Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 20-11-2017  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
"Ketahuilah kiranya kebahagiaan orang yang dikuasai oleh kemalasan, maka beratlah mereka untuk berjuang, berlatih dan bekerja untuk sucikan diri dan akhlak."
-- Imam Al-Ghazali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Sheikhengku11
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13694

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 21
Ahli: 0
Jumlah: 21




  Dari Galeri
a'kum....sy mieza dr mmu mlk...salam ukhwah fillah wat sumer :)

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 jam, 16 minit yang lalu
nadiah_abdllah: 27 hari yang lalu


Kesihatan
Topik: Masalah haid...


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Masalah haid...

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2

Oleh Masalah haid...

engku_salina
-WARGA SETIA-
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 25
Posting: 592
Dari: Kuala Lumpur

Terengganu   avatar


posticon Posting pada: 27-06-03 09:54



Haid adalah suatu keadaan fisiologi yang tetap dan teratur. Ia dialami oleh wanita yang berada dalam lingkungan umur yang berupaya untuk mengandung. Semasa kedatangan haid, seseorang wanita akan kehilangan darah. Tempoh reproduktif seseorang wanita dicirikan dengan perubahan ritmik pada rembesan hormon yang diperlukan untuk pembiakan. Corak ritmik ini dikenali sebagai kitaran seksual wanita atau kitaran haid.

Fungsi kitaran haid ialah menghasilkan telur (ovum) yang matang daripada ovari dan menyediakan lapisan dalam rahim untuk implantasi embrio. Jika tidak berlaku persenyawaan, telur akan mengalami degenerasi dan dibuang bersama bahan-bahan lain yang keluar daripada tubuh wanita melalui saluran vagina.

Proses haid akan membuang keluar darah, mukus/lendiran dan sel-sel yang sudah mati. Proses ini berlaku dalam tempoh yang agak tetap daripada masa akil baligh sehinggalah menopaus (putus haid) kecuali semasa mengandung dan penyusuan. Proses haid bermula daripada umur 12 atau 13 tahun tetapi kadangkala seawal umur 10 tahun dan selewat-lewatnya 16 tahun. Permulaan haid banyak bergantung kepada beberapa faktor seperti kaum, genetik, suhu persekitaran dan status nutrisi serta pemakanan. Putus haid berlaku pada purata umur 47 tahun (julat umur antara 45 hingga 55 tahun). Purata tempoh kitaran haid bagi wanita yang normal ialah 28 hari. Hari pertama haid dianggap sebagai hari pertama bagi setiap kitaran baru. Setiap kitaran bagi seorang wanita yang normal dan sihat ialah di antara 20 hingga 45 hari. Perbezaan tempoh kitaran bergantung kepada umur. Tempoh aliran keluar haid juga berbeza-beza.

Purata kitaran haid di kalangan gadis ialah 6.6 hari manakala pada umur 21 tahun, purata tempoh haid menjadi enam hari sehinggalah mencapai tahap putus haid. Lebih kurang lima peratus wanita yang sihat datang haid kurang daripada empat hari dan lima peratus lagi wanita yang mengalami lebih daripada lapan hari. Jumlah purata darah dan tisu yang hilang semasa kedatangan haid ialah 70 ml. Wanita yang berumur kurang daripada 35 tahun akan kehilangan darah lebih banyak berbanding wanita yang berumur 35 tahun ke atas.

Jumlah keseluruhan cecair badan yang hilang semasa haid ialah di antara 60 hingga 200 ml.

Sesetengah wanita akan mengalami simtom atau gejala yang tidak selesa dalam tempoh haid tersebut. Di dalam tempoh tersebut wanita akan mengalami masalah seperti sakit kepala, pengumpulan cecair, ketegangan payu dara, mudah meradang, keresahan, sakit tulang belakang, kesakitan dan kekejangan pada bahagian abdomen serta tekanan perasaan.

Kehadiran dan keterukan gejala ini berbeza-beza di kalangan wanita. Masalah ini boleh dibantu oleh ahli farmasi atau diurus sendiri oleh wanita tersebut. Mereka yang mengalami masalah tersebut yang berkunjung ke kedai farmasi akan ditemubual untuk memastikan keterukan masalah dan sama ada wanita berkenaan harus mendapatkan pemerhatian doktor. Temubual ini juga dapat membantu ahli farmasi untuk menilai masalah pesakit dan memilih atau menyarankan produk atau ubat yang sesuai dan berkesan bagi mengatasi masalah tersebut.


Abnormal semasa haid dan cara mengatasi

Tidak semua wanita yang akan mengalami kedatangan haid tanpa masalah. Adalah dianggarkan seramai 10 peratus wanita mempunyai masalah sakit puan yang kronik. Sesetengah wanita mempunyai masalah seperti berikut:

1. Dismenorea

Merupakan satu keadaan di mana wanita mengalami kesakitan dan kekejangan yang teruk semasa haid. Dianggarkan sebanyak 50% wanita mengalami masalah ini dengan gejala kekejangan yang berlaku pada awal kedatangan haid dan hilang selepas satu hingga dua hari tanpa menjejaskan aktiviti harian. Sebanyak 10% wanita dikatakan mengalami sakit kekejangan yang teruk pada bahagian bawah abdomen dan kerap kali disertai gejala sistematik seperti mual, muntah, cirit-birit, sakit kepala dan kepeningan. Ia juga kerap berlaku di awal tempoh haid. Masalah dismenorea boleh dikelaskan kepada primer atau skunder. Dismenorea primer berlaku kerana pengecutan otot rahim dan akan disebabkan oleh masalah penyakit tertentu. Sebaliknya, dismenorea sekunder berlaku disebabkan masalah tertentu seperti endometriosis, fibroids (ketumbuhan otot-otot pada bahagian rahim) atau penyakit inflamasi pelvik.

Sebelum menyarankan kaedah rawatan, ahli farmasi atau doktor harus mengenalpasti masa bermulanya sakit berhubung dengan haid tersebut. Sakit akibat dismenorea primer berlaku sebelum atau semasa dua hari pertama haid. Jika kesakitan berlanjutan dan menjadi lebih teruk, ia mungkin diakibatkan oleh masalah yang serius dan perlu dirujuk kepada doktor pakar.

2. Menoragia

Merupakan pendarahah yang banyak semasa haid. Ini berlaku pada sembilan peratus hingga 14% wanita dan boleh mengakibatkan beberapa masalah. Pembekuan darah biasa berlaku semasa pendarahan yang banyak tetapi ia tidak merbahaya. Wanita perlu berjumpa doktor jika pendarahan berlaku di antara tempoh haid atau semasa mengandung.

3. Amenorea

Merupakan masalah tidak datang haid (primer) atau kurang alami haid (sekunder). Sesetengah wanita tidak datang haid melebihi tempoh tiga bulan. Amenorea primer selalunya dikaitkan dengan kegagalan berlaku haid sebelum 18 tahun dan dikaitkan dengan disfungsi kromosomal, pituitari atau ovarian. Pesakit yang mengalami amenorea primer dan sekunder perlu dirujuk kepada doktor. Amenorea sekunder biasanya disebabkan oleh mengandung, penyusuan, menopaus dan pemberhentian pil kontraseptik. Sebab-sebab lain ialah gangguan bahagian hipotalamus (bahagian otak), kelenjara pituitari, kelenjar adrenal, ovari dan uterus.

4. Pendarahan dan kesakitan semasa tempoh antara haid.

Berlaku di pertengahan kitar haid dan boleh berlaku selama beberapa jam sehingga beberapa hari. Kesakitan ini boleh disertai dengan pendarahan. Terdapat hubungan di antara kesakitan interhaid, pendarahan dan ovulasi. Ramai wanita yang mengalami pendarahan dan kesakitan yang singkat di antara kitaran haid. Ketidakselesaan ini biasanya disebabkan oleh ovulasi. Jika masalah in berlanjutan dan menjadi teruk (melebihi dua hari), wanita tersebut perlu dirujuk kepada doktor.

5. Sindrom prahaid

Ramai wanita yang mengalami gejala berulang-ulang yang kompleks. Ini dikenali sebagai Sindrom Prahaid. Biasanya gejala ini membabitkan rasa mual selama dua atau tiga hari sebelum kedatangan haid atau di akhir-ahir tempoh haid. Ia disebabkan oleh naik turun paras hormon. Masa bermula gejala berbeza di kalangan wanita tetapi ia adalah konsisten bagi setiap wanita. Kebiasaannya, gejala ini disebabkan oleh gabungan keadaan fisiologi. Psikologi dan faktor budaya. Di antara gejala yang sering dialami ialah:

Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.

Neurologik - sakit kepala (migrain), pening, pitam, sawan

Payu dara - ketegangan, bengkak

Saluran gastrousus - sembelit, kembung perut, kekejangan pada bahagian abdomen, ketagihan gula-gula

Kaki dan tangan - bengkak dan berair (edema)

Kurang kencing

Kulit berjerawat


Kenalpasti Sindrom

Kebanyakan wanita yang menggunakan produk farmaseutikal atau ubat tanpa nasihat doktor dan dengan kata lain mengamalkan swa-pengubatan adalah wanita-wanita yang sihat dan mengalami gejala-gejala sindrom prahaid seperti sakit kepala, pengumpulan cecair atau kekejangan pada bahagian abdomen. Produk atau ubat yang berkaitan dengan masalah tersebut boleh didapati di kedai farmasi dengan nasihat ahli farmasi. Adalah penting untuk mendapatkan ubat yang biasa diambil tanpa memberikan kesan samping serta mujarab. Namun, ahli farmasi mesti mengenalpasti gejala yang dialami semasa kitaran haid yang lalu dan bukannya gejala akibat penyakit yang lebih serius dan memerlukan permerhatian doktor pakar sakit puan (obstretrik dan ginaekologi).

Wanita harus berwaspada terhadap gejala yang boleh disebabkan oleh penyakit-penyakit yang lebih serius dan memerlukan rawatan segera. Di antara masalah yang memerlukan pemerhatian doktor pakar dengan segera ialah pendarahan yang teruk, tidak datang haid, discaj yang tidak normal daripada bahagian vagina, kesakitan yang amat sangat sebelum dan semasa haid, kesakitan ketika melakukan hubungan seksual, ketumbuhan pada bahagian payu dara atau dicaj yang tidak normal daripada bahagian puting payu dara.


Kaedah rawatan

Jenis dan keberkesanan rawatan bagi masalah di atas bergantung kepada kumpulan gejala atau simtom yang dialami oleh wanita:

Sakit - kekejangan otot, sakit kepala, sakit payu dara, sakit belakang dan lesu.

Pengumpulan cecair - kenaikan berat badan, masalah kulit, sakit payu dara dan pembengkakan.

Kesan psikologi - sedih, kesepian, keresahan, tidak selesa, mudah meradang, murung, tertekan.

Ubat-ubat yang ingin dipreskripsi haruslah bergantung kepada kumpulan gejala di atas serta mengenalpasti tahap gangguan haid yang telah diterangkan seperti di atas.

Di antara ubat dan kaedah rawatan yang boleh digunakan ialah:

Ubat penahan atau menghilangkan rasa sakit

NSAIDs - ubat anti-inflamasi bukan steroid seperti aspirin, ibuprofen, asid mefenamik - berkesan untuk mengurangkan pendarahan dan kekejangan. Ia patut diambil tujuh atau sepuluh hari sebelum datang haid untuk mendapatkan kesan yang maksimum.

Asetaminofen - Kajian menunjukkan ia boleh mengurangkan paras fonadotrofin dan estradiol

Hormon

Pil kontraseptif - Ia menghalang penghasilan hormon lelaki dan merencat reseptor estrogen dalam uterus wanita. Ia kerap digunakan untuk mengawalatur tempoh haid termasuk masalah dismenorea, amenorea dan menoragia.

Progesteron dalam bentuk sintetik - Progestin, contoh, medroksiprogesteron, noretindron, norgestrel, digunakan untuk masalah menoragia dan mengembalikan masalah haid (seperti tempoh haid yang tidak tetap) kepada normal.

Analog GnRH (suntikan agen hormon)
Mengurangkan paras hormon estrogen

Kaedah tanpa drug seperti cara pemakanan yang sihat, senaman, teknik mengurangkan tekanan, kebersihan (penggunaan tuala wanita) dan sokongan sosial.

Oleh Dr. Mohamed Izham Mohamed Ibrahim & Dr. Norlela Maarup.


Bookmark and Share




  Member Information For engku_salinaProfil   Hantar PM kepada engku_salina   Quote dan BalasQuote

nur_islami
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 11.05.2003
Ahli No: 1146
Posting: 279
Dari: serambi mekah

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 27-06-03 14:24


assalamualaikum....

ana mmg bermasalah besar ttg dismenoria ni....lebih senang sebut sengugut....
boleh dikatakan hampir setiap bulan ana akan mengalami kesakitan yg teramat sgt ni.....klu "dia" menyerang mmg dah xboleh buat apa dah....!dok diam jer....klu ada org tegur pon buat dek ajer.....
dulu ana ada amik jugak ubat tuk krgkan sakit ni...tp skrg dah benti amik ubat tu....coz ada org kata klu kerap sgt kita amik ubat ni, nnti akn menjejaskan pd kandungan kelak....tul ker....?

-----------------
tuhan dalam mjlni hadap ini banyaknya dugaan yang mdtg.ada yang dptku gagahi & ada yang gagal kuhindari,tuhan rahmatmu melgt luas.terlalu sdktku bsykr


Bookmark and Share




  Member Information For nur_islamiProfil   Hantar PM kepada nur_islami   Quote dan BalasQuote

afiza_ahmad
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 28.04.2003
Ahli No: 584
Posting: 199
Dari: ipoh

Perak  


posticon Posting pada: 27-06-03 22:43


Kena tanya doktor tuh..

-----------------
.:.Life Will Never Be The Same.:.


Bookmark and Share




  Member Information For afiza_ahmadProfil   Hantar PM kepada afiza_ahmad   Send ICQ Meesage To afiza_ahmad   afiza_ahmad's MSNM Number Is afiza969@hotmail.com   Quote dan BalasQuote

hawa_24
WARGA RASMI
Menyertai: 19.07.2003
Ahli No: 2042
Posting: 19
Dari: kuala lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 20-07-03 01:31


sayer pun ader masalah......kekadang tu baru je period lepas seminggu dtg lagi....konfius darah haid ke atau penyakit


Bookmark and Share




  Member Information For hawa_24Profil   Hantar PM kepada hawa_24   Quote dan BalasQuote

maricella
{ SRIKANDI }
Menyertai: 17.04.2003
Ahli No: 48
Posting: 390
Dari: gemas, negeri 9

NegeriSembilan   avatar


posticon Posting pada: 03-08-03 11:28


Alhamdulillah..saye tak punyai masalah..syukur..

-----------------



●ŠēВưΜВưňĞ ĶĭţĂ ŝĚťĀρ

Bookmark and Share




  Member Information For maricellaProfil   Hantar PM kepada maricella   Quote dan BalasQuote

white_cotton
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 31.05.2003
Ahli No: 1550
Posting: 85
Dari: Johor Bahru

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-08-03 23:13


Assalamualaikum..
Ana pnah tanye pendapat doktor ade tak cara yang lebih baik untuk atasi perubahan hormon setiap kali period sampai kadang2 mengganggu emosi dan boleh sbbkn senggugut yang melampau..

Then, doktor tu cadangkan.. cube mkn evening Primrose Oil 1.0mg.. mende ni kene makan berterusan arr sbb die bukan bahan kimia yang boleh bertindak serta merta..

Ana dah cube, setakat ni alhamdulillah, senggugut ana tak lah sedahsyat dulu.. Muke pun tak de jerawat..

Tapi kesan die pun bergantung pada proses fisiologi orang perseorangan.. dalam erti kata lain.. lain orang lain lah kesannya

Tapi ni pengalaman ana sendiri.. Jadi tak salah kan kalo kite mencuba..

-----------------
Try To Give You Warning
But Everyone Ignores Me
[Told You Everything Loud & Clear]
But Nobody's Listening


Bookmark and Share




  Member Information For white_cottonProfil   Hantar PM kepada white_cotton   Quote dan BalasQuote

sweet_darling
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 18.05.2003
Ahli No: 1332
Posting: 189
Dari: kota bharu

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 04-08-03 10:44


assalamualaikum,
pasal makan ubat utk tahan sakit (senggugut) tue,sweet_darling pon ader dengar yg benda tue boleh bawa effec ttp kesasihannya..wallahua'lam.sweet_darling takder la bergantung pada ubat tue sebab bukan kener senggugut everytime dtg period,kdg2 jer.tp mmg ader org yg bergantung pada ubat tue sebab tak tahan sgt.


Bookmark and Share




  Member Information For sweet_darlingProfil   Hantar PM kepada sweet_darling   Pergi ke sweet_darling's Website   Send ICQ Meesage To sweet_darling   Quote dan BalasQuote

sayasarah
-WARGA SETIA-
Menyertai: 19.04.2003
Ahli No: 170
Posting: 509
Dari: Kerak bumi

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 01-09-03 12:24


alhamdulillah tak de masalah sangat dengan senggugut..

tapi masalah nye selalu tak de time..maknanya tak menentu...cemana ek...?bahaya tak? dia keluar ikut suke dia je..kadang2 tgh bulan..pastu hujung bulan.. sebulan sekali tu tak jugek..ntah la..poning2..



-----------------
Pimpin daku dalam Redha-Mu
Kasihi daku dalam Rahmat-Mu
[IMG]


Bookmark and Share




  Member Information For sayasarahProfil   Hantar PM kepada sayasarah   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 02-09-03 10:22



Assalamualaikum wr wb
Alhamdulillah sekiranya period tak betul cuba cari tukang urut profesional yang faham akan bab ni ... cuba ya ...
Walaikumussalam wr wb
ummimq


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

KakYong
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 30.04.2003
Ahli No: 722
Posting: 182
Dari: Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 03-09-03 17:56


Assalamualaikum semua...
Ini ada sedikit info juga ttg haid yg kakyong kutip dari majalah Anis keluaran terbaru...mungkin ada yg dah membacanya...


Gadis biasanya menganggap kedatangan haid sebagai suatu yang merimaskan. Sebenarnya kita patut bersyukur kerana itu menandakan kita seorang yang sihat. darah haid adalah darah kotor yang perlu keluar pada setiap bulan. Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian ketika haid:

1 Antara tanda kedatangan haid atau sesudahnya ialah ditumbuhi jerawat besar dimuka. Jangan diusik-usik atau dipicit jerawat tersebut apalagi dengan tangan yang kotor. Sapukan ubat jerawat bagi menghilangkan kesan parut.

2 Sebaiknya mandi dengan air suam bagi memulihkan kelesuan.

3 Elakkan membasuh rambut pada hari pertama kedatangan haid hingga hari keempat kedatangan haid. Ingat jadual bulanan haid. Sebaiknya basuh rambut sehari sebelum kedatangan haid. Jika terpaksa gunalah air suam. Cara ini dapat melancarkan perjalanan darah kotor disamping mengelakkan berlakunya keputihan. Kekerapan membasuh rambut pada hari pertama hingga keempat menyebabkan darah berhenti sebelum waktunya.

4. Hindarkan minuman bergas dan berais.

5.Kurangkan makan makanan yang berbau hanyir seperti ikan masin, udang dan sotong supaya darah tidak berbau hanyir. Pengambilan protein dari kekacang seperti air soya, tauhu atau tempe amat digalakkan.

6. Untuk penyucian dalaman, minumlah jus kunyit yang dicampur air asam jawa dan sedikit gula melaka. Air kunyit menyembuhkan bengkak dan menghindarkan bau hanyir. Asam jawa melancarkan darah. Sukatannya, tumbuk seketul ibu kunyit sebesar ibu jari kaki sendiri. Perah dan ambil patinya. Campurkan dengan sedikit air asam jawa, air suam dan gula melaka (sesedap rasa). Minum sekali sehari.

7.Cuci tuala wanita sampai bersih, bungkus dengan surat khabar lama untuk dibuang. Pakaian dalam yang kotor hendaklah segera dicuci, jangan dibiarkan berendam terlalu lama. Ia merupakan keaiban diri yang perlu dijaga.

8.Sepanjang tempoh ini banyakkan berzikir supaya hati sentiasa tenang, badan cergas dan dijauhkan dari segala gangguan yang tidak diingini. Amalkan doa:

Segala puji bagi Allah atas tiap-tiap kurnia dan nikmat dan aku meminta ampun kepada Allah daripada tiap-tiap doa


-----------------

~Jika ingin miliki segala-galanya, milikilah Tuhan..Tuhan adalah segala-galanya..Segalanya tanpa Tuhan, tiada erti apa-apa~

Bookmark and Share




  Member Information For KakYongProfil   Hantar PM kepada KakYong   Pergi ke KakYong's Website   Send ICQ Meesage To KakYong   Quote dan BalasQuote

al-kauthar
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 18.04.2003
Ahli No: 116
Posting: 52

Johor   avatar


posticon Posting pada: 03-09-03 18:12


sakitnye mase senggugut, tak dapat nak di terjemahkan dengan kata2...

waAllahu'alam


Bookmark and Share




  Member Information For al-kautharProfil   Hantar PM kepada al-kauthar   Pergi ke al-kauthar's Website   Quote dan BalasQuote

myway
WARGA 5 BINTANG
Menyertai: 19.06.2006
Ahli No: 6655
Posting: 429
Dari: on the earth

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 11-07-06 01:52


Pada 27-06-03 09:54 , engku_salina posting:

!!! QUOTE !!!


5. Sindrom prahaid

Psikologikal - emosi menjadi terlalu sensitif, meradang, lesu, tertekan, keresahan dan gangguan tidur.

saya selalu mempunyai masalah ni...bila hampir time period saja automatically emosi berubah habis..antara emosi yang ketara ialah sensitif dan meradang..

ada sesiapa tau bagaimana nak ilangkan..bukan apa, kasihan kat orang sekeliling dengan muka kita yang masam mencuka ni..

sindrom yang lain tu ada juga, tapi yang tu kita sendiri saja yang alaminya..tak melibatkn orang lain..so boleh control lagi..

dulu masa kat hostel, nasib baik seorang member tu faham..kalau dia nampak muka saya lain macam, tak adalah dia tegur...dia buat dek saja..

any ideas...


Bookmark and Share




  Member Information For mywayProfil   Hantar PM kepada myway   Quote dan BalasQuote

nuril_alia
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 20.11.2003
Ahli No: 2867
Posting: 31
Dari: Kulim

Kedah   avatar


posticon Posting pada: 12-07-06 13:24


salam.ana ada c-kit masalah pasal period.mula from ana kat matrik period ana datang lebih dari 15 hari.so cmna ek.ia dikira darah pnyakit or darah period.satu lagi,kalau ada yang boleh bagitau,apa tanda2 kanser pangkal rahim?terima kasih pada sapa2 yang boleh tolong ana


Bookmark and Share




  Member Information For nuril_aliaProfil   Hantar PM kepada nuril_alia   Quote dan BalasQuote

susenida
WARGA RASMI
Menyertai: 12.10.2006
Ahli No: 6973
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 00:16


assalammualaikum......

nama saya ida saya ingin berkongsi tentang sengugut ni...... ini pasal adik ipar ida belah suami ida...... kalau dia sengugut memang teruk... kawan ida ada rekemenkan pad herba kat dia alhamdullilah ada perubahan dalam masa dua bulan..... nama pad tu pad susen.... sebenarnya ida nak promote barang ini sebab ia amat bagus :-di dan niat ida ingin menolong siapa yang ada masalah macam adik ida, selain senggugut, keputihan period tak menentu adalah salah satu fungsi pad herba ini dll. kalau ada siapa ingin pertanyaan boleh la tanya ida di 012 254 2402 atau emel ida [email protected]


Bookmark and Share




  Member Information For susenidaProfil   Hantar PM kepada susenida   Quote dan BalasQuote

fatinah_huda
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 16.02.2004
Ahli No: 3281
Posting: 30
Dari: Jepun

japan   avatar


posticon Posting pada: 16-10-06 20:43


Jazakumullahu khairan. Uwaa bagus2 info kat sini. haid saya memang xteratur... kadang-kadang dalam setahun tu berlaku 3 bulan tak datang.

kalau datang secara normal pula, tiba2 masalah segugut... alhamdulillah, simptom ni sejam dua saja. paling teruk, mual2 sampai muntah2... tapi mual2 tu normal ke?


Bookmark and Share




  Member Information For fatinah_hudaProfil   Hantar PM kepada fatinah_huda   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-10-06 20:30


ADA orang berkata, haid atau datang bulan adalah waktu
‘rehat’ untuk wanita, tetapi ada juga yang terpaksa
mengambil cuti sakit sekurang-kurangnya sehari setiap
bulan, terutama mereka yang mengalami senggugut teruk.
Saintis menganggap haid adalah cara badan membersihkan
rahim daripada sperma dan bakteria.

Kitaran haid adalah satu proses yang kompleks dan
membabitkan banyak hormon. Ia berlaku disebabkan
perubahan fisiologi badan wanita yang dikawal oleh
sistem hormon reproduktif dan penting untuk meneruskan
keturunan.

Kedatangan haid menandakan seseorang perempuan itu
akil baligh yang biasanya berlaku ketika berumur 12
tahun. Bagaimanapun, usah risau jika anak gadis lambat
datang haid kerana ia boleh berlaku pada bila-bila
masa antara umur lapan hingga 16 tahun.

Ketika bayi perempuan dilahirkan dia sebenarnya
mempunyai semua telur (dianggarkan antara 450,000
hingga 500,000) yang disimpan dalam ovari. Setiap satu
mempunyai kantung khas dipanggil folikel.

Apabila baligh, badan akan menghasilkan pelbagai jenis
hormon yang mematangkan telur dan inilah permulaan
kitaran haidnya. Folikel yang matang akan menghasilkan
hormon estrogen. Estrogen bertanggungjawab menjadikan
dinding uterus menebal, menyebabkan perubahan mukus
(lendir) serviks.

Ketika haid, satu telur akan dikeluarkan. Ada juga kes
telur dikeluarkan yang membolehkan seseorang wanita
mendapat bayi kembar tidak seiras jika berlaku
persenyawaan. Satu lapisan dinding dalam rahim
(endometrium) akan terbentuk sebagai tempat telur yang
tersenyawa melekat bagi membolehkan kehamilan.

Jika persenyawaan dan kehamilan tidak berlaku, dinding
ini akan runtuh dan dikeluarkan sebagai haid. Inilah
permulaan kitaran haid yang biasanya mengambil masa
seminggu. Bagi wanita Islam, pendarahan yang berlaku
selepas 15 hari tidak lagi dianggap haid, sebaliknya
istihadah (darah penyakit). Kitaran ini akan berulang
setiap bulan (dalam tempoh 28 hari) sehingga semua
telur habis dikeluarkan (menopaus).

Sebaiknya tandakan tarikh permulaan dan tamat haid.
Lakukan beberapa bulan supaya anda boleh membuat satu
carta bagi memastikan tempoh kitaran haid. Ini
membolehkan anda mengesan jika berlaku kelewatan haid
yang mungkin disebabkan penyakit atau kehamilan.
Malah, pakar perubatan juga akan merujuk kepada carta
ini untuk menentukan tarikh kelahiran anak.

Berapa banyak darah yang keluar? Kajian mendapati
wanita hilang antara satu hingga dua auns (suku hingga
tiga suku cawan) yang mengandungi darah (termasuk zat
besi), sel mati dan lendir. Kehilangan zat besi
menyebabkan ramai wanita mudah berasa penat ketika
haid. Ada yang menyarankan supaya wanita mengambil pil
makanan tambahan zat besi untuk mengatasi masalah ini.

Ramai wanita bimbang dengan bau darah haid. Ia
disebabkan aktiviti bakteria faraj terhadap elemen
darah dan ia adalah perkara normal. Justeru, tidak
kira berapa teliti pun seseorang itu menjaga
kebersihan dirinya, bau darah tetap ada.

Bagaimanapun, usah terlalu risau kerana ada banyak
produk tuala wanita yang dapat mengatasi masalah ini.

Lain wanita, lain pengalaman haidnya. Ia boleh berlaku
sebelum (dipanggil sindrom pra haid atau PMS), ketika
dan selepas haid. Antara masalah yang kerap berlaku
termasuk sakit perut (senggugut), sakit kepala dan
belakang badan, kembung, mual, cirit-birit, sakit pada
payu dara, berasa tidak selesa dan perubahan emosi.

Sindrom pra haid termasuk perubahan emosi, sakit
kepala dan keletihan. Ada sesetengah wanita
menginginkan makanan seperti coklat, roti, pastri atau
mi. Ia disebabkan tindak balas insulin terhadap
perubahan hormon yang mengesan kekurangan paras gula
dalam darah. Ia boleh diatasi dengan mengamalkan diet
seimbang.

Ada juga wanita mengalami masalah nyeri berkala, iaitu
lebam pada mana-mana bahagian badan tanpa sebarang
sebab. Saintis percaya ia ada kaitan dengan paras
estrogen yang rendah sebelum haid. Estrogen juga
berfungsi untuk menguatkan dinding kapilari (saluran
halus darah) dan kekurangan hormon ini menyebabkan
kapilari menjadi lemah. Akibatnya warna kulit mudah
berubah ketika haid.

Selain itu, sakit perut atau senggugut adalah masalah
paling lazim. Ada dua bentuk senggugut, sama ada sakit
memulas (spasmodik yang disebabkan tindakan
prostaglandin pada otot) atau konjestif (akibat
pengumpulan air dan garam dalam badan).

Untuk mengatasinya, ada penyelidik mencadangkan supaya
makan makanan yang kaya asid linoleik seperti
sayur-sayuran dan ikan untuk merehatkan otot. Bagi
sakit perut konjestif pula, wanita disaran mengelak
mengambil produk susu, kafein dan alkohol.

Selain itu ada beberapa cara boleh dilakukan untuk
mengatasi senggugut, seperti:

- Bersenam. Ia melancarkan aliran darah dan oksigen
terutama pada pelviks.

- Jangan gunakan tampon, sebaliknya gunakan tuala
wanita biasa.

- Elakkan makan daging merah, makanan berlemak dan
susu.

- Makan banyak sayur-sayuran, terutama bagi wanita
yang mengalami masalah sembelit ketika haid.

- Elakkan minuman mengandungi kafein kerana ia
mengetatkan salur darah dan meningkatkan tekanan.

- Urut.

- Minum teh bercampur halia.

- Baring, berehat dan tenangkan fikiran, terutama jika
anda turut mengalami sakit belakang.

- Tuam bahagian perut dengan meletakkan pek panas atau
tuala panas. Ia dapat melegakan kesakitan.

- Ada juga yang mencadangkan minum jus nanas. Ia
mengandungi banyak bromelain iaitu enzim yang
dikatakan boleh merehatkan otot. Selain itu, ia juga
melancarkan pengeluaran darah haid.

Wanita yang mengalami pendarahan hebat diiringi
senggugut teruk (terutama selepas berumur 30 tahun)
disaran menjalani pemeriksaan, bimbang ia disebabkan
kehadiran fibroid atau endometriosis yang menghalang
kehamilan.

** info dari email ana..
em.. apapun.. ana tak pasti ok ke.. langkah tu..hihi..
bolehlaa mencuba..

ana tak pernah kena sengguggut..
so.. tak dapat melalui bagaimana rasanya..huhu..
namun..dapat juga merasai melalui hati..
sian tengok kwns yang kena... :roll: :roll:
hanya mampu melihat.. dan tolong mana yang mampu..

moga sahabats gunekan langkah yang betul..
jangan kerap sangat makan pil..
wallahua'alam..

:lol: :lol:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

simpLe_sHida
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 13.10.2003
Ahli No: 2642
Posting: 654
Dari: greenland....

Perak   avatar


posticon Posting pada: 20-10-06 20:34


!!! QUOTE !!!

salam.ana ada c-kit masalah pasal period.mula from ana kat matrik period ana datang lebih dari 15 hari.so cmna ek.ia dikira darah pnyakit or darah period.satu lagi,kalau ada yang boleh bagitau,apa tanda2 kanser pangkal rahim?terima kasih pada sapa2 yang boleh tolong ana


nuril..
em.. kalau enti..dan sahabat ada mengalami mamnuq yang
lebih dari 15 hari.. the bestt way.. jumpelaa dengan doktor..
pergi klinik.. hospital.. jumpa dengan doktor muslimah..
lebih mudah untuk berinteraksi..

em.. ana tak dapat nak membantu..
ana pun tidak arif bab ni...
samihni.. wallahua'alam.. :roll: :roll:


-----------------

::prAy hArd+wOrk sMarT::
barakaLlahu..


Bookmark and Share




  Member Information For simpLe_sHidaProfil   Hantar PM kepada simpLe_sHida   Pergi ke simpLe_sHida's Website   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 30-10-06 16:29


…………………………..

Jawapan:

Bagi kebanyakan wanita, bilangan hari haidnya sekitar 6 dan 7 hari. Mereka kebiasaannya akan keluar tuhr (suci atau cecair putih) bagi menandakan haidnya tamat. Selepas mengalami keadaan ini dia hendaklah mandi wajib, solat puasa dan sebagainya.

Wanita tidak perlu tergesa-gesa mandi (jika dia dari jenis di atas) sehinggalah keluar cecair putih. Diriwayatkan bahawa wanita-wanita di zaman Aisyah menghantar bekas-bekas kepada beliau yang di dalamnya berisi gumpalan kapas yang melekat kesan kekuningan. Lalu Aisyah lah.ha berkata:

"Janganlah kamu tergesa-gesa (mandi wajib) sehinggalah kamu melihat al-Qassatul Baidhak (cecair keputihan)." – Hadis Sahih riwayat Imam Malik dalam Muwattak dan diriwayatkan secara muallaq oleh al-Bukhari.

Wanita yang tersilap dalam mengira haidnya tidak berdosa selagi dia benar-benar berusaha mengambil apa yang diyakininya.

Kalau menurut Ibn Uthaimin, puasa yang ditinggalkan dalam beberapa hari itu perlu diganti.

Namun, Ibn Abbas menyebut:

"Adapun apabila dia (perempuan) ternampak darah yang banyak, maka dia tidak perlu solat. Jika dia melihat suci (cecair putih) sedetik, dia hendaklah mandi." – Majallah al-Buhuth al-'Ilmiyyah, jil. 12, masa. 102.



Lihat beberapa masalah haid sini supaya lebih jelas. (terdapat versi arab dan inggeris juga indon).


















http://www.qassimy.com/vb/printthread.php?t=34309


















mengenai 15 hari, itu berdasarkan mazhab. Kesimpulannya rujuk kembali sifat darah yang keluar. Jika sama dengan haid, maka ia haid dan perlu berenti puasa dan solat.



Wallahua'lam



http://us.f369.mail.yahoo.com/ym/ShowLetter?MsgId=6799_9879679_636047_3628_2074_0_202134_5044_1330703871&Idx=19&YY=87004&y5beta=yes&y5beta=yes&inc=25&order=down&sort=date&pos=0&view=a&head=b&box=Inbox


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

Nursyafiqah
WARGA RASMI
Menyertai: 14.12.2006
Ahli No: 7132
Posting: 2
Dari: Gombak, Kuala Lumpur

KualaLumpur  


posticon Posting pada: 02-01-07 15:43


Ana pun musykil bab ni.Ana ada terbaca artikel tentang sindrom pra haid ni... Memang normal ke kalau kita rasa gelisah,takut yang berlebihan sebelum datang haid?Lagi satu,antara simptom-simptom sindrom pra haid ini kemurungan. Betul ke?siapa yang pernah alami masalah macam ni?Boleh kita kongsi.Sesiapa yang arif tentang bab2 macam ni,ana galakkan untuk membantu.Mana tau,mungkin ada sahabat kita yang memerlukan bantuan dalam hal ni ke...

wassalam...


Bookmark and Share




  Member Information For NursyafiqahProfil   Hantar PM kepada Nursyafiqah   Quote dan BalasQuote

TalifulQulb
WARGA RASMI
Menyertai: 22.01.2007
Ahli No: 7246
Posting: 17
Dari: ~::Gombak::~

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 25-01-07 12:36


Pada 02-01-07 15:43 , Nursyafiqah posting:

!!! QUOTE !!!

Ana pun musykil bab ni.Ana ada terbaca artikel tentang sindrom pra haid ni... Memang normal ke kalau kita rasa gelisah,takut yang berlebihan sebelum datang haid?Lagi satu,antara simptom-simptom sindrom pra haid ini kemurungan. Betul ke?siapa yang pernah alami masalah macam ni?Boleh kita kongsi.Sesiapa yang arif tentang bab2 macam ni,ana galakkan untuk membantu.Mana tau,mungkin ada sahabat kita yang memerlukan bantuan dalam hal ni ke...

wassalam...


Salamun'Alaik...:-)
aa taklah arif dalam hal2 sebegini..cuma kita menjadi lebih maklum berdasarkan pengalaman2 yang lepas..dalam kehidupan ana,ana seringkali dikaitkan dengan hal ehwal masalah2 darah haid ni,alhamdulillah hal ini bukanlah berlaku pada ana,sungguhpun begitu,ana menjadi lebih prihatin apabila hal ehwal ini sering berlegar di sekeliling ana..

menjawab pertanyaan saudari mengenai memang normal ke kalau kita rasa gelisah,takut yang berlebihan sebelum datang haid?..

:-)Secara kesimpulannya, hal ini bergantung kepada setiap individu.. sebagai contohnya, seorang remaja mungkin dapat melakukan public speaking dihadapan orang ramai tanpa rasa gugup dan cemas..
tapi mungkin ada remaja yang tidak dapat melakukan public speaking dengan baik..

inilah yang ana maksudkan.. dan berdasarkan pembacaan dan pemerhatian ana, hal ini turut dikategorikan sebagai trauma kecil.

yang sebenarnya ianya adalah normal pada diri kita..akan tetapi tidak pada mata orang lain..seandainya kita yakin yang kita boleh atasi masalah cemas dan takut yang berlebihan sebelum datang haid..sebaik2nya kita atasilah..takut2 hal ini berlarutan sehingga memberi kesan kepada anak gadis kita pada masa akan datang..

:-)Mengenai hal kemurungan sebelum datangnya haid..dan kadangkala sindrom kemurungan ini berlaku ketika sedang dalam haid
Ya betul tu..
Hal ini memang sebetulnya normal..
Melihat kepada ilmu saintifik, kemurungan ini berkait rapat dengan perubahan hormon yang sedang kita alami..

Melihat kepada ilmu agama pula, saya berpendapat, apabila kita berada dalam keadaaan tidak suci..kita lebih dekat kepada makhluk yang bernama syaitan..maksud saya juga berdasarkan amalan seharian kita,mungkin kita kurang berbuat amal berbanding ketika kita dalam keadaan suci..

Walau bagaimanapun, saya percaya yang kita dapat atasi masalah ini bersama-sama dengan menggunakan 1akal kita berbanding dengan 9 nafsu kita ;-)

Put your trust in ALLAH ye^_^
Semoga apa yang saya sampaikan benar-benar belaka..dan moga ia memberi manfaat kepada saudari ye..^_^


-----------------
.::Love ALLAH always^_^::.


Bookmark and Share




  Member Information For TalifulQulbProfil   Hantar PM kepada TalifulQulb   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Kesihatan
    »» Masalah haid...

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 1 Of 2

Go To Page: 1 · 2


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
© Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.068005 saat. Lajunya....