicara seraya berkata: ‘Wahai Nabi ALLAH! Di siang hari Tuhanku
mengilhamkan agar aku membaca SubhanALLAH Wal HamduliLLAH Wala-ilaha
illALLAHu Akbar seribu kali. Sedangkan dimalam hari Tuhanku mengilhamkan
agar membaca ALLAHumma Solli ala Muhammadinin Nabiyyil Ummiyi Wa’ala
alihi Wasohbihi Wa Salam seribu kali. Lalu apakah yang engkau baca
hingga aku ingin mengambil faedah daripadamu?’ Maka Nabi Daud a.s amat
menyesal menghina pada ulat itu. Dia merasa takut kepada ALLAH, lalu dia
bertaubat dan bertawakkal kepadaNYA."

- petikan "Penenang Jiwa (Mukasyafah Al-Qulb)" karya Imam Al-Ghazali.

wallahu a'lam...
semoga bermanfaat...

wassalam

[ Posting ini telah di edit oleh: titisan_airmata pada 2003-04-24 03:50 ]


Bookmark and Share




  Member Information For titisan_airmataProfil   Hantar PM kepada titisan_airmata   Pergi ke titisan_airmata's Website   titisan_airmata's MSNM Number Is alia_natasha@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

nur_tinta
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 15
Posting: 396
Dari: Bumi Allah

blank   avatar


posticon Posting pada: 24-04-03 07:46


Assalamualaikum wb

terima kasih atas tazkirah dari saudari...

sesungguhnya mmg kita perlu takut kepada ALLAH swt...... Dari dia kita datang dan dari dia juga kita dikembalikan..

moga ukhuwwah yang terjalin akan kekal dalam satu ikatan yang diredai dan di restui oleh Allah swt.

-----------------
--Sekadar bicara, sekadar pandangan--



nur_tinta


Bookmark and Share




  Member Information For nur_tintaProfil   Hantar PM kepada nur_tinta   Quote dan BalasQuote

hub_addin
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 23
Posting: 447
Dari: Perak No.1

Perak   avatar


posticon Posting pada: 08-05-03 12:17




setitis air mata yang membasahi bulu mata kerana takutkan Allah dapat membantu memberatkan neraca timbangan kita kelak....

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For hub_addinProfil   Hantar PM kepada hub_addin   Quote dan BalasQuote

qaulah_atrah
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 40
Posting: 338
Dari: kaybee

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 11-05-03 10:37


time kasih, kak alia..
byk unsur nasihat ..

wassalam


-----------------


memimpin, dipimpin, terpimpin


Bookmark and Share




  Member Information For qaulah_atrahProfil   Hantar PM kepada qaulah_atrah   Pergi ke qaulah_atrah's Website   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.056259 saat. Lajunya....