Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Ramai yang berasa sendirian kerana mereka membina tembok, bukan jembatan

-- Kata Bijaksana

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 33
Ahli: 0
Jumlah: 33




  Dari Galeri
inilah saya ... desertrose .. 
salam perkenalan .. !

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 19 jam 46 saat yang lalu


Dari Dapur
Topik: RESEPI KUIH-MUIH


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Dapur
    »» RESEPI KUIH-MUIH

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 3 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh RESEPI KUIH-MUIH

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 11:28


JEMPUT-JEMPUT PISANG / COKODOK (LENGKAP)


null


BAHAN:

Pisang 4 biji----(DILECEK LUMAT)
Tepung gandum 1 1/2 cawan
1/3 sudu kecil soda bikarbonat
Secubit garam
1 sudu besar gula merah
1 sudu besar gula pasir
1/2 cawan santan atau segenggam kelapa parut
Sedikit air

CARANYA:

Gaul semua bahan2 ini.

Adunan jangan terlalu lembek.(ADUNAN yang DIGAUL akan MELEKAT pada TANGAN JIKA DIANGKAT)

Perap dulu selama 10 minit,(AGAR RAMUANNYA SEBATI.)

Boleh di goreng selepas itu.



COKODOK BUJANG.. :lol:


null


BAHAN:

3 biji pisang(ambil kat masjid)
1 cawan tepung gandum
Secubit garam
1 sudu besar gula

CARA:

LENYEK SEMUA BAHAN.
SIAP untuk D GORENG

SAYA PERNAH BUAT macam NI kalau dah tak CUKUP BAHAN...
PISANG tak ada lah ambil kat MASJID.. :sopan:



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 11:33


KUIH BUAH MELAKA


null


BAHAN:

2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka-----------------------(potong dadu sebesar 1 sentimeter )
1/2 biji kelapa muda parut----------------

CARA:

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.

2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.

3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.

4. Panaskan air hingga mendidih.

5. Masukkan bebola pulut tadi.

6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.

7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.

8. Hidangkan.(selain warna hijau,ada warna putih,kuning dan merah..)

[ Telah diedit oleh: wafahafiz pada 17-10-09 11:33 ]


Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 11:38


KUIH CUCUR BADAK


null



BAHAN2NYA:

600 gram ubi keledek    (KUPAS-REBUS)-biarkan hingga benar-benar SEJUK
2 cawan tepung gandum
Secubit garam

BAHAN INTI:

1/2 biji kelapa parut

3 sudu besar udang kering>>>>>>>>>>>>>>>>
8 ulas bawang merah>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
3 batang serai >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
10 tangkai cili kering (REBUS DULU 5 MIN)>>
1/2 sudu teh serbuk ketumbar>>>>>>>>>>>>>
1/2 sudu teh jintan manis>>>>>>>>>>>>>>>>
1/2 sudu teh jintan putih>>>>>>>>>>>>>>>>
1/2 sudu teh serbuk kunyit>>>>>>>>>>>>>>>>
(TUMBUK/BLENDER
SEMUA BAHAN BERTANDA>>>>>)

1 sudu besar minyak untuk menumis
1/2 sudu teh garam
Sedikit perasa ajinomoto
1/2 cawan santan.air pun tak apa.
Udang hidup / basah untuk hiasan di luar.


CARA MEMBUATNYA:

Ubi yang telah siap direbus dan telah benar-benar sejuk,-
dilecek lumat

gaul bersama tepung gandum

Campur garam (kalau susah nak uli,basahkn tangan sikit)

Uli hingga betul-betul sebati.


p/s:jika ubi yang dilecek itu masih panas,,tolong jangan masukn tepung .kerana
adunan akan menjadi berketul.
tnggu hingga ubi itu sejuk dahulu....
:jangan:



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 11:45


SERIMUKA


null



LAPISAN BAWAH:

2 cawan pulut
2 1/2 cawan santan cair + sikit garam


CARA:

1. Basuhkan pulut dan rendamkan beberapa jam sebelum dimasak.

2. Kukuskan sehingga masak.

3. Lapikkan plastik dalam loyang bulat atau 4 segi
berukuran 8 inci.

4. Tekankan pulut yang telah masak tadi supaya mampat dan cantik.

5. Kukuskan semula.

***********************************************************
LAPISAN ATAS:

2 cawan santan pekat
1 cawan jus pandan + warna hijau
1/2 cawan gula
3 sudu besar tepung gandum
3 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
1 sudu teh garam

CARA:

1. Masukkan semua bahan dalam mngkuk dan kacau rata. Tapiskan.

2. Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.

3. Kukuskan lebih kurang 30 minit.

4. Sejukkan dahulu baru potong dengan pisau plastik.


**********************************************************
NOTA:

untuk memasak pulut untuk serimuka ni..masukkan pulut dalam loyang
bersama santan dan garam..

lepas tu letakkan loyang tersebut dalam periuk kukusan dan tutup.
kukuskan sehingga 30 minit.

Keluarkan dan kacau rata..lepas itu tekan pulut dalam loyang yang
mahu digunakan untuk kuih serimuka supaya mampat dan kemas

then baru masuk kan lapisan atas..BEGITU lah STEP DIA.



null



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 11:51


KUIH CARA


null




BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 biji telur

1/2 sudu kecil pewarna hijau(kalau RAJIN KISAR DAUN PANDAN ambil AIRNYA 1/2 CAWAN)

1/3 sudu kecil garam
2 cawan air(kalau kurang boleh tambah)

CARA MEMBUATNYA:
******************
Campurkan semua bahan di atas.

Air dituang sedikit demi sedikit agar tepung tak jadi berketul

gaul hingga sebati betul-betul.

bancuhan ini jika masih kelihatan tepung yang berketul setelah siap dikacau2,tapis bancuhan ini.

Bancuhan jangan terlalu pekat atau cair.

dah siap bancuhan,biarkan seketika..

sementara itu panaskn acuan di atas api sederhana selama 5 minit.

kemudian sapukn minyak dengan mnggunakn daun pandan pada acuan kuih.

perlahankn api pada tahap yang paling kecil.

mula tuangkn bancuhan ke dalam acuan.jangan tuang terlalu penuh.

masukn 1/3 sudu kecil gula selepas itu ke dalam setiap biji kuih.

Tutup permukaan acuan.gunalah tudung periuk ke..

biarkan selama lebih kurang 5 minit.kuih dah boleh dikeluarkn dr acuan.

ulang proses hingga bancuhan habis.

P/S:
Jika kuih yang dibuat pada pusingan pertama rasa terlalu keras,tambahkn sedikit air dalam bancuhan.

jika kuih melekat pada acuan,susah nak kuarkn,mungkin bancuhan terlalu cair.atau acuan dicuci tak bersih....SELAMAT MENCUBA...



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 11:58


KUIH KETAYAP / KUIH GULUNG


null




BAHAN:

2 cawan tepung gandum
1 cawan santan
2 biji telur
1/2 sudu kecil pewarna hijau (rajin blend daun pandan ambil airnya 1/2 cawan)
1/3 sudu kecil garam
2 cawan air

CARA:

Campur semua bahan di atas
waktu bancuh bahan,masukn air sedikit demi sdikitsama lah macam nak buat kuih cara

prosesnya semua sama macam nak buat kuih cara.


INTI KELAPA:

Kelapa parut 1/2 biji
Gula merah 1/2 cawan
Gula pasir 3 sudu besar
2 helai daun pandan
1 1/2 susu besar tepung jagung
1 1/2 cawan air

CARA MEMASAK INTI:

1)Panaskan kuali.
2)masukn air
3)masukn gula merah,gula pasir,daun pandan
4)masak hingga gula hancur dan mendidih.
5)masukn kelapa parut
6)kacau hingga sebati
7)perlahankan api.masukn tepung jagung.(tepung beras/tepung pulut pun boleh sebenarnya) supaya inti kelapa melekat dan tak bersepai...


CARA NAK BUAT KUIH:

Panaskn kuali/kuali leper.

Sapukn minyak pada kuali guna daun pandan.

masukn 1/2 senduk bancuhan tepung tadi.

kalau guna kuali biasa,kena lah lenggangkn kuali tu supaya bancuhan meleper.

kalau kuali leper senang lah.

Tutup dengan tudung periuk biasa atau tudung periuk kukus.

Kita wapkan sikit bancuhan tu agar cepat masak.

api yang sederhana kecil.jangan lupa..

anggaran masa 2-4 minit saja.

angkat dan letakn inti.

ok,,gulung lah...



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 12:02


PUDING ROTI KARAMEL / MANISAN

null



BAHAN A:

1/2 cawan gula--------------dicairkan dalam loyang yang nak dikukuskan nanti



BAHAN B:

1 buku roti --rendam dalam air biasa trlebih dulu.bagi ia kembang.
1 tin susu cair
1 tin air buah dari fruit koktel/peach
2 biji telur
1/2 cawan gula
1 sudu teh esen vanilla
2 sudu besar tepung kastad

HIASAN:

1 tin buah koktel/peach


CARANYA:

1. Panaskan kukusan.

2. Gaul rata semua bahan B(TAPIS)--- kecuali fruits koktel

3. Masukkan bancuhan kedalam loyang yang ada gula yang telah dicairkan.

4. Tutupkan loyang dengan plastik glaze nipis.

5. Kukuskan selama 30 minit.

6. Sejukkan dahulu baru di terbalikkan dalam pinggan besar.

7. Susunkan dengan perlahan-lahan isi buah fruit koktel dan buah peach

8. Sejukkan...hidangkan.

SELAMAT MENCUBA......

P/S:kalau tak nak MANIS,ABAIKN BAHAN A.makan PUDING ROTI saja.KITA tak GUNAKN TEPUNG YE,sebab ROTI TU DAH DIBUAT daripada TEPUNG.
:kelip:

[ Telah diedit oleh: wafahafiz pada 18-10-09 14:33 ]


Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 14:31


salam wafa..

terima kasih sebab suuuuuka kongsi resepi ;)

tapi nak pesan...

harap jejaga kalau ambil mana-mana gambar yang bukan hak sendiri.. ridau takut tuan empunya gambar marah dan ambil sebarang tindakan.

mohon kerjasama key ;)


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 12:52


terimakasih kak...

tak apa..saya tak buang nama empunya milik gambar tu...

lagipun kalau dia dah pamer hak milik dia untuk umum,,adalah tak salah kita kongsi bersama...

kalau dia tak nak kongsi,,suruh dia simpan saja lah hak milk dia..tak perlu papar masuk internet... :sopan:



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 13:34


hehe ingat betul-betul kak madiha tadi.. tapi kena kasi tahu dia juga ya sebab copyright


Bookmark and Share




  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

nur_kamar
-{SERIKANDI BERJASA}-
Menyertai: 26.11.2008
Ahli No: 9438
Posting: 456
Dari: cheras

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 13:50


sebagai isteri kepada seorang yang pernah terlibat dengan bidang photograpy.... akak agak faham juga persoalan 'copyright' ni...

mungkin pada kita hal itu kecil... tapi bagi orang yang cari makan dengan 'gambar'... itu ditakuti akan mengganggu periuk nasi mereka...

malah sesama photojurnalism pun pernah saling menyaman antara satu sama lain walaupun niat hanyalah untuk menjadikan gambar contoh...

demi menjaga nama baik hanan.com.my juga.. termasuk pengasasnya... akak harap wafa dan muslimah hanan yang lain dapat beri kerjasama dalam hal ini key... :)


-----------------



Bookmark and Share




  Member Information For nur_kamarProfil   Hantar PM kepada nur_kamar   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 18-10-09 14:24


saya ambil imej dr google search....
bukan dr website mereka...tapi kalau tak ada gambar pun tak menarik juga resepi tu...

nanti saya copyright imej yang tak ada nama...yang ada nama mungkin juga dia tak nak org copyright...



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 19-10-09 16:14


APAM BALIK (tak GUNA ACUAN,dalam KUALI saja)


null




Bahan-bahan :

2 cawan tepung naik sendiri

1/2 cawan gula

1 butir telur

1 1/2 cawan air

1/2 sudu kecil baking powder

1/2 sudu kecil pewarna kuning

Bahan taburan :

1 cawan kacang goreng ~ ditumbuk
1 cawan gula halus
1 tin jagung krim

Kaedah penyediaan :

1. Mesinkan telur dan gula (guna blender saja)

2. Masukkan air, baking powder dan pewarna kuning. Mesin.

3. Masukkan tepung sedikit-sedikit dan mesin hingga tidak berketul.

4. Panaskan kuali yang disapu dengan sedikit minyak. Masukkan satu
senduk adunan. Tutup kuali sebentar.

5. Masukkan bahan tabur. Tutup semula kuali.

6. Bila kulit berwarna keperangan, bolehlah diangkat dan dilipat dua.

Nota :
1. Jika tiada tepung naik sendiri, gantikan dengan tepung gandum
dicampur dengan 1/2 sudu kecil soda bikarbonat.

2. Sekiranya menggunakan kuali tak lekat, tidak perlu disapu dengan
minyak terlebih dahulu.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Dapur
    »» RESEPI KUIH-MUIH

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 3 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.072479 saat. Lajunya....