Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 18-10-2017  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Perkataan yang baik tidak akan tumbuh pada hati yang kotor, sepertimana biji benih tidak akan tumbuh di tanah yang gersang..
--
Jijah

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: Sheikhengku11
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13694

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 10
Ahli: 0
Jumlah: 10




  Dari Galeri
sesi taaruf sesama muslimah...

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 1 hari, 9 jam, 27 minit yang lalu
Sheikhengku11: 17 hari yang lalu


[ARTIKEL]
Topik: Jom Jadi Muslimah Solehah!


Carian Forum

Moderator: Pengurusan
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» [ARTIKEL]
    »» Jom Jadi Muslimah Solehah!

Please Mendaftar To Post


Oleh Jom Jadi Muslimah Solehah!

Izzar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 15.04.2003
Ahli No: 3
Posting: 18

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 05-03-13 02:31


"Ala. Nanti tak de style lah kalau pakai tudung lagi labuh!," rungut Suraya dengan mimik muka yang cukup masam. Farah yang mendengar kata-katanya itu cuma tersenyum.

"Style macam mana yang Suraya nak?," Farah bertanya kembali, masih utuh dengan senyumannya.

"Ye la, kalau pakai tudung labuh, mana ada style dah! Imagine pakai tudung bawal 60 inci tu, nampak macam pakai telekung je. Corak kosong pulak tu. Boring. Plain," rungut Suraya lagi. Jari jemarinya menguis-nguis kesan pelekat di permukaan meja.

Farah yang masih dengan senyumannya, menyambung bicara Suraya "Tak salah Suraya berselendang. Boleh untuk Suraya berselendang," Bicaranya kali ini membuatkan Suraya memandangnya dengan dahi berkerut. Melihat akan reaksi Suraya, lantas Farah menyambung bicaranya.

"Cuma pastikan selendang itu cukup labuh untuk menutup bahagian dada yang patut ditutup, dan janganlah selendang itu transparent sehingga menampakkan bentuk leher dan warna kulit. Labuhkanlah. Pakailah apa sahaja jenis selendang yang Suraya mahu, cuma pastikan ia menutup aurat Suraya," katanya sambil memberikan senyuman manis.

Islam itu agama yang mudah dan tidak menghalang fitrah manusia. Lebih indah, ia menyediakan landasan-landasan tertentu agar fitrah manusia itu tidak melampaui batas dan akhirnya akan mendatangkan kerugian kepada diri sendiri.

Hakikatnya, memiliki kehidupan yang berteraskan syariat Islam itu terasa sangat indah. Terasa hidup seperti terpandu dan tiada sesat untuk menuju ke pengakhiran yang bakal tiba.

Namun adakalanya, manusia mudah terbabas dek hanyut dengan nikmat dunia yang sementara. Iman pula ada pasang surutnya, dan implementasi ibadah pula ada tinggi turunnya.

Naik turun itu lumrah, namun apabila kita dapat merasakan kita berada di tahap rendah, berusahalah untuk naik kembali! Apabila merasakan hati yang tidak tenang, mungkin itu sebenarnya petanda iman semakin dihakis. Berusahalah untuk meneguhkan iman kembali!

Dan buat para gadis, bagaimana pula untuk menjadi muslimah sejati?

1. Labuhkan tudung. Kalau sebelum ini tudung tidak menutup dada, labuhkanlah sehingga ia tidak lagi mempamerkan bentuk perhiasan itu. Andai berselendang, pastikan selendang itu tidak jarang sehingga menunjukkan garisan leher dan warna kulit.

Cadangan:
Mengikut pengalaman penulis, selendang Pashmina agak panjang & labuh dan jika pandai memakainya, ia menutupi bahagian yang wajib ditutup melebihi garisan pusat. Lebih bagus sekiranya selendang itu direka dan dijahit sendiri kerana ia lebih menepati citarasa pemakainya.

2. Tidak memakai kasut bertumit tinggi (wedges/high heels). Memakai kasut bertumit tinggi dikategorikan dalam kategori bertabarruj (berhias dgn melampau-lampau). Lagipun, ia memberi kesan yang tidak baik pada kesihatan bukan? (knee & back problems, uncomfortable etc). Tidak mengapa andai tidak cantik di mata manusia, namun biarlah cantik di mata Allah! :)

3. Tidak memakai pakaian yang mendedahkan aurat dan juga pakaian yang ketat. Seboleh-bolehnya, biarlah pakaian itu labuh hingga ke lutut. Bukankah ia kelihatan lebih manis buat si gadis? ^_^

4. Tidak memakai make up berlebih-lebihan. Boleh dikatakan, sudah menjadi trend sekarang ini untuk memakai eyeshadow berwarna warni - biru, hijau, merah dan sebagainya. Trend ini semakin menjadi akhir-akhir ini - seiring dengan rancaknya pencarian model muslimah.

Sekiranya ingin memakai make up, pakailah dengan tidak menonjol ataupun terang warnanya. Bersederhanalah dan ketahuilah bahawa kecantikan semulajadi itu lebih cantik sebenarnya - tidak memerlukan efek khas berwarna biru, merah, hijau pada wajahmu itu.


5. Usahlah melibatkan diri dalam bidang modelling walaupun memakai baju yang menutup aurat sekalipun. Wanita yang baik ialah wanita yang tidak dipandang dan tidak memandang.



Sedarilah bahawa perempuan dan muslimah itu adalah dua wanita yang berbeza dan tidak sama. Muslimah itu semestinya seorang perempuan namun seorang perempuan itu tidak semestinya seorang muslimah.

Seorang muslimah itu tidak semestinya dia memakai tudung labuh bulat, berpurdah dan memakai stoking. Seseorang itu akan menjadi seorang muslimah sejati apabila dia benar-benar menjaga dirinya - dari aspek tingkah laku, adab & akhlak, tidak menayangkan kecantikannya dengan sewenang-wenangnya, melakukan apa yang wajib dan meninggalkan apa yang dilarangNya.

Seorang muslimah itu boleh jadi sahaja seorang perempuan yang tudungnya bersaiz biasa yang menutup aurat namun kerana dia menjaga tingkah lakunya dan tidak melakukan perkara yang dicegah agama. Seorang muslimah juga akan memiliki rasa malu yang bertempat, yang bisa menjadikannya sebuah permata dan berharga dan mahal nilainya.

Dan apabila seorang wanita yang bertudung labuh itu melakukan apa yang dilarang agama, hilang rasa malunya untuk menayangkan kecantikan diri sewenang-wenangnya ; ia tidak lagi dipanggil muslimah namun dia hanyalah sekadar seorang perempuan biasa yang harganya tidaklah semahal si muslimah itu tadi.

Dan apabila seseorang wanita itu berniqab, hati itu juga harus turut berniqab. Janganlah sekadar menutupi wajah namun hati tidak bersih dan melakukan perkara-perkara yang dilarangNya.


Bermuhasabahlah sejenak. Andai sebelum ini masih lagi belum mencapai tahap muslimah, berusahalah untuk mencapainya bermula hari ini juga! Carilah redha Allah, agar hati pun merasakan ketenangan yang terlalu membahagiakan jiwa - InshaAllah!

Jaga diri. Jaga hati. Jaga iman! :)

Sumber: aishaardini.com


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For IzzarProfil   Hantar PM kepada Izzar   Quote dan BalasQuote

Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.042905 saat. Lajunya....