Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-09-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kegembiraan dan kedukaan adalah sama. Ia tak kekal lama

-- Peribahasa Tionghua

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: lysazae
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13715

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 49
Ahli: 0
Jumlah: 49




  Dari Galeri
nur_indah...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 8 jam, 32 minit yang lalu
uzmawahida: 8 hari yang lalu
fayyzah: 20 hari yang lalu
bintanghatee: 27 hari yang lalu


Muslimah Remaja
Topik: HOT TOPIC : C.I.N.T.A REMAJA "Kemana Kasih Harus Di Bawa ? "


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» HOT TOPIC : C.I.N.T.A REMAJA "Kemana Kasih Harus Di Bawa ? "

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh HOT TOPIC : C.I.N.T.A REMAJA "Kemana Kasih Harus Di Bawa ? "

NaZa_FirmaN
WARGA RASMI
Menyertai: 30.06.2003
Ahli No: 1850
Posting: 19
Dari: SEREMBAN

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 21-07-03 15:40


Antara Cinta Dan Kasih
Dimana Harus Di letakkan


Bookmark and Share




  Member Information For NaZa_FirmaNProfil   Hantar PM kepada NaZa_FirmaN   Quote dan BalasQuote

ida01
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 11
Posting: 330
Dari: SeGaMaT^jOhOr

Johor   avatar


posticon Posting pada: 21-07-03 21:02


hehe.minta maap yer sis.tak paham la soklan ?hehehe.leh terangkan lagi tak.

-----------------
Bicara Syahadah Menusuk Kalbu
Hati Nan Damai Terasa Rindu.
Ukhuwah Mahabbah Terjalin Selalu
Moga Kekal Bersama Menuju






Bookmark and Share




  Member Information For ida01Profil   Hantar PM kepada ida01   Quote dan BalasQuote

kaklong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 551
Posting: 155
Dari: darul ridzuan

brunei  


posticon Posting pada: 21-07-03 21:50


"kasih manusia sering bermusim..
sayang manusia tiada abadi..
kasih Tuhan tiada bertepi...
sayang Tuhan janjiNya pasti..."

-----------------


Bookmark and Share




  Member Information For kaklongProfil   Hantar PM kepada kaklong   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 17.06.2003
Ahli No: 1740
Posting: 56
Dari: jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 22-07-03 00:05


erm.......

wahai remaja sekalian...jangan terelalu asyik mengejar Cinta Dunia.....sedarlah wahai remaja hari ini sebelum terlewat.....

cinta?perasaan yg sering bermain dibenak pikiran remaja.....yg bkn remaja pun hebat bercinta,inikan pula yg masih berdarah muda.......itulah penangan CINTa........



-----------------
Akal Setipis Rambutnya Tebalkan Dengan Ilmu,Hati Serapuh Kaca Kuatkan Dengan Iman,Perasaan Selembut Sutera Hiasi Dengan Akhlak


Bookmark and Share




  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

aku
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 986
Posting: 110
Dari: bumi ALLAH

iraq   avatar


posticon Posting pada: 22-07-03 18:03


betul tu!


-----------------

AKU makhluk ciptaan ALLAH S.W.T...


Bookmark and Share




  Member Information For akuProfil   Hantar PM kepada aku   Quote dan BalasQuote

anas
WARGA RASMI
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 832
Posting: 18
Dari: um,kl

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 23-07-03 10:09


haha apelah yg ade pd cinta tu,buang mase je,penat tau nak layan perasaan cinta ni,boleh jadi giler,isilah mase tu dgn abiskan mase utk study haha lg baik,dpt gak pekdahnye

-----------------
kucing_comel


Bookmark and Share




  Member Information For anasProfil   Hantar PM kepada anas   Quote dan BalasQuote

mujahidah2311
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 17.06.2003
Ahli No: 1740
Posting: 56
Dari: jerantut

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 24-07-03 00:26


CINTA tu penting gak sebenarnya...kalau tak,cam mana nak feeling?btul tak?..cuma kena tau cara nak jaganya.....tp malangnya,ramai x tahu gunakan cara bercinta yg sebenarnya.....
tu lah masalahnya......mmmmm,cam mana yer nak dapat cinta yg sejati....

-----------------
Akal Setipis Rambutnya Tebalkan Dengan Ilmu,Hati Serapuh Kaca Kuatkan Dengan Iman,Perasaan Selembut Sutera Hiasi Dengan Akhlak


Bookmark and Share




  Member Information For mujahidah2311Profil   Hantar PM kepada mujahidah2311   Quote dan BalasQuote

nur_hati
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 27.04.2003
Ahli No: 565
Posting: 80
Dari: n9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 24-07-03 08:39


emm....... cinta? ungkapan yg sering menjadi buah mulut para remaja khususnya...... cinta sering dikaitkan dgn makhluk..... apelah ade pd makhluk.... takkan ke mane cinta tue........ cinta yg lebih utama pada Allah s.w.t......... itu pasti kekal selame-lamenyer..........

tpkan kalau cinta pd makhluk sbg landasan utk cinta kpd Allah pastinye tak salah....tp kene jaga... hati2 dlm bercinta.... ditakuti memkn diri sendiri.........

wallahu'alam.........


Bookmark and Share




  Member Information For nur_hatiProfil   Hantar PM kepada nur_hati   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 24-07-03 10:57


assalamualaikum...

bercinta dan berkasihlah pada yang PenciptaNya..sebelum bercinta dan berkasih pada yang diciptaNya.......

-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

shafizah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 15.05.2003
Ahli No: 1277
Posting: 134
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 25-07-03 17:11


assalamualaikum.fizah pun setuju jugak pendapat yang lain.bagi fizahlah, kalau nak bercinta tu boleh,tapi mestilah berniat yang baik.bercinta juga haruslah disulami dengan keimanan.kalau tak lain yang jadi.


Bookmark and Share




  Member Information For shafizahProfil   Hantar PM kepada shafizah   Quote dan BalasQuote

fi_amaanillah
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 29.04.2003
Ahli No: 627
Posting: 114
Dari: JB

Johor   avatar


posticon Posting pada: 28-07-03 12:03


assalamualaikum...

bercinta x salah..cinta tu sendiri subjektif..jgn disalahkan cinta..sbb cinta itu perasaan yg suci..ceh.b'madah plak ana ni...empunya diri sebenarnya yg salah sbb m'bawa cinta ke jln yg b'tntgn dgn Islam..

tp jika cinta itu berlandaskan syarak dan diniatkan utk menuju ke alam p'kahwinan...itu x salah...bercintalah dgn Allah sblm b'cinta dgn manusia..

-----------------
" berfikir berdasarkan wahyu,berakhlak dgn Al-Quran,bertindak berpandukan Sunnah"


Bookmark and Share




  Member Information For fi_amaanillahProfil   Hantar PM kepada fi_amaanillah   Quote dan BalasQuote

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 28-07-03 22:10


cam lagu kump antz ngan elyana jek.. cinta remaja

-----------------



●ŠēВưΜВưňĞ ĶĭţĂ ŝĚťĀρ

Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

baiduri_aiman
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 05.05.2003
Ahli No: 979
Posting: 116
Dari: yan,kedah

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 29-07-03 01:20


cinta ni dah menjadi lumrah...semua org ingin dicintai dan menyintai..tapi,cinta ni pun ada batas2nya...yg penting,cinta kpd Allah haruslah diutamakan..


Bookmark and Share




  Member Information For baiduri_aimanProfil   Hantar PM kepada baiduri_aiman   Quote dan BalasQuote

al-hijazi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 01.05.2003
Ahli No: 816
Posting: 79
Dari: serambi mekkah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 18-08-03 15:54


CINTAKAN ALLAH DAN RASULNYA..
SUBURKANLAH DI DALAM JIWA..
SAYANG-SAYANGI KELUARGA KITA..
MOGA HIDUP AMAN BAHAGIA..
ITULAH KATA UNIC DALAM LAGUNYA..
BERSAMALAH KKTA MENGHAYATINYA..


Bookmark and Share




  Member Information For al-hijaziProfil   Hantar PM kepada al-hijazi   Quote dan BalasQuote

seharumkasturi
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 21.04.2003
Ahli No: 301
Posting: 149
Dari: Selangor

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 18-08-03 16:52


Cintakan ALLAH dan RASULNYE cinta abadi dan lebih utama....

-----------------
"kalau nak bercinta...bercintalah dengan Allah, kalau nak memuji...pujilah Allah..Kalau nak memuji makhluk...pujilah pencipta makhluk..."

Cinta Allah...Cinta abadi....
Salam Ta'aruf untuk semua...


Bookmark and Share




  Member Information For seharumkasturiProfil   Hantar PM kepada seharumkasturi   Quote dan BalasQuote

nur_kemuliaan
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 09.09.2003
Ahli No: 2391
Posting: 68
Dari: johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 12-09-03 23:21


assalamualaikum,

ana cuma nak ingatka sesapa yg lupa/.......JANGAN HAMPIRI ZINA hrp phm dan ada 1001 makna ...

-----------------
hamba ALLAH
kuli DAKWAH


Bookmark and Share




  Member Information For nur_kemuliaanProfil   Hantar PM kepada nur_kemuliaan   Quote dan BalasQuote

mardhiah12
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 568
Posting: 197

blank   avatar


posticon Posting pada: 13-09-03 11:50


FITRAH MENJADI FITNAH
Majalah anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66).

Artikel ini bertemakan perkahwinan dan juga sebab sebab mengapa ada di antara kita memilih untuk berkahwin awal walaupun terpaksa berdepan
dengan risiko yang mungkin tidak dapat di lihat, tapi risiko adalah satu lumrah kehidupan kita.

Hati remaja selalu berkata, apakah salah kami bercinta? Rasa cinta memang tidak salah. Ia adalah fitrah semulajadi (instinct) yang ALLAH swt kurniaan kepada setiap manusia. Ingin bercinta dan dicintai adalah instinct. Jiwa manusia memerlukan cinta seperti jasad perlukan makanan. Oleh kerana cinta adalah fitrah, maka tentulah tidak salah merasainya.

Namun ALLAH tidak kurniakan cinta secara polos begitu saja. Dia juga pencipta peraturan cinta demi menjaga kemurniaannya. Peraturan inilah yang kerap dilanggar. Rasa cinta tidak salah tetapi kesalahan selalu berlaku sewaktu menjalin hubungan cinta. Di sinilah selalunya remaja terjebak. Cinta terlarang adalah cinta yang menafikan peraturan yang telah ditetapkan oleh ALLAH swt. Ketika itulah FITRAH telah menjadi FITNAH. Bila kehendak semulajadi tidak disalurkan atau diisi mengikut peraturan maka akan berlakulah
kekalutan dan kemusnahan.


Mengapakah perlu ada peraturan cinta?

Jawabnya kerana ALLAH swt mencintai manusia hambaNYA. Allah inginkan keselamatan dan kesejahteraan buat manusia melaksanakan keinginan fitrah semulajadinya. Keinginan tanpa peraturan akan menyebabkan banyak kemusnahan. Begitulah hubungan cinta yang terlarang akan membawa banyak implikasi negatif dalam kehidupan. Pengalaman sudah pun mengajar kita
bahawa jangan sesekali bermain cinta, nanti terbakar diri.

Sudah banyak tragedi yang berlaku akibat hubungan cinta yg membelakangkan Tuhan!
Hubungan cinta jangan dicemari oleh sebarang tindakan menyalah syariat. Lebih banyak perlanggaran hukum berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan kuat tertipu dengan pesona cinta yang dihiasi dengan pelbagai janji dan sumpah setia. Jangan kita mabuk
dengan rindu dan asyik yang membuai dan melenakan.

Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. Pada ketika itulah cinta dikatakan buta. Maka butalah mata hati dan mata kepala sehingga seseorang akan menjadi hamba kepada sesiapa yang dicintainya.

Ketika itu hati tidak nampak yang lain kecuali apa yang dicintainya. Lupalah diri pada pencipta cinta kerana terlalu asyik dengan cinta yang dikurniakaNya. Bagaimanakah pula perasaan kita agaknya jika seseorang itu begitu leka dengan hadiah yang diberikan hingga terlupa bersalaman dan berterima kasih dengan pemberinya? Allah swt kerap dipinggirkan dalam hubungan cinta terlarang.

Seolah-olah cinta dan pencipta cinta itu sudah tidak ada kaitan antaranya. Hukum ALLAH dilanggar bukan dengan rasa bersalah tetapi dengan rasa manis dan megah.

Tangan kekasih dipegang walaupun jelas ALLAH mengharamkan sentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di tempat sunyi walaupun sudah diperingatkan Nabi bahawa dalam keadaan itu
syaitan adalah pihak ketiga.

Lebih dari itu pun banyak berlaku.

Semuanyanya seolah-olah halal kerana cinta. Racun-racun berbisa yang memusnahkan cinta telah dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon cinta
terlarang pun berbuah. Buah yang pahit, masam dan memabukkan.Buah yang muncul dengan pelbagai jenama yang aneh dan menjijikkan - zina, sumbang mahram,bohsia, bohjan, buang bayi dll lagi.


Ketika itu indahkah cinta?

Peraturan cinta bagai tanda-tanda dan lampu isyarat di atas jalan raya. Kereta diciptakan dengan kuasa untuk bergerak tetapi pergerakkannya
perlu diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan kuasa itu akan berlakulah perlanggaran dan pertembungan. Begitulah cinta, ia adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan peraturan dan kawalan.

Apakah peraturan-peraturan dalam hubungan cinta?

Hendaklah cinta kita itu didasarkan kepada cinta ALLAH. Ertinya cinta yang kita berikan kepadanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan
ALLAH. ALLAH memberikan kita fitrah itu lalu niatkan dengan fitrah itu boleh menghampirkan diri
kita kepada ALLAH swt.

Cintailah sesiapa pun, tetapi pastikan cinta itu dapat memudahkan kita mencintai ALLAH.

Sehubungan dengan itu, cinta antara lelaki dan perempuan mestilah diniatkan untuk ALLAH!

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk SEGERA berkahwin kerana berkahwin itu lebih memudahkan seorang lelaki atau seorang perempuan menyempurnakan
agamanya.


Sabda Rasulullah saw,
"Apabila seseorang itu berkahwin, sempurnalah separuh agamanya, tinggal lagi separuh untuk disempurnakannya"
Semoga perkahwinan yang dibina adalah semata-mata kerana ALLAH, dgn tujuan untuk membina rumahtangga muslim, melahirkan keturunan soleh dan solehah, keluarga yang sanggup memikul amanah & dapat melaksanakan segala hukum dan perintah ALLAH swt.

Semoga dengan perkahwinan itu juga akan dapat menjaga pandangannya,kehormatan dirinya serta hati dan juga perasaannya supaya sentiasa tunduk dan takut pada ALLAH swt, di samping dapat beribadat dan bertaqwa kepada ALLAH SWT.

Oleh itu, usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sekadar untuk bersuka-suka. Lebih buruk lagi janganlah ada niat-niat yang jahat dalam bercinta sama ada didorong oleh hasutan nafsu atau bujukan syaitan. Jika tidak ada niat untuk berkahwin, cinta sudah pasti bukan kerana ALLAH.

Hakikatnya cinta itu adalah cinta terlarang yang akan membawa kemusnahan pada sebelah pihak atau kedua-duanya sekali. Cinta jenis ini seburuk
namanya - Cinta Monyet!

Hendaklah dipastikan semasa menjalin hubungan cinta tidak ada hukum ALLAH yang dilanggar.

Antaranya, tidak ada pergaulan bebas, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada pengabaian perkara asas seperti meninggalkan sembahyang, puasa dan
lain-lain.

Hubungan cinta jangan sampai terjerumus dalam perkara yang melalaikan dan merugikan.

Maka, remaja tidak seharusnya mengeluh, "Cinta apa namanya ini jika tiada dating, tiada perbualan telefon maraton..atau bahasa remajanya
'bergayut', tiada surat cinta, tiada sentuhan tangan, tanpa kerlingan dan senyuman?

Yakinlah, tidak ada keindahan dengan melanggar peraturan Tuhan.

Putus cinta dan kecewa bercinta yang begitu dominan dalam kehidupan remaja adalah disebabkan racun-racun cinta yang disangka baja ini.
Justeru banyaklah cinta yang gagal disambung di alam perkahwinan dan lebih banyak yang putus tanpa sempat menempuh perkahwinan. Allah swt
Maha Mengetahui dan Maha Menyayangi. Segala peraturanNya buat dengan rasa cinta terhadap hambaNYA.


Cinta suci mampu tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu pasti akan membawa ke gerbang perkahwinan untuk bercinta lagi dengan seribu
keindahannya. Bahkan jika diizinkan oleh takdirNya, cinta itu akan terus bersambung ke alam akhirat. Suami yang soleh dan isteri yang solehah akan bercinta lagi di syurga-empat pertama yang melahirkan cinta!

Ketika itulah FITRAH akan menjadi ANUGERAH!

Majalah anis keluaran ogos 1998 (muka 65/66).
Moga bermanfaat....wassalam
fi amanillah.


Jangan tertipu dengan badan yang sihat kerana kematian tak pernah berjanji akan datang pada badan yang sakit.
Jangan tertipu dengan suasana yang aman kerana
kematian tak pernah berjanji akan datang pada waktu peperangan.
Jangan tertipu dengan umur yang muda kerana kematian tak pernah berjanji akan datang pada umur yang tua

"DAN MINTALAH PERTOLONGAN (DARI ALLAH) DENGAN SABAR DAN SOLAT, SESESUNGGUHNYA IA AMAT BERAT KECUALI BAGI MEREKA YANG KHUSU' " AL-BAQARAH



Bookmark and Share




  Member Information For mardhiah12Profil   Hantar PM kepada mardhiah12   Quote dan BalasQuote

siti_gadisdesa
WARGA RASMI
Menyertai: 06.09.2003
Ahli No: 2360
Posting: 15
Dari: Batu Pahat

Johor   avatar


posticon Posting pada: 13-09-03 19:19


Tak perlu bawa cinta ke mana-mana
Tapi kalau dah jatuh cinta....pendamkan dalam dada
Dengar kata kumpulan UNIC...C U D IPT
Waktu skolah ni buat betul-betul dulu
Dah besar nanti barulah bina ikatan yang hakiki


Bookmark and Share




  Member Information For siti_gadisdesaProfil   Hantar PM kepada siti_gadisdesa   Quote dan BalasQuote

Maryam
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 56
Posting: 52
Dari: MCIIUM

usa   avatar


posticon Posting pada: 15-09-03 14:02


pada saya, segala perasan yang kita hadapi seharusnya kita kembali pada DIA. DIA menguji setiap hambaNYA dengan berbagai cara. begitu juga C.I.N.T.A. dalam usia yang masih muda, belum punya tanggungjawab sebagi isteri dan ibu, sepatutnya masa ini dipenuhi dengan aktiviti2 yang melatih kepimpinan dan ibadah. dengan berpuasa sunat dapat mematahkan nafsu. perasaan C.I.N.T.A hanya perasaan nafsu jika salah letak. dengan berQiamullail dapat mendekatkan diri pada ALLAH. Hanya DIA yang berhak dicintai dengan jiwa dan raga. Semakin kita cinta pada DIA, DIA lebih cinta pada kita. cinta manusia hanya sementara. C.I.N.T.A DIA jua yang kekal abadi.



-----------------
[email protected]@~

[ Posting ini telah di edit oleh: Maryam pada 2003-09-15 14:02 ]


Bookmark and Share




  Member Information For MaryamProfil   Hantar PM kepada Maryam   Maryam's MSNM Number Is maryamira   Quote dan BalasQuote

Sakinatul_Qalbi
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 26.04.2003
Ahli No: 533
Posting: 39
Dari: Kelantan

egypt   avatar


posticon Posting pada: 15-09-03 16:37


Bagi ana,remaja tak sesuai bercinta sebab kalau mereka bercinta hanya akan menjuruskan mereka ke lembah maksiat sahaja sebab mereka masih muda ...masih belum kenal erti kehidupan yang penuh dengan pancaroba....

p/s : bercintalah dengan diri sendiri dulu...barulah dengan orang lain...

-----------------
Moga Ukhwah kan Berpanjangan


Bookmark and Share




  Member Information For Sakinatul_QalbiProfil   Hantar PM kepada Sakinatul_Qalbi   Pergi ke Sakinatul_Qalbi's Website   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, suterakasih85
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Muslimah Remaja
    »» HOT TOPIC : C.I.N.T.A REMAJA "Kemana Kasih Harus Di Bawa ? "

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.060637 saat. Lajunya....