Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 22-10-2019  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Kekikiran adalah malu, sifat pengecut adalah cacat, kemiskinan menggagalkan lelaki cergas membela dirinya, orang melarat adalah orang asing di kotanya sendiri
--
Saidina Ali

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: querida
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13716

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 27
Ahli: 0
Jumlah: 27




  Dari Galeri
a'kum...salam mesra..salam manis...utk semua....

  Yang Masuk Ke Sini
nishazainal: 18 jam, 52 minit yang lalu


Dari Dapur
Topik: RESEPI KUIH-MUIH


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, nur_kamar, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Dapur
    »» RESEPI KUIH-MUIH

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:

Oleh RESEPI KUIH-MUIH

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 05:02


LEPAT PISANG


null



Bahan
******
2 cawan pisang emas/berangan/montel---yang telah dilecek
1 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung susu/sedikit susu cair/pekat
2 sudu besar gula
1 sudu besar gula merah
sedikit kelapa parut
garam
daun pisang

Cara:
*****
1. Gaulkan semua bahan supaya sebati.

2. Letakkan dalam 2 sudu diatas daun pisang. Lipatkan.

3. Kukuskan selama 15 minit.

4. Sejukkan dan hidangkan.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 05:04


PISANG REBUS


null



Bahan:

pisang nangka
kelapa parut muda
gula perang
garam

Cara:

1. Pisang dikeratkan kedua-dua hujungnya dan basuh.

2. Masukkan pisang, air dan garam dalam periuk.

3. Masakkan sehingga mendidih dan toskan air.

4. Buang kulit pisang dan potong ikut suka.

5. Hidangkan dengan kelapa muda yang telah diparut dan juga gula perang sebagai penambah perisa.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 05:08


MASALODEH


null




Bahan-Bahan:

1 kg kacang dal
2 biji bawang besar
10 tangkai cili kering
10 helai daun kari
Garam secukup rasa
Minyak untuk gorengan

Cara:

Rendamkan kacang dal semalaman atau sehingga lembut,kisarkan kacang yang sudah lembut dengan sedikit air,tapiskan air tersebut dan ambilkan kacang dal yang dikisar.

Mayang bawang besar,hiris daun kari nipis-nipis,guntingkan cili kering halus-halus,panaskan minyak.gorengkan bawang,daun kari dan cili kering sehingga kekuningan.

Gaulkan gorengan tadi dengan kacang dal yang telah di kisar,gaul sehingga rata dan tambahkan garam secukup rasa.

Bentukkan adunan berbentuk bulat dan leper dan gorengkan kuih sehingga kekuningan



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 05:17


LEPAT LIAT

null



Bahan-Bahan:

1 bungkus tepung pulut(500g)
300 gm gula merah
2 cawan gula pasir
1 biji kelapa

Daun pisang secukupnya
Sedikit garam dan minyak
2 cawan air

Cara:

Satukan gula merah dan gula pasir. Masak gula bersama air hingga mendidih. Sejukkan.

Gaul tepung bersama air gula. Jika keras boleh ditambah air.

Kelapa parut digaul bersama garam.

Cedok sedikit bancuhan dan letak diatas daun pisang.daun pisang disapu sedikit minyak terlebih dahulu.

Bubuh kelapa parut dan bungkus seperti membungkus lepat pisang.

Kukus hingga masak.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 05:22


APAM ENO


null



BAHAN-BAHAN:

300 gm tepung beras

125 gm tepung gandum

190 gm gula

550 ml air

1 peket eno





CARA MENYEDIAKAN:

1. Campurkan semua bahan dan kacau rata supaya adunan tidak berketul-ketul.

2. Kemudian tutup adunan supaya ia kembang.

3. Untuk mengukus apam, masukkan ke dalam bekas kecil dan kukus hingga masak ataupun kuih apam ini merekah di tengah-tengahnya.

4. kalau nak letak pewarna lain pun boleh juga.nampak cntik dan selera nak makn.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 09:37


AGAR-AGAR KERING


null




BAHAN-BAHAN:

10 gm agar-agar

500 ml air

100 gm gula

80 gm gula batu

Sedikit pewarna merah dan hijau



CARA MENYEDIAKAN:

1. Masak agar-agar hingga larut. Masukkan gula dan gula batu. Masak sehingga pekat dan tapiskan.

2. Kemudian bahagikan adunan kepada dua bahagian dan warnakan merah dan hijau.

Tuangkan ke dalam bekas nipis.

3. Setelah sejuk, gulungkan agar-agar yang nipis dan potong menyerong.
Jemur sehingga kering.
:oops:



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 09:46


QASIDAH


null



Bahan-Bahan:

bahan A
1 cawan tepung
1 cawan gula
2 cawan air
1 helai daun pandan
1 cubit garam

bahan B

5 ulas bawang merah dimayang dan digoreng

Cara:

satukan bahan A, kacau perlahan didalam periuk dengan api yang sederhana sehingga mendidih dan pekat.

Kemudian tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu minyak masak,biar ia sejuk+keras.

Tabur bahan B.

Cadangan Hidangan:

Setelah keras+sejuk, bolehlah dipotong mengikut kesukaan.



null



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 09:49


PULUT DAKAP


null




Bahan-bahan:

Pisang emas atau pisang yang boleh dimakan mentah
2 cawan pulut - direndam 6 jam/lebih
1 cawan santan pekat
1 cawan air
Sedikit garam
Daun pisang - dilayur terlebih dahulu

Cara:

1. Cuci bersih beras pulut dan tos. Masukkan santan dan air serta sedikit garam.

Masak seperti biasa.

2. Setelah masak, biarkan sejuk seketika.

3. Pisang emas di belah 2.
Ambil daun pisang, letak pulut dan letak pisang
ditengah tengah pulut.

Lipat seperti membuat lepat. Ulang proses ini sehingga
selesai.

4. Ambil 2 bungkus pulut dan lipatan menghadap antara satu sama lain, ikat di bahagian atas dan bawah menggunakan tali rafia seperti di dalam gambar.

5. Sediakan kukusan, kukus pulut dakap tadi lebih kurang 25 minit.
Biarkan sejuk seketika dan bolehlah dinikmati.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 09:56


KUIH AKOK


null



BAHAN2NYA:

8 biji telur itik
2 biji telur ayam
1 kilo gula melaka
2 cawan tepung gandum
1/2 biji kelapa
6 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan

cara-cara MEMBUATNYA:

1)Satukan telur itik dan ayam-PUKUL hingga KEMBANG

2)Kelapa diperah ambil patinya saja

3)Gula melaka dimasak dengan secawan air(SEJUKN)
Kemudian campur tepung gandum

4)Daun pandan + bunga cengkih(TUMBUK-CAMPUR dengan 1/2 CAWAN AIR)-TAPIS AMBIL AIRNYA

5)Satukan kesemua bahan 1-4 (GAUL hingga SEBATI)

6)Panaskan acuan dan sapu sedikit minyak.

7)Masukn adunan ke dalam acuan.tutup acuan.

8)Bakar sekurangnya 5-7minit(api perlahan)




SELAMAT MENCUBA......



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 10:01


KUIH BUAH ROTAN


null



BAHAN :

3 cawan tepung pulut
1/2 cawan gula halus
1 biji telur
1/2 kotak kecil santan(tambah air sikit kalau adunan keras sangat)
50 sen bijan

CARA:

1. Gaul tepung pulut dengan telur dan gula.

2. Masukkan sedikit demi sedikit santan kedalam adunan
sambil diuli hingga lembut.

3. Ambil secubit adunan dan bulatkan.
Golekkan ke dalam dulang berisi bijan.

4. Goreng hingga kekuningan dengan api sederhana.


P/S: WAKTU MULA HENDAK PANASKAN MINYAK,API MESTILAH SEDERHANA.PABILA BUAH
ROTAN NI DAH KITA MASUKN DALAM KUALI,PERLAHANKAN LAGI API.

INI ADALAH KERANA TEPUNG PULUT yang BERCAMPUR TELUR,SIFATNYA RINGAN.MUDAH MELOMPAT KELUAR JIKA MINYAK TERLALU PANAS.




null

INI LAH POKOK BUAH ROTAN ASAL-USUL KUIH BUAH ROTAN..



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 10:11


TEPUNG PELITA / TAKO


null



BAHAN:

LAPISAN BAWAH:

1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula
6 cawan air pandan + air biasa + pewarna hijau

LAPISAN ATAS:

1 cawan tepung jagung
1 1/2 cawan gula
santan + air biasa 7 cawan dan garam sedikit

CARA:

gaul sebati lapisan bawah.masak atas api yang sederhana.setelah nampak berkilat tanda telah masak.tutup api.tuangkan dalam tiap-tiap acuan yang telah disediakan.

dengan segera gaul bahan lapisan atas,masak macam tu juga.dah nampak berkilat tanda telah masak,maka tutuplah api.

tuangkan lapisan atas di atas lapisan bawah tadi.biarkan ianya sejuk sedikit sebelum dimakan.

P/S: BANCUHAN KUIH INI jangan LAH TERLALU CAIR DAN jangan TERLALU PEKAT.
.
kalau nak BUAT untuk KITA saja yang makan TARUH saja dalam MANGKUK/BEKAS apa PUN BOLEH.

TAPI kalau HENDAK DIJAMU ATAU DIBERI pada org tapi tak tahu nak BUAT ACUAN DAUN PANDAN NI,BELI lah BEKAS PLASTIK yang COMEL2 TU macam dekat KFC yang mereka TARUH
KENTANG PUTAR TU.OK juga KAN?

OK kawan-kawan.SELAMAT MENCUBA.HARAP kawan-kawan PANDAI MASAK LEPAS NI.


null

VERSI RAJIN... :sopan:



null


VERSI tak ada MASA... :berfikir:



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 10:16


KUIH SAGU


null




BAHAN:

2 cawan biji sagu(rendam dulu selama 1 jam untuk kembangkn biji sagu)
1 1/2 cawan gula
3 sudu besar perisa sirap ros(ada juga buat warna lain)
2 cawan air
kelapa parut ambil yang putihnya saja
secubit garam

CARA:

toskan/sejat sagu yang direndam tadi.masukn ke dalam periuk bersama 2 cawan air.

api hendaklah perlahan kerana sagu mudah melekat pada periuk jika api besar.

masukkan gula dan perisa sirap ros.

kacau tanpa henti hingga ia menjadi pekat.

pada permulaan,kita akan lihat ia bertukar kepada warna pink kerana sagu bercampur wrna merah hasilkn wrna pink.itu belum cukup masak lagi.

kacau lagi hingga ia nampak warna merah berkilat.maknanya perisa sirap tu dah masuk ke dalam sagu.

maknanya ianya telah masak.jika terlalu keras hingga sukar nak kacau,tambah air sedikit dan kacau lagi.dah masak,tutup api.

tuang masuk ia ke dalam bekas/loyang/
acuan(suka hati lah).sejukkan.dah sejuk sikit baru taruh dalam petisejuk dalam 1 jam.

potong lah bentuk apa yang kita nak.waktu ya sama gaul kelapa parut dengan garam.

golekkan kuih sagu potong tadi ke dalam kelapa tu.siap dah pun.




P/S:
bahan kuih ni mudah,murah,tapi nak masak dia kena lama sikit kerana api yang perlahan buatkn kuih ni masak sebati tanpa bau hangit.

tujuan kita merendam dulu sagu ni kerana lagi kembang sagu tu lagi cepat masa yang diambil nak masak kuih ni.
kalau buat kuih ni taruh dalam acuan kecil2 bentuk love..lagi cantikkkk....

SELAMAT MENCUBA kawan-kawan......



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 10:19


WAJIK / PULUT KACAU


null



BAHAN:
*****
1 kg beras pulut,,
300 gm gula pasir
300 gm gula merah
500 ml santan + secubit garam
daun pandan...simpul

CARA:
*****
1. Kukuskan pulut sehingga naik wap. Sejukkan.

2. Gula merah dan gula pasir dimasakkan dengan santan dan daun pandan.

3. Masakkan sehingga pekat.

4. Masukkan pulut dan kacau rata sehingga sebati dan berkilat.

5. Masukkan dalam loyang dan sejukkan baru potong dan hidangkan

NOTA:

Sekiranya mahu masukkan durian boleh kurangkan gula kerana durian ada rasa manis juga.

Masukkan durian dalam santan dan gula yang telah mendidih.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 10:35


LOMPANG VS KASWI


null



BAHAN:

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung ubi
1 sudu kecil air kapur
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan gula merah
2 cawan air
daun pandan
kelapa parut putih + secubit garam + daun pandan simpul - kukus kejap

CARA:

satukan gula melaka dan gula pasir dalam periuk kecil kemudian masukkan 1 cawan air bersama daun pandan. masak atas api kecil hingga gula larut. sejukkan sebentar

satukan tepung beras dan tepung ubi dan tuang satu cawan air dan air kapur. gaul rata
kemudian tuang air gula yang telah sejuk tadi. gaul hingga sebati
tapis adunan dan tuang dalam acuan lompang yang telah di sapu dengan sedikit minyak.

kukus 10 minit atau hingga masak. bila dah masak kuih akan jadi berlubang di tengahnya.
hidang bersama kelapa parut yang di kukus tadi.

P/S: JIKA HENDAK PERASA PANDAN ATAU NAK WARNA LAIN,ABAIKAN GULA MERAH.
TARUH PEWARNA yang DISUKAI DAN LEBIHKAN sedikit SUKATAN GULA.
SELAMAT MENCUBA.....


MEMASAK LOMPANG DAN KASWI ADALAH DARI BANCUHAN yang SAMA...NAMUN,,LOMPANG DIKENALI KERANA DIKUKUS dalam ACUAN BULAT KECIL MANAKALA KASWI DIKUKUS DI dalam LOYANG PENGUKUS..



null



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 10:45


KUIH ROS / KUIH LOYANG / KUIH GOYANG


null


BAHAN:

2 tin susu tepung beras
1 biji kelapa -diambil santannya
gula secukupnya
sedikit garam
1 biji telur
minyak untuk menggoreng

CARA :

1. Bancuh semua bahan. Kecairannya seperti membuat kuih lapis.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Rendamkan acuannya saja didalam minyak.

3. Setelah acuan cukup panas, celupkan kedalam bancuhan tepung.

4. Masukkan ke dalam kuali sambil digoyang-goyangkan untuk menanggalkannya dari acuan.jangan goyang lebih..nanti terbalik pula kuali.:lol:

5. Goreng hingga kekuning-kuningan.api sederhana jangan lupa.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 10:57


KUIH BAHULU ASLI



null



BAHAN:
******

420 gram tepung gandum--(goreng dengan api perlahan hingga ianya jadi ringan.
10 biji telur
600 gram gula pasir
sedikit minyak
1 sudu besar esen ros

CARA:
******
putar telur dan gula hingga kembang nampak gebu

masukkan esen ros dan kacau rata.

sukat separuh tepung dan masukkan ke dalam bancuhan.gaul sebati.

kemudian masukkan tepung selebihnya tadi.

panaskan acuan kuih dahulu.lepas itu sapu minyak pada acuan.

masukkan adunan ke dalam acuan jangan sampai penuh.3/4 acuan saja.

bakar selama lebih kurang 10-15 minit.


SEKARANG NI KITA dapat LIHAT PELBAGAI JENIS BAHULU MODEN.ada banyak PERISA....

KITA SEHARUSNYA BERBANGGA KERANA RESEPI TINGGALAN NENEK MOYANG KITA MASIH ada LAGI.org MASIH tak LUPA.
KITA PUN jangan lah LUPA...


:jangan:



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 11:02


DODOL


null



BAHAN:
******
2 kg tepung pulut
300 gram tepung beras
12 biji kelapa ambil santannya(asingkan pati dengan yang cair)
4 kg gula merah

CARA:
*****
bancuh kedua-dua tepung dengan santan cair

campur bancuhan tepung dengan gula merah

masak atas api dan kacau perlahan-lahan.

tuangkan pati santan dan kacau tanpa henti.

kacau dodol hingga ianya pekat sebelum diangkat untuk diisi dalam bekas.
sejukkan.( SIAP lah BERJAM-JAM LAMANYA...)


P/S: sekarang KITA boleh MAKAN DODOL DR PELBAGAI RUPA,rasa DAN WARNA.
rasa ASLI,GULA MERAH lah.ada PERASA PANDAN,DURIAN DLL...


null



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 11:08


KUIH TIRAM / KUIH KAPAL TERBANG


null



BAHAN:

500gm tepung gandum
1 biji telur
2 sudu margerin
sedikit garam
160ml air
**6 sudu tepung jagung**
**6 sudu minyak**

CARA:

Kacau bahan bertanda ** sehingga menjadi smooth paste, ketepikan sementara.
Satukan semua bahan lain, sehingga menjadi doh yang licin dan senang diuli. (kalau lembik tambah tepung sikit dan kalau keras, tambah air)

Uli doh supaya jadi nipis.sudah pasti akan dapat saiz yang lebar. Kalau nak senang, bahagikan doh kepada beberapa 4 bahagian baru dicanai.

Sapukan doh yang dah dicanai tadi dengan campuran tepung jagung dan minyak tadi...sapu rata.

Gulung kemas, kemudian potong serong2 kecil lebih kurang sebesar ibu jari. ambil potongan tu dan canai canai leper.(jangan sampai penyek sangat)

Goreng hingga kekuningan dan sira/salut dengan gula halus. Simpan dalam bekas kedap udara.

SENANG TAU BUAT KUIH NI.kejap saja DAH SIAP.kalau kawan-kawan PANDAI BUAT,boleh BUAT JUAL nanti.



SEKARANG NI org BUAT GUNA KULIT POPIA saja...GUNTING KECIL2,GORENG DAN TABUR GULA HALUS...

null



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 11:18


APAM AYU


null


BAHAN:

3 biji telur
1/2 cawan santan
1/2 sudu teh soda bikarbonat
1/4 cawan susu
Sedikit garam
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1/2 sudu teh ovallete (jika ada)
1 cawan kelapa parut
Garam secukup rasa
1/2 cawan pati air daun pandan/pewarna hijau

CARA:

Telur dikisar bersama gula hingga kembang. Masukkan santan,pati santan dan tepung yang telah diayak bersama soda, kisar hingga sebati.

Sapukan sedikit minyak pada acuan, ambil sedikit kelapa dan tekan sehingga padat kemudian tuangkan adunan tepung tadi.

Kukus hingga masak selama 15 minit.



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

wafahafiz
WARGA 4 BINTANG
Menyertai: 29.06.2009
Ahli No: 10856
Posting: 250
Dari: bandar sri damansara

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 17-10-09 11:21


KUIH BADAK BERENDAM


null



BAHAN:

250 gram tepung pulut
8 helai daun pandan, diambil airnya
1 biji kelapa, separuh diparut dibuat inti dan separuh lagi diambil santan
2 cawan gula merah
Secukup air
Sedikit garam

CARA:

Bancuh tepung pulut bersama air pandan hingga menjadi doh lembut. Ketepikan.

Kelapa parut dimasak bersama gula merah dan garam hingga menjadi inti.

Bentukkan doh lembut bulat-bulat dan isi inti di dalamnya.

Letakkan doh berinti di dalam bekas dan tuang santan pekat di sekelilingnya.

Kemudian kukus hingga masak.


null



Bookmark and Share




  Member Information For wafahafizProfil   Hantar PM kepada wafahafiz   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, nur_kamar, halesolurun_84
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Dari Dapur
    »» RESEPI KUIH-MUIH

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 2 Of 3

Go To Page: 1 · 2 · 3  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.07141 saat. Lajunya....