Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 23-02-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
-- suatumasa

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: citey
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13721

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
Time tengah study java kat library... ;-di

Salam ukhwah buat semua

  Yang Masuk Ke Sini
citey: 2 hari yang lalu
nishazainal: 5 hari yang lalu
sarahhanee: 10 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: Wahai Lelaki...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» Wahai Lelaki...

Please Mendaftar To Post


Oleh Wahai Lelaki...

aire
WARGA RASMI
Menyertai: 22.04.2003
Ahli No: 352
Posting: 17

blank   avatar


posticon Posting pada: 23-04-03 12:35


"...janganlah hipokrit,semua lelaki perlukan wanita. Tanpa wanita hati, perasaan dan fikiran lelaki akan rosak.Apa yang tidak ada di Syurga hingga Adam tetap rindukan Hawa? Pada wanitalah lelaki memanggil ibu,isteri ataupun puteri. Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Ttp kalau lelaki sendiri tidak lurus,mana mungkin kayu yang bengkok dapt menghasilkan bayang yang lurus.
Wahai lelaki..luruskan wanita dengan jalan yang ditunjukkan oleh ALLAH. Didiklah mereka dengan panduan dariNya. Janganlah menjinakkan mereka dengan harta kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah menghiburkan mereka dengan kecantikan nanti mereka akan menderita. Yang sementara itu tidak dapat menyelesaikan masalah.Kenalkan mereka kepada ALLAH,zat yang kekal kerana di situlah punca bagi kekuatan dunia.
AKal wanita setipis rambutnya,tebalakan dengan ilmu.Hatinya serapuh kaca, kuatkan dengan iman.Hiasilah dengan akhlak.Bisikkan ke telinga mereka bahwa kelembutan bukan satu kelemahan .Ia bukan diskriminasi Tuhan sebaliknya di situlah letaknya kasih sayang ALLAH.
Wanita yang lupa hakikat kejadiannya pasti tidak terhibur dan menghiburkan.Tanpa ilmu,iman dan akhlak mereka tidak akan lurus bahkan akan membengkok.
Itulalh akibatnya andai wanita tidak kenal Tuhannya. Bila wanita menderhaka, dunia lelaki akan huru hara. Lelaki pula jangan mengharapkan ketaatan, tetapi binalah kepimpinan. PAstikan sebelum memimpin wanita menuju Ilahi, pimpinlah diri sendiri kepadaNya. JAnganlah mengharapkan isetri semulia Fatimah Az Zahra andai peribadimu tidak sehebat Saidina Ali Karramallahu Wajhah..."

"...Yang terindah hanyalah sementara..."


Bookmark and Share




  Member Information For aireProfil   Hantar PM kepada aire   Quote dan BalasQuote

jijah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 93
Posting: 136
Dari: Pulau Pinang

PulauPinang   avatar


posticon Posting pada: 23-04-03 14:09



Wanita bagaikan tulang yang rapuh yang bengkok, berhati-hatilah engkau meluruskannya..takut ianya akan patah..! Dan jika kau biarkannya maka ia akan terus membengkok!

Aire...satu persoalan yang menguji minda...
tapi adalah tepat untuk dikatakan bahawa antara Adam dan Hawa kita saling memerlukan...
kita saling lengkap-mekengkapi antara satu sama lain...!

Mungkinkah kaum Adam telah banyak yang peribadinya sudah seperti Saidina Ali r. a tetapi..cuma kaum Hawa seperti Fatima Az-Zahra saja yang semakin kurang...?Renungkanlah.....


Bookmark and Share




  Member Information For jijahProfil   Hantar PM kepada jijah   Quote dan BalasQuote

aisyatul_auni
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 177
Posting: 124
Dari: amman

jordan  


posticon Posting pada: 23-04-03 16:13


Hidup tanpa wanita?
Jangan katakan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Melindungi wanita?
JANGAN CUBA JINAKKAN MEREKA DENGAN HARTA, NANTI MEREKA SEMAKIN LIAR.
JANGAN HIBURKAN MEREKA DENGAN KECANTIKAN, NANTI MEREKA SEMAKIN MENDERITA.
--->wanita tercipta dari rusuk lelaki yang bengkok,jadi wanita perlu dibimbing dan diluruskan.maka kalau lelaki sendiri yang bengkok..susahlah..

AKAL SETIPIS RAMBUTNYA, TEBALKAN DENGAN ILMU.
HATI SEPARUH KACA,KUATKAN DENGAN IMAN.
PERASAAN SELEMBUT SUTERA, HIASILAH DENGAN AKHLAK.
--->ini bukan bermaksud wanita tu lemah.tapi memang dah fitrah,wanita perlukan bimbingan.

Lelaki inginkan ketaatan wanita?
Para lelaki sepatutnya bukanlah mengharapkan ketaatan wanita semata tapi sepatutnya binalah kepimpinan. Cara nak bina kepimpinan? Jinakkan diri padaNya,nescaya wanita akan jinak pula.ingatlah,jangan harapkan yang laksana Fatimah jika kau bukan seperti Ali.

"kerana aku jua ingin berlindung di belakang temulang lelaki suatu hari nanti,untuk dimulia,dikasihi dan disayangi..."



-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For aisyatul_auniProfil   Hantar PM kepada aisyatul_auni   Quote dan BalasQuote

Penama
Deleted User


posticon Posting pada: 23-04-03 17:53


oleh: dr. hm tuah iskandar al-haj

Jangankan anda & saya, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa wanita, hati, fikiran & perasaan lelaki akan resah. Tidak ada anehnya, sebab di situlah letaknya normal tidaknya seorg lelaki. Sekuat mana pun jika tanpa wanita siapalah kita. Apa lagi yg tidak ada di Syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan seorg teman. Itu alangkan Nabi. Betapa kita tidak mahu mengakui kita amat memerlukan wanita di sisi kita. ALLAH telah memberikan Nabi Adam a.s sebaik-baik teman -Siti Hawa. ALLAH juga mungkin telah memberi kita sebaik-baik teman iaitu isteri kita sekarang ini. Kerana adanya wanita, kita ada seseorg utk dipanggil isteri. Kerana adanya wanita kita dilahirkan oleh seseorg yg boleh kita panggil ibu. Kalau rezeki kita baik, kita ada anak yg boleh dipanggil puteri. Mereka semua adlh wanita. Mereka menjadi penyeri kpd kehidupan kita. Dijadikan mereka dr tulang rusuk yg bengkok utk diluruskan oleh lelaki, tetapi kalau kita sendiri yg tak lurus, tak mungkin kita mampu hendak meluruskan mereka. Tak logik kayu yg bengkok menghasilkan bayang-bayang yg lurus. Wanita diperlukan, tetapi kejadian mereka yg berbeza dgn struktur tubuh kita, menjadikan wanita unik & istimewa. Menjadi tanggungjawab kita meluruskan mereka. Dgn apa? Dgn harta, dgn kedudukan, dgn pangkat atau nama? Semuanya itu mungkin selagi meniti di atas petunjuk ILAHI. Didiklah wanita dgn panduan drpd-NYA. Isteri bukan utk dizalimi, bukan utk diperhambai. Ibu bukan utk disia-sia tetapi utk dihormati & diagungkan, sesuai dgn jasa & kedudukannya terhadap kita. Anak gadis utk dipelihara, dilindungi & diberikan keselesaan hidup semampu kita. Mereka semua adlh teman utk perjuangan hidup kita. Tatkala kita sudah tidak berupaya, merekalah yg kita dambakan, tatkala kita berkuasa, sudah sepatutnya mereka kita lindungi. Kenalkan mereka kpd ALLAH, zat yg kekal, di situlah suisnya utk menundukkan wanita. Maka utk memperkenalkan mereka kpd ALLAH, kita sendiri perlu lebih dahulu kenal dgn-NYA. ALLAH adlh tempat utk mengadu. Kita ambil seorg isteri atas kalimah ALLAH, dia adlh amanah utk kita pelihara & jaga. Jika akalnya setipis rambut, tebalkan dgn ilmu. Jika hatinya separuh kaca, kuatkan dgn iman. Jika perasaannya selembut sutera, hiasilah dgn akhlak & kasih sayang. Suburkanlah kerana dr situlah nanti meraka akan nampak nilaian & keadilan TUHAN. Bisikkan ke telinga mereka, kelembutan bukan suatu kelemahan. Tanpa ilmu, iman ,akhlak & kasih sayang, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan. Lebih ramai lelaki yg dirosakkan oleh perempuan drpd perempuan yg dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Di situlah hebatnya wanita yg perlu kita ketahui. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal TUHAN. Bila mereka derhaka, dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, rosaklah jantung, hati & limpa. Wahai lelaki, jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju ALLAH, pimpinlah diri sendiri dahulu kpd-NYA. Jinakkan diri dgn ALLAH, nescaya akan jinaklah segala-gala di bawah pimpinan kita. Akhir kata, jangan bandingkan isteri anda dgn Siti Fatimah, kalau anda belum seperti Saiyidina Ali. Sekian...


Bookmark and Share




  Quote dan BalasQuote

ladyberz
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 39
Posting: 58
Dari: merah kuning warna kebanggaan

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 24-04-03 02:55


per2 pung..saya sokong....100%...


Bookmark and Share




  Member Information For ladyberzProfil   Hantar PM kepada ladyberz   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.064486 saat. Lajunya....