Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-11-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Bila anda telah sampai ke penghujung tali, buat simpulan untuk bergantung

-- Tokoh Korporat

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: zahirahruslan
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13718

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 44
Ahli: 0
Jumlah: 44




  Dari Galeri
Assalamualaikum... Ini foto kecil saya... Salam ukhuwah buat semua...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 10 jam, 38 minit yang lalu


Kesihatan
Topik: Masalah Kegemukan..


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Masalah Kegemukan..

Please Mendaftar To Post


Oleh Masalah Kegemukan..

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 17-08-03 16:23


Jantung terpaksa bekerja lebih kuat dengan bertambahnya berat badan. Dengan berlebihan lemak di badan, lebihan lemak juga ada dalam darah dan akan menyebabkan lemak terlekat di dinding saluran darah terbabit. Lama kelamaan, saluran darah akan tersumbat. Proses inilah penyebab kepada sakit jantung dan strok.

Oleh itu, amat penting untuk mengelakkan diri daripada obesiti untuk mengurangkan risiko penyakit sakit jantung dan angin ahmar.

- Sendi di badan juga akan terjejas lebih awal. Badan kita dicipta untuk membawa berat badan yang tertentu. Seperti spring kereta yang akan merungut ataupun patah jika but kereta terlalu berat, sendi-sendi pada badan juga akan mengadu kesakitan jika dipaksa membawa berat badan yang berlebihan.

Lama-kelamaan, penyakit sendi pun bermula. Jika anda sudah pun gemuk, pada umur yang sangat muda, penyakit ini akan bermula lebih awal. Kuruskan badan dan sendi akan memudahkan pergerakan anda.

Risiko kesihatan yang lain adalah seperti darah tinggi, kencing manis dan penyakit batu dalam hempedu. Bagi wanita, berat badan berlebihan ini kadangkala menyebabkan kitaran haid yang tidak menentu dan pendarahan boleh menjadi terlalu sedikit ataupun terlalu banyak.

Proses ovulasi juga boleh terjejas dengan obesiti. Ingatlah, risiko kesihatan ini akan berkurangan secara drastik sekali jika anda boleh menguruskan berat badan hampir kepada berat badan unggul.

Seseorang akan menambah berat badannya apabila kemasukan tenaga melebihi tenaga keluar iaitu apabila makan dan minum melebihi daripada apa yang diperlukan untuk kegunaan aktiviti harian.

Sebarang usaha dilakukan untuk menguruskan badan, jangan sekali-kali menggunakan teknik crash diet ataupun menggunakan ubat-ubatan yang mengurangkan selera makan kerana cara ini hanya berkesan untuk jangka pendek saja.

Tidak lama kemudian, berat yang dikurangkan akan muncul kembali. Tujuan anda mestilah mengubah gaya hidup dan kebiasaan tabiat makan minum. Fikirlah untuk jangka panjang dan bukan jangka pendek.

Pilihan makanan anda mestilah untuk seumur hidup dan tabiat membeli-belah anda mesti berubah setimpal.

Apa yang boleh anda lakukan ialah:

- Pastikan anda mengambil makanan berzat dan seimbang. Makan tiga sarapan yang sederhana adalah lebih baik daripada satu yang berat.

- Pilih makanan mengandungi kalori rendah. Cara memasak seperti bakar, panggang atau kukus adalah baik daripada menggorengnya.

- Gunakan minyak yang sedikit untuk memasak dan dalam makanan.

- Makan banyak sayuran segar dan buah-buahan.

- Makanan mengandungi kadar serat tinggi seperti roti kaya serat, pasta, ubi kentang boleh memberi kepuasan kepada selera makan tanpa membekal banyak kalori.

- Banyakkan minum air kosong dan kurangkan minuman tinggi kalori seperti minuman gas, kordial dan minuman bergula atau berperisa.

- Jauhkan daripada makanan seperti kek, biskut, gula-gula, kuih-muih yang mengandungi kadar gula tinggi.

- Lakukan senaman sekurang-kurangnya tiga kali sehari untuk menggunakan tenaga yang disimpan dan untuk mengimbangi tenaga yang didapati daripada pemakanan.

Ada salah faham mengenai kawalan berat badan boleh diperoleh serta merta. Tanggapan ini timbul dengan adanya pelbagai wonder diets yang dipromosikan.

Mengurangkan berat badan adalah satu proses yang berperingkat. Justeru, anda patut membuat sasaran menurunkan berat kira-kira satu hingga dua paun seminggu sehingga anda mencapai berat badan unggul untuk saiz badan anda.

Cara paling berkesan untuk menguruskan badan ialah dengan mengubah suai diet dan senaman berterusan.


-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

Hajar
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 06.05.2003
Ahli No: 1024
Posting: 479
Dari: Singapura

singapore   avatar


posticon Posting pada: 17-08-03 17:07


Trima kasih kak fiza untuk tips ini..

-----------------
"All Allah's Testing Has A Purpose..
Someday U Will See The Light..
All He Asks Is That U Trust in HIM..
Walk By


Bookmark and Share




  Member Information For HajarProfil   Hantar PM kepada Hajar   Pergi ke Hajar's Website   Quote dan BalasQuote

mardhiah12
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 568
Posting: 197

blank   avatar


posticon Posting pada: 18-08-03 11:44


assalamu`alaikum

betul macam cakap fiza, sakit sendi boleh berlaku teruk pada orang yang gemuk kerana sendi tak dapat tampung berat badan berlebihan..kalau dah start sakit sendi tu, lagi kena control makan, dan jaga berat badan. ini memang advice daripada doctor


Bookmark and Share




  Member Information For mardhiah12Profil   Hantar PM kepada mardhiah12   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.045411 saat. Lajunya....