Welcome To Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my

  Create An Account Home  ·  Topik  ·  Statistik  ·  Your Account  ·  Hantar Artikel  ·  Top 10 17-02-2020  

  Suka!
New Page 1

  Mutiara Kata
Walaubagaimana alim seseorang itu, dia tidak akan dapat manfaat daripada ilmunya selagi ilmunya tidak berpedoman kepada akal.

-- Hukama'

  Menu Utama

  Keahlian Portal Komuniti
Terkini: sarahhanee
Hari Ini: 0
Semalam: 0
Jumlah Ahli: 13720

  Sedang Online
Assalamualaikum
Tetamu

Nickname

Password



[ Mendaftar ]

Sedang Online:
Tetamu: 18
Ahli: 0
Jumlah: 18




  Dari Galeri
Salam....

selamat berkenalan....
ukhuwah fillah fi amanillah..

  Yang Masuk Ke Sini
sarahhanee: 3 hari yang lalu
nishazainal: 6 hari yang lalu


Luahan Hatiku
Topik: bila suami dah tak sayang lagi


Carian Forum

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» bila suami dah tak sayang lagi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 4 Of 8

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4 · 5 ... 7 · 8  
Jump To Page:

Oleh bila suami dah tak sayang lagi

triptofana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.03.2006
Ahli No: 6411
Posting: 31
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 06-07-09 12:40


pilu sangat rasa hati ini bila baca luahan rasa notam ni....

tak ada kata yang boleh diucapkan, hanya mampu berkata sabarlah...


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share




  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

puteri83
WARGA RASMI
Menyertai: 06.07.2009
Ahli No: 10900
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-07-09 23:32


assalamualaikum.. semoga Allah memberi petunjuk jalan kebaikan kepada saudari dan suami..


Bookmark and Share




  Member Information For puteri83Profil   Hantar PM kepada puteri83   Quote dan BalasQuote

puteri83
WARGA RASMI
Menyertai: 06.07.2009
Ahli No: 10900
Posting: 2

blank   avatar


posticon Posting pada: 06-07-09 23:57


Buat semua teman-teman yang bergelar wanita..sememangnya sukar menjalani hidup berumah tangga.. benar kata org tua2, berkahwin bukan untuk berseronok semata-mata.. kerana terlalu banyak tanggungjawab yang perlu dipikul suami dan isteri. Bagi pengalaman saya sendiri, yang telah bergelar isteri baru 9 bulan, terasa begitu banyak ujian yang saya tempuhi. Berlainan pula kisahnya dengan notam. saya seorang yang manja, tapi agak sensetif dan tidak panas baran. Namun saya dikurniakan suami yang agresif dan panas baran. Memang sukar nak memahami lelaki yang bergelar suami. saya sering dicaci dan dimaki dengan kata-kata yang kesat.. namun setakat ini,saya masih tabah hadapi ujian. Jika salah yang sikit,di perbesar2kan, ajak berbincang jauh sekali.. malah suka mengungkit dan memerli.. Pernah juga saya terdetik di hati,ingin berpisah..kerana tak sanggup lagi diri dihina dan beberapa kali suami mencederakan aggota badan saya sehingga lebam. Pada semua akhawat, saya ingin meminta sedikit nasihat.. bukan mengaibkan suami, tapi saya ingin luahkan segala bebanan emosi dan fikiran yang bersarang di dalam hati.


Bookmark and Share




  Member Information For puteri83Profil   Hantar PM kepada puteri83   Quote dan BalasQuote

naniluv
WARGA RASMI
Menyertai: 12.06.2009
Ahli No: 10744
Posting: 6
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-07-09 08:31


Dah lama kak notam tak hantar posting, hampir 10 hari. Saya sangkakan semuanya telah kembali pulih dan masalah telah selesai, tapi rupa-rupanya selama ni kakak masih memendam rasa. masih bergelumang dengan airmata.
Bertapa tabahnya kakak menghadapi ujian ini. Tabahnya kakak yang masih mempertahankan rumahtangga. Saya harap kakak akan terus mempertahankan rumahtangga ini. Saya amat takut kak. Kisah kakak ni seolah-olah saya pula yang menghadapinya. Mungkin kerana saya terlalu menghayati kisah kakak dan mungkin kerana saya terlalu takut perkara ini terjadi pada saya.
Allah telah memilih kakak untuk menghadapi ujian ini. Kakak telah menyesal dengan dosa-dosa yang akak lakukan. Jadikanlah apa yang suami akak lakukan adalah sebagai penghapus dosa terhadap apa yang telah akak lakukan. Allah itu Maha Pengampun dan Allah Maha Penyayang, semoga Allah lembutkan hati suami kakak untuk menerima kakak semula dalam hidupnya.


Bookmark and Share




  Member Information For naniluvProfil   Hantar PM kepada naniluv   Quote dan BalasQuote

hurul_aini
WARGA RASMI
Menyertai: 06.01.2004
Ahli No: 3040
Posting: 16
Dari: Hulu Perak

Perak   avatar


posticon Posting pada: 07-07-09 11:00


salam..buat notam.ana dah baca dan ikuti semua coretan hati notam..memang benar jiwa akan benar-benar tersiksa bila berjauhan dengan suami tersayang.pendapat ana dulu notam selalu panas baran dan tak sabar dan buat hati suami terluka hingga sabarnya dah sampai tahap max.Anggaplah apa yang notam lalui masa ini sebagai satu denda, satu balasan yang Allah berikan atas dosa kita kepada suami. lihat hari ini bertapa dirimu sebenarnya insan yang hebat...mampu bersabar dengan dugaan ini..jadi jangan biarkan usaha yang sedang berterusan ini putus ditengah jalan.Sebenarnya Allah S.W.T sedang memerhati notam dan sedang menjadikan notam sebagai Muslimah yang hebat, muslimah yang semakin kenal pada PenciptaNya...Teruskan bersabar..Salam ukhwah,ana akan doakan kebahagiaan ukhti.


Bookmark and Share




  Member Information For hurul_ainiProfil   Hantar PM kepada hurul_aini   Quote dan BalasQuote

triptofana
WARGA 1 BINTANG
Menyertai: 13.03.2006
Ahli No: 6411
Posting: 31
Dari: sElaNgoR

Kelantan   avatar


posticon Posting pada: 08-07-09 13:00


Pada 06-07-09 23:57 , puteri83 posting:

!!! QUOTE !!!



saya dikurniakan suami yang agresif dan panas baran. Memang sukar nak memahami lelaki yang bergelar suami. saya sering dicaci dan dimaki dengan kata-kata yang kesat.. namun setakat ini,saya masih tabah hadapi ujian. Jika salah yang sikit,di perbesar2kan, ajak berbincang jauh sekali.. malah suka mengungkit dan memerli.. Pernah juga saya terdetik di hati,ingin berpisah..kerana tak sanggup lagi diri dihina dan beberapa kali suami mencederakan aggota badan saya sehingga lebam.




Assalamualaikum

Puteri,
Perkahwinan puteri ni atas dasar suka sama suka atau pilihan orang tua?

Memang sedih bila baca kisah-kisah rumahtangga yang macam ni, kekadang takut nak berumahtangga.

Nasihat saya, jadikan lah sabar dan solat sebagai penolongmu. Orang kata, cakap memang senang tapi yang menangungnya Allah saja yang tahu. Walauapa pun, tabahlah tetapi jika dan sampai mencederakan tu, baik lah minta pandangan kaunseling di jabatan agama islam.


-----------------
Tengoklah dengan mata,
Lihatlah dengan hati,
Renunglah dengan akal,
Fikirlah dengan iman.


Bookmark and Share




  Member Information For triptofanaProfil   Hantar PM kepada triptofana   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 08-07-09 14:34


salam..

Saya terus mendapat ilham dan dibukakan jalan untuk terus berusaha.. Allah mendengar doa saya moga dibukakan jalan..tunjukkan cara..berikan ilham bagaimana untuk lembutkan hati suami..saya bukan lah tamak..mencuba segala usaha yang di depan mata..tapi..saya masih berusaha..masih mencuba..masih berdoa..moga saya tidak jemu dan penat..

Moga Allah kasihani saya.. hambanya yang sengsara dan memerlukan, hamba yang mohn bantuan dan pertolongan..moga allah ringankan bebanan ujian ini..Amin amin amin


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 09-07-09 12:41


Salam,

Hari ini saya menangis lagi..sebak membaca sms dari suami. Sms yang paling menyentuh hati.. terkesan di hati saya. Adakah saya berdegil atau saya manusia tidak putus asa? Adakah saya pentingkan diri sendiri bila mengenepikan keputusan yang dibuat oleh suami? saya terlalu sayangkan dia.. Kehidupannya sekarang buat saya jadi simpati padanya..perasaan untuk terus menjadi isterinya makin menebal.. saya rasa bertanggung jawab untuk bawa suami kembali ke jalan allah...saya berslah andai melepaskan dia melangkah pergi tanpa dapat membantunya.

Sms-sms suami melambangkan peritnya kehidupan yang dilaluinya sekarang, tekanan yang pastinya membebankan perasaan..Namun saya juga begitu..kami sama-sama derita.

Ya..Allah. Aku mahu terus bernafas sebagai isterinya..kembalikan suami ku agar dia tidak terus bedosa kerana mengabaikan tanggung jawabnya padaku..kembalikan suamiku, biar aku bimbingnya ke jalan mu..kembalikan suamiku, biar ku tanggung bersama bebanan hidupnya..kasihani daku ya allah..aku lakukan keranamu


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 02-08-09 17:38


Salam...

Perkara yang baik memang lambat dapat hasilnya.. maka saya terus bersabar.. saya masih berusaha dan tidak jemu berdoa. Biarlah apa jua pandangan orang atas masalah rumah tangga saya ini.. biar apa jua respon dari suami sendiri.. saya masih isterinya.. Selagi status isteri itu milik saya, tiada istilah jalan buntu, tiada jemu tiada putus asa. Selemah mana diri saya, setabah mana diri saya..saya masih harus lalui jalan yang telah dibentangkan buat saya.


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 06-08-09 09:19


Salam..

Saya tak pasti bagaimana saya mampu bertahan masuk bulan ke 4 dengan masalah rumahtangga.. saya pun tak pasti bagaimana saya boleh hidup dengan menanti penuh sabar sedangkan saya adalah manusia yang suka mendesak, yang tidak sabar.... Allah maha besar.

Cukup sebulan suami tidak pulang ke rumah.. dalam tempoh 2 minggu kebelakangan ini, dia langsung tidak berminat membalas sms/call dari saya. Email juga tidak dibalas.. Saya masih sabar... Jangan pernah putus asa dan jangan pernah hilang sabar.

Moga menjelang Ramadhan nanti..suami pulang ke rumah dengan penuh penyesalan, kesedaran dan keinsafan..amin


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

ainzulaika
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 16.03.2009
Ahli No: 10054
Posting: 42
Dari: Kuala Lumpur

KualaLumpur   avatar


posticon Posting pada: 07-08-09 12:36


Assalamualaikum , sabarlah dik mungkin itu ujian tuhan untuk kita, akak rasa tersentuh dengan cerita adik...sebab akak pun tengah kusut macam adik,menitis air mata bila baca cerita adik...kita sebagai wanita hanya mampu menanggis,sabar dan berserah saja.


-----------------
assalamualaikum semua, apa khabar wangsa muslimah


Bookmark and Share




  Member Information For ainzulaikaProfil   Hantar PM kepada ainzulaika   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 14-08-09 14:21


Salam..

Sekarang.. saya manusia yang tidak tahu perasaan sendiri. Orang kata saya melawan hati sendiri walhal hati saya telah remuk. Allah aturkan saya berjumpa dengan ramai manusia-manusia yang ingin membantu.. membantu saya mencari makanan ROHANI.. saya masih mencuba baiki diri dan dalam masa yang sama saya masih tidak berputus asa terus berusaha menyelamatkan rumah tangga sendiri.

Tidak kurang juga yang manusia yang cuba merosakkan usaha saya.. namun allah lebih mengetahui.. biar lah.. saya hanya berjalan atas landasan yang telah di aturkan di mana penghujungnya saya tidak pasti apa yang disediakan untuk saya...hanya allah yang tahu.


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

maisarahlisa
WARGA 3 BINTANG
Menyertai: 03.03.2004
Ahli No: 3361
Posting: 118
Dari: Pahang~Sel~Dubai

Pahang   avatar


posticon Posting pada: 18-08-09 13:09


Salam buat Notam

Saya rasa amat bersimpati atas masalah yang puan hadapi dan dapat membayangkan betapa peritnya disisih insan tersayang.. usaha, doa dan tawakal kepadaNya adalah jalan yang terbaik.. andai dah tertulis ketentuanNya di sana.. kena redha dan berlapang dada kerana pasti ada hikmah yang tersembunyi atas apa yang berlaku....

saya khuatiri suami puan menyisihkan puan bukan kerana kesilapan yang telah puan lakukan.. tapi lebih kepada cintanya dah berubah arah dan kasih dah tertumpah kepada org lain...(maaf berkata.. dan saya tak berniat untuk menuduh... ini hanya menerusi pengalaman melalui pembacaan dan senario sekarang dah terbukti banyak terjadi)...


Bookmark and Share




  Member Information For maisarahlisaProfil   Hantar PM kepada maisarahlisa   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-08-09 07:47


Salam..

Alhamdulillah..saya masih seorang isteri hingga hari ini.. dan saya lebih bersyukur kerana terus mendapat rahmat dan kasih sayang ALLAH.

Kini, saya hidup dengan kekuatan hati. Saya berserah padaNYA.. rasa gembira dapat hidup dengan TAWAKKAL kepada ALLAH. Andai memang dia yang terbaik untuk saya, ALLAh akan kembalikan dia dan kasih sayangnya pada saya. Andai sebaliknya..adakah saya dapat menolak? Saya hanya hamba ALLAh yang lemah, maka saya akan berdepan dengan ketentuaan tuhan dengan cara terbaik.

Soal orang ke 3, atau soal beralih arah..saya serahkan pada ALLAH. Tapi yang saya yakini, suami bukan beralih arah pada yang lain. Dia bukan tidak menyayangi saya, dia masih sayang pada saya, cuma hatinya kecewa dengan layanan saya padanya sebagai orang yang dikasihinya. Insya ALLAH, suami akan pulang kedalam rumah tangga kami. Moga ALLAh kembalikan dia kepada saya dengan sebaik-baik keadaan.

Saya tidak berputus asa, terus berusaha dan terus berdoa....


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-08-09 07:55


Emm.... sedikit coretan...

20/8/09 : Saya menerima sms dari suami.. apabila sms tidak di balas, suami menelefon saya.. saya tidak menjawab panggilan tersebut... Malam--> suami pulang ke rumah, malangnya saya tiada di rumah, kerja luar daerah.

21/8/09 : Dari pagi sampai ke petang, suami masih berusaha untuk bercakap dengan saya. SMS/CALL tidak saya layan. Saya lakukan kerana menjaga ketenangan hati sendiri...Petang---> Pulang dari kerja luar daerah, berdebar memasuki rumah sendiri tatkala melihat kereta suami di luar rumah..

Tiada perbincangan, tiada komunikasi.. tak tahu tujuan suami pulang sedangkan dalam smsnya menyatakan ada perkara nak di bincangkan...

Hari ini.. 1 Ramadahan---> Saya masih mengharap sinar bahagia rumah tangga bersamanya dunia dan akhirat..


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

limah
::PENGURUS AKTIVITI::
Menyertai: 20.08.2009
Ahli No: 11210
Posting: 367
Dari: shah alam

Selangor   avatar


posticon Posting pada: 22-08-09 09:12


assalamualaikum notam, notam dengan tak menjawab sms dan panggilan dia akak rasa notam nak keruhkan keaddan lagi. jangan macam tu dek tak baik. kasihan dia. cuba kita lembutkan hati sikit. ok sempena bulan ramadhan ni cuba notam berazam untuk jadi isteri kepada suami notam. seperti isteri2 orang lain masak utnk berbuka puasa. dan jangan lah tak bercakap tak baik tau. lupakan apa yang dah pernah berlaku jadikan itu satu detik pahit dan manis berumah tangga.


Bookmark and Share




  Member Information For limahProfil   Hantar PM kepada limah   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 22-08-09 16:31


Biasa dengar pepatah " Lagi dikejar lagi menjauh" ? Itu lah suami saya, makin dikejar makin jauh..Makin di kejar semakin ego suami saya. jadi saya berhenti dari terus mengejarnya.. Begitu juga pengharapan.. JANGAN TERLALU mengharap.. .biasa yang di harap tak kan kesampaian..

Dengan tidak menjawab sms/call itu lah yang membawanya peluang ke rumah 2 hari berturut walau tidak bermalam di rumah.

Saya percaya dia masih sayangkan saya.. biar dia merasa keliru dengan respon saya.. itu lebih baik. Perubahan yang di buat tidak perlu disebar sebarkan... biar saja ALLAH yang menyampaikan.

Andai dia balik, saya akan jalankan tanggung jawab sebaiknya... Kebaikan tidak perlu ditunjukkan... biar ALLAH saja yang menyampaikan.

SAya mohon yang terbaik untuk rumahtangga saya dengan suami dunia dan akhirat..aminn..amin..amin


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

notam79
WARGA 2 BINTANG
Menyertai: 10.05.2009
Ahli No: 10509
Posting: 44
Dari: Bangi

malaysia   avatar


posticon Posting pada: 07-09-09 16:17


Salam..buat semua warga hanan..

Alhamdulillah..saya ditemukan dengan perantara ALLAH yang telah mengenalkan saya apa itu IKHLAS dan apa itu kasih sayang. ..

Jangan mendesak ALLAH. jangan terusan bertanya ALLAH kerana andai DIA berikan jawapan..adakah kita hambanya yang lemah ini cukup redha dengan jawapan yang ditunggu tunggu itu..

Saya mahu menjadi hambanya yang berserah.. REDHA, SABAR dan TAWAKKAL tu adalah perkara yang paling payah untuk dilakukan oleh hamba2 ALLAH. Benar..memang payah..hanya selepas 5 bulan baru saya mendapat REDHA, SABAR dan TAWAKKAL itu. Moga benar rasa redha ini..moga bukan palsu.

Apa pun, matlamat saya masih sama... perjuangan saya ke atas ikatan pernikahan saya dengan suami masih sama seperti dulu. Sedikit pun tidak berubah.. tapi saya perkemaskan saya buat penambahbaikan biar IKHLAS perjuangan itu kerana ALLAH.. kasih sayang dan cinta pada ALLAH kekal abadi...


Suami tidak melihat saya sebagai seorang isteri dengan perubahan, dia masih melihat saya adalah manusia yang dulu..bukan manusia yang baru... tiada apa yang saya kesalkan... cukup lah mencari kesalahan orang lain.. mencari kesalahan diri sendiri itu lebih IKHLAS...

Andai satu hari nanti mengalir air mata ini kerana dipisahkan dari suami sendiri.. itu lah air mata seorang isteri yang mahu terus tabah..pastinya apa yang ditetapkan ALLAH adalah yang terbaik buat saya..buat suami yang saya kasihi dan buat rumahtangga kami...

Andai suami pulang ke dalam rumah tangga kami.. itu juga yang terbaik yang ALLAH tetapkan buat kami... Moga saya menjadi isteri yang terus redha menjalankan tanggung jawab...

Saya sayangkan semua orang-orang sekeliling saya yang turut sama berjuang bersama saya..Moga Allah rahmati kalian dengan rahmat dan kasih sayangnya.. Amin..amin..amin


Bookmark and Share




  Member Information For notam79Profil   Hantar PM kepada notam79   Quote dan BalasQuote

ummimq
::KAUNSELOR::
Menyertai: 16.06.2003
Ahli No: 1731
Posting: 855
Dari: Johor

Johor   avatar


posticon Posting pada: 08-09-09 00:10


Alhamdulillah suami perlu dihormati dan disayangi Lillahi ta'ala. Ego suami hanya akan lebur dengan izin Allah. Jadi teruskan berdoa dan buktikan bahawa anakanda betul-betul sudah berubah dengan lebih berusaha ke arah cintai Allah dan Rasul melebihi yang lain. Ingatlah bahawa untuk mengejar redha Allah perlu pada redha suami jadi pastikan anakanda minta izin untuk kerja luar daerah dengan memberitahu terlebih dulu. Beritahu sekiranya suami balik inginkan makanan apa dsbnya. Buatlah yang terbaik demi baiti jannati.

Wallahuta'ala a'lam bissawab


Bookmark and Share




  Member Information For ummimqProfil   Hantar PM kepada ummimq   Pergi ke ummimq's Website   Quote dan BalasQuote

tina1972
WARGA RASMI
Menyertai: 16.09.2009
Ahli No: 11374
Posting: 6

blank   avatar


posticon Posting pada: 16-09-09 11:36


Salam..
Saya amat tertarik dengan kisah notam.. sebenarnya nasib saya pun begitu jua..suami dah tak sayang lagi.. semuanya bermula bila suami mula berubah sikap dan menjalinkan hubungan dengan perempuan lain(1 tempat kerja).Sejak saya tau tentang ni saya buat macam-macam untuk pisahkan mereka.. kiranya apa yang saya buat tu sama seperti buat dosa yang sekarang ni saya tanggung.. dan hari ni suami saya dengan bangga dan ego cakap kat saya dia dah benci saya dan tak mungkin akan hidup bersama gan saya lagi.. dia cakap saya dah tak ada dalam hidup dia lagi..dan bagi dia perempuan tu lah BINI dia sekarang.. suami saya dah dok serunah gan perempuan ti sejak bulan mei tahun ni.. hingga sekarang.. suami masih balik rumah saya sebab saya ada 4 org anak gan dia.. dan dia masih sayang anak-anak..tapi pada saya dah tak ada makna lagi.. dia tak nak bersama saya dan terakhir pertengkaran kami dia minta saya tunggu lepas raya ni dia akan lepaskan saya untuk hidup gan perempuan tu.. cuma untuk dia bernikah berat sikit sebab suami tiada kerja tetap dan tak mungkin layak untuk poligami..tapi tah lah dia kata dia boleh nikah...saya pula dah nekad tak smbut raya tahun ni.. baju anak-anak pun saya tak beli..tiada persiapan lgsung.. dan saya tertunggu2 nasib saya lepas raya ni..kalau nak cerita memang panjang.. tapi apa yang saya nak notam tau.. saya pun macam notam.. berdoa hari2 supaya suami mengasihi saya semula...


Bookmark and Share




  Member Information For tina1972Profil   Hantar PM kepada tina1972   Quote dan BalasQuote

Moderator: Pengurusan, limah
Portal Komuniti Muslimah -- Hanan.com.my.my Indeks Forum
  »» Luahan Hatiku
    »» bila suami dah tak sayang lagi

Please Mendaftar To Post

Mukasurat 4 Of 8

Go To Page: 1 · 2 · 3 · 4 · 5 ... 7 · 8  
Jump To Page:


Member Messages

Forum Search & Navigation

 

Log in to check your private messages

Silakan Login atau Mendaftar





  


 

[ Carian Advance ]

Jum ke Forum 


-------------------------------------------------------------------------------
Portal Komuniti Muslimah
Hakcipta 2003 oleh Hanan Alam Faizli / Hanan Network
Made in: Bandar Sunway, Selangor
Tarikh Mula: 17hb April 2003

Dibina oleh: Team Walasri

Ditadbir oleh:





Loading: 0.085052 saat. Lajunya....